Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 30, 2020

Sewaan Barang Pelamin MURAH !!







Hi B2B semua.

Rasanya dah lama saya buka sewaan bantal ottoman & Lampu chandelier bagi mana-mana b2b yang berminat nak men-DIY mini pelamin sewaktu menikah? bertunang dll.
Sebab macam mendapat permintaan yang baik, tapi melalui email, and detail item pun i tak letak dengan lengkap kan? so sekarang i buat satu entry untuk and b2b.


Dengan ini saya mengistiharkan Sewaan barang-barang ini di buka sekarang. HAHA.
Sewaan : Bantal Ottoman , Stand Chandelier, Kain Bulu ( Karpet untuk Pelamin)




1.# Item Pertama : Bantal Ottoman.


Item = Bantal Nikah  (Ottoman)
Warna = Pearl White 
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa) 
Material = PVC 


Harga sewa 1 unit = RM50  now!! RM 20
Harga sewa 2 unit = RM80 now !! RM 35
Deposit = RM 50


*deposit bergantung kepada harga sewaan

*UPDATE !! Harga sewaan Bantal Ottoman di atas telah diturunkan =)
Refer : PICKANDDIY




2.# Item Kedua : Stand Chandelier





Item = Lampu Chandelier 
Warna = Hitam
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa) 


Harga sewa 1 unit = RM 20.00
Harga sewa 2 unit = RM 25.00
Deposit = RM 50.00

Kami juga mempunyai Lampu Chandelier Putih - BARU- untuk di sewa 
(photo akan di upload kemudian)

Kadar sewaan :

Harga sewa 1 unit = RM 30
Harga sewa 2 unit = RM 40.00

* deposit bergantung kepada harga sewaan.
* Untuk kawasan Selangor/KL sahaja.


Contoh : Lampu chandelier kami yang di pakai oleh Is Amy Teng untuk hiasan kamar.
credit : Blog Amy

contoh lain boleh lihat pada Pelamin Uya Rayza





3.# Item Ketiga : Kain Bulu ( Karpet untuk stage pelamin)

*photo akan di upload kemudian*
Item = Kain Bulu/Karpet Stage
Warna = Putih
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa)
Ukuran : 2 meter 1/2 

Harga sewa 1 unit = RM25 sahaja
if sewa lebih dari 2 unit = RM 20.00/UNIT
Deposit = RM 25




4. #Item keempat : Jackset ( rangka untuk membuat backdrop)



Item = Jackset Backdrop
Material/Bahan = Besi
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa)
Ukuran : 8' x 8' ( anggaran seperti gambar)
Harga sewa 1 unit = RM 40 sahaja
Deposit = RM 50
* Kain Backdrop PUTIH SAHAJA TIDAK disediakan*

* deposit bergantung kepada harga sewaan.

Contoh : Jackset/Backdrop & Bantal nikah kami yang di pakai oleh Aini untuk DIY Pelamin Nikah
Credit to : Blog Aini/Fb aini




5# Item Kelima : Box dan Pasu Bunga



Item = Box Putih & 2 Pasu bunga
Material/Bahan = Kayu dan Seramik
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa)
Ukuran : Box 1'x1'( anggaran seperti gambar)
Harga sewa  = RM 30 sahaja now !! rm25.00
Deposit = RM 30




contoh di rumah client kami >> bunga digubah oleh saya =) 



#6th Item keenam : Bakul Putih (6 unit)



Item = Bakul Putih
Material/Bahan = Besi
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa)
Ukuran : Bakul Bulat ( anggaran seperti gambar)
Harga sewa  = RM 30 sahaja (6 unit)
Deposit = RM 50



Contoh selepas dihias dengan Bunga segar 




#7th Item keenam : Lampu Spotlight with stand (2 unit)


Item = Lampu Spotlight with Stand
Material/Bahan = PVC
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa)
Ukuran :  ( anggaran seperti gambar)
Harga sewa  = RM 20 sahaja (2 unit) + 2 unit bulb

Deposit = RM 50









Berminat???

Sila hubungi : Linda (Shah Alam)
atau email detail majlis
016-969.7708 (WHATSAPP ONLY)

linda.yusoff1212@gmail.com

* PICKANDDIY *

Important !!! Saya prefer anda email saya =)
Self-pickup Shah Alam.
Lembah Klang.


Item - item lain akan di update kemudian.



Nota : 1) Sila ikot tarikh ambil/pemulangan barang utk tidak memberi masalah kpd next cust.
          2) Bayaran utk  booking date adalah Jumlah harga barang sewaan.Deposit hanya diberi sewaktu pengambilan barang/pemulangan barang.
3) Sila patuhi syarat yg ditetapkan.

*Saya nak elak kejadian customer tak pulang barang on time. dan tak pulang barang secukupnya. Sebab dah pernah terjadi. Very Bad !! 
Hanya ALLAH swt yg akan membalas perbuatan anda !!




UPDATE :

Jumlah barang yang boleh disewa. (Sewaan barang membuat mini pelamin)


  1. Bantal Ottoman - 7 unit
  2. Lampu Chandelier Putih - 4 unit 
  3. Lampu Chandelier Hitam - 2 unit (sepasang)
  4. Karpet Bulu - 10 unit x 2 meter each
  5. Lampu Spotlight - 6 unit.
  6. Jackset ( background Pelamin) - 4 unit ( NEW !! : KAIN BACKDROP WARNA PUTIH DISEDIAKAN)
  7. Box + Pasu - 2 unit  

* SAPA EMAIL DULU DIA YG DAPAT =P




4 barang ni HANYA RM 70.00 sahaja (harga asal RM150.00)  ( email kami untuk DISKAUN) ! Untuk 10 orang yg membuat tempahan awal.


( Bagi wedding sehingga - December 2018)


Caranya :

Email kami, berikan detail : nama/alamat majlis/date majlis/ hp no. 


InsyaAllah balasan within 24-48hours




Saturday, November 23, 2019

Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands





SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCE (WINDMILL)



Haritu kami pergi staycation di Genting. Dalam banyak2 hotel kat atas tu, kami decide nak cuba Hotel Baru. Swiss Garden Hotel. Baru 5 bulan beroperasi. Kalau ikot Lokasi hotel ni bawah lagi dari GPO. Tapi dah dekat jugak lah. Nak ke GPO dalam 9min.



breathtaking view

Sebab baru nak cuba, kami ambil dengan breakfast. kalau di Agoda siap breakfast dalam RM250+
oklah tu. sebab kami tak surE lagi kawasan macam mana. Kang satu keje nak mencari makan.


dari depan

Lokasi hotel ni berdekatan dengan Stesen Minyak Petron, ada Starbucks. dan kawasan ni boleh kata meriah juga lah dengan kedai makan cina. tapi terselit mamak sebiji. dan 1 kedai makan Siam/Thai. Nama kedai : Nok Sokmo Masakan Thai. ( plus point disitu)

lobi

Proses check-in lancar. Senang, cuma kami agak Confuse di awal2. sebab building ni sekali dgn residence. Jadi kalau buat booking. makesure korang booking hotel? atau residence? Pool Cantik tu atas residence. nanti kita cerita lanjut.

Bilik

Dalam bilik macam biasa kemas, cantik dan Baru, Aku perasan konsep bilik Swis ni MINIMALIS. tak sarat macam hotel mewah. Simple . Semua ada kecuali iron. Kene request ya. dapat katil twin sebab dia kata tiada queen, tapi nanti encik boleh lah rapatkan katil. lol.





macam biasa

complete

Kalau ikot cuaca kat bawah ni tidaklah sesejuk kat atas tu. Tapi just nice. Hotel ada sediakan FREE Shuttle ke GPO ( PLus point) so jimat lah duit parking mahal kat GPO tu. Atau kalau nak ke Genting Theme Park. Naik lah shuttle turun di GPO. Lintas naik bridge ke Ske avenue cable car tu. Senang kan? naik kereta ke atas pon boleh tapi +- lagi 20min perjalanan.


Rumah Kaca. port ootd. Intagramable sangat



bahagian dalam


POOL dia memang superb. ada banyak. dan boleh la pilih nak mandi yg warm ke yg sejuk. Ada jakuzi juga.



semua pool ni air dia warm. jadi mandi tu seronok

Yang tak seronoknya nak ke pool ni hazab. Kami stay hotel. Nak ke pool. kene naik level paling atas 32 tak silap. dari situ masuk guna jalan ke Building sebelah ( residence) dan cari lift untuk ke level 42. dari situ pulak naik tangga nak ke leven 43. semputttt ! dan paling takleh blah. Towel sila bawa dari bilik. sebab situ takde kaunter pon. kalau nak ambil di lobi. which is kene turun pusingh ke building hotel dah ke LOBI. tak kuasa.




Breakfast. Hmm taknak komen. yg pasti RASA dia pon hmmm.
Kalau datang balik. Aku tak nak amik dah breakfast. Baik jalan kaki keluar dr hotel, lepak mamak makan roti canai/ makan nasi kerabu kat kedai nok sokmo tu. Dekat je. Boleh Jalan kaki sejuk2 dingin.




dari bilik nampak mamak

Lokasi Swiss Garden ni dekat je dengan Hotel baru GEO hotel tu. Nampak bawah tu lot kedai? bersepah2 kedai makan 7eleven. Gerai2 tepi jalan. OKlah kalau takmo pening kepala duduk kat themepark yg ramai umat tu. Kawasan ni tenang. Naik kereta ke atas tu kejap je parking dalam 1st world Hotel sehari RM12. Setel.

baru nampak

Masa dalam shuttle berborak dgn staff. dia bagitahu, keluar lobi ke kanan ada 1 gerai ni. Zul Corner bukak jam 6petang. Jadi tak payah jauh2 nak makan. Senang kan? Makan kat atas pon mahal berdentum. Baik ko makan je kat sini atau Nok Sokmo tu. Harga masih ok.. Nasi goreng dalam rm7-8 oklah kan. Kira nya lokasi hotel ni mudah juga cari makaan selain mamak.




Kami malam tu bosan, naik juga lah ke atas. Saja buang masa. Cari makan.

Kali ke 2 disini. fav



Info :

SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCE
Located in: Windmill Upon Hills
AddressWindmill Upon Hills, Jalan Permai, 69000 Genting Highlands, Pahang
Phone03-9213 0777













Wednesday, November 20, 2019

Hatten Place Melaka





Hatten Place Melaka.
Tak sama dengan hotel Hatten Melaka ( dataran Pahlawan)
tetapi di bawah 1 management. rasanya dah 2 tahun juga hotel ni dibuka, baru sekarang rasa nak cuba. Masa datang proses check-in agak lambat. sebab kami nak bilik yang besar sedikit. Tapi bilik hanya ready 4 petang. amboii tunggu sejam dah. lepas tu tanya balik kene tunggu lagi ready jam 5. So malas nak tunggu ( sebab dah buang masa kat situ) Kami ambil je bilik apa yang ada.



awal awal dah rasa hmmm.. 

Lobi hotel agak mewah, cantik. Tak berapa besar.Tapi ramainya umat. Masa kami datang ada group mainland pakat tido kat sofa. Jadi kene berdiri nak tunggu turn.



apat2lobi
                                    
Kalau sesiapa nak tahu, Hatten Place dan Double Tree bersebelahan. Share parking yang sama, cuma kau belah sana, aku belah sini. Nak ke Jonker kene lah driver kereta, tak sure hotel ada sediakan shuttle free atau tidak? sebab kalau di Dataran ( Hatten melaka) ada shuttle. nak kemana2 jalan kaki, mahkota parade sebelah je lintas jalan. Jadi Hatten Melaka & Hatten Place lain kawasan ya

dari bawah
                                     

Dapat key-card terus menuju ke bilik. Jalan ke bilik pon ok cantik. berkarpet. Bila buka pintu. Bilik lawa, cuma sempit sangat2. rasanya muat2 solat je. lepas tu dah sila kemas, kalau tak orang tak boleh jalan. Konsep wainscotting memang lawa. Cukup lah bilik untuk tido. Berdua je dgn anak malam tu.



kemas wangi







Sisi ke sisi katil pon sempit. Budak2 nak berlari pon aku rasa takde ruang. jadi yang boleh buat hanya melompat2 atas katil.


aku ada baca review kata dalam bilik takde iron, upon request. tapi masa stay sini smua ada.
Complete !

Thank You



 Breakfast adalah saat yang ditunggu. Tapi hmmm... biasa biasa je. Selection pon tak sebanyak hatten Melaka, Sedap lagi Hatten Melaka. tapi berbaloilah dengan harga bilik + breakfast yg dibayar.

dekorasi cafe

Pool cantik. menghadap Selat Melaka, cuma banyak ditambak. Jadi air laut tu tak nampak sangat dah.


The view

ada jakuzi, tapi 1 rosak. dan berebut2

 Bawah hatten ni ada mall sendu. The Element. takde apa kecuali wayang. SSF, few kedai kasut. 7 eleven.Kalau menginap di sini dapat FREE access ke skyDeck Level 42 ada restaurant di atas. Stay Hilton pon dapat FREE access. 




Klau ikot lokasi, aku tak berkenan sangat. sebab 5 min by car kalau nak ke area dataran mahkota melaka. Taopi dari segi kebersihan bilik. Pool view semua ok.



detail :

AddressHatten Place Melaka, Jalan Melaka Raya 23, Hatten City, 75000 Melaka

Harga bermula dari : RM 130-300 









Saturday, March 30, 2019

Dash Resort Langkawi



Mencari Ketenangan dan Kedamaian
Thank You Daddy untuk 2 malam di sini =)


from my camera : So in LOVE. surely will coming back again


Semua best tentang DASH LANGKAWI.... dari Servis, Bilik Studio - Toilet , Pool, Ambiance, Breakfast. Dengan harga RM 450/ night. Berbaloi lah untuk rehat dan tenangkan diri. Kmi tak keluar langsung dari resort. Kecuali mencari makan.







Semuanya PUTIH dan bertemakan Alice in Wonderland.





Setiap hari. Cantik sangat Langit membiru


daddy and luth

Pokok Jasmin. 

Morning breakfast

Overall : 10/10 star !






DASH RESORT LANGKAWI
AddressJalan Teluk Baru, Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah