Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 4, 2016

Rayani Air - Luth ke Kota Bharu dan Cincin



Bismillah... Selamat Tahun Baru 2016. Cakkk? heeee

Takda azam, cuma nak sentiasa bersangka baik je untuk semua benda. hehe. Tiap tahun tu je lah yang aku fikir. 


Nak update pasal Rayani Air ( Tajuk dah macam karangan sekolah rendah) HAHA. First official RAYANI fly pada 20/12/15 dan aku sempat naik pada 25/12/15/ Cuti panjang kan? sebenarnya tak decide pon nak balik kampung hubs. Tapi last min dia ajak balik. Tugas cari tix haruslah tugas iols. Jumpa MAS murah la within RM350 untuk kami. Tibe2 hubs kata cer try buka Rayani Air. Ok tangan laju laa. beli tiket ni 1 minggu sebelum.( sebelum roadtrip IPOH - next entry).


Godek2 web ( web baru kan) - simple je lah, takpe bagi masa, benda masih baru. Kenelah support. Buat Kul- KB/ 2 adult + infant) untuk 1 minggu ( 25-31 dec 15) Dapat RM 204.
Serius ke ni? dah la murah ! Infant FREE ok. suka gila. Dapat luggage 20kg pax + refreshment. Try tengok AA untuk date sama RM 500. okbai. Aku balik pada Rayani. Isu-isu yg kecoh pasal siapa owner rayani laa apelaaa, syariah compliance bagai, baju tak ikot syariat.SILA letak tepi. sebab aku fikir nak balik je dan selamat sampai kampung dengan HARGA MURAH ! Thats it. So kita beli lah. why not support and bagi peluang benda baru kan? kau dah la tak mampu nak beli flight sendiri. Lagi nak banyak bunyik? naik je lah apa yang ada sudah. ni bising2. pelik aku dengan manusia ni ( ehhh tetibe cite lain) haha.

Rayani Air


Ok 25/12 tiba ! Smooth je. Naik dari KLIA2, so rileks je lah semua pon over kaunter, senang, check-in luggage semua. Staff muka ada senyum =p ( maybe belum busy lagi kan) hewhew. Siap boleh borak2 lagi. Rasa tenang je. cewahh. haha , masa nak boarding ade kelewatan sikit, sebab flight dr KB tiba lewat. ok takpe, small matter. Tunggu je lah , tak lama pon lambat dalam 10 minit je. Masuk2 dalam flight. Aura rayani menusuk gitu. kahkah. sebab tak sabar nak try new airline. Pramugari dia bagi salam kau. Assalamualaikum.... lembut je. terus rasa macam eksited sangat! ,

Cari seat, letak bag, ok duduk. pendekkan cerita la.. Bacaan DOA memang ada ( bagi muslim aminkan lah doa yg pramugara baca) dan bagi yg bukan beragama islam boleh berdoa ikot kepercayaan masing2 ( tu ayat steward) . Rasa sejuk hati. sebab flight lain kita naik takde kan? kihkih. harapkan baca sendiri pon takde uols. Paling kuat bismillah je. tu pon kalau teringat kannnn? So bila ada usaha macam ni. jangan la kondem, kita sambut baikla. sebab benda baik. tak salah pon kan? hmmmm

ohhh ohh lupa nak cerita pasal interior, dalam dia sama je macam flight domestic MAS, ( aku baca dia beli flight 2nd dr MAS) whatever lah, Ok je pon. Try la dulu,ada yang naik pon tak lagi, kondem lebih2 lagi -__-

Pada aku yang dah naik untuk return flight ( KUL-KB) 2 kali ni. serius Ok sangat ! 8/10 aku bagi. kenapa tak 10/10?  sebab malas bagi FULL. kahkah


menu on - board


Dalam tu, ade refreshment , snack - pouch apple juice, muffin, kacang. Ok kan? 1 jam flight, bukan nak bagi kenyang pon, cukup la tu kudap2 dalam flight. Syukur ada yg bagi. Pada aku makan dalam flight ni tak penting pon, sebab sebelum boarding memang aku makan dan bagi perut kenyang, haha. Lugagge tu yang penting uols. bila dapat 20kg siap sekali. Flight pon murah untuk return. memang best lah. =)


Ok cerita bermula ! wahhh dramatik sangat. Aku dalam flight suka nau amik pic awan & sayap kapalterbang ( siapa tak suka kan?) so aku letak hp dalam bag bahagian zip belakng bag, dalam tu ada cincin whitegold ( nikah) aku simpan sekali. Lepas dah sampai Kb, cerita cincin dilupakan. haha. 3 hari selepas berada kat kampung. Aku teringat nak cek bag cari cincin. Cari-cari godek bag takde. *pengsan* , aku dah start cuak. matiklaaaa kalau pak pejal tau. haha. Aku taknak nervous, terus ingatkan dari 1st day mana aku letak and bila 1st zip aku bukak ! ok dalam flight. Soo 1st inisiatif aku adalah email pihak RAYANI AIR. Aku tak harap dah cincin tu ada ke tak. memang dah redho masa tu. Tapi usaha tu penting. email je lah, godek Instagram diorang dan jumpa email address. So email ! Nak kata berharap tu entah,. sebab dah lebih 3 hari kan? Hati aku tak kata hilang dalam flight. tantah jatuh kat pantai ke, sebab aku ade pergi pantai.. bukak bag tu memang selalu. arghhh geram nya dengan kecuaian sendiri.. huuuu


Then next day dapat email balasan Rayani !


nak menjerit okkkk !

Wehhh Rayani Jumpa tau ! Benda kecik macam tu, ada pada diorang. balas email balik dan aku send pic cincin tu dari depan! sekali memang betul cincin sendiri.. Rezekiiiii ! Kuat betul jodoh dengan cincin =p Rayani email untuk bagi full detail dan no hp. petang tu pihak Rayani ( dept lost & found call) tanya flight balik dari KB bila? dan bagi direction nak ke office dorang. HAPPY ! Alhamdulillah.

Bukan nak kata apa lah, kalau airlines lain, email pon belum tentu jawab agaknya *teettt* Mungkin juga rezeki kan? yang jumpa tu JUJUR.. tu yang penting sebenarnya. Terus rasa nak support Rayani. haha. Oh btw tiket langkawi pon murah tau. Untuk kami ber-3 dapat RM 275. Sukaaaa gila .



KB - Kul
So sampai2 kat KLIA2, pergi lah cari ofis Rayani, staff kat pic tu yg handle. Thank You! proses tak susah pon, just bagi IC je. sempat tanya siapa yang jumpa, Dia kata - Pramugarai yg bertugas. Thank You sangat2.


So dah ada pengalaman yang menyeronokkan dengan  Rayani. takde sebab kenapa aku nak banned, mana-mana yang travel by flight ( jenis kisah harga) aku lah tu. Sure cari flight yang MURAH, nak holiday pon nak yg murah khenn ? Bagi peluang laa pada Rayani Air, Tak cuba tak tau. Nasib aku baik, Alahmdulillah, experience memang ok. Tulis ni tak berbayar pon ok. jauh sekali ade kaitan dengan Rayani. saja tulis benda baik dan MUROH .lulz #villagepeople


Tadi perasan Rayani buat FREE seat ! sila lah terjah. ada 4 je setakat ni - Langkawi, Kota Bharu, Kucing, Kota Kinabalu



Selamat Bercuti =)








2 comments:

LisaLisut said...

Teruja aku baca kt ig aritu. Meronta nk g cuti. Smbil doa kr naik gaji hahaha

LindaF said...

haha kan? mak pon teruja .kihkih. try la usha weh. kul-srwk pon rm300 je siap semua.