Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 12, 2014

Projek Bali.




Hi.

I dah selamat pulang dari Bali. Percutian 5hr/4mlm. Niat utama hanya untuk berehat betul2. =)
I cuma buat ringkasan percutian sahaja, sebab Bali ni kan macam dah terlalu banyak blog untuk di-refer.


Flight.

1) Mas
2) Air Asia
3) Malindo Airlines.
4) Tiger airlines

I naik Malindo, booking 2 minggu sebelum. Lepas 2nd anniversary. Experience dengan Malindo, OK sangat. Harga pon ok jugak. Sesuai la dengan tagline.




Hotel/ Accomodation.

1) The Khayangan Dreams Villa.

I pilih untuk stay Villa di area Seminyak. Kat sini banyak villa, terlalu banyak. Jauh sikit dari Kuta 45min drive jika jem, agak terpencil sebab berdekatan kawasan sawah padi. tapi i suka. Suka gila ! haha. Dari awal sampai dah kene jemput dengan pendekar. LOL. Perjalanan dari airport - Villa agak lama sebab jem, kebetulan i sampai waktu lunch hour. So paham-paham la jalan. odw pon dah nampak signboard babi guling bagai. terus kembang tekak. >__<





Suka gila dengan Villa ni, Memang kami stay dalam villa tak kemana2 pon, sebab dari awal pihak villa yg jemput. kami tak ambil supir untuk 2hr pertama. masuk hari ke3, baru kami ambil supir untuk bawa kami berjalan.pusing sekitar Bali.


Tiap pagi ade orang yg datang Villa untuk masak di dapur. Menu sume dah req lebih awal. so kita tgk je lah org villa masak. Awal2 dah tanya Status Halal kat Villa ni. Hehe so selamat! 


Supir.

1) Pak Isme - Bali Java & Moeslim Tours contact no ada dalam website.
2) Pak Eli - +081558001765 ( yang ni kami guna untuk keluar Dinner di Area seminyak)

2-2 ni orang yg berbeza, Muslim. Jadi jangan risau nak makan mana, mereka akan bawa ke kedai Muslim. Bali for me Cantik. tapi tak mengenyangkan. HAHA.



Dinner at W Spa

Malam tu kami lepak minum di W Retreat & Spa Bali. Kat sini my friend dari bandung pon ada, so lepak lama juga sambil meeting. haha.


Tempat menarik di Bali.

1) Uluwatu - tengok Sunset & kecak dance
2) Tanah Lot
3) Pura Luhur Temple
4) Ubud - wall painting
5) Padi Tegalalang
6) Kintamani Volcano
7) Kebun Agro Kopi Luwak
8) GWK
9) Buat SPA banyak kali.
10 ) Shopping di Joger ( utk souvenir)


Most of this place i pergi. Tanpa skip 2 hari. penat gila. Balik hotel dah malam. HAHA. Terus tido. Sebab tiap satu tempat tu jauh2. ke utara lah, ke selatan lah. Jauh ! tak kene 1-2 jam tak sah.




Pantai.

Honestly Kuta tu popular, tapi paling Kotor. Aku tak suka tapi kalau tengok sunset cantik ! Then boleh jalan2 area tu banyak mall. Ada Hard rock shop. Thats it. Biasa je. Kalau ditanya, aku memang suka stay seminyak dari Kuta. For me Kuta tu busy, tapi yang mungkin best, senang cari makan, jalan-jalan, buat aktiviti Spa. =)

Aku suka 2 pantai je.

1) Padang- padang beach - nak pergi pantai ni lalu jalan sempit macam gua. cantikk !
2) Dreamland beach ( kene bayar ok nak masuk) >_< orang kata ni next kuta, sebab bayar adalah kerana pantai ni di jaga, supaya tak jadi cam Kuta sekarang. hehe

Ombak kat sana semua cantik, no wonder lah orang datang surfing kan?

3) Seminyak beach
4) Nusa Dua beach - water sport activities
5) Sanur beach
6) Lovina
7) Jimbaran



Sunset

Dinner kat Jimbaran sambil tengok sunset. Food sedap sangat, Kami makan di Moon Cafe.
Standard harga lah makan kat tepi pantai sambil tengok view. Makan jagung. Best ! I datang Jimbaran awal gila dalam jam 5.30 sampai Jam 7. Betul2 tengok sunset.

Heaven.


Malam tu kene wakilkan my friend jumpa Supplier di area Denpasar. I wakil je. Business ni kawan yang punya. hew hew. Seronok bila jumpa 1 kampung Muslim di area Denpasar, ada masjid , nampak budak2 bertudung. 90% penduduk Bali adalah Hindu. Walaupon muka dorang seakan-akan melayu. (haha) i selalu set dalam mind, ni hindu, ni hindu. Serius susah gila nak nampak yg Muslim. Pak Supir cerita, di area Ubud sendiri susah nak dengar azan, sebab aktiviti untuk Muslim dihentikan jam 5. wuuu

Halal resto area Kuta. masa ni i search area Kuta. depend la korang kat mana . cek je melalui Zabihah

Makan camni kene rm60 lepas convert. Tak sedap

Nasi Pedas. I makan ayam kicap, kuah sayur lemak nangka and telur mata. Simple. TAPI PEDAS. Sbb tu nama nasi tu nasi PEDAS ! ape je dalam tu semua pedas. Murah ! i kene rp16,000 je

Kedai Makan HALAL di Bali -  ( sumber google/ zabihah.com)

1) Rumah Makan Taliwang
2) Wong Solo
3) Bale Udang mang Engking
4) Ayam Tulang Lunak Maliboro
5) Ayam Plengkung Resto
6) Warung Nikmat
7) Special Sambal Mister Lele, Jimbaran
8) Rumah Makan Padang ACC minang.

