Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Hong Kong. Show all posts
Showing posts with label Hong Kong. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Hong Kong - Belanja



Hello people. Saya sudah pulang =D
Suka tak? suka tak? KAHHHH ! okey okey berbalik kepada tajuk di atas. Iya saya akan list down kan jumlah perbelanjaan mengikut cara saya sewaktu di bandung. Oih bukan  Bandung. di Hong Kong !


Ada yg email saya, wassap saya, pm saya tanya tentang cost belanja di sana.
Err sebenarnya bergantung pada cara dan perbelanjaan korang.
Kalau nak bermewah2, naik heli kat sana pon voley =p
Kalau nak biasa-biasa ala backpack(tak berapa pack) mcm haku? sambil tengok je Heli lalu atas kepala? pon voley. Untung banyak duit oih boleh buat ape sahaja.
Semua nya terserah pada kamu ya.*motip keluar slang indo*


Ok balik semula ye adik2, sini ai listdown kan segala contoh dan budget yg boleh anda ikot atau potong je mana tak perlu tu.Ini contoh perbelanjaan kami suami isteri. *gitewww*


Contoh Perbelanjaan  :

Flight Ticket
  1. Tiket return Air Asia = RM1000.00

Hotel *boleh pilih nak mana*

contoh yg ada:
  1. Hotel semalam ( Holiday Inn) = RM700. semalam (standard room wt Bfast) Tsim Sha Tsui area
  2. Guesthouse area Tsim Sha tsui = RM150 semalam. (small room wt aircond, tv,toilet) - Mereka prefer cash money.
  3. Hotel Disneyland ( park view/non peak) = RM850 semalam.

Transportation - Bus/MTR/Taxi
  1. Taxi dari airport nak ke 1st station Tun Chung? = Mahal. never ask how much. sbb naik bas.
  2. Tiket Bas dari Aiport ke Tun Chung station = RM 3.00
  3. Tiket dr Station Tun Chung ke TST (Tsim Sha Tsiu) = +- RM 12 seorang
  4. Octopus Card = +- RM 25 seorang, if nilai tambah nilai habis.sebab korang banyak sgt merayau? boleh topup semula di store terpilih. Please google, sbb dah tak ingat.
  5. Tourist Day Past = (Ini yg kami guna), 1 tiket untuk kemana-mana dalam sehari. berharga HKD 58 seorang. +- RM 24.00. ade certain tempat tak boleh guna pass ni, so boleh refer map.
  6. Nak naik Bas double decker pusing satu HK rate dalam = +- Rm15 seorang.
*Nota : Airport Hong Kong berada di Pulau yg lain.(Lantau island), so kalau nak ke bandar memang kene cross ke Kowloon area. Naik MTR adalah langkah bijak =p


Duit belanja makan/transport/admission tix/souvenir:
  1. Bergantug apa yg kamu mahu beli? dan kemana anda nak pergi atau makan?
  2. Kami tukar RM2500.00 = dapat dalam 6208.44 hkd
  3. 1 10 HKD = RM4.00) mudah bukan?
  4. Tukaran di atas tidak termasuk shopping, sebab saya guna cc. =p

Shopping :
  1. H&M best
  2. Handbag best
  3. Giodarno murah. Esprit juga
  4. Oh dan Evian produk juga murah.
  5. oh yes, terbaca di forum ttg Designer handbag. kalau dalam negara Asia esp Hong Kong designer bag LV, Gucci,Prada antara yg termurah compare Jepun, Malaysia. (sebab tax). > correct me if im wrong, baca di Forum.
  6. Souvenir saya cadangkan jangan sesekali beli di Ladies market. pffft.JANGAN !!. Sila beli di The Peak Market Tower

Admission tix:
  1. Disneyland Hong Kong 2 days TIKET = +- RM200 seorang
  2. Ocean Park = +- RM150 seorang
  3. Avenue of Star = FREE
  4. The Peak Tram & Sky terrace Pass  = RM 27.00 seorang
  5. Madame Tussaud HK = +- RM25.00 seorang

Makan :
  • Kebab = RM 15 
  • Nasi Arab + Ayam kari = +- RM22
  • Air mineral = +- RM 5
  • Air Jus buah tepi jalan? = +- RM 7
  • Mcd Fillet o Fish = +- RM 14
  • Restoran halal