Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 21, 2013

TV9. Tanyalah Ustaz


Jam 12am,Kebetulan tak boleh tido. So tengok TV9 ada rancangan - Tanyalah Ustaz. Bagus rancangan ni. Kebetulan Tajuk malam ni - Positif ( sangka baik).

Ustaz ada cakap : ( aku bagi dalam bentuk point la)

• Hidup kene sentiasa Positif. Kalau kita diberi kesenangan sekarang. Kene bersiap sedia dengan Kesusahan. Kerana sifatnya berlawanan. Kalau kita diberi kesusahan tak apa. Positif. sebab Kesenangan kalau bukan didunia. In Sha Allah di syurga.

•Ustaz kata: Anak! rezki !kesihatan !dll adalah HAK Allah.. jangan ditanya bila. sbb kita sbnrnya tak tau bila allah bagi. Bersangka baik. Antara waktu doa dimakbulkan waktu Hujan. Kalau masa tu kita ade terdetik benda tak baik. Takot Allah makbulkan benda tak baik tu. Jadi Positif dan kerap bersangka baik kerana Allah swt sentiasa melihat hati kita. 



• Musibah datang menimpa : Adakah Allah swt tidak sayang kita? : Selalunya Kita akan rasa putus harapan, sakit hati, sedih. Tapi kita sebenarnya diberi dugaan kerana Allah sayang kita dan Allah swt yakin kita mampu menghadapinya.Allah swt tahu bila pahala yg banyak akan diberi iaitu antaranya waktu dilanda kesusahan. 

• Apakah  Lintasan Rabbani? > Lintasan Kebaikkan! antara contoh : dah lama tak buat kenduri? dah lama tak bersedekah? Itu adalah lintasan yg datang dari Allah swt. Sekiranya terlintas cepat2 buat sebelum lintasan syaitoni (kejahatan) menghalang. Ustaz kata kalau waktu kita ade duit lebih  dan tiba2 ada rasa nak menderma? Teruskan niat yg pertama tadi kalau kita jumpa peminta sedekah. kerana dalam rezki duit kita tu act tersimpan rezki buat orang lain juga.

• Positif dengan kasih sayang. Kita wajib ada sifat sayang walau dengan seekor anjing. Sifat kasih sayang tu sifat positif. Timbulkan rasa sifat kasihan terhadap manusia, binatang dll. 

• Kita kene banyakkan Istigfar pada Allah, Munajat pada Allah swt. Merintih dan berdoa dengan Allah. Elakkan sangkaan Buruk. Setiap sangkaan adalah DOA. 

In Sha Allah. Berdoalah kebaikkan dan Insha Allah makbul doa doa kita.

************************************

Dalam banyak2. Satu je aku sukar. Positif atas rezki ANAK! tak tau nak cakap camne. Anytime pon aku boleh nangis. Selalu positif - bersangka baik dgn Allah swt. Aku cuba. Nak positif camne lagi?Tapi yg negatif tu mesti datang jugak. pemikiran aku ni lain betol lah. Ni dah tengok rancangan ni. Serius kene POSITIF! POSITIF! 


Ya Allah. T_____T









TV9- Tanyalah Ustaz, Isnin 12malam.






3 comments:

Chekgu Azrine said...

InshaAllah..semoga murah rezki sis..

BLuRpL3 said...

thanks for sharing..info yang sangat berguna :-)

Nini Mohd said...

tengah berusaha untuk positif jugak ni. ermmmm.... -.-

http://ninimohd.blogspot.com