Maaf ye cerita lama. kalau ikotkan sebenarnya malas nak cerita g terengganu tu. sebab dah lama -__-
Tapi sebab tengok pic terperuk, and last entry after Balik Kelantan raya haji tergantung, aku sudahkan jugak lah ceritera cinta ni. gitew. Pagi tu gerak pagi tak pagi lah. HEH.
Jam 10 am. since MIL tak jadi ikot sama, Pagi tu sarapan Ns goreng. sedap MIL masak. kenapa kalau MIL masak sedap eh? *pitams* dasar pemalas bangun*. HAHA. Act MIL nak lawat anak sedara kat Tganu tak jadi, plan cancel. So hanya kami berdua yg teruskan perjalanan, Dalam 2 jam jugak lah nak ke Tganu dr Kota Bharu. Cuaca pagi tu ok je. So macam semangat sikit lah. Aku dah lama tak pergi Tganu. Last pergi darjah 4? so opcoz ios seksaited. LOL
Sebab cuma 2jam, so bekalan yg aku bawak hanyalah air Tinge dan Nachos. HEHE.
Dah rancang dengan hubs nak makan kat Tganu je. Sudahnya? Nan hado. haha.
Sampai nak dekat jam2. Pergi TM dulu bagi hubs settel kerja.
Barulah kitorang ke Hotel. Kami stay di Felda Residence.
Ok cerita Bab Hotel ni aku hutang dulu lah. Bilik ok. Komen lain aku cerita part 2. EH?
Konpiden ada part 2. wakakaka.
Lepas check in. laki aku kata penat pulakkk. Demmm. perut lapar. dan-dan dia tak tahu mana nak tuju. So berehat lah dalam bilik tu. lepas Asar baru keluar semula. Seingat aku.. masa tu tatie dah start roger sms. ajak makan seafood. Thanks god. dah lah lapar. kami cuma makan benda goreng2 tepi airport je.
mana lah kenyang. Zzzz. lepas tu laki aku ajak balik hotel je? Perghhh men-sirap okk. dah lah aku gatal ikot dia outstaion, pastu nak dok hotel je? memang tak ahhh! Aku suh gak waze and cari Masjid Kristal.
Dan Jumpa. Yeayy. Ya Allah, Subhanaallah kagumnyaa.
Masjid ni cantikkkk sangat tak tergambar dengan kata-kata. Aku ada snap more than 50 keping pic masjid Kristal ni. dari pelbagai angle. Punyalah kagum. HEHE
Sebab nak habiskan masa. kami melepak kat Taman tepi tu. Tak masuk pon Pusat Tamadun Islam tu.
Tak sempat, dah petang kan? Haruslah dah tutup. Takpe itu maknanya boleh repeat dtg lagi. HEHE.
Malam tu lepak dengan Tatie dan jerul, then ada kawan dorg. Kami makan di sebuah kedai makan tepi jambatan. Ohoiii sedap dan murah gila. Terkejut okkkk murah sangat utk 6 org makan.
nama kedai tak ingat. wakakaka.
Sampai kesudah aku asik ulang cakap. sambal dia sedap nak matikkkk.
Ikan steam, Err aku tak makan sebenarnya. sbb pd aku nampak macam ikan tak masak. Tapi jerul paksa jugak rasa kuah pon jadila.. Well, sedap ! serius sedapppp uolss.
Day 2.
Bersiap2 awal pagi. Suami siapkan kerja2 terkahir. laki iols dimana ada internet, di situ kerja jalannnn ~~
So dia kat luar tgh monitor ape tah. payah nak paham kerja network dia. Koserrr aku,. baik camwhore.
Agagagagga.....
Pergi pasar payang
Dan sesi beili keropok leko kene amik nomborr.. kelas kauuuu. Kalah servis kat bank.
Tu nama kedai. ada kat situ. sila lah cuba dan beli. Yg dalam piring tu RM3, aku dok ulang makan sampai 3x nak tunggu turn ambil keropok leko. Heh Kenyang.
Last sebelum balik KL< hubs ajak makan seafood lagi. siap contact si Jerul (laki Tatie)
Nak makan ketam pulakk. elok2 boleh balik KL awal, dia lambatkan pulak sebab nak tunggu kedai bukak, sanggup uolsss dok melepak makan kuih dan laksa tepi pantai. Sudahnya aku yg banyak makan.
Bencikkkkkk -__-
Ok nama kedai ni on aku tak hingat. wakaka. Tapi ada jual Maggi Ketam yg popular tu.
Err nanti aku update nama kedai lah kalau sesiapa nak makan kat sini. Tapi memnag jalan nak balik ke KL dah tu. so sekali jalan je..
Masakan malam tu semua berunsur Cili dan semua bercengkerang.-____- Dalam banyak2 aku makan Keam je. Bolehhh? Tapi memang puas. Tatie siap tambah oder ketam so total dalam 13 ekor tak silap.
Lepas dah makan perut dah kenyang kami pon meneruskan perjalanan pulang ke KL. Shah Alam to be exact. Rumah emak bapak den. Rindu katil sendiri oiiiii. So far percutian Tganu ni, ok lah pada aku. boleh repeat lagi, tapi bukan saja-saja repeat lah, mati kutu aku nanti. Kalau hubs ada os ke pantai timur lagi boleh lah menyebokk sama, keeeennn? Sebab aku tak puas lagi jalan oi. dah lah tak dapat makan roti Paung. *EMO* so mesti datang lagi sekali.
1 comment:
Mak ai giler byk korg mkn ketam. Haha. Nmpk sedap je. I pun tak suka sgt ikan stim u. Rasa mcm tak masak and hanyir je tp husband i suka. Belajarla gak masak utk dia muahaha
I tak pernah pg terrngganu dh besar ni. Last pg pn mcm u la masa kecik. Tu pn pg rumah sedara.
Post a Comment