Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 6, 2016

Hotel best di Bandung








Salam Ramadan 2016 semua =)


Lama dah nak buat entry hotel part 2 ni sebab ada yang email bertanya, Maka alang-alang buat entry la dari pic ni mereput dalam folder. Tapi cam biasa tak terbuat -___-, baru sekarang ada masa.. LINK Hotel Bandung Part 1 ada sini. Zaman bila aku tulis tah. So ni Part-2. Ofcouse la pergi bandung dulu dan sekarang banyak je benda baru- perubahan. Ada cafe tutup, ada yg best2 baru buka. Cafe2 lama makin buruk *pitam*, Menjadi aku yang tiap tahun 2/3 x fly ke Bandung ni. So suka lah kalau stay hotel merata2. hewhew.


So make it simple. Ni entry Hotel di Bandung untuk anda yang bertanya *tibe* . 3 hotel ni harga berlainan, dari sekecil2 bilik & murah hingga lah yang 4 star dan ok laa. So ada pilihan kan? lulz



Fave Hotel , Jl Braga

Most fav hotel ! haha sebab di kawasan happening. Braga itself. U know Braga ni kawasan palinggg hidup di bandung waktu malam. Ada live band tiap malam memekak2 -__- , banyak cafe makan, halal, mudah ( Starbucks, Bangi Kopitiam, Wendys, etc ! kat luar jalan ada outlet Ralp Lauren. And Fave Braga ni sendiri dalam mall. atas dia ada wayang. KO hado? Cheap ! BILIK pada aku kecil ( besar la dari tune hotel) siap Breakfast buffet ( simple menu tapi kenyang) . Kat bawah dia ade foodcourt, kalau lapar kau g je makan. Cafe hispter melambak kat luar tu. Food pon sedap. So selalu aku memang akan pilih untuk stay sini sebab mudah makan je . huehue


Braga waktu siang biasa je. Tak jem mcm malam


lobi & bilik

If 1-2 hari nak stay sini sebab asik merayau dan balik bilik hanya untuk tidur. boleah consider hotel ni. Rate dalam RM 85-155 ( pandai2 la beli time promo). nampak sangat aku stay sini tido je. sebab tu picture ni je. bahaha




Pasar Baru Square Hotel

Hotel yang bakal popular ( infact aku rasa waktu tulis  ni dah popular, kompem) BAHAHA. Tak ramai yang tahu pasal hotel ni sebab masih baru, aku kira baru 7 bulan operasi. masa aku datang stay sini baru 3 bulan bukak pd public dr date opening. Hotel ni palingggg dekat ko boleh lompat je dari bilik untuk masuk Pasar Baru ( Syurga kain). Ok tipu.. keluarlah ikot pintu. Lintas jalan sebelah je dah sampai. Agak2 nak shopping keluar masuk ;letak barang pon tadek hal. Stay sini kalau tujuan KAIN ok ! Tapi kalau nak lepak2 kene ade supir la, sebab jam 5 ptag kawasan ni MATI. Once pasar baru tutup. kawasan ni terus sunyi. takde cafe ke apa. -___- Bowsann.


lobi hotel

Keluasan bilik minimum je. Elok sikit la dari Fave. Semua basic amenities ada tau kecuali pool. Hotel kan? Haruslaa. Breakfast buffet dia takde la banyak choice tapi sedap la. U know Indo food. Apelagik eh? Hmmm aaa bawah hotel pon ada kedai2 pemborong gak. Hotel kat Level 5. Rate dia mahal sikit. standard la dekat Pasar Baru kan? RM 135-155 ( beli time promo eh harga camni) kalau dapat bawah dari ni . GRAB !








food selection biasa-biasa


dari tingkap dah nampak pasar baru.



De Java Hotel, Bandung


Hotel untuk kau rehat dan bersantai-santai. Aku stay sini 2 malam terakhir lepas selesai la semua program jalan2 makan naik lembang etc. Eh 10 x pergi pon Bandung ni memang akan ada tempat baru kene discover. haha. Hotel ni best sebab berdepan dengan MALL ! Paris Van java Mall. yang ni pon lintas jalan. Nama pon mall. semua dalam tu memang butik2 la ( h&M, zara, topshop, guess, etc)

Oh tujuan aku bukan nak pergi mall sangat ( walau aku ulang alik) haha. Kadang aku masuk sebab cari makan, kadang saja buang masa. Tapi yang best hotel 4star ni ada pickup airport/return for FREE ! So SENANG la nak balik kan? Ada pool kat level paling atas. boleh la nampak bandung. Tapi air dia sejuk weh -___-, sian Luth mandi nangis2 haha



Hotel ni konsep Javanese. Staff yg girl tu cantik gila dan baik

biliik dia ok la besar
Ada gym, SPA, Pool. Aku tak sempat pergi SPA Zen ( sbb kene booking) walhal jalan kaki je dr hotel ni. ZEn Spa best & murah tau kalau kat bandung. Sila lah terjah. So sebab tak dan nak tinggal luth yg masih bf, I SPA kat hotel jer. Kat level bawah. or nak panggil ke bilik pon ok. Rate dia mahal sikit. Masa datang dapat welcome drink. Pihak hotel siap bagi kami complimentary cake & cookies hantar bilik. TQ sangat2. Rate hotel ni RM 180+ . again klu promo sila grab.



sedap gila

Salah satu reason kenapa aku pilih hotel DE Java ni sebab baca review kat agoda, semua kata breakfast buffet dia best, sedap, banyak pilihan. haha tu pon tujuan utama. aku paling suka spent time menikmati buffet breakfast. so memang aku melangok hadap Indo food je.



Paris Van Java dari area pool de java hotel

room amenities



Ok sekian entry hotel Bandung saya. dari segi service, layanan semua pon tiptop. Dorang kan lembut2 kalau bercakap. Bilik macam biasa semua basic things ada. Ada satu hotel tak sempat cuba.. Noor Hotel, ni area Dago. Next time maybe.





okbai.













No comments: