Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

Thursday, November 24, 2016

Apartment Murah di Cameron Highlands - Desa Anthurium




Holla !

Malam ni rajin sikit nak up satu entry. Nak share Apartment Murah di Cameron Highlands. Lokasi Strategik, Dekat tengah -tengah je. Sebelah dengan Hotel De La ' Ferns. Dari apatment kalau ke kiri turun Tanah Rata dalam 5-10min. kalau ke kanan dari jalan besar pulak akan naik ke Pekan Brinchang.


Plan holiday cameron ni adik yg belanja. So dia suruh cari penginapan yg boleh muatkan family kiotrang 12 orang tu. So google2 ramai yang cadangkan Apartment Desa Anthurium ni. Tapi dari blog2 yang share pon rumah semua lain-lain. even yg aku dapat pon blok lain. Maybe owner yang handle ada banyak rumah kot?



Fresh Flower

Dapat contact terus whatsapp En Hamid. Biasalah cameron walau bukan cuti sekolah pon memang ramai - jem - lagi2 sabtu ahad. Kami pergi ni minggu selepas deepavali. Gerak dari SA jam 8am, Tapi sampai cameron jam 2 petang. Mula mula berangan nak checkin awal. Tapi rumah tak siap kemas lagi. sekali sampai pon ngam2 je. sebab jem GILA ! Jem kat area pasar Kea farm tu. arghhhh.. Bayangkan If pegi Depa? or cuti2 umum lain? Bertabah laa kau... Pejal siap caruts dalam kete . haha sebab dia memang menyampah pegi Cameron. Jadi mak pon tak bole la nak feeling suka naik cameron. haha



Desa Anthurium

Kami dapat Blok A. Aku mintak blok yg ada view cantik tu , Blok C tak silap. nan hado. fully booked. So dapat blok A, sebelah guard house, Takyah jalan jauh2 . Senang sangat deal dengan En hamid, bayar depo, balance upon check-in. RM 250 per night. mana nak dapat kan? Murah sangat dah tu ada 3 bilik lagi . Masuk Jam 1pm. Rumah Kemas, ada dapur, fridge, rice cooker, Kettle, Pinggan Mangkuk Kuali semua ada. Boleh masak weh ! tu yang seronok. Bila dah datang ramai2 memang semua akan ada peel masing2 kan? ade yg malas keluar lah, sebab jem. haha. So Mak kita masak je kat situ bawak brg asas je. senang hidup, nak cari makan kat sana bukan sedap sgt pon. eh? ;p


Ade lauk yg bawa dari rumah, kami bawak bihun, sardin & telur je, so sarapan bihun goreng, siap buat sandwich sardin bagai. Bestttt ! haha,, Tak payah bersesak keluar masuk kete hadap jem semata cari makan... Masa pergi Pasar malam pon kejap sangat, kami gerak jam 5ptg tu. Tak jem pon 5min sampai. Tapi masa balik tu bertabahlaa org yg baru nak pegi Pasar tu... Jalan sehala je, nak taknak kau hadap la jem tu.


Hall

Bilik ada 3 , semua pon katil queen, siap extra tilam , bantal , selimut. Memang recommended la. Kita bagi 4/5 bintang. En Hamid pon baik sangat. Sebab mula2 nak cari airbnb, tapi dorang ni ada limit pax yg masuk rumah, same je apartment lain kan? if booking thru booking.com.. So option untuk Apartment Desa Anthurium ni memang best la. Mudah, sumbat je semua. Hall dia besar tau, siap bole bentang toto tengok tv. Cuaca pulak sejukkkkkk sangat ! sebab dekat kaki bukit.


Bilik and Dapur

Aktiviti cameron sama je. sapa naik sana tu je lah pic yg diupload. So sama je lah pic kami. haha

Lepak minum waktu hujan


Ladang Teh Cameron Valley

Pasar Malam tu memang meriah, tapi takde apa, semua pon jual benda sama. Pusing 20 juta kali sebab nak habiskan masa je. Rugi datang jauh2 jem segala, takkan dok pasar 5 min kan? Macam kebun2 semua tu aku tak pergi laa...dr zaman kanak2 masuk.. agak2 laaa weh . haha. Memang tujuan rehat2 je kat atas tu.. 

Cameron



Pasar malam brinchang


So if sape2 nak contact Apartment ni :


En Hamid
Desa Anthurium Apartment



hello .. hello je ok?










Sunday, October 4, 2015

Luth ke Cameron !





Holla ! hewhew.
Yeay Luth dah jejak cameron. walaupon tak tido. hihi. act plan last min nak balik raya haji ke Kelantan lalu Simpang Pulai, Mula2 nak tido semalam, asik riki hotel je. lepas kwn hubs bagitahu Jem nak balik, terus cancel tido. tapi still naik cameron lah sbb nak lalu situ untuk ke Gua musang. so 22/9 tu kami lalu simpang pulai utk masuk gua musang,. dan seterusnya ke Kelantan untuk balik raya ! Luth kene pusing 1 malaysia dulu. Baru mak bawak luar pulak ok?



1st time lalu simpang pulai. jalan okey sangat. Abang aku yg selalu lalu situ kalau nak balik KB, so kami pon try..Tak berapa ingat dah berapa jam perjalanan. Aku tau2 sampai je. hehe. 1st tempat kami pergi - Garden View. Konsep santai-santai je. memang menyinggah sebab nak lepak2 tengok bunga. 


Big Red farm

Lepas tu kami terus ke Big Red Strawberry. Nak makan Strawberry Choc & Sundae. Puas hati sangat ! sebab dah lama nak makan sini dari preggy.

Luth buat dek -___-

Luth happy kat sini, sebab walaupon tak sejuk mana, tapi berangin. Mood pon baik. Diam je. Bagus anak mak ! mekasih luth bagi kerjasama, nanti mak tambah lagi 1 tempat lain untuk luth ok? 



Mak dan Luth - Kurus tak mak? huehue Mak turun 21kg lps lahirkan luth

Sedapnyaaaa ! sampai sekarang teingat2. Lepas ni dah takde balik kb naik kete kot? sebab luth dah besar, hubs kata naik flight balik macam biasa. hehe

Nak makan  ni je pon !

Lepas Big Red, kami ke BOH Tea Plantation. Aalaaaaa failed ! dia ade2 tempat , 1 tu dekat je brinchang, beria aku waze bawa ke bawah area bawah dari Tanah Rata, jauh pulak tu. demmm, bazir masa, dah la rush nak balik kb elak jem. haha Takpelah still seronok, sebab lepas hujan so sejuk sikit area tu. Makan Scone + Teh Caramel


walaupon scone tak berapa sedap. HAHA

kat Boh tu bazir masa pergi balik almost 1 hour. Tapi takpelah sebab ade yg oder Teh cameron Valley so dapatlah singgah, lepas tu naik semula ke brincang untuk pergi beli jagung dan ubi sikit bawak balik kampung. Sekejap je kat cameron. tapi seronok ! hehe



Bunga dah mahal sangat ! lain sangat harga dari dulu aku pergi

Lepas dah beli barang tu terus naik atas dan balik ke Gua musang. masa tu dah jam 5ptg. Risau jalan malam2 area tu takde lampu. Mujo kami tak tido. sebab memang jem lepas gua musang -____-
Hazab ya dalam kereta nak masuk ke KB tu jem. huuuuu Ingatkan balik awal tak jem.


Baru ni ajak hubs pergi lagi cameron. Dia kata boleh. tapi naik motor, tapi luth tinggal kat emak. huahuahua. Sampai hati. Tapi memang tujuan nak minum2 lagi je. Tengoklaa bila cuaca okey dari jerebu ni. Kita ke cameron naik motor .








Till then !





Wednesday, February 10, 2010

Cameron Highlands ! 06.02.2010

  Pergi cameron sebab ni je -___-

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


A STRAWBERRY CHOC...


my favourite ever..i makan sampai nak muntah balik hokeyyy !! siyes, the 1st benda yang masuk perut pagi tu is STRAWBERRY..hahaha.









AND OF COURSE BECAUSE OF THIS
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




FLOWER !!!
fine i memang minah bunga..

































odw nak balik, minum teh panas sambil menghadap ladang TEH !! serious i like it, and masa ni, kabus dah naik dah tau..feeling2 sejuk lak kat situ..







* this week kami akan ke TELUK CEMPEDAK..bercuti sakan aku ni haaa, abes tiap minggu aku sesak.
before fly back to Jakarta with my beloved maksom and abang ku..hehe.
after that ke Sarawak again...tak sabar nak makan MEE KOLOK !!!! kat restoran NIBONG.