Kalau ditanya selain shopping di Bandung dan Taman wisata yg cantik, apelagi yg aku suka buat kat sana??
Jawapan aku : MAKAN.
Tak payah tanya kenapa mesti makan , kalau melancong selain dari kau nak tahu budaya, cara hidup, tempat menarik di sesuatu tempat, ofcoz makan pon antara pilihan utama kan? so MAKAN lah paling best juga di Bandung. Aku beruntung sebab punya kawan di bandung yg boleh bawak or tunjuk tempat makan best. ape yg ok ape yg halal or tak? Sronok kan?. Tapi rasanya kalau di bandung tiada masalah semua tu. Setengah orang tak suka makanan/masakan Indonesia sebab kering/tak berkuah etc. Mana ade gulai, kari bagai? Makanan mereka semuanya bakar,goreng.Tapi aku suka. ade sambal kicap, ade sambal pedas, sambal hijau. perghh sedap .LOL.Yang penting harus cuba masakan Sunda.
Ini ada list tempat makan yg mungkin korang boleh rujuk if bertandang ke bandung. Mungkin boleh suruh Supir bawa?
- Restoran D'cost
- Restoran Kampung Daun
- Restoran Sapulidi
- Restoran Pa Chi Met
- Restoran Ampera
- Restoran Simpang Raya
- Restoran Sapulidi
- Restoran Padang Sederhana
- Restoran Bumbu Desa
- Restoran Ayam goreng Suharti
- Restoran Sari Sunda
- The Valley
- Sierra Cafe
- Restoran Sangkuriang
- Paskal Food Market
Senarai Kedai Kek, Brownies, Kuih Muih,Ole-Ole
- Kartika Sari
- Amanda Brownies
- Mayasari Outlet
- Pasar Baru - Kerepek/Tempe/Singkong/Pisang Sale Keju/Kacang dll.
Antara benda yang palinggg aku suka makan bila kat Bandung? err Ayam penyet. Ayam Bakar.
kalau dari segi minuman pula? Aku suka Es Teller, Friut Tea, Teh Tawar pon ok. oh jangan lupa try Sensasi Markisa.
SapuLidi Bandung.
The Valley
Kartika Sari
Ni wajib beli. Brownies bakar
Cheese Stik to sedap gila. dan Pisang Molen Choc
RM Tengku Angkasa - Gado-Gado
gado-gado ni boleh makan 3 orang. serius banyak. dan Sedap. *ahh aku semuanya sedap*
Es Teller
Penuh dengan buah-buahan -isi kelapa, honeydew,aprikot,mangga dll. Ni pon merata kat kedai ada, mesti cuba. Ingat !
Kampung Daun
Selain dari menu yg berpuluh/ratus tu. Dessert palinggg kene cuba. lagi2 pancake cheese ni dan Pisang goreng Cheese. Ehhh kat indon ni smeua berasaskan cheese lah. Sila pergi makan waktu MALAM!
Lebih cantik. sejuk.
Pa Chi Met
Ayam Bakar Gurame Jimbaran dan Ayam Penyet paling sedap. Alahh tapi kat kedai mana2 boleh makan dengan harga rp15,000. murah kan? Kat sana hari2 menu mesti Nasi, dah lah pedas dengan sambal. Slurrppp sedap sedap. Oh Pa Chi Met di PasarBaru dah tutup ye. So kalau nak kakan cuma ade di Mall Trans(BSM) area foodcourt. (tapi leceh sbb kene pakai kad topup) so aku suggest korang makan Pa Chi Met di area Sukajadi.
Dapur Sangkuriang
Untuk lunch sangat okey dekat sini. Food dia pon sedap. lebih-lebih lagi dekat dengan Rumah Mode. Boleh jalan kaki je. Rasanya entry sebelum ni, aku dah pernah bg direction ke sini. Mintaklah menu apepun, semuanya sedap. dari Nasi putih/lauk2 sampailah ke makanan goreng mcm mee/bihun semua tu. Pendek kata memang sedap. Cubalah Kangkung sizzling.
Paskal Food Market
1100 Menu ada disini. Ye semuanya ada. Ini lagi satu tempat yg wajib korang pergi untuk dinner. Serius BEST GILA! Dia ala-ala open foodcourt.Tapi tempat dia cantik gila, siap ade Live Music. Ade Fountain untuk korang baling coin ala-ala make a wish gitew. Well, semua makanan yg korang nak makan ade kat sini, dari Masakan Bali, Masakan Sunda, Jawa. Oh ye Please try Bakso. Hoih sedap gila. Lepas tu Tolong lah oder Baulu Bakar mcm gambar kat atas ni. Ada banyak perisa. Haritu amik Choc+Cheese dan kemudian roti tu dibakar. Rp30,000.haritu makan Bakso, ayam bakar. banyak sangat sbb lapar tak sempat snap. LOL
BATAGOR/SIOMEY
Ini palingggg best! TQ Eko sebab bawak datang try Batagor kat sini. Nampak kan signboard?boleh lah suruh supir bawa. Serius kene beratur. batagor tu Tauhu+Ikan yg digoreng, makan dengan kuah kacang. perghh nikmat gila. Lepas tu oder Es teller. memang menjadi. Setakat ni, Kedai Kingsley ni paling famous dan Sedap. next time kalau pergi Bandung, memang ni kene ade dalam LIST.
NASI TIMBEL
Nasi timbel ni makan dengan ayam goreng dan ade sambal hijau. kalau kene tempat yg sedap memang menjilat jari, so far pernah makan sekali dengan Eko/Angga tapi dah tak ingat lokasi siap bertambah2 makan sebab makan dengan Sup Buah (carilah entry aku tahun 2009), kalau korang tanya supir? suruh lah dia bawak tempat yg sedap. Makan ni selain Ayam penyet pon sedap tau.
ES DURIAN.
Yang ni merata boleh jumpa, lagi2 area FO. so kalau jumpa beter try. 1st makan mungkin rasa pelik sikit, sebab dia letak aiskrim, buah durian sebiji, tapai pulut hitam, susu pekat. tapi lama-lama makan. Enakkkkk Gila hokeh.
Selamat mencuba. err boleh tak malas nak cerita restoran lain. macam cost tu makan dia pakai set. alah oder pon boleh. Okdah malas nak cerita. Sila pergi dan menikmati sendiri. LOL.kalau diberi pilihan? aku memang pilih Paskal Food Market.dan Batagor Kingsley tu untuk dicuba hari-hari.wakaka. Oh ye ada banyak lagi, tapi aku malas nak review. bhaha. kejam okeh. aku tak larat dah nak type. So sila rujuk lah pada supir. so far yg atas ni. semua best. Oh dan-dan. kat bandung orang tak makan Nasi Padang uolss. sorry. Orang lebuh makan makanan Sunda. tapi kalau nak makan jugak boleh lah makan kat Ns padang Sederhana/Simpang Raya.
**** yang merah tu kira yang aku suka pergi. LOL
NAK TAU MANA LAGI TEMPAT MAKAN BEST DI BANDUNG? KLIK SINI
KLIK SINI JUGA
KALAU NAK : SUPIR MURAH BANDUNG? KLIK SINI DAN SINI JUGA
Okbai
6 comments:
bahulu bakar pleaseee..ade jugak balik nie ku bakar sendiri hahaha
Suka giler banana cheese tu..pergi bndung 2x..nsb dpt mkn..haha
i tgh buat entry pasal makan2 kat bandung..nanti i link kat entry ni sekali ye.. boley?
Uya : nanti kita g lagi k. kan nak naik puncak pulakkk
Chekgu : sedap kan, klu makan kat bandung br rs nikmat, mkn kat sini rs cam lain. haha
Pre order bagelen @ brownies kartika sari dan amanda fresh from bandung.
Whatsapp ina 0192633431
Lama tak ke Bandung...banyak tempat makan dah. Thanks for sharing
Post a Comment