Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 5, 2017

Hotel Paris - Grand Hotel Magenta


Bonjour !


Tudiaa, pergi time mengandung 5bulan, tulis blog bila anak dah 2 bulan. HAHA
Act baru teringat nak simpan sini info hotel paris,  amsterdam dan london. So kita mulakan Paris lah.


Orang kata pergi winter kos dia murah sikit. Tapi pada aku macam sama je . haha. Ke aku cheapskate? dah murah nak murah lagi? Untuk hotel di Paris aku tak lah buat survey sangat tetapi nak stay berdekatan Train Station Gare Du Nord. Kenapa? sebab Train aku dr london - paris ( pagi) Paris ke Amsterdam ( Pagi) , Taknak gelabah2 kejar train or tertinggal train. Dari kenalan di IG kata kawasan ni black area. Tapi sepanjang kami kat sana, semua ok. Janji kita pandai bawa diri. cuma ada sekali kes dr La Valle Outlet, Bag mamat kene bukak dek pencopet. grrrrr, tapi dia tak berjaya bawa apa2 sebab bag tu makanan Luth je.



Booking hotel thru Booking.com, dan dari pembacaan ada satu hotel lintas je kaki keluar dari Gare Du Nord terus sampai, New Hotel. Tapii  mahal eh? semalam RM 700. Tak koserrr aku. So cari lagi dari google maps. Jumpa kawasan tepi Gare Du Nord. 5min je jalan kaki. So ok leh. Keluar dari pintu besar Train Station tu ke kanan jalan kaki, akan jumpa kawasan seperti dibawah :




Semua ni sebaris : Avalon Hotel, The Cambrai, dan hotel kami Grand Hotel Magenta. Kami dapat Eur80/2 malam. So ok lah kan? dalam RM 400. Bilik pada aku bersih, toilet best, keluasan bilik just nice. Triple room ( Queen + Single) . Ada TV, Ada meja, almari baju. dan veranda yang comel menghadap lorong belakang kedai yg cantik . haha . Tipikal Building di Paris lorong belakang pon cantik tau


Tangga spiral yg membunuh


bersih kan toilet ! Penting nih


So far kami puas hati, boleh ke arah New Hotel tu untuk ke Carefour kalau nak beli barang. Kami beli air kotak, telur, minyak semua kat situ. Eh i masak nasi ok kat bilik. Anak sejenis makan nasi. Dinner kami tapau, sebab area tu bersepah kedai halal jugak. 





Lorong belakang hotel. Cantik kan. Kalau spring kat situ penuh bunga
Proses booking booking.com senang je. aku suka ambil yg free cancelation, and bayar di hotel. Satu je prob kami masa ni. LIF rosak. hari terakhir baru ok. choiii sangat ! Mujur bilik kami level 1, so naiklah tangga spiral yg membunuh tu. Kesian Mak Yong. hewhew.


yg ni sedappp ! plus ada jual Daim Cake 


5 euro

Tulip




Lain2 ok je. Cuma malam kami tak berani jalan sebab malam2 memang seram. haha. sebab keluarlah muka2 yg waktu siang kita tak nampak. lulz. Tapi dari segi Lokasi aku suka la Grand magenta ni. Dekat je, dekat sangat ke Train Station utama Paris - Gare Du Nord.



Gare Du Nord Station
depan Gare Du Nord

Kawasan agak bising sebab berdepan jalan utama, tapi aku ok je. plus bole jalan kaki ke Sacre Cour.
sebab cuaca winter yg best, hari pertama tu kami jalan kaki je merata ke Hard Rock.  so kalau aku bagi rate untuk hotel ni 3/5.


Grand Hotel Magenta Paris
129, Boulevard De Magenta Paris







No comments: