Holla !
Baru balik bercuti Pantai Timur ( Kelantan - Terengganu- Kuantan) sempena Hari Raya Aidiladha.
( padahal ade Trip Krabi seminggu sebelum tu, nanti nak share hotel Krabi yg awesome)
Bila roadtrip banyak la tempat boleh singgah sebelum balik KL. dan kebetulan pula tiket balik KB mahal sangat ! Mahal gila -___- sebab tak prepare pon nak beraya sana mula2. kalau tak? tahun lepas lagi ahkak dah beli tiket. Lulz.
Hokey Kelantan tu takyah cite la. kalau update IG pon banyak makanan je. So lepas Kelantan kami masuk ke Terengganu. 16 Sept Hari Malaysia. Weh booking hotel nak sebulan awal pon dah fully booked. Tak pernah aku dapat stay Primula tu ( memang nak stay town). Hotel yang haritu pergi dengan Luth masa baby tu pon dah full. So tanya2 dalam IG. rata2 yg komen Sumai Apartment. Tibe- tiba teringat Felda Residence . Pernah stay sini 2012 follow hubs bekerja masa tu hotel ni baru lagi.
Cek Agoda - Fully Booked
Cek Airasiago & Expedia - Fully Booked juga
Harapan yang tinggal hanya booking.com - pap ada la 2 bilik lagi. So booking la kita wak. Yg best rate dia murah laaa RM 150 je, oklah kan? Untuk 3 Star. Tapi kan kenapa masa aku pergi 2012 tu RM 250? ( cheapskate)
Felda Residence dr luar area waterfront |
Dari kelantan kami lalu Tok Bali. Best sebab lalu tepi pantai, sampai laa lalu Pantai Penarik, K Terengganu tu.. Lawanyaa biru je air. tetibe ternampak Sutera Beach Resort depan sikit dari situ. Waaa best rupanya. Nyesal tak booking ( walau jauh dr town). Takpelah sila redho dengan pilihan hotel yang kau buat. Basically trip Terengganu ni nak makan je pon. Takde buat apa. sebelum teruskan ke Kuantan dan balik KL
Reception |
Ok Lokasi Hotel ni betul2 area waterfront, dekat juga ke Pasar Payang. Malam2 kawasan Waterfront tu happening la sebab ada kedai makan.Proses chek-in ok ja. Smooth. Macam biasa. sebab orang dah masuk lebih awal la kot? Infact masa kami check-out tu baru full area lobby ni dengan manusia yang baru nak bercuti lagi. Lobby level 2 ya. naik lift yang boleh nampak Sungai Terengganu. ( eh? yeke sungai?) Bantaiiii
Lobby Area |
Kami tak ambil Buffet breakfast di Felda. sebab dah pernah makan dulu, Nasi Dagang dia memang sedap and food selection pon biasa je. Lagipon nak try makan Nasi Dagang Kak Pah, Batu Buruk foodcourt ! Tapi sedikit infor pasal Cafe dia. makan sambil tengok view Bot2 sebab menghadap sungai tu. Per pax untuk Buffet breakfast RM25.
Bilik dari depan |
Dapat keycard laju-laju masuk bilik, penat weh walau 2 jam je dari Kb tu. Bilik masih ok. Bersih. Toilet pon cantik lagi. Tapi TV masik Kotak ! wehhh dah 2016 kot. TV lcd/led dah murahhhh. Pliss tukarr -__- zaman aku pergi kotak, dah 2016 ada anak pon kotak lagi. Apekah?
room n such |
Bilik dah disediakan mini bar,sterika, iron board siap2. Mudah sangat. Lain2 basic things la. WIFi oklah, taklah laju. Nak search youtube pon maha lembap -__- Cumanya kan? Dengan harga dibayar tu takde la nak Komplen lebih. Semua ok. Kecuali TV ! haha , dorang boleh tukar dah kot. Tau tak TV dia tu gambar macam semut2 tu punya lah buruk channel dia. Pastu kang tetibe hilang- pastu ada balik... Nahhhh tengok kat bawah ni -___-
Masuk toilet pon masih sama, takdelah perubahan. Semua ok Bersih tu yang penting. Tilam Katil Bantal semua empuk dan selesa =)
Toilet |
Lokasi tengah bandar tu pon dah ok. Tapi kalau nak ke Pok Nong Celup Tepung tu berabad jugaklah nak sampai. Nak ke ICT pon sama. Tapi ok je lah kan ? naik kereta . So semua ok. rate? 3/5, nak selit bab makan kejap. hewhew
Pantai Penarik Terengganu |
Nasi Dagang sedap |
Kalau nak makan Nasi Dagang Kak Pah ni datang la awakl. Dia punya beraturrrr -__- Kami sampai situ jam 8am tau. Tu pon nasi dah nak habis. Bila turn pejal je selepas 40min beratur. Terus belakang tu tak dapat nasi dah, Mujur ada Rezki rasa. For me ok sedapp ! Tapi pernah makan nasi dagang lagi sedap. hehe. Next time nak food hunting Kak Nor Nasi dagang pula. Nak makan Kedai lempeng. and air buah pior ( tak sempat)
If korang nak stay Felda Residence Terengganu ni boleh lah google kot2 ada review lain
nah aku bagi alamat siap untuk korang
Felda Residence
Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Kuala Terengganu, TE, Malaysia
No comments:
Post a Comment