Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Krabi. Show all posts
Showing posts with label Krabi. Show all posts

Friday, October 21, 2016

Review Hotel Krabi Marina Express Aonang





Cakkkkk !

Tudiaaa tenggelam timbul. Bila timbul tetibe cite hotel ! Lulz ( ini pon setelah 3x luth off suis and lappy ni mati) Mohon yang ni dapat post ! bahahah
Pic dah draft lama, baru sekarang ada kerajinan nak update, Eh kita update je wak hotel2 ni. senang rujukan orang. sebab sebelum pergi bila google takde yg review pon. So kita ajin sikit tulis pasal hotel yang pernah tido. gituu.

Plan sebenar adalah ke Phuket. Beli dah semua thru AA.go tapi tak dapat pergi sebab date tu clash hubs keje malam. -___- Cuba email AA untuk tukar date tapi tak boleh kira burn je. Nasib la murah. So lepas tu still berharap la dapat bercuti rehat2 kan diri. Usha2 balik AA.go ada promo ke Krabi, kebetulan birthday husband dah dekat. teus pilih la date 4-6 Sept 2016. Ambil je pakej Flight + Hotel Marina Express Aonang. 

Kalau Krabi tadek hal la kan? Ni kali ke -3 ke sini. Kahkah. Nak wat camne if memang sejenis suka makan-makan bila bercuti. Memang akan kerap ulang tempat sama. Tahun depan tantah pegi Krabi lagi. eh? 2 + 2 plak la kita. InsyaAllah.



Ni la hotel tu : Marina Expess Aonang


Add caption

Flight kami pagi so sampai Krabi pon pagi, tapi ok je. letak barang, sewa motor terus berjalan merata-rata. Masa sampai hotel ni perasaan dia biasa je. Tapi sebab dah baca review thru booking.com semua kata hotel ni SUPERB. So macam teruja la sikit. Lobby dia biasa, memang konsep Fisherman sangat. Kayu-kayu, buluh, ada buaian , Staff dia sangattttt baik adn friendly! Siap bagi Luth Belon, and tiap kali lalu memang kene dokong. Hotel ni sebelah je Masjid. Jauh la dari area hotel kami sebelum2 ni :

Krabi La Playa & Ananta Burin

Tapi semua ok je lah sebab ada skuter kan. Dekat je semua. infact depan masjid ni bersepah kedai -kedai halal sarapan pagi and dekat dengan Bang Nara ( Roti Canai + Ns Kerabu sedap)

Add caption

Bila dah check-in dapat kunci. Best Gilaaaaa ! Bestttt sangat! Perfect. dah la Murah! Lagi best dari Ananta Burin. eh? haha



swimming pool ada mini jakuzi


Building tinggi 3 tingkat tu hotel yg kami stay. Kalau tengok bahagian bawah ni macam ada villa. Yup ada private Villa jugak sebelah area pool, naik tangga ke atas2 dekat la pokok2 tu. Tapi staff dia kata tgh under construction and banyak nyamuk. haha. Sempat la usha. Villa ada jakuzi dalam bilik.


Add caption
Bilik kami. ALL WHITE ! SEMUA PUTIH ! Best sangattttt. Hari - hari aku selfie. kahkah
Dalam bilik ada katil KING yg super tinggi. ada frame. hiasan dia ada topi, ada pengayuh sampah ( as per pic) Wehhhh memang lawa gila kot. Lawa tu satu hal. Murahhh tu yang buat gerammm. haha. Tak silap hotel ni kalau booking thru web dia RM270/2 night siap dapat pickup airport & buffet beakfast lagi. Murah kan?



Add caption

Dalam bilik ada mini fridge. Dalam tu ada air tin, air kotak, kacang & Mineral water for FREE ! Tiap hari top-up. Best! haha

Hotel lain semua kedek bg mineral water jurr. -___-

Add caption

Dalam toilet adalah sangatttt cantik juga. takde pulak pic full. So nak ate hotel ni 10/10 !



cantik dan kemas


Kalau di tanya nak repeat lagi tak stay sini? I would say YES ! Tapi hubs dah kata if datang Krabi lagi dia nak stay depan Mcdonal pulak. Ada new hotel : BLUESOTEL, Aonang.


Alang-alang dah review hotel kita update la pic food kat sana ! haha. Bestnya makan2 kat sana. sedappppp ! and lepas balik Krabi la dapat berita gembira .. Abang Luth nak ada adik.. =)

Abang Luth


Nasi Krabu supe sedap di BANG NARA. Roti Canai pon ada





food

food


food


food ! Coconut Icecream tu murah gila 40bhat je, Semua Green Tea, Chai Tea 20bhat



Sampai Jumpa lagi Krabi ~













Friday, May 9, 2014

Hello Krabi


Selepas 2 tahun.


Kami ke sini lagi. Wehooooo.



Hello .


Setelah berfikir antara Phuket - Krabi - Lombok & Koh Samui. Kami pilih Krabi. Sebabnya tix baru beli tadi, and kami akan fly minggu depan je. Aku nak Phuket - hubs tak nak! blergghh ! Lepastu aku pulak nak antara lombok & Koh Samui. Lombok terpaksa tunggu teman dari jakarta ada cuti, sbb masing2 busy keja. Ok yg ni takpe. Sebab aku akan pergi dengan orang yg dah biasa selok belok lombok! takde hal punya. Koh Samui aku study 2 mlm. takleh buat short trip. disebabkan Firefly direct return tix mahal gila. lepastu kalau naik AA gila hassle. nak kene turun surat thani bagai, amik bas pergi terminal 1 jam,amik feri 2jam. ( aku dah rasa jauhnya sejibik mcm masa trip mabul dulu) So yg ni pon cancel ! ( buat trip 3rd year annv nanti pon boleh kannnnn ;p (sempat skit aku nak membaca). Last2 kami pilih Krabi je lah! bahaha.. Lagipon Saja nak lepak2 je dengan hubs Dan yang penting nak MAKAN ! Aku just tukar resort je kali ni but still dalam aonang. 



Kalauuu rajin aku update, kalau tak? Biasaklaa Malas.
Snap pic letak dalam IG je sudah. Esok nak ke penang. short trip. 


















Friday, January 6, 2012

Krabi : 1.4 Mari naik gajah wooott wooot.


AMARAN !!! : 

  • Ini mungkin entry yang panjang dan mungkin juga tidak
  • Sila bawa plastik untuk muntah sbb pic yg agak banyak. ada aku kesah?
  • oh aku rasa ini entry LAST, SEBAB aku nak start review ttg wedding aku yg dah nak masuk sebulan ni haaaa. menjeles aku tgk orang yg kawen up entry baju kawen. haha
  • harap-harap maklumat ttg Krabi dalam ni membantu semua B2B or sesiapa plan nak honeymoon or holiday sekaliponggg.
  • Sekian terima Kasih.



Alohaaaaaaaaaaa.. Selamat Malam semua.
Aku baru bangun tido. kahkahkah, Balik kerja terus tido. Kau hadee? laki bini sama.
last2 bangun dengan baju kerja at 9pm. Danggggg !!

Bangun tukar baju, tetibe teringat nak buat last entry ttg Krabi.

Ingat entry lepas saya kata nak cerita bab naik gajah? Here we are...

Jeng jeng jeng.... ( bajet macam suprise sangat? puiihhhhh ) saya di temuramah oleh OS dan ABON MLM yawwww. *verangan*


Kat manaaa yee nak beli pakej Gajah niiii? * nada Abon jawa MLM*

  • ouh tak jauh dari hotel, macam biasa beli depan hotel. kahkah.dapat orang malas benda nak senang dengan malas nak survey lagi,sebab semua pakej adalah sama, cuma harga je yang tak sama, so aku try je depan hotel punya agent, tempat sama aku beli pakej phiphi. Senang.

Pakej nye ade apeee? * nada Abon jawa*

  • Pakej GAJAH sekian.

Ape perasaan kamu errrrr naik gajah? *nada OS MLM*

  • Shahhhhhh Alammmmmmmmmmm peace yawwww (tetibeee). ouh harusla excited, bukan senang nak jumpa gajah, call bukan nak angkat, sms tak berjawab, so kekdahnyeeee? JUMPA je GAJAH terus comolotttttttt gitewwww. =p


Eh saya tanya betul niiiii? *nada Abon jawa MLM lagi*

  • Baiklah saya explain. *cop nak pergi toilet, sakit perut jap* 10 minit nanti saya sambung. ok bai.

10 minit kemudian.

Okey saya sambung *sambil urut perut* kerna perut masih sakit.
  • Pakej ada 2, satu SIMPLE, satu lagi aku pon tak paham ape kejadah nak naik gajah dari pagi sampai petang.
  • so aku decide amik pakej simple. kahhhhh. *takde duit wey* tapi niat di hati nak gakk naik gajah. haha


Drama bermula, di depan kaunter agent.

*bunyi cengkerik*

Sewaktu berkira -kira nak pilih pakej mana.

Hmmmm..b, u nak tak naik gajah ni?sambil tunjuk pada brochure *buat muka kesian*

Hmmmm, entah ikut u lah, i ok je.

Seriussss? so nak amik yang mana??? yg kejap yg lama?

Ntah la yangg, i rasa mcam malas pulak nak naik gajah, esok nak rehat jeee! * sampai hati muuu abe*

*bunyi cengkerik lagi*

Hmmm, takpelah if u tak nak..i ok jer. * muka seposen tapi dalam hati ade hati nak sound setepet*

Minah thailand depan ni terpinga-pinga . aku pon blurrrrr.

*bunyi cengkerik lagi*

Ok Ok, if u tak nak, satu je soalan i, bile u nak bawak i naik gajah kat KL?

kau hadeeeee? soalan membunuh. mana datang gajah kat KL? kahkahkah.


ha Ok la ok la.... amik la pakej sejam tu. amik waktu pagi.petang jalan2.


aku Senyum lebar, kakak thai agent ponnnnnnnn senyum lebar.sekian.


* Drama ni belum tayang lagi kat Astro. sebab orang sebuk dok cakap pasal drama cucuk bintang dengan elfira loy dan Randy. so kami bg can Astro tayang cerita tak best tu. Kah!


Jadi kami terbelilah pakej murah lagi sekejap dan 1 jam naik gajah itewwwwwww. haha.


Ape pakej tuuuuu? *nada Abon MLM lagi*

  • oh lupa, terlampau syok buat drama tadi,  Pakej 1 jam naik gajah, pastu ko bayar je 700 bhat sekepala. transfer dari hotel ke tempat Safari tu. * Safari sangatttttt padahal ade gajah je?*
  • oh lagi lagi- masa beli aku memang cakap nak, naik gajak 1 jam je!!! kak, saya ni bukan ape, bukan nak buat sgt aktiviti tu, kang bazirrr je duit, pastu pastu kan? niat saya mmg nak naik gajah je kak. errr akak paham???? , sbb aku dah penat nak mati kes balik dari laut yg amik masa sehari suntuk tu. sebab agent tu asik nak jual pakej 1700 bhat dia punya pakej yang boleh naik gajah sampai LEBAM . MOTIP TAH? haha
  • pastu aku mintak la kurang lagi *pleaseee pandai bargain*, fedulikkksss, naik gajah ape sampai rm70.pastu sejam? haha. sok sek sok sek, ok dapat dia bagi rm55 seorang. pheeewittttt.
  • Incase nak tahu kan? Pakej-pakej Naik gajah sampai lebam  adalahhhhh*sila baca macam nada orang umum hadiah MLM* dan sila lihat pakej di bawah.


 AONANG-KRABI SAFARI.


Pakej Full Day Tour / harga 1600 bhat/trip 8.30am to 4.30pm

  • 1 jam naik gajah, (*eh macam same je dgn aku?)
  • National Park visit, Huay tho waterfall ( arghh aku tak kesah ini semua takde) =p
  • Lunch thai food ( aku pon boleh g makan sendiri lepas naik gajah kot) =p
  • visit tiger cave boleh tgk pokok over 1500 tahun ( ade aku kesahhhh?) cakkkkkkk
  • naik longtail boat to mangrove Krabi River ( hmmmpphh menarikssss)
  • Balik. sekian.

Pakej murah sikit 1400 bhat ( adik beradik pakej kepada pakej aku) Full day.

  • Naik gajak 50 minit ( pandai betul nak kira-kira, cukup 1 jam tokleh ke?)
  • Bagi gajah makan, nak susukan pon bolehhhhh (eh? HAHAHAHA)
  • Jungle trekking, 
  • Crystal pool
  • Enjoy hot spring and natural spa ( dan-dan natural spa..)
  • Visit tiger temple ( blerghhhh)
  • lunch thai food ( elehh makan kat tepi jalan lagi sedap)

Pakej murah lagi mampu 700 bhat./8.30 to 10.am

  • Haaaaaa ini pakej aku eh.excited
  • Naik gajah 1 jam.( wowwwwwwwwwww !! hebat nyeeeee)
  • transfer hotel (pergi balik) wowwwwwwwww !! hebakkk mung)
  • okey tu je. kahkahkah ( ehhhh hebattttttttttt GILA ni !!!)
  • Saya positif dengan pakej saya. hahaha.ok bai



* 10 kali aku rotate tak mahu. lantak hang la. Ini tempat nya. SAFARiiiiiiiiiiiiiiii sangat. hehe




* excited tengok pisang. eh? HAHAHAHA.
nampak harga? tak payah!!, baik ko beli makan sendiri.



* oh abang muka mu macam Putra Shazlan. *tetibeeee*
bukan aku kata eh orang kata.



Heloooooooooo, Im coming.. MY NAME IS SAO.

call me SAO, SAO, SAO  ( nada thailand)



Masuk kebun getah je uolsssssssss. kahkahkah.
arghhhh janji dapat naik gajah, kau hadeeeee ke?


Pakcik ni suka pukul gajah tu dengan besi kat tangan dia, kesian hokeh. tapi gajah aku ni dasarrr pemalas, asik nak benti je. hahahaha. gasaklaaa gajah. janji ko comelssssss. oh lupa nak cakap naik gajah ni mcm seram jugak.terhuyung hayang kauuuu.




pastu gajah ni punya perangai, dia takmo lalu tapak2 gajah yang dh sedia ada. dia mcam geli.
amboihhhhhhhhhhhhhhhhhh. hebattt mung.



dah sejam dalam kebun getah aka hutan jadian =p
masuk area anak sungai seberang jalan. pheeewittttttttttt.



dah balik, aku 1st bawah aku tu semua foreigner. FRANCE uolssssssss.



Kenangan dari SAFARI, masa nak ke sungai tu akan ade orang datang bawak kamera. and snap picture, so bersiap sedia dgn gaya hokehh.
150 bhat sekeping. hambekkkkkk.


Boleh saya pakai kamera sendiri??

  • Jangan verangan ! hahahaha.
  • sebab dia nak buat niaga pic dia tu. hahaha.tapi kalau nak cuba nasib suruh orang gajah tangkapkan boleh je.




cukup 1 jam, jom balik.



Sesampai hotel, terus amik skuter and teruskan perjalanan ke Krabi Town. HAHAHA.



tak sampai Krabi town pon, tepi Jalan je, sila hafal signboard ini.



Heloooooooooooo Krabi. *pose ala-ala modelsssss*



* dalam tu banyak makanan, key chain, kekacang, perencah tomyam etc

* Btw ade satu kotak kek perisa oran, choc, butter, coffee , kat situ. sedap gila hokeh. ade lambang halal. 3kotak 100bhat.



*kacang gajus pon hadeeee. tak beli pon, malessssss.




* tut tut, dari sehari ke sehari nak naik menatang ni, tak dapek bergambar pon jadilah., comel kan?
kan?

kan?

kan?





odw back to hotel, bergambar kat signage. motip tah?

after that kami pergi lunch tenpat biasa. tempat kesukaan kami, gerai biasa tepi jalan je. sedap gilosssssssssssssss.

MAKAN GREEN CHICKEN CURRY.





Suami ku dan isteri saya.



Pleaseeeeeeeeeeeeeee jangan muntohhhh.



Bergambar kenangan depan hotel dengan OUR skuter. ouh syahdu nyeee. dah nak balik.

BTW,nampak tak belakang tu ade kedai? kat situ lah money changer tu, and belakang tu ade Agent yang jual pakej yang ai beli. dannnn sebelum terlupa.

Kami sempat jugak pergi massage. best gila and murah.
Malas nak jauh *again*
so jalan je deretan kedai depan Hotel ni. nama kedai lupa. tapi level 2, and betul2 depan hotel
ANANTA BURIN RESORT.

faizal amik thai massage 250BHAT. while me amik Oil massage 300 BHAT

BEST !!!!






Ini lah kawasan hotel kami, deretan tu semua hotel dan resort. and ada deretan kedai sikit. nyaman 


Ini pulak keluar dari jalan hotel dan ke kiri, akan nampak deretan peniaga ni. Kat sini la tempat makan gerai paling besttttttttttttttt, and amika gerai yg last sekali.



sekitar aonang area. deretan kedai yang jual pelbagai souvenir, kedai makan, etc.
malam2 sebelum pulang aku n faizal tawaf semua, jalan kaki, sebab skuter dah pulang.masa tu mmg bargain sangat2 nak cari t-shirt, key chain ( tak dapat murah pon) and beli cermin compact cantikkk. 

Lupa : rate Skuter 200bhat sehari. rm20.


kakakkkkkkkk I  miss you, eh your pancake !!!

kakak ni ada kat deretan gerai2 gerai tu. bersih la dia ni. so selalu beli je dgn dia, even harga dia mahal sikit.





BYE-BYE PANCAKE. I MISS U . 

Jumpa lagi. 















TAMAT !!




  • sekarang, saya cadangkan korang semua pergi usha web AA, mahal macam mana pon? sila usha sampai dapat harga murah. haha.
  • Krabi ni, actually harga lebih kurang je dgn Msia, sama je, takde yang murah pon, cuma nilai duit tu je.
  • Krabi jugak for me, tempat menghabiskan duit BUKAN dengan shopping, tapi lebih kepada pakej-pakej yang di tawarkan. so pandai-pandailah bargain harga dengan agent. dia tak untung, korang tak rugi. haha




* finally tamat hokeh. ok now kumpul material nak merepek tentang wedding uolssss. ok bai.













Tuesday, January 3, 2012

Krabi 1.3 : Phi Phi island

Helloo gorjes ..

Sorry bebanyak utk kurangnya menulis entry sejak berkahwin nih. mood blogging tak sampai. kah kah.plus baru habis bertandang, dan baru balik dari Sgpore. haha

aku rasa semua yang berkahwin mmg akan ade hilang mood kot. hhhaha.
di takbah dgn aku berkira-kira nak review wedding dulu or honeymoon dulu?

If review wedding? aku mmg tak pernah lupa, so aku decide review krabi dulu eh, sbb benda ni aku akan lupa unless ada orang nak bawak aku g Krabi lagi. besttttt woahhhhhhhhhhh.

actually lepas review bab makanan di Krabi tu, kan aku tengah Majlis Tandang di Kelantan?
Sanding kat shah alam pon tak review, ade hati nak tempek pic tandang? kim salam. hakhak.
So mari kita terujakan diri dengan ilmu tentang Krabi. Hoyeahhhhhh.

Siapa akan ke Krabi January ni?
Ok antara aktiviti palinggggggggggggggg best seumur hidup aku adalah tengok Pantai yang GILA cantik sampai tak tergambar dek kata-kata. hah, Jernih ! Bersih, Hijau...
walau mak tak suka Pantai sebab tak reti berenang, tapi kalau bajet nak honeymoon harusssss ada pantai gitu kan?

*Ko slalu merepek kan pompuan? orang panas hati doh baca mukadimmah ko !*

Baeekkkkkkkkkkk ..Ampun ampun.

Ini Pakej Island hoping aku cari di Krabi saja. takde keje aku nak cari dari Malaysia. dasarrrrrrrrr...
1st day sampai terus berjalan ke area Aonang, deretan kedai yang banyak gila agent yang jual Pakej Island dengan harga yang affordable. tapi haruslah kene pandai tawar menawar. sebab kalau kau dok diam, je dengan muka redha? mendapat lah kau bayar harga mahal dari orang lain =p
mengerti???





So masa mula-mula review blog bbf, aku nampak banyak yang main amik je mana2 agent yg bagi harga ok.
Masa jalan kat aonang, kami teruja nak pergi pasar malam.
sudahnyeee.. tah kemana-mana pakej tu. balik dari Pasar baru teringat the next day punya aktiviti belum di beli. hah padan muka.(kau ni dah kenapa?asik bg mukadimah?) AAK =p

so akibat kepenatan lalu kemalasan melanda?
Aku jalan selangkah je depan Hotel sendiri. Ada satu money changer, and belakang tu ada satu Agent

AONANG SPEED BOAT TOUR. besebelahan kedai kedai.
di ulangi sekali lagi nama hotel saya : ANANTA BURIN RESORT !

so pakej tu di beli di hadapan hotel sahaja. sekian.

Daily Trip, harga yang diberi 1800bhat seorang, full pakej.
dia bagi harga 1300bhat rm130.

aku mintak tawar jadilah rm120 = 1200 bhat.ada aku kesah if korang dapat lagi murah? kahkahkah.
aku kaya *amboiiiiiiiiii riaknya* padahallllllllllllll ko takde duit kan?

meliputi :


  • Transfer from hotel ( ambik hantar) dengan selamat dan jayanya.
  • Speed bot tour bukan naik long tail.
  • ada 8 tempat menarik : LOHSAMAH BAY,PILEH BAY,MONKEY BAY,MAYA BAY,VIKING CAVE,PHI PHI DON ISLAND,HIN KLANG, BAMBOO ISLAND,
  • Lunch, buah, air mineral unlimited, and fresh orange.
  • Mask, snorkel
  • life jacket
  • Entrance fee & Insurance
  • first aid kit
  • Aktiviti yg boleh di buat? sight seeing utuk orang tak reti berenang mcm haku. snorkeling,swimming. oh i like word swim swim swim =p , pastu korang boleh relax,exploring dannnnnnn bergambar lah. ape lagik? 
  • Jangan lupa bawa towel dari hotel, kamera, bag kecil yang berisi biskut oreo, asam jambu,gula2, minyak angin, in case ko pening2 lalat macam aku. haha.

Awal2 dalam bot dah di beri penerangan, korang dengar lah, dengan dialek thai english nye. layan kan haje. and please hafal quot ni dari tour guide : PLEASE DONT LATE !!! IF NOT SEE U TOMORROW !!!
( dengan sebutannnya? : pelis dun let,,pffff not, si u tomolo)

* ini merujuk kepada masa yg dh diberi di setiap pulau dalam 40 minit. so kalau lambat? pandai2 lah korang. 

kahkahkah


Ini budak sangat comel, aku memang aim dia sorang je dalam bot. oh oh btw, dalam bot semua omputih, Kau je tak berapa nak putih =p
* aku ni mmg ada jodoh dgn budak ni, sbb dari nak ke bot, aku tgk dia, dlm bot tgk dia, even dah 2nd , 3rd day pon aku mesti terjumpa dia.
fezal lah yang banyak perasan budak seko ni. dengan harapan aku ada anak kenan macam ni... ewahhhhh !!
*tangan di bahu mata ke atas =p
pastu sambil pandang muka laki sendiri? 
kahkahkah



BAMBOO ISLAND : nampak tak mereka buatpa? tah iye-iye je, sorang minah saleh ni jerit2 kata nampak ikan nemo?? beria dia cite dgn kawan dia. nyampah haku ( ini ayat-ayat orang yang menjeles sebab kene dok jaga bag laki) cissssssssssss.






Kau ingat aku kesahh dengan pantai cantik laut membiru? nah haku makan asam. eh asam lagikk??
*sila jangan gosip.


Okeh masa ni tak tahan, sumpah, rasa nak terjun.sebab masa ni dah start geram apesall air ni cantik sangat? pastu bajet mamat2 omputih yang berenang tu selamat kan aku. hakhakhak.

*itu contoh long tail okeh,aku takmo naik bot ni, ade yang terdampar di persisiran pantai kangggg. dah la maha lemmmmmmmmmbap.



VIKING CAVE.

tahu takkkkkkkkkk betapa cantikkk??


Lunch hour dalam pukul 2pm macam tu, cepat or lambat bergantung kepada kelajuan bot ko, and kepantasan  omputih dalam tu masuk bot cepat. haha.


* info tentang lunch : kita semua, kita dan kita, yang naik bot merata2 tu akan lunch di Phi Phi don. makan Nasi putih ade tomyam ayam segala. bak kata tour guide its halal. sbb tomyam pon seafood, then kat phi phi don tu adalah perkampungan ye adik2, so ade banyak shop yang menjual pelbagai barang dengan harga yang tak boleh blahh laaaa. jadik? sila lihat dan mimpi di malam hari saje. sekian.




MAYA BAY,

ini pon antara yang aku suka, pasir putih, cantik nak mati...


Sawadikappppppppppp.
sila abaikan minah thailand tu, kasik can lah =p






HIN KLANG : Masa ni open snorkeling. pastu adalah orang yg gatal baling roti time ko berenang. datang la ikan tu menggigit. Kau nakkkkkk? silakan lah.tak koserrr aku. haha
Fezal masa ni dah hilang tah kemana, berlagak taknak swim swim ( eh sedap nye ayat swim ni =p)
dekat dengan bot, gasak hang lah, aku snap pic orang lain. haha.

Okey. harap maaf atas susunan gambar yang tak berapa nak cun tuh, tak mana2 tah pic nye, haku dah malas nak upload bebanyak, kang muntoh hijo korang tengok pic aku nak seksi seksa kat sana.

Actually ada lagi satu pakej island , yang aku tak amik or teringin nak amik. Gilaaaaaaaaa?
yang ni pon dah makan masa seharian okeh, bot hantar balik dalam pukul 5pm, mana datang nak sambung?
Tapi aku bagi jugakla option utuk korang pilih? *bajettt macam agensi tu aku punya) kahkah


Selain PhiPhi Island?
ade lagi 2 lagi Pakej iaitu Hong Island dan 4 island.
Selalunya orang ambil 4island tu, maknanya  hari ni ko pergi Phiphi, esok kau pergi pulak 4island.

4ISLAND  ada : Chicken Island,Tap Island, Poda Island Phra Nang Cave. harga yang ada dalam pakej ni 1200bhat, = rm120 jugak.

* Chicken island aku nampak ms odw nak balik, jadiklaaa, ade gak pic, haha.alaaaa if nak bygkan? korang tgk ayam, ha cenggitulah =p

Hong Island : Ko carilah sendiri, kahkahkah.

*sumpah masa tu aku tak larat dah nak buat aktiviti laut,dalam otak asik pikir nak makan tomyam,ade dadah hape?pastu. sbb aku dah tak sabar nak naik gajah esoknye. haha

dah paham?puas hati?
aku yang tak puas hati sebab tak sentuh langsung air kat sana. basah pon sebab terkena percikan air masa dalam bot je. haha. kesian.

Tapi yang penting, puas hati gila dari segi Kepuasan ( ape jadah ko ni? kejap puas kejap tak puas? swim swim eh? eh? sebab, Krabi sangatttttttttttttttttttt cantik.



Ok bai.