Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Nuffnang

Sunday, March 16, 2014

Sewaan Barang Pelamin







Hi B2B semua.

Rasanya dah lama saya buka sewaan bantal ottoman & Lampu chandelier bagi mana-mana b2b yang berminat nak men-DIY mini pelamin sewaktu menikah? bertunang dll.
Sebab macam mendapat permintaan yang baik, tapi melalui email, and detail item pun i tak letak dengan lengkap kan? so sekarang i buat satu entry untuk and b2b.


Dengan ini saya mengistiharkan Sewaan barang-barang ini di buka sekarang. HAHA.
Sewaan : Bantal Ottoman , Stand Chandelier, Kain Bulu ( Karpet untuk Pelamin)




1.# Item Pertama : Bantal Ottoman.


Item = Bantal Nikah  (Ottoman)
Warna = Pearl White 
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa) 
Material = PVC 


Harga sewa 1 unit = RM50  now!! RM 40
Harga sewa 2 unit = RM80 now !! RM 60
Deposit = RM 50


*deposit bergantung kepada harga sewaan

*UPDATE !! Harga sewaan Bantal Ottoman di atas telah diturunkan =)
Refer : PICKANDDIY




2.# Item Kedua : Stand Chandelier





Item = Lampu Chandelier 
Warna = Hitam
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa) 


Harga sewa 1 unit = RM70
Harga sewa 2 unit = RM 100
Deposit = RM 100

Kami juga mempunyai Lampu Chandelier Putih - BARU- untuk di sewa 
(photo akan di upload kemudian)

Kadar sewaan :

Harga sewa 1 unit = RM70
Harga sewa 2 unit = RM 120

* deposit bergantung kepada harga sewaan.
* Untuk kawasan Selangor/KL sahaja.


Contoh : Lampu chandelier kami yang di pakai oleh Is Amy Teng untuk hiasan kamar.
credit : Blog Amy

contoh lain boleh lihat pada Pelamin Uya Rayza





3.# Item Ketiga : Kain Bulu ( Karpet untuk stage pelamin)

*photo akan di upload kemudian*
Item = Kain Bulu/Karpet Stage
Warna = Putih
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa)
Ukuran : 2 meter 1/2 

Harga sewa 1 unit = RM25 sahaja
Deposit = RM 25




4. #Item keempat : Jackset ( rangka untuk membuat backdrop)



Item = Jackset Backdrop
Material/Bahan = Besi
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa)
Ukuran : 8' x 8' ( anggaran seperti gambar)
Harga sewa 1 unit = RM80 sahaja
Deposit = RM 80
* Kain Backdrop TIDAK disediakan*

* deposit bergantung kepada harga sewaan.

Contoh : Jackset/Backdrop & Bantal nikah kami yang di pakai oleh Aini untuk DIY Pelamin Nikah
Credit to : Blog Aini/Fb aini




5# Item Kelima : Box dan Pasu Bunga



Item = Box Putih & 2 Pasu bunga
Material/Bahan = Kayu dan Seramik
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa)
Ukuran : Box 1'x1'( anggaran seperti gambar)
Harga sewa  = RM30 sahaja
Deposit = RM 30




contoh di rumah client kami >> bunga digubah oleh saya =) 



#6th Item keenam : Bakul Putih (6 unit)



Item = Bakul Putih
Material/Bahan = Besi
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa)
Ukuran : Bakul Bulat ( anggaran seperti gambar)
Harga sewa  = RM50 sahaja (6 unit)
Deposit = RM 50



Contoh selepas dihias dengan Bunga segar 




#7th Item keenam : Lampu Spotlight with stand (2 unit)


Item = Lampu Spotlight with Stand
Material/Bahan = PVC
Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa)
Ukuran :  ( anggaran seperti gambar)
Harga sewa  = RM30 sahaja (2 unit) + 2 unit bulb

Deposit = RM 50









Berminat???

Sila hubungi : Linda (Shah Alam)
atau email detail majlis
016-378601 (sms ur email only)

linda.yusoff1212@gmail.com

* PICKANDDIY *

Important !!! Saya prefer anda email saya =)
Self-pickup Shah Alam.
Lembah Klang.


Item - item lain akan di update kemudian.



Nota : 1) Sila ikot tarikh ambil/pemulangan barang utk tidak memberi masalah kpd next cust.
          2) Bayaran utk  booking date adalah Jumlah harga barang sewaan.Deposit hanya diberi sewaktu pengambilan barang/pemulangan barang.
3) Sila patuhi syarat yg ditetapkan.

*Saya nak elak kejadian customer tak pulang barang on time. dan tak pulang barang secukupnya. Sebab dah pernah terjadi. Very Bad !! 
Hanya ALLAH swt yg akan membalas perbuatan anda !!




UPDATE :

Jumlah barang yang boleh disewa. (Sewaan barang membuat mini pelamin)


  1. Bantal Ottoman - 3 unit
  2. Lampu Chandelier Putih - 4 unit 
  3. Lampu Chandelier Hitam - 2 unit (sepasang)
  4. Karpet Bulu - 5 unit x 2 meter each
  5. Lampu Spotlight - 6 unit.
  6. Jackset ( background Pelamin) - 4 unit ( NEW !! : KAIN BACKDROP WARNA PUTIH DISEDIAKAN)
  7. Box + Pasu - 2 unit  











Monday, May 20, 2013

Goodluck to me



20/5/13. Aku masih baring bersenang2 atas katil. Serius takde perasaan dah nak attend any interview ke apa. Kalau ikotkan ini kali ke 7 interview since 2007. Dan last month tu kali ke 3 aku exam dengan Spa. Penat ok! 


Aku tetap pegi interview ni. Sebab nama dah panggilkan. Tapi nak letak harapan tinggi? Kirim salam.

Sekian melaporkan.






Sunday, May 19, 2013

:)


Betul kan??? Sumpah tak paham dengan orang macam ni.

Malu la sikit dengan diri sendiri.




Esok dah ISNIN! 



Saturday, May 18, 2013

Suka Seluar Printed/Blocking



Gambar sendiri cilok IG. Aku kan aktif IG. hewhew. Sejak H&M bukak kat Msia. Aku la orang paling gigih keluar masuk. HAHA. Sebab h&m murah lagi! Sukaaa la benda murah. Sape tak suka.

Boleh kata muka aku je bertepek kat Paradigm or SCM h&m! Tak beli apa sangat pon. Tapi kumpul seluar. uehuehue.


Ini gambar lama. So far dah ade hijau dan Orange juga. kekeke. Merah odw! Aku suka jugak kumpul plain blouse/kemeja h&m! Pon murah. Murah berganda. Sampai laki naik jelak tengok asal balik je ade plastik baru beli.


Ni... minggu lepas! -____- .
Perangai takleh blahhh! Tapi dalam tu adil la sebab aku beli utk laki jugak. Hewhew.Serius aku nak cakap h&m lagi murah dari padini. haahaah.



Kbai.













Wednesday, May 15, 2013

Pulau Perhentian : Budget



Seperti yang dijanji, now i akan cerita percutian singkat kami ke Pulau Perhentian. Picture sangat berterabut, sebab aku takde masa nak godek susun-susun, Buat entry ni pon dalam keadaan terpaksa, So kalau aku cerita tu boleh bayangkan lah kot. Entry ni takla detail sangat pon, Aku just bagi sikit info ok =)


Pakej kami :

RM 250.00 (seorang ) include Bot transfer Jeti Besut- Pulau Perhentian kecil - Jeti + Sarapan Pagi dan Bilik Deluxe di Sha-rila Resort Island untuk 3 hari 2 malam. If any additional day tak silap kene tambah Rm140.00 semalam. Ok paham?

So total kami bayar untuk 2 orang = RM500 sahaja. 

Kenapa tak ambil pakej snorkel  Ok sebab kat pulau nanti pon banyak pakej snorkle. Lagi pon tujuan kami bukan nak snorkle, Kami datang berehat. hewhew. btw, kat sharila ni pon kau boleh swim and berenang dengan baby shark lagi tak tipu. Bawak je alatan snorkel tu. Memang Sharila ade private pantai dia sendiri. meletopsss.

Kalau ikut harga include snorkel hanya tambah lagi RM30.00 je pon iaitu RM280.00 seorang. So takde beza pon. Oh lagi satu nak ke Pulau perhentian waktu terbaik adalah May- August. Kebetulan kami pergi end April. So just nice. Naik bot dari jeti besut ke pulau kecil dalam 45minit tau.








Kalau ditanya cara nak ke Pulau Perhentian camne ek? selain dari drive ke sana? Jawapan aku naik Bas dan berhenti di jeti besut. Tapi, kalau rasa penat, naiklah Flight ke Kota Bharu. dari situ korang naik taxi suruh ke Besut dalam 1jam 30 min perjalanan atau suruh la taxi ke stesen bas berdepan dengan giant/parkson tu. Naik bas Cityline baru RM6. Ini cara paling dekat. Jangan salah tau, kalau turun airport terengganu lagi jauh.

So cara yg bagus - KB- Jety Besut-Pulau Perhentian ! kalau banyak masa boleh lah jalan2 kat Kota Bharu. Lagi best =p





Kami pergi ambil agent. agent ni pulak kawan yg kenalkan sebab kawan abang ipar aku cuti masa kami kat sana , kalauuuu tak? sure dapat lagi murohh! HAHA. dasar kedekut. Masa haritu kami balik ke rumah Mil dulu, esok pagi ke Jety Besut dalam 1 jam perjalanan. Masa sampai jety besut kene bayar Rm5 untuk Marin Tiket apa-jadah-tah. Sumpah lupa. Tapiiiii sebab kawan abang kerja situ. So Bil bayarkan. HAHA.


Naik Bot adalah bapak seram (sila tengok picture bekaitan). Bot dia bot kecil je muatlah dalam 10-12 orang. melambung2 aku dah la duduk depan, taubat aku takmo naik bot. Tapi bila dah sampai Pulau kecil. BAHAGIAAAAAA.... Wooohhhh air dia jernih hijau. Semapt singgah Pulau besar sebab bot hantar orang yg stay sana. Kami stay di Sha-Rila. sila google sendiri. Resort ni SUPERB! Breakfast dia sedap gila, oklah kot untuk price camtu.


Ini bilik kami, Lawa kan? ala-ala kayu ok. Bersih, aircond sejuk. ade small hall kat depan. Toilet bersih, shower best. eh semua best. lepas tu bilik chalet ni dalam kawasan hutan-hutan camtuu. feeling sangat!@ btw kalau walk-in aku tak rasa ade bilik ke tak? sebab fully booked. Masa kami sampai, terpaksa tunggu bilik dikemas. jam 2 baru boleh masuk. So kami merayau kawasan sekitar, takde benda pon, ade kedai2 makan kat bawah tu. yg makanan dia biasalahhh- Super mahal. Roti canai rm4. hewhew.



Hari-hari kami dinner kat Sharila je. Alahhh nak makan kedai lain, tak menepati citarasa lah, so hari2 kami ambil buffet seafood Rm25 per pax tu. Tau tak camne? Rm25 tu dengar je murah. act kita hanya boleh pilih salah satu seafood/ayam/udang ke apa + buffet yg disediakan. Tapi for me ok lahh. sama je dengan pakej kedai2 kat bawah tu. cuma kedai kat bawah walaupon murah Rm15 tapi bukan buffet. So kami dinner kat Sharila je. Antara buffet dia : nasi goreng/bihun atau mee goreng.mushroom soup + roti, ade salad, segala jeruk dan buah-buahan. Coffee + Tea. Keropok dan ade potato salad. menu buffet dia berubah. So bila seafood tu i pilih la ikan, pejal ambil sotong. SATUUUU JE tau, salah satu je boleh pilih, Ingat tu. tapi kenyang gila makan !






Tiap pagi aktiviti kami sama je. sarapan atas bukit. gila superb. Nak bfast dalam pon boleh, tapi aku pilih bfast kat luar atas cerun bukit. pastu boleh tengok laut dan bot lalu lalang gila best. Hari2 pon takpe kot. HAHA, Bukan nak makan sangat. tapi kagum sebab cantik nak mampos! more picture dalam Ig aku eh. aku tak larat nak upload banyak2. Lepas dah makan kami terus pergi ke private area bawah tu. Boleh lah mandi puas-puas. Pejal berenang tah kemana2 tah. nak tengok ikan punya pasal. Aku just duduk2 main2 air je. Aku tak reti berenang uolsssss.










Oklah, ni je kot update aku. Koserrr nak cerita banyak-banyak. tengok Ig haritukan? Complete lah tu. HAHAHA. Kalau dalam blog ni letih la nak cerita. So letak picture je. yang penting kat atas tu. aku dah bagi harga pakej yg aku dapat. Kalau nak agent aku pon boleh. Tapi aku lupa apa kenama nya. HAHAHAH. 
Nanti dah jumpa aku tepek detail agent aku tu. Oh lupa. harga kadang berbeza tau sebab apa? ikot bulan yang korang pergi. Lagi cantik cuaca lagi mahal harga. Biasalah memang Pulau camtu kan? kawan aku pergi bulan Feb/March tu masih hujan lagi, pakej dia lagi murah dari aku. tapiiiii hadap hujan je hari2 takleh mandi.


Rindu Pulau. 






Adios.








Saturday, May 11, 2013

Bungkus.




Kemain aku sekarang. Satu hari satu entry. Padahal entry tah hape-hape. *ade aku kesah?


Janji entry vietnam tah kemana-mana. Pulau hilang terus. HAHA. Ampon! Tuan tanah punya internet sekarang agakkkk sentap! Menyampah ya amat kalau kenang. Ini pon pakai hp. Motip nak bagitahu?


Siang tadi, husband cari barang dia. Padahal baru balik kerja at 5am!* laki kerja malam migrate network*> 5am tu siang ke? Suka kauu lah. Dia balik2 boleh pulak dok kemas meja tulis buang itu ini subuh2?! Terganggu tido ai ;p
Aku gerammm je tengok. Aku terus cakap- B u balik keje takyah nak rajin2 sangatlahhh! g tido lagi baik. Nanti i buat semua tu.*hemo aku*


So siang tadi *ni baru siang- Aku pon kemas la atas console table dalam bilik ni sekali- bedebakkkk jatuh segala frame2 muka bajet cun laki bini ke lantai. Mujo lantai berkarpet. Dahhhhhh satu keje aku nak membongkok amik frame yg jatuh belakang lemari makeup sume!
last2 aku cakap : Errrr biarlah.. nanti i kemas terus je once nak pindah barang! (masalahnya bila?)


Btw kunci rumah kami odw. Lawyer dah bgtau surat odw. ahhh sume lah odw. So dalam masa terdekat kunci rumah dah boleh ambil dan seterusnya segala proses perpindahan akan berjalan!

So aku pikir inilah waktunya! Aku perlukan KARDUS! Hahahaha. Kardus = kotak dalam bahasa indo. Ini kali lah. Takkan dah dapat kunci baru nak kemas? Aku rasa start sekarang aku kene kemas barang2 dalam bilik ni sikit2. So by the time nak pindah takyah la 2x penat ye dak? Tinggal angkot masuk dalam lori je pon! Hmmmm so misi kami esok ? Mencari KARDUS sebanyak yg boleh!


Packing time! Kita kasik bungkuss!
Terima Kasih kat Frame yg jatuh bedebuk tu. terus aku tersedar! HAHAHAHA. Esok lusa aku kutip kau.




Friday, May 10, 2013

Pulau Perhentian Kecil


Aku nak mula tulis tentang bajet, tempat tinggal dan cara2 nak ke Pulau perhentian dalam 1 entry ni. Tapi..... sentap dengan line internet kat sini. Entry bersambung nanti.



Sekian