Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Taman Safari Puncak. Show all posts
Showing posts with label Taman Safari Puncak. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

Puncak - Taman Safari - Cimori









Sambungan : dari kisah INI



Lepas fikir2, kami setuju untuk ke taman Safari petang tu juga walaupon jam dah pukul 3.30, sebab hujan dah redha. keluar dari kawasan hotel tu akan jumpa simpang menghala ke TS. so dalam 5/10 minit akan sampai, sekejap je. Odw nak naik ke TS akan ade peniaga2 jalanan yg jual WORTEL, Pisang tandan. So kami pilih utnuk beli wortel (lobak merah), comel je nama. HEH. Harga bagi 7 ikat wortel tu dalam rp20,000. Pisang tak beli, sbb malas nak bagi beruk/monyet kat sana. *bias* HAHA.


SediKit info tentang :


Klik sini untuk harga tiket masuk : Taman Safari 1

Harga tiket masuk bagi :

6 tahun dan dewasa/internasional macam org Msia ni : RP200,000 
Kanak- Kanak bawah 5 tahun = RP 180,000 (tak jauh beza dg harga dewasa pon)
Boleh tengok shows tapi kene pandai plan waktu ok ;p



* Ok ni satu aku nak pesan siapa yg pergi ke Puncak/safari ni, kita kan akan naik pak supir/mobil dr bandung/jakarta kan? Charge untuk kereta pon ada ya. Setiap kereta akan di charge RP 15,000 dan kita kene bayar harga tiket masuk untuk supir sekali. So maknanya tiket masuk untuk supir under kita lah, sebab kita yg minta dia bawa ke situ kan? jelas ya semua?


So dengan kereta tu lah korang akna menyusuri hutan/hutan kecil. dan seterusnya berjumpa dengan binatang yg dibebaskan, manakala kita dalam kereta. Rilex dan sila buka tingkap anda. *ewah*
Maaf aku punya excited sampai pintu masuk pon aku tak snap. 



Eko asik pesan je. Simpan sedikit buat IBu masak sup di rumah. LOL




Masa kat kaunter tiket tu dorg akan bagi brochure ttg Taman Safari dan tiket masuk yg boleh lekat kat tangan tu. apekenama nya. LOl. So dapat map tu kaji je. HAHA, Taman Safari ni besar, siap ada waterpark yg korang boleh mandi lagi. Bawa lah extra baju. Rasanya extra charge jugak kalau nak mandi, tapi ahhh tiket tu bukan mahal mana pon. So kalau rasa nak lama kan? datang awal pagi dan boleh explore habis Taman Safari ni. Waktu buka Jam 8-5.30 petang. Dah la ade shows dari gajah, monyet, dolphin, so kene plan awal2 and always refer map. Kat sana semua ada, kedai makan pon ade, even nak beli souvenir pon ada, tak mahal sgt pon. aku punya lah nak beli patung simba. sekali lupaaa !







Awal2 masuk tu sebenarnya kita akan lalu tempat gajah. dah la masa tu baru lepas hujan, and i rasa ranger kat sana dah bagi diorang makan kot. so dorang agak pemalas sikit, tapi tak memutuskan impian aku. HAHA. aku terjerit2 okeyyy panggil binatang tu and attract dorg dgn wortel. Serius Kancil, Rusa, sume datang. Cop! aku banyak tak kenal binatang. Sorry. tapi kat situ tiap kali kita lalu kawasan baru tu akan ada information board so boleh bacalah apa nama binatang sekian2 dari amna asal. gitew

Gajah gemok! Pemalas, so panggil2 pon buat bodoh je *bencik*.gajah selesa duduk kat area dorang. Kene ingat kat Taman Safari kalau naik kereta sendiri lagi best sebab kita bebas bagi makanan, kalau naik bus rombongan tu? Rugi. tengok dr dalam bas je lah yo. So bukak tingkap luas2 dan bermesralah dengan binatang, sebab kauuu yg terkurung skg, bukan diorang! Satu aku suka Binaan kat TS ni kan hampir menyerupai kawasan kota-kota lama camtuu. memang dorg sengaja bina runtuhan2 building camtu, supaya nampak lebih REAL!







See? cantik kan? kalau pergi area kambing gurun lagi real! dia bina betul2 macam kawasan gurun tu, and kambing ada atas tu, kita tengok dari dalam kereta. So ni few pic aku snap, koserr nak snap semua n tepek sini. KEHKEH. Korang pergi sendiri and rasailahh. Seronok untuk budak2.

Pengakuan : aku tak pernah masuk ZOO negara. WAKAKAKAKA!













For real? kawasan limpahan air. sebab dah masuk kawasan BUAYA ! hohuuuuu. Buaya ade de tepi2 tu

Lepas habis lalu kawasan binatang yg comel2 ala2 boleh peluk tu. Kita akan lalu next area untuk binatang buas! So masa ni akan ada arahan SILA TUTUP KACA ANDA! Kita akan tengok Singa, Harimau, Beruang, Seladang, *oh too many* tak mampu aku ingat! dlm jarak dekat oii. meremang tangan masa nak hulur kamera tu. dah lah wortel dah habis, rasa nak hulur je jari jemari ni panggil lion. EH? *picture berterabur*





dalam banyak2 aku suka ZEBRA ! dia sangat cantik dan ramah tamah *pitam*, lawa gila, aku siap usap2 badan dia. Tapi pejal jahat! pergi tarik bulu idung dia. sewel. Terus dia berlalu pergi takmo makan wortel! So jalan lagi sikit jumpa lagi Zebra. Uff cantik. Zirafah pon cantik tapi berlagak. bajet kauu tingii kauu kate moss? Puuiii.. orang panggil hulur2 pon dia takmo. Elehhhhh




Cantikkkkkkk !!! 

Kami panggil ni Yantiiiiii ! 

HAHA, DIA paling gigih kejar kereta orang nak wortel. dari awal kami masuk kat area kancil tu dia ade, sampai ke Zebra pon dia ade, ahhh asik sumbat mulut ko je? HAHA. BARU FEFELING BALANCE WORTEL NAK MASAK SUP KAT UMAH. lalalalalal ! Seronok la pergi TS ni, tapi sebab masa terhad, cuaca hujan. so sekejap je berada kat sana ! Lepas dah habis tour by car kami stop kejap makan kat area Rumah Gajah, berterabur gajah lalu lalang. pengsan aku kang kene pijak. HAHA. lepas dah makan, kami naik train n kene bayar rp15,000 sorang keliling TS juga. Tu yg boleh nampak ade few extreme game and waterpark. last sekali dah nak tutup around jam 5.30 kami stop kat BABY ZOO. Kat situ boleh tangkap pic dengan SIMBA! Sedihhh dah terlambat, so dah tutup T____T

habis pusing TS kami keluar, and ingat nak masuk BOGOR. sebab dalam 30 minit je dah sampai, kat bogor pon ade Factory Outlet. Tapi sebab hari nak hujan perut lapar balik, kami singgah ke CIMORI restaurant ! Restaurant ni semua artis pernah dtg makan. sebab nanti boleh nampak hasil tulisan dorg atas piring putih yg dipamerkan. act kedai  makan ni hanya ada di PUNCAK sahaja. Dan opcoz la boleh makan sambil hadap Puncak keeeeennn? Dia act produce product dr tenusu. so banyak produk mcm yogur, daging yg dia buat frozen food etc.









Baru perasan ini gambar pertama berdua. -____-



waktu ni siang lagi. tapi sjuk dah sampai tulang dah. mujor bawak shawl

Sudah malam ! dan terlalu sejuk.


I oder ini, simple je dinner malam tu, sebab masih kenyang makan kat TS tadi.

Palinggg enakk : Blueberry Yogurt ! Slurppp

dan dessert popular Indo. Pisang Cheese and choc ! Nikmatttttttt. Habis lepak dan makan kami pulang ke hotel. tapi sebab tak redeem lagi free welcome drink tu, kami lepak lagi kat cafe hotel, dan aku oder makanan lagi. HAHAHA. *sambil calculate berat badan sendiri* >_____<






Fuhh damai dan tenang, takyah bersesak2 pikir nak shopping ke ape. sebab memang rehat badan betul2 ni. Aku tak pikir langsung lace ke, kain cotton ke? watever benda alah yg ade kat bandung kan. dah puas sangat dah ke bandung. smpai tak tahu nak beli ape dah. LOL. so sesekali buat aktiviti rehar badan camni. Mahsyukkkkk! yg penting jimat duit sbb tak shopping.




Hubs at our room.




Beli produk yougurt drink ni kat CIMORI, sedap nyaaa. dah la sejuk. fresh sangat! Murah pon ia. Rugi beli satu je. sebab memang dia kata once buka kene terus minum. lagipon dalam hotel takde fridge.


Good Night all. Zzzzzzzz



































Monday, December 31, 2012

Day 2 - Puncak - Bogor



Sambungan : Hari Ke-2.

*picture banyak. apelah gunanya bergambo kalau tak upload. keen?*
bacalah with caption, malas jjugak nak story.KAH



Pagi tu aku bangun awal, lepas terdengar Solat subuh dari bilik. So terus mandi, pening kepala dah hilang, tapi masih mual/loya tu standard ah. So lepas mandi bersiap terus hidu udara luar, sepatutnya kami gerak ke Puncak seawal jam 6am. Tapi nan hado, takpelah kami pon bukan rush, so rilex2 je sudey, nama pon bercuti kan? Amik angin luar tengok pokok hijau2, *gitu*





Sarapan bubur Ayam, enak duhh! Mcd pon kalah *opcozla*

Me diwaktu pagi, tahu tak aku tak pin pon tudung tu? tah camne aku buat tah. elok terletak.



Waktu ni dah nak gerak! Horeyyy!





Bekalan dalam kereta. 


on wifi - on wifi. HAHA.




Kawasan perumahan Elite kat sana, ini je aku capture. -__-. sebabnya inilah kawasan videoklip Menghapus Jejakmu, Peterpan. Saje je masuk kawasan ni. wakaka. fefeling kaya kejap. LOL
 Sebab odw ke puncak memang aka lalu kawasan ni belah kiri. api supir rajin masuk terus. *koma*
Awal-awal memang akan lalu jalan highway, lepas dah masuk nak ke Puncak tu, dah mula lalu jalan lama ke Jakarta. So masa tu akan nampak pemandangan yg cantik2 je. Ada saawah padi, ladang teh, dan boleh tengok kehidupan sebenar orang bandung. peniaga jalanan, jem? hmmm best! 




Sukabumi itu tempat kelahiran aku tau ngakkkk? HAHA. i LOVE SYAHRINI



Kicap ABC cukup sinonim dengan Indo. Produk palinggg laris nih. sampai ade 2/3 replica botol kicap ni nak ke Puncak. After 3 hour drive, kita sudah pon kepuncak, nanti akan lalu Istana dan nampak la jalan tu macam kita naik nak ke Cameron. sebijikkk! Tapi Puncak ni lawa lah, serius.



tengok cuaca tu?



Inilah dia Masjid Atta/awun, singgah sebentar kat sini, solat Zohor. dan nak rasa basuh kaki guna air gunung. Masjid ni kalau nak masuk, memenag kene simpan kasut, dan kita akan berkaki ayam, sebelum kita lalu kawasna air tu untuk cucui kaki, kira macam, sebelum masuk masjid, kaki kita dah bersih laaa.









nak naik masjid kene panjat tangga, takla tinggi pun. tapi boleh tahan lenguh la dengan kasut baling hanjj aku tu. *pitam*. org yg simpan kan kasut aku pon tekejut tgk kasut aku. waakakak.
















Pemandangan dari Masjid




Air yg aku basuh kaki tu, mengalir dari air ni, menurut willy itu air asli gunung. Ya allah sejuk sangat! dah la kawasan Puncak tu memang tinggi. So dabel sejuk.



Hubs sibuk nak bergambar, bukan selalu datang dia cakap. Yolah.
Oh sebelum masuk masjid tu sebenarnya kami makan. hehe. sempat makan jagung bakar.





lepas jagung tu dibakar, di campur gula, kelapa, dan serbuk cili tak silap. Pedas! tapi sedap. pedas manis2.



Ini nama nya Sekuteng Jahi : Air Panas, susu, ade potongan roti, kacang yg dibakar, kacang hijau, sengkuang. sebab cuaca sejuk kan? so ambil yg panas. oh dan rasa dia? rasa halia. kehkehkeh.


Dan Baksoooooo !! Enak bangett ! kebetulan nak ke masjid tu depan tu banyak gerai2 jual, so isi perut kat situ je. Memang sedap bakso tu! Slurppppp.



Lepas dah pergi masjid tu kami teruskan perjalaann dalam 15min ke taman safari. Eh tapi hujan masa tu, lebat sangat, so decide check in dulu, dan berehat kat Hotel.

Kami stay di Seruni Hotel.(sila klik) Seruni ni ada 1,2 dan 3. Harga? Hmm paling mahal boleh cecah 4 juta.Kami mula2 pilih Seruni 2, sebab bilik lagi lawa, tapi T___T Fully booked! Seruni tak terima booking ok. memang kene walk-in. So kalau ada rezki memang ada lah bilik. Kebetulan masa kami dtg bilik seruni 2 full, seruni 3, terlalu mahal oiiii. cantikk skit aku nak tido hotel ribu2? Koserrrrrr. So last choice Seruni 1. Harga semalam rp400,000 dalam rm130. Not Bad. Sumpahh lawa. Aku suka hotel ni sebaba menghadap Puncak dan cuma ambil masa less than 10minit nak ke Taman Safari. Seruni ni dikenali dengan nama Fountain Hotel.






Tadaaaa , our room ! HAHA. Cun bilik besar, takde aircond sebab memang sejuk gila kan. so masa sampai hotel tu rehat badan sebab Hujan belum berhenti lagi, masa tu dah jam 3 okkk! decide nak pergi ke tak Taman Safari, masa tu fikir2 jugak. dah petang nanti rugi.


Pemandangan dari our room. HEAVEN!!!







Sambung lagi esok atau tulat! HAHA. Aku ni kejap rajin kejap tak. -____-
Hamponnnn semua. Esok aku day trip ke Melaka. So lagi lambatlahhh blog berupdate. HAHA