Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 5, 2016

Hi Singapore dan Murtabak Zam Zam



Aku hampir terlupa ada blog. KAHKAH ok tak kelakar


Trip sehari ke Singapore. Penat tapi seronoklaa. Trip ni last min lepas balik dari beraya KB, Geng Bandung turun SG. So tempat jumpa kat Marina Bay Sand tu -___- Motif sangat jumpa kat SG.


Marina Bay Sand

Last pergi SG 2012 lepas kawen T_T. Lama weh tak jejak. Dah la weekdays. Tak memasal je laki aku cuti .Mujur masih mood raya, so balik JB ke rumah sisturr in law. Beraya sekali. Kami masuk SG dengan cimast & fam. Orang Doha pulang kampung, haruslaa jalan sekali je SG. Kami jumpa di terminal Larkin. naik bas weh ! sejenis kegigihan. Tapi okey je. Macam dulu2 Senang je pon, yang lama kat Imegresen tu je.

Geng ale-ale Misi mencari Malindojaya

Anak - anak dalam MRT ok sangat. Luth muka excited je. sebab 1st time bawak dia naik public transport. Kat sini okeyla efisyen. Kat KL mak rela drive Luth.. Dari Stesen Kranji ( 1st station masa turun bas dr woodlands tu) Terus beli tix per way ke Marina Bay Sand, Kalau dalam Sg ni takkan sesat punya lah. Senang je kan. Tapi cuaca masa tu hujan. so elok2 nak lepak tempat lain terus jadi berkumpul kat Mall tu sampai ke sudah -___-


Haji Lane

Cantik Mall ni

Kat sini teman la Angga rangga nak beli/cari barang kawen. Dia beli bag la apelah. Tapahamm. Layankan je. Zaman mak cari barang hantaran dah berlalu. hewhew


Hello Singapore


Marina Bay Sand

LV Marina Bay Sand

Disebabkan trip ni memang semata jumpa geng Bandung. So memang aktiviti dia bercerita-bergelak-gosip-ketawa-nangis-Makan-minum-makan-minum-shopping- repeat sampai malam. Hmmm


Ingat ni : Turun Bugis Station , Amik Exit B

Eh picture berterabur. Lantak sana. Kami berpecah di Marina. sebab aku nak ke Bugis/ Arab Street. Misi makan Murtabak Zam-Zam. Puas hati dapat makan. haha. daddy nak repeat SG lagi pliss. Banyak tempat tak singgah haritu sebab hujan. Wuuuuu

Arab Street

Dah jalan sikit dari stesen Bugis tu,. Ada traffic light. Ke kanan, dan ke kiri Jumpa masjid and jalan macam depan ni. Pandang depan terus jumpa ZAM ZAM SINGAPORE. Senang bukan? -__-


ZAM ZAM Singapore


Murtabak Zedapp T_T

Sedap laaa Murtabak. ambil small je pon dah rasa nak pengsan habiskan. Nasi Beriyani dia pon lain dari mamak kita punya. Balik tu kekenyangan. Then kami jalan2 di haji Lane kejap. Lepas tu terus ke Orchad, sebab geng2 dah tunggu kat sana. Eh kan dah kata datang sini memang melepak tepi jalan sambil minum air mineral share ber- sepuluh  T___T


Geng Ale - Ale 

Tudiaaa dah jumpa. Mak sempat shopping Parfum je 2/3 botol. Buat stok. Tu je lah. Sekejap je kat SG pon , sebab nak balik Johor pulak. Nanti jumpa kat bandung je lah. Kan senang. So kami balik la malam tu jugake JB. geng bandung pandai-pandailah kau bawa diri, Mak nak balik. lulz



Sejenis kesedapan


Esoknya, pagi-pagi sarapan di Kedai Haji . Makan Kacang Pool & Mee Rebus. Sedaplahhh ! Johor pon tak sempat jalan sangat. Terus ke JPO, cari barang sikit dan bersiap sedia balik KL. Pengsan

Masa ni hujan. 

Kali ke 6 ke sini

Disebabkan hujan, manusia tak berapa ramai hari biasa. So seronokla kami berjalan. Takpela nanti datang lagi, Waze : Somban - JPO. 2 jam jurrr. eh? 


Jom la balik Luth


Ok sekian percutian 2d1n ke SG dan Johor -___- Mohon jangan ada lagi trip penat camni, Sila bagitau awal sikit pliss. Nak pitam dr Somban ke Jb ke Singapore semata melepak minum kat Marina tu je. Pui.




Kbai.







No comments: