Seperti yang dijanji, now i akan cerita percutian singkat kami ke Pulau Perhentian. Picture sangat berterabut, sebab aku takde masa nak godek susun-susun, Buat entry ni pon dalam keadaan terpaksa, So kalau aku cerita tu boleh bayangkan lah kot. Entry ni takla detail sangat pon, Aku just bagi sikit info ok =)
Pakej kami :
RM 250.00 (seorang ) include Bot transfer Jeti Besut- Pulau Perhentian kecil - Jeti + Sarapan Pagi dan Bilik Deluxe di Sha-rila Resort Island untuk 3 hari 2 malam. If any additional day tak silap kene tambah Rm140.00 semalam. Ok paham?
So total kami bayar untuk 2 orang = RM500 sahaja.
Kenapa tak ambil pakej snorkel Ok sebab kat pulau nanti pon banyak pakej snorkle. Lagi pon tujuan kami bukan nak snorkle, Kami datang berehat. hewhew. btw, kat sharila ni pon kau boleh swim and berenang dengan baby shark lagi tak tipu. Bawak je alatan snorkel tu. Memang Sharila ade private pantai dia sendiri. meletopsss.
Kalau ikut harga include snorkel hanya tambah lagi RM30.00 je pon iaitu RM280.00 seorang. So takde beza pon. Oh lagi satu nak ke Pulau perhentian waktu terbaik adalah May- August. Kebetulan kami pergi end April. So just nice. Naik bot dari jeti besut ke pulau kecil dalam 45minit tau.
Kalau ditanya cara nak ke Pulau Perhentian camne ek? selain dari drive ke sana? Jawapan aku naik Bas dan berhenti di jeti besut. Tapi, kalau rasa penat, naiklah Flight ke Kota Bharu. dari situ korang naik taxi suruh ke Besut dalam 1jam 30 min perjalanan atau suruh la taxi ke stesen bas berdepan dengan giant/parkson tu. Naik bas Cityline baru RM6. Ini cara paling dekat. Jangan salah tau, kalau turun airport terengganu lagi jauh.
So cara yg bagus - KB- Jety Besut-Pulau Perhentian ! kalau banyak masa boleh lah jalan2 kat Kota Bharu. Lagi best =p
Kami pergi ambil agent. agent ni pulak kawan yg kenalkan sebab kawan abang ipar aku cuti masa kami kat sana , kalauuuu tak? sure dapat lagi murohh! HAHA. dasar kedekut. Masa haritu kami balik ke rumah Mil dulu, esok pagi ke Jety Besut dalam 1 jam perjalanan. Masa sampai jety besut kene bayar Rm5 untuk Marin Tiket apa-jadah-tah. Sumpah lupa. Tapiiiii sebab kawan abang kerja situ. So Bil bayarkan. HAHA.
Naik Bot adalah bapak seram (sila tengok picture bekaitan). Bot dia bot kecil je muatlah dalam 10-12 orang. melambung2 aku dah la duduk depan, taubat aku takmo naik bot. Tapi bila dah sampai Pulau kecil. BAHAGIAAAAAA.... Wooohhhh air dia jernih hijau. Semapt singgah Pulau besar sebab bot hantar orang yg stay sana. Kami stay di Sha-Rila. sila google sendiri. Resort ni SUPERB! Breakfast dia sedap gila, oklah kot untuk price camtu.
Ini bilik kami, Lawa kan? ala-ala kayu ok. Bersih, aircond sejuk. ade small hall kat depan. Toilet bersih, shower best. eh semua best. lepas tu bilik chalet ni dalam kawasan hutan-hutan camtuu. feeling sangat!@ btw kalau walk-in aku tak rasa ade bilik ke tak? sebab fully booked. Masa kami sampai, terpaksa tunggu bilik dikemas. jam 2 baru boleh masuk. So kami merayau kawasan sekitar, takde benda pon, ade kedai2 makan kat bawah tu. yg makanan dia biasalahhh- Super mahal. Roti canai rm4. hewhew.
Hari-hari kami dinner kat Sharila je. Alahhh nak makan kedai lain, tak menepati citarasa lah, so hari2 kami ambil buffet seafood Rm25 per pax tu. Tau tak camne? Rm25 tu dengar je murah. act kita hanya boleh pilih salah satu seafood/ayam/udang ke apa + buffet yg disediakan. Tapi for me ok lahh. sama je dengan pakej kedai2 kat bawah tu. cuma kedai kat bawah walaupon murah Rm15 tapi bukan buffet. So kami dinner kat Sharila je. Antara buffet dia : nasi goreng/bihun atau mee goreng.mushroom soup + roti, ade salad, segala jeruk dan buah-buahan. Coffee + Tea. Keropok dan ade potato salad. menu buffet dia berubah. So bila seafood tu i pilih la ikan, pejal ambil sotong. SATUUUU JE tau, salah satu je boleh pilih, Ingat tu. tapi kenyang gila makan !
Tiap pagi aktiviti kami sama je. sarapan atas bukit. gila superb. Nak bfast dalam pon boleh, tapi aku pilih bfast kat luar atas cerun bukit. pastu boleh tengok laut dan bot lalu lalang gila best. Hari2 pon takpe kot. HAHA, Bukan nak makan sangat. tapi kagum sebab cantik nak mampos! more picture dalam Ig aku eh. aku tak larat nak upload banyak2. Lepas dah makan kami terus pergi ke private area bawah tu. Boleh lah mandi puas-puas. Pejal berenang tah kemana2 tah. nak tengok ikan punya pasal. Aku just duduk2 main2 air je. Aku tak reti berenang uolsssss.
Oklah, ni je kot update aku. Koserrr nak cerita banyak-banyak. tengok Ig haritukan? Complete lah tu. HAHAHA. Kalau dalam blog ni letih la nak cerita. So letak picture je. yang penting kat atas tu. aku dah bagi harga pakej yg aku dapat. Kalau nak agent aku pon boleh. Tapi aku lupa apa kenama nya. HAHAHAH.
Nanti dah jumpa aku tepek detail agent aku tu. Oh lupa. harga kadang berbeza tau sebab apa? ikot bulan yang korang pergi. Lagi cantik cuaca lagi mahal harga. Biasalah memang Pulau camtu kan? kawan aku pergi bulan Feb/March tu masih hujan lagi, pakej dia lagi murah dari aku. tapiiiii hadap hujan je hari2 takleh mandi.
Rindu Pulau.
Adios.
UPDATE !!
NAMA AGENT :
SEALIFE TRAVEL & TOURS SDN BHD
Sealife Services
B1, Plaza Mara Pekan Kuala Besut.
Terengganu.
09: 690 2230 Hp : 0124496540 ( AJ) 0179503759 ( Syukri)
Email : sealifeservices @yahoo.com
14 comments:
best nye bercuti.. nak tanya pasal bantal nikah n kain bulu.. still available x?? huhu..
best nye bercuti.. nak tanya pasal bantal nikah n kain bulu.. still available x?? huhu..
Bestnyeeeeeeee jelesssssss gatai montot dah ni lame x pu snorkling huwaaaaaaaa
yeah thanks for the info!:D
cantik gile...alahai, murah plak tu pakej
cantiknyer..
tak pernah pegi pulau..
nak2 pulau laut cina selatan ni..
kawan i nk honeymoon dia kawen bulan 6 ni puas i survey pakej honeymoon kt perhentian yg ada massage utk dia nan hado haha ni bukan bali or krabi ok huhu
thanks for the info :)
wah beb... best nyer..!seronok... next trip gi mana dear?
cantikkan perhentian.... :)
suwwwweeettt giler kot honeymoon kat puau!
Next trip. InsyaAllah Bali ;)
Cantik Kak Yati. Tenang je
honeymoon yg tah keberapa kali tah. ;p
Kak. Sy try contact ejen dy. Tp takde pun pakej ni? Kalo ada pun yg kat chalet budjet. Bkn dok kat chalet sharila tuu..
Kak...
Post a Comment