Hi !
ya aku akan rajin update hotel sebab dari balik langkawi October haritu aku tiap minggu follow laki kerja .haha. ada 3 hotel lagi nak review. Ni untuk simpanan sendiri je. Kadang2 pergi elok. masuk tahun seterusnya lain pula kan? So kalau orang google ada lah idea.
Ke KK hari ahad, so sempat la jalan sehari ke Kundasang bawa LF, Jadi urusan booking bilik as usual aku akan thru web KINABALU PINE RESORT
Kenapa aku suka thru web? sebab dorang ada PROMO. Plus harga tu kadang2 dah masuk breakfast & Dinner. Kali ke 2 aku amik Pakej macam ni. 2016 dan 2017. Email agak lambat di balas. tapi aku suggest booking seawal boleh. Date ahad tu pon aku beli flite lepas dapat bilik dr KPR ok . haha. Isnin hubs dah kene keje so kene lah turun KK.
Blok P |
Kalau stay sini aku ambil BLOK P walaupon bilik dia hanya Standard Superior. Harga yg kami dapat RM 240 / nite dengan Bfast dan Dinner. Berbaloi kan. Sebab apa nak BLOK P? Pernah bagitahu sebelum ni. sebab dia ni kat bawah
View Gunung KInabalu dari Bilik |
Nahhh dari pintu bilik |
Ok mari kita lihat bilik. ( Lupa ambil pic toilet) tapi normal toilet je ade shower etc.
Bilik |
Apa yg ada |
Pesan aku bila datang Kundasang. Ko tapau je food makan kat bilik. senang . haha. Kami sebelum chevk-in jam 2 petang. Siap tapau semua food. Makan di beranda bilik sambil tengok gunung. Tapi petang tu kabus tebal sebab baru lepas hujan.
Sayap Bakar tapau rm10 |
Gunung sekitar jam 6 pagi |
Sebab pakej untuk bilik sekali dinner. Menu dia ikut hari yang korang stay. Kami stay ahad. so malam tu dapat menu macam bawah tu. Makan 2 orang rasa nak pengsan habiskan. Banyakkkk ! Sayur tu fresh sangat ! Ada daging Kari, Sayur Oyster, Sup Telur & tauhu , Ayam Masak Blackpepper. Air Chinese tea free flow.
Kafe dia dah baru. Masa aku pergi kecik je. Ni dah besar sangatt! Untuk breakfast dah takde buffet. Kene pilih menu ala- carte je. Kami ambil menu yg buat lapik perut dan add few menu. Murah je. jangan risau.
Macam biasa aktiviti Kundasanf adalah tengok Lembu dan makan Aiksrim Coklat. Aku beli air DEsa Choc 1 Liter, sebab air ni laaa turun KK aku muntah2 terus dimasukkan ke hospital. haha. Kenangan wehhhh ! Tak pasal1 drip air, kene inject. anyway. If ke sabah lagi aku tetap akan naik Kundasang. Berbanding dengan Cameron. Kundasang jauh lebig tenang. sunyi, kenderaan tak banyak sangat pon. masih terkawal. mungkin sebab atas tu takde apa kan. Untuk resort ni aku bagi 4 bintang ! sebab selain ada view dan kawasan yg cantik. ada Taman Mainan, ada Arnab, ada Kolam Ikan so budak2 pon tak bosan. Plus area tu boleh BBQ.
So kalau nak stay Kinabalu Pine Resort
ni alamat :
Address: Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah
No comments:
Post a Comment