Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 29, 2016

Short trip Penang - 8 April




Tahun ni rasanya macam banyak pula buat aktiviti Cuti-cuti Malaysia. Seronok kot sebenarnya roadtrip ni. cuma penat sikit la. ( lagipon masa tu dah tau takleh travel luar). Lepas balik dari Indonesia March haritu ( aktiviti balik kampung). Aku teringin sangat nak makan Laksa. Laksa Penang, nak makan kat Penang. Melampau sangat permintaan tu. haha. Mujurlah suami layan je. So ajak la dalam group BS. Semua ON. So moh ler kita.


Booking hotel 4 hari sebelum pergi Penang. Nama pon last minute plan. semua pon last minute. haha. Tapi good deal sangat dari AirAsia.go untuk hotel The Royal Bintang. Best ! Beberapa hari sebelum pergi Amy tukar plan ke Cameron. Aku and Uya je ke Penang. Kami stay hotel yang sama. Tujuan memang lepak hotel & Makan je. 



Makan makan

Uya dah ke penang sehari awal. Kami hari sabtu baru gerak. Hubs takde cuti, hewhew. So sabtu tu perjalanan dari seremban. Ta jem pon. okey je. kami memang cadang nak breakfast di IPOH. Singgah jap. Tu kata seronok roadtrip, sebab boleh berhenti2 ikot suka kauuu. lulz. Singgah makan kat Kedai Kopi Suhaimie. Pejal gila sangat dengan dia punya Roti Goyang tu. Lepas makan kami terus ke Penang non stop. so sampai dalam jam 1pm. Uya & ray dah tunggu di Kedai Makan Bawal Panas Juru. Slurppp sedapnya. Total makan berlima tu. RM 40 je termasuk air kelapa. TQ ray belanja kami.


Anak anak mak. 

Dari Juru kami masuk Pulau balik naik Feri. Sebab hotel berdepan je kan dengan Feri ni. haha. Mudah kerja. Santai je pon. check-in and lepak hotel, bawak anak2 mandi. Main gym. dan etc etc etc
Petang dalam jam 6 kami ke spot wajib singgah - PADANG KOTA LAMA.

kami


Fav hotel bila ke Penang. lawa pulak aku snap. lololol
Rezeki kami kali ni bilik hadap pool. huehue. Best kot. walalupon aku tak mandi. Kalau ke penang memang suka stay area town. aku takleh hidup la dok batu feringgi tu. Takde makanan ! haha. Pastu jenis selalu lapar. So prefer stay town untuk aktiviti makan. senang drive 5-10 min sampai kedai. Duluuu zaman berdua boleh la stay Feringgi. hehe feeling amik mood dok tepi pantai. La ni... mak dok town laa senang keja. 


Room and such
Breakfast

As usual breakfast kat The Royal Bintang memang tak pernah menghampakan. Lepak lama gila semata melantak semua benda ! bahahah. Dasarrr tembolok besar.

Ringkas kan cerita je lah. Datang pon sebab nak makan-makan kan? So kat bawah ni apa yang kami makan sepanjang kat sana. Penang memang spot wajib aku la tiap tahun. Errr i mean dalam Malaysia, negeri wajib pergi tiap tahun - PENANG, LANGKAWI. Zedapnyaaaaaa....


makan makan makannnnnnn

Kami makan nan tandori Kapitan, Nasi Beriyani Kapitan, Pasembur, LAKSA ! Ni 1st aku makan laksa lepas melahirkan Luth, Giteww. Mula-mula tak berani nak sentuh, kata pantang setahun la apa la. Tapi mulut tak tahan sangat weh, kalau tak, takkan laa sampai ke penang aku cari kan? sebab ade satu stall tu laksa dia sedap kot. Malangnyaaa TUTUP -__-  Mula mula nak la try Laksa Janggus, tapiiiii.... hahahaha dok hotek lagi best =p. So kami makan dekat2 je. Try juga makan mee Bangkok Lane, pastu masuk Sungai Dua pekena Char-kuey-teow dan akhirnya dapat pulut udang idaman hati. 




upside down museum

Sebelum balik KL, sempat laaa kami ni singgah UPSIDE DOWN Penang ! Best weh tempat ni ( atleast for me) haha. Senang gila kau bagi camera kat staff, dorang arahkan korang bergambar. Bayaran masuk aku ingat lupa. Tunjuk IC rm17. errrr lebih kurang.




perangai masing2. 


Actually datang penang ni , saja je stay hotel sama sebab nak mengimbau kenangan baby-moon . Dulu Luth dalam perut. sekarang Luth dah nak 1 year pon. So bawak la luth jalan-jalan ( alasan mak nak jalan2) haha. and masa tu kalau ikot kiraan doc adik luth dah dalam perut pon about 8weeks. =), tapi maybe sebab penat balik dari penang, spotting 2/3 hari , nak-nak luth demam panas sampai warded kat Columbia hosp.and aku penattt sangat2.. Fuhhh Fuhh malas nak ingat. hihi . Dugaan. Terima dengan hati terbuka. InsyaAllah. mak okey dah ...


=)


next cuti-cuti malaysia ke mana daddy?

Till Then....










No comments: