Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 20, 2018

Staycation : Cyberview Resort & Spa





 13-14 May yg lepas sempena Mother's Day


Hubs surprise kan dengan staycation ke Cyberjaya je. haha Untuk orang yg stay seremban luar kawasan selangor ni, ofcourse la rasa perjalanan to worth untuk percutian singkat sebelum Ramadhan 2018 jugak kan?




Sesi check-in pantas je. Hubs je yg pergi kaunter since anak2 tido. Lepas tu request nak bawak je kereta ke depan bilik , malas naik buggy. Susah nak angkot barang. Ni kali ke 2 kami ke sini. sebelum ni last year 2017 tapi datang Lunch Buffet je. Hmmm overall experience makan Lunch dia - sedih _ Serius ! sebab nya. food selection sangat sikit ( Lunch kot) , tapi sebab masakan sedap. terubat la kecewa tu sikit. 



Bila hubs bawak bercuti sini, tak expect pon nak makan dalam ni. Lebih pada berehat bawak anak mandi kolam - lepak - tengok hijau - bunyi monyet - burung berkicau . Ni yg mahal takde kat hotel lain view camni. Aku terpikir gak selain dari Pullman , mana lagi yg ada view cantik macam ni? Cyberview Resort & Spa ;ah jawabnya. 20 tahun dah Resort ni kan.. Wuuu masa nak ke bilik. Kami ambil yg Superior Exec ( King + Super Single) . So memang suka lagi bilik yg ni walauu jauh dari Pool and restaurant nak brekfast ! Tapi Aku suka. sebabnyaaa Bathtube dia lawa comel cantik ! Compare Villa yg dekat ke pool tu biasa je pd aku. 




Bilik super duper huge. Besar sangat siap ada ruang wardobe. Makeup area. Toilet hujung belah sana. Ada meja, toiletries. Aircond sejuk, Katil best. haha/ 1 of the reason kenapa suka tido hotel ? Katil & Breakfast ! haha. So esok pagi tu nak try la breakfast Cyberview/ sebab lunch dia sedikit kecewa. 

harap2 sedap lah breakfast buffet dia





Ternyata breakfast dia SEDAP ! Macam biasa food selection dia biasa je. Tapi cukup kenyang. Kalau compared dengan pullman? pullman lagi meriah. Tapi kalau ikot sedap? aku pilih Cyberview. nasi Lemak Rendang Ayam dia. Sedapppppp T__T

Lain2 macam biasa. Cuma dessert kaunter dia sedihhh ! ada 4/5 potong cake je. yg tah pape. 
Tapi sebab ni breakfast. so di maafkan lah. Mana ada orang nak makan berat n banyak2 macam Lunch/ Dinner kan? ( Iklan : Dinner Buffet Le meridien, putrajaya superb)



Lepas makan amik masa sikit jalan2 pusing2 sorang2. sebab dah pernah pusing2 kawasan masa last year. so kalini macam menikmati masa rehat kat resort ni je. Jarang sangat2 kami ni staycation dalam kl etc. sebab pikir tak berbaloi. Tapi bila dajh sekali buat ni.. Macam nest pulak ! Ni pon hubs ajak riki hotel nak stay kat KL sebab nak senang shopping Raya. haha. Ada anak, dengan jem, bulan puasa haus lagi. so aku setuju lah staycation lagi 1 minggu sblm raya nanti.






Overall percutian ni BEST ! Cybrview memang best . sebab sunyi ( aku suka). memang susah nak jumpa orang, tapi bila pagi isnin tu tibe2 je full house dengan pegawai2 yg meeting/ kursus kat situ

Pada aku view cantik. Bilik 5/5, Breakfast 3/5. Lokasi best sebab dekat nak makan mcdonalds, Saba' Nasi Arab atau pergi mall Dpluze. haha. so sis bagi 8/10 untuk experience menginap di sini.  Masa checkout dapat voucer RM289 nett price siap breakfast untuk next staycation. ( pandai marketing dorang ni) So nanti kita guna voucer tu masa Raya lah. haha


Alamat :

CYBERVIEW RESORT & SPA
Persiaran Multmedia
Cyberjaya
03 : 8312 7000




1 comment:

Nurhayati said...

salam ramadhan linda & family..
lama tak dengar khabar.
harap sihat la yer.
take care!