Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Wednesday, November 20, 2019

Hatten Place Melaka





Hatten Place Melaka.
Tak sama dengan hotel Hatten Melaka ( dataran Pahlawan)
tetapi di bawah 1 management. rasanya dah 2 tahun juga hotel ni dibuka, baru sekarang rasa nak cuba. Masa datang proses check-in agak lambat. sebab kami nak bilik yang besar sedikit. Tapi bilik hanya ready 4 petang. amboii tunggu sejam dah. lepas tu tanya balik kene tunggu lagi ready jam 5. So malas nak tunggu ( sebab dah buang masa kat situ) Kami ambil je bilik apa yang ada.



awal awal dah rasa hmmm.. 

Lobi hotel agak mewah, cantik. Tak berapa besar.Tapi ramainya umat. Masa kami datang ada group mainland pakat tido kat sofa. Jadi kene berdiri nak tunggu turn.



apat2lobi
                                    
Kalau sesiapa nak tahu, Hatten Place dan Double Tree bersebelahan. Share parking yang sama, cuma kau belah sana, aku belah sini. Nak ke Jonker kene lah driver kereta, tak sure hotel ada sediakan shuttle free atau tidak? sebab kalau di Dataran ( Hatten melaka) ada shuttle. nak kemana2 jalan kaki, mahkota parade sebelah je lintas jalan. Jadi Hatten Melaka & Hatten Place lain kawasan ya

dari bawah
                                     

Dapat key-card terus menuju ke bilik. Jalan ke bilik pon ok cantik. berkarpet. Bila buka pintu. Bilik lawa, cuma sempit sangat2. rasanya muat2 solat je. lepas tu dah sila kemas, kalau tak orang tak boleh jalan. Konsep wainscotting memang lawa. Cukup lah bilik untuk tido. Berdua je dgn anak malam tu.



kemas wangi







Sisi ke sisi katil pon sempit. Budak2 nak berlari pon aku rasa takde ruang. jadi yang boleh buat hanya melompat2 atas katil.


aku ada baca review kata dalam bilik takde iron, upon request. tapi masa stay sini smua ada.
Complete !

Thank You



 Breakfast adalah saat yang ditunggu. Tapi hmmm... biasa biasa je. Selection pon tak sebanyak hatten Melaka, Sedap lagi Hatten Melaka. tapi berbaloilah dengan harga bilik + breakfast yg dibayar.

dekorasi cafe

Pool cantik. menghadap Selat Melaka, cuma banyak ditambak. Jadi air laut tu tak nampak sangat dah.


The view

ada jakuzi, tapi 1 rosak. dan berebut2

 Bawah hatten ni ada mall sendu. The Element. takde apa kecuali wayang. SSF, few kedai kasut. 7 eleven.Kalau menginap di sini dapat FREE access ke skyDeck Level 42 ada restaurant di atas. Stay Hilton pon dapat FREE access. 




Klau ikot lokasi, aku tak berkenan sangat. sebab 5 min by car kalau nak ke area dataran mahkota melaka. Taopi dari segi kebersihan bilik. Pool view semua ok.



detail :

AddressHatten Place Melaka, Jalan Melaka Raya 23, Hatten City, 75000 Melaka

Harga bermula dari : RM 130-300 









Saturday, November 17, 2018

Double Tree by Hilton Melaka






Ringkas je entry. Nak cerita sikit tentang Double Tree by Hilton Melaka.
Hotel ni ada since last year, tapi masa kami nak stay tu belum dibuka. rasanya officially buka this year on March. Disebabkan ada kerja sikit di Segamat - Melaka. So decide stay melaka. sebab Segamat takde apa. hehe, Tapi sempat singgah Muar makan Mee Bandung 

Kami stay sini 3h2m 



sebelah kiri Hilton, Kanan tu Hatten Place

Niat asal nak stay semalam saja di Hilton, Tapi 2nd day kerja tak siap. So tambah lagi 1 malam. Mula2 inagt nak bertukar hotel sebelah Hatten Place, Tapi tak jadi sebab hubs malas packing bag. haha. So stay lah kami kat Hilton ni 2 malam yang menggembirakan.




Lobi

Axis cafe ( eh lupa nama)
Masa check-in akan dapat cookies dari Hilton. Ok lah not bad, tak manis sangat. Just nice buat kudap2 dalam bilik. hah




Kami sempat ke pool , sauna, Kids Club
Sampai2 dapat key card, cookies, sempat ber-ootd sebarang dua di Lobi yg besar, terus naik ke bilik. nak berehat selepas 7 jam perjalanan ( Seremban - Segamat- Muar- Melaka) Fuhhhh. Masuk bilik besarnyaaaaa. Besar lah, ada Katil King, Sofa Bed, Meja Kerja...and basic ammenities. Terus Lompat atas katil sebab nak ON kan Censor aircond.  


Rupa Bilik

Rupa bilik








Modern dan ringkas. 

Dekorasi bilik Double Tree by Hilton Melaka ni pada aku biasa je. Kategori Modern dan Ringkas.ada frame kat belakang tu, Plain. tu je. hehe . Kalau ikot kan bilik yg lawa pada aku setakat ni, tetap Royal Chulan Penang.



Pool yg tak berapa infinity tapi dapat tengok bandar melaka

Ok benda paling aku enjoy kalau stay hotel adalah : Breakfast buffet. Tu je yg selalu aku tunggu. sebab aku sejenis jarang ambil bfast di waktu yg sepatutnya. selalu mmg skip, lunch terus. So bila stay hotel, bole pulak bangun pagi and pergi breakfast =p

Makan Cafe

Cafe untuk Breakfast, Lunch, Dinner Buffet yg disediakan pihak Doubke tree ada di Level 12, sama level dengan lobi. MAKAN CAFE, luas sangat2. siap aku boleh tolak stroller sambil ambil makanan. haha. Food selection dia Not Bad, semua ada ( Menu Melayu, Cina, India, International)
ada dimsum, fresh juice kaunter boleh minta. Ada Kacang pool. ( jap korek pic)




Bihun sigapore dia sedapp


Mee Rebus



Big Breakfast





Ok nah picture lain. Malas dan nak menaip. haha


Toilet dapat crabtyree & evelyn punya Toiletries

Terima Lah apa adanya

Kids Club dia yg superb

kami ke level 13, sebab nak buang masa. So masuk Sauna. Sauna bilik 1 by 1. Best laa. nak access mmg kene bawa key card. bilik Sauna dalam toilet level 13. Kemudian ke Kids Club yg best gila rasa taknak balik, Tu sikit je pic dia. Malas nak UP banyak2 ken epergi sendiri. haha. Ada PS4, reading room, movie room, and betul2 sebelah pool. best lah..

tapi sebab dah stay sini 2malam. Cukup lah kot?

Mungkin lepas ni stay Hotel baru yg lain ( kalau ada)

Mak kasi 5/5 bintang.




So nah detail :

Double Tree by Hilton Melaka
Hatten City, Jalan Melaya Raya 23,

Tel : 06-222 3333










Saturday, November 10, 2018

Novotel Hotel Melaka - Review



2017 - November

Actually ada banyak picture. tapi tak tau mana...
jap masukkan picture ni dulu ...


google image - Ni dari depan 

Sebelah Hotel Novotel adalah The Straits Hotel & Suites






Kolam Renang

p/s : UPDATE NOVEMBER 2019

Last week kami ke melaka lagi atas urusan kerja, 3h2m. Pilih untuk stay hotel berlainan. Dan salah satunya adalah NOVOTEL. Sekali lagi. sebab last time stay 2017. Awal2 Novotel dibuka. ( picture atas) Masa tu semua ok. Cuma breakfast dia kami kurang sikit. So called 4 star hotel, hidang benda frozen? seingat aku masa tu ada hash Brown.





Tapi untuk kali ni kami memilih untuk stay disini sekali lagi. Alhamdulillah semua ok. Cuma ada sikit perubahan kat bilik. Sebelum ni toilet berkaca ( ada roller blind) Now tengok dorang dah pasang tinted di cermin. Mungkin blind dah rosak orang asik main turun naik suis .haha

nah layan picture latest ya =)






Katil masih gebu



macam biasa


nice



Pool dia besar dan puas mandi

ok bab breakfast. Kami tak expect ada perubahan. Tapi meleset ! Food selection makin ok, RASA pon sedap. nasi lemak dia + rendang ayam sedap sangat !

Jangan lupa makan Bytter cake dia, Melt in your mouth


yg sempat RASA pagi tu

So far okey dan boleh repeat lagi. kalau tak asik Hatten - Double Tree. Aku prefer stay kat area Dataran Mahkota melaka sebab mudah kemana- mana/ 5x dah stay Double Tree Hilton Melaka. Lama2 pon bosan. So patah balik ke Hatten. Ada sekali stay Hotel Pines kat town melaka tu, ermmm tak minat sangat. Lokasi pon so-so



Thank You Novotel





NOVOTEL MELAKA

Alamat :  Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Phone : 06- 289 8222

Rate : RM 170-200 ( Stabdard Room)

















Friday, June 1, 2018

The Settlement Hotel Melaka best !


Baiklah ini percutian basi Nov 2017. Masa birthday mak. Kenapa baru sekarang nak cerita? sebab saja nak simpan sini. Konsep percutian mak mestilah tidak tido hotel sama kecuali terdesak. =p


So nak cerita pasal The Settlement Melaka ni. Kerap lah pergi melaka sebabnya dekat dengan rumah. bila dekat memang takkan tido sebab 45 min je. pergi mesti sebab nak enjoy makan Asam Pedas lepastu balik.

Tapi masa 2 nd pregnant kan Laaiq. Hubs bawak lah tido. sebab kesian aku mengah2 kot masa tu. Jadi hotel kami stay Hatten. Tu je aku nampak gah kat tengah alam tu. Plus Breakfast dia best .. haha
Setakat ni dah stay Hatten 4x sebab follow hubs kerja. Ok selain The Settlement ni, Mak dah stay Novotel Melaka ( hotel baru) juga. Nanti kita cite.


Pool dia kecil tapi comel. Belakang tu SPA

Masa baca review semua kata Superb. Plus Hotel ni berturut2 mmenangi award Hotel Terbaik. Selain itu Hotel The Settlement ni juga 4 star hotel. Wuuuuuu

Tapi kalau tengok hotel ni macam tak menjadi pilihan orang pon kan? Mungkin kawasan dia terpencil Terletak kat Jalan ujung Pasir. Tapi tahu tak? Kami suka gila lokasi Hotel ni. 1 st sebab dekat dengan Kedai Kuih Kampung 100 jenis tu dan Asam Pedas Pak Man. Dekat ! 5 min by car. 2nd addalah kerana dah sejalan nak Makan Ikan Bakar Sg Duyong.



Ni trip santai sempena Birthday. Hubs booking hotel ni. Masa nak cari parking rasa macam susahnyaa. Rupanya kene ke belakang building hotel. kalau dari depan ( menghadap Jalan Besar) memang tak tahu nak parking mana. Sampai2 jumpa lah rupa macam ni. Eh Hotel ni ada Villa. Tapi kami ambil Bilik biasa ja. Yg penting semua bilik ada Bathtube ( penting ni sebab ku suka berendam)


Nice

Hotel ni kalau tengok tak besar mana pon. Very basic n Simple. Tapi dia ada 'sesuatu" sunyi, LIF wangi, Staff peramah. Sebabkan kawasan terhad. Pusing2 pon kau akan jumpa muka sama. haha. Tapi KAMI SUKA HOTEL NI. Serius nak repeat lagi bila hubs outstaion lagi. InsyaAllah



Nice room

The Settlement Melaka

Bawak balik

Bawak Balik jugak =p



Bilik datang dengan breakfast. Kami tahu ada Ruang Makan di Level atas hotel ( rooftop) Tapi untuk breakfast dia di ruang bawah saja. Mudah kan. Kerusi tak banyak pon. Menu pon kategori biasa saja. tetapi sedapppp !


Pagi tu menu kami. Selain ada Roti, Buah,, Mee, Bubur. Cofee Tea, Bubur. Menu berat dia adalah NASI MINYAK AYAM MERAH. Slurppppp ! Sedaapppp sangat2. Hubs bertambah 2x. haha
 Bila ada breakfast mudah la , Aku sejenis suka makan breakfast hotel. Sebab tu je waktu yang ada untuk menikmati makanan... tak perlu susah2 nak keluar pagi2. Bila checkout kan mudah boleh terus cari Lunch Asam Pedas. lol




 Bahagian Villa di belakang Pool/ SPA. Kami tak pergi tau. Tapi bilik korang tengok je lah web/ Wensite/ Instagram The Settlement Melaka.


The Villa


Selfie boleh?

suka




Plaing best hotel ni selalu buat Promosi. Sempena Mother's Day haritu RM188 nett je tau. Korang boleh tengok Instagram Hotel The Settlement.

Mak bagi 5/5 Bintang. Yeayyy !








The Settlement Melaka
Jalan Ujong Pasir, Taman Aman, 75050 Melaka

Website : https://thesettlementhotel.com/
Instagram : The_Settlement _Hotel