Ok, Makanan halal di Bali tak susah cari, even semua Fast Food Resto ( KFC, Pizza etc ada lambang halal dan sah dari majlis ugama Indo), Tapi takkan nak makan Fast food je (walaupon aku makan banyak hari) bahaha. So kat atas ni ada list kedai halal. For me makanan kat Bali SANGAT MAHAL ! Makan biasa berdua, ade nasi, air, lauk & sayur mesti cecah RM60.00. Cuma, i jumpa satu kedai ni NASI PEDAS IBU ANDIKA, Sedap! halal. Pak Supir kata kalau nak cari kedai2 makanan halal. warung di Jl. Kediri. 

Tentang RASA? memang out ! tak kene langsung dengan tekak aku yg suka makan indo food. esp Ayam Tulang tu mmg out habis ! Mahal je lebih. Kat sana nasi pedas je yg sedap! sebab tu aku makan fast food hari2. HAHA. 


JOGER - PUSAT OLEH OLEH BALI.


I pergi Joger ni pon sebab kawan bandung tu nak pergi beli baju katanya. Dia kata tiap kali Bapak ke bali kerna urursan kerja, pasti dia oder Shirt dr Joger. So kita pergi. (btw kedai makan halal byk area depan Joger ni termasuk Ibu Andika yg Murah tu).

Dalam Joger ni ade jual Shirt, keychain, bag, aksesori, Selipar yg cantik! Geram! Harga dia Murah dr Mall, Mahal sikit dari Kaki lima ( kata nya) sebab barang dorang masih kekalkan kualiti. Kain shirt dorang bagus sikit dari kain2 shirt yg biasa kat luar tu. Lepas tu apa saja barang mesti ada ayat2 LUCU !  Itulah Joger. I sempat beli Apron buat kat dapur nanti. suka baca ayat Apron Pink tu : 

ANGGOTA GERAKAN LAKI-LAKI MASUK DAPUR . lol. i suruh pak pejal beli. haha.

This is JOGER ! Lucu kan ayat2 dia kat luar tu. kat dalam lagi banyak. Tp mostly ayat indonesia lah. Tapi boleh je paham.

Apron biru tu untuk i, yg pink utk pak pejal.




Okey rasanya ini je kot nak update. Aku enjoy je Bali. Scenery dia SubhanAllah. Cantik! sebab tu aku kata BALI CANTIK, tapi tidak menyenyangkan. ( selalu lapar sbb makanan dia tak sedap). Oh kalau shopping? Beli je di Krishna. Murah. Aku tak beli apa sangat kecuali FM. haha. sebabnya? Ok meh nak cerita , semua yg korang nampak hasil jualan tu bukan asli bali. Menurut Pak Supir aku, Lukisan tepi jalan tu banyak ambil dr Bandung, Barang2 Kayu2 Ukiran dari daerah Jawa, yg mana mereka semua adalah pendatang ( bak kata supir) bukan penduduk tetap. yg stay sana berniaga. So mahal jugak. Kalau nak beli as gift ok lah dah alang2 kan? kalau nak berniaga cari lah dari tempat yg sebetulnya. InsyaAllah kalau panjang umur kita jumpa Bali lagi. kalau pergi kali ke-2 ke 3 ke 4 ke , Aku nak tukar Villa lain pulak. HAHA Seronok ! 




Ok till then.







6 comments:

Renee Meow said...

review simple and padat..gitew.. ;)

LindaF said...

Renee : I dah tak tau nak tulis apa. haha, so letak je apa yg penting =)

BLuRpL3 said...

http://blurplediary.blogspot.com/

Review best, tempat pun cantik. bagus2 sis :)

done following u, mine follow me back & take care :)

Jari Manis said...

JM suka entry mcm ni..padat dan penuh info..kalau JM nk ke bali.kat sini JM akan rujuk...oh Bali..klau g honeymoon kat sini baru best kan..Hai...siapa gerangan yg sudi pegi hanimoon ngan JM ni huhuh..sabar ye JM..nanti adalah tu..hee..nk sedapkan diri sendiri

Mysterious Mel said...

Salam. Very informative entry...I like! Nak pergi Bali boleh refer sini je. Thanks for sharing. Kalau sudi singgah my blog Kenapa Perlu Penapis Air?

bali tours said...

Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
Wechat ID : astawa-krishna
RM 160 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
Sewa Kereta Murah Kat Bali
Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.