Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 24, 2016

Apartment Murah di Cameron Highlands - Desa Anthurium




Holla !

Malam ni rajin sikit nak up satu entry. Nak share Apartment Murah di Cameron Highlands. Lokasi Strategik, Dekat tengah -tengah je. Sebelah dengan Hotel De La ' Ferns. Dari apatment kalau ke kiri turun Tanah Rata dalam 5-10min. kalau ke kanan dari jalan besar pulak akan naik ke Pekan Brinchang.


Plan holiday cameron ni adik yg belanja. So dia suruh cari penginapan yg boleh muatkan family kiotrang 12 orang tu. So google2 ramai yang cadangkan Apartment Desa Anthurium ni. Tapi dari blog2 yang share pon rumah semua lain-lain. even yg aku dapat pon blok lain. Maybe owner yang handle ada banyak rumah kot?



Fresh Flower

Dapat contact terus whatsapp En Hamid. Biasalah cameron walau bukan cuti sekolah pon memang ramai - jem - lagi2 sabtu ahad. Kami pergi ni minggu selepas deepavali. Gerak dari SA jam 8am, Tapi sampai cameron jam 2 petang. Mula mula berangan nak checkin awal. Tapi rumah tak siap kemas lagi. sekali sampai pon ngam2 je. sebab jem GILA ! Jem kat area pasar Kea farm tu. arghhhh.. Bayangkan If pegi Depa? or cuti2 umum lain? Bertabah laa kau... Pejal siap caruts dalam kete . haha sebab dia memang menyampah pegi Cameron. Jadi mak pon tak bole la nak feeling suka naik cameron. haha



Desa Anthurium

Kami dapat Blok A. Aku mintak blok yg ada view cantik tu , Blok C tak silap. nan hado. fully booked. So dapat blok A, sebelah guard house, Takyah jalan jauh2 . Senang sangat deal dengan En hamid, bayar depo, balance upon check-in. RM 250 per night. mana nak dapat kan? Murah sangat dah tu ada 3 bilik lagi . Masuk Jam 1pm. Rumah Kemas, ada dapur, fridge, rice cooker, Kettle, Pinggan Mangkuk Kuali semua ada. Boleh masak weh ! tu yang seronok. Bila dah datang ramai2 memang semua akan ada peel masing2 kan? ade yg malas keluar lah, sebab jem. haha. So Mak kita masak je kat situ bawak brg asas je. senang hidup, nak cari makan kat sana bukan sedap sgt pon. eh? ;p


Ade lauk yg bawa dari rumah, kami bawak bihun, sardin & telur je, so sarapan bihun goreng, siap buat sandwich sardin bagai. Bestttt ! haha,, Tak payah bersesak keluar masuk kete hadap jem semata cari makan... Masa pergi Pasar malam pon kejap sangat, kami gerak jam 5ptg tu. Tak jem pon 5min sampai. Tapi masa balik tu bertabahlaa org yg baru nak pegi Pasar tu... Jalan sehala je, nak taknak kau hadap la jem tu.


Hall

Bilik ada 3 , semua pon katil queen, siap extra tilam , bantal , selimut. Memang recommended la. Kita bagi 4/5 bintang. En Hamid pon baik sangat. Sebab mula2 nak cari airbnb, tapi dorang ni ada limit pax yg masuk rumah, same je apartment lain kan? if booking thru booking.com.. So option untuk Apartment Desa Anthurium ni memang best la. Mudah, sumbat je semua. Hall dia besar tau, siap bole bentang toto tengok tv. Cuaca pulak sejukkkkkk sangat ! sebab dekat kaki bukit.


Bilik and Dapur

Aktiviti cameron sama je. sapa naik sana tu je lah pic yg diupload. So sama je lah pic kami. haha

Lepak minum waktu hujan


Ladang Teh Cameron Valley

Pasar Malam tu memang meriah, tapi takde apa, semua pon jual benda sama. Pusing 20 juta kali sebab nak habiskan masa je. Rugi datang jauh2 jem segala, takkan dok pasar 5 min kan? Macam kebun2 semua tu aku tak pergi laa...dr zaman kanak2 masuk.. agak2 laaa weh . haha. Memang tujuan rehat2 je kat atas tu.. 

Cameron



Pasar malam brinchang


So if sape2 nak contact Apartment ni :


En Hamid
Desa Anthurium Apartment



hello .. hello je ok?










No comments: