Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 1, 2018

The Settlement Hotel Melaka best !


Baiklah ini percutian basi Nov 2017. Masa birthday mak. Kenapa baru sekarang nak cerita? sebab saja nak simpan sini. Konsep percutian mak mestilah tidak tido hotel sama kecuali terdesak. =p


So nak cerita pasal The Settlement Melaka ni. Kerap lah pergi melaka sebabnya dekat dengan rumah. bila dekat memang takkan tido sebab 45 min je. pergi mesti sebab nak enjoy makan Asam Pedas lepastu balik.

Tapi masa 2 nd pregnant kan Laaiq. Hubs bawak lah tido. sebab kesian aku mengah2 kot masa tu. Jadi hotel kami stay Hatten. Tu je aku nampak gah kat tengah alam tu. Plus Breakfast dia best .. haha
Setakat ni dah stay Hatten 4x sebab follow hubs kerja. Ok selain The Settlement ni, Mak dah stay Novotel Melaka ( hotel baru) juga. Nanti kita cite.


Pool dia kecil tapi comel. Belakang tu SPA

Masa baca review semua kata Superb. Plus Hotel ni berturut2 mmenangi award Hotel Terbaik. Selain itu Hotel The Settlement ni juga 4 star hotel. Wuuuuuu

Tapi kalau tengok hotel ni macam tak menjadi pilihan orang pon kan? Mungkin kawasan dia terpencil Terletak kat Jalan ujung Pasir. Tapi tahu tak? Kami suka gila lokasi Hotel ni. 1 st sebab dekat dengan Kedai Kuih Kampung 100 jenis tu dan Asam Pedas Pak Man. Dekat ! 5 min by car. 2nd addalah kerana dah sejalan nak Makan Ikan Bakar Sg Duyong.



Ni trip santai sempena Birthday. Hubs booking hotel ni. Masa nak cari parking rasa macam susahnyaa. Rupanya kene ke belakang building hotel. kalau dari depan ( menghadap Jalan Besar) memang tak tahu nak parking mana. Sampai2 jumpa lah rupa macam ni. Eh Hotel ni ada Villa. Tapi kami ambil Bilik biasa ja. Yg penting semua bilik ada Bathtube ( penting ni sebab ku suka berendam)


Nice

Hotel ni kalau tengok tak besar mana pon. Very basic n Simple. Tapi dia ada 'sesuatu" sunyi, LIF wangi, Staff peramah. Sebabkan kawasan terhad. Pusing2 pon kau akan jumpa muka sama. haha. Tapi KAMI SUKA HOTEL NI. Serius nak repeat lagi bila hubs outstaion lagi. InsyaAllah



Nice room

The Settlement Melaka

Bawak balik

Bawak Balik jugak =p



Bilik datang dengan breakfast. Kami tahu ada Ruang Makan di Level atas hotel ( rooftop) Tapi untuk breakfast dia di ruang bawah saja. Mudah kan. Kerusi tak banyak pon. Menu pon kategori biasa saja. tetapi sedapppp !


Pagi tu menu kami. Selain ada Roti, Buah,, Mee, Bubur. Cofee Tea, Bubur. Menu berat dia adalah NASI MINYAK AYAM MERAH. Slurppppp ! Sedaapppp sangat2. Hubs bertambah 2x. haha
 Bila ada breakfast mudah la , Aku sejenis suka makan breakfast hotel. Sebab tu je waktu yang ada untuk menikmati makanan... tak perlu susah2 nak keluar pagi2. Bila checkout kan mudah boleh terus cari Lunch Asam Pedas. lol




 Bahagian Villa di belakang Pool/ SPA. Kami tak pergi tau. Tapi bilik korang tengok je lah web/ Wensite/ Instagram The Settlement Melaka.


The Villa


Selfie boleh?

suka




Plaing best hotel ni selalu buat Promosi. Sempena Mother's Day haritu RM188 nett je tau. Korang boleh tengok Instagram Hotel The Settlement.

Mak bagi 5/5 Bintang. Yeayyy !








The Settlement Melaka
Jalan Ujong Pasir, Taman Aman, 75050 Melaka

Website : https://thesettlementhotel.com/
Instagram : The_Settlement _Hotel

No comments: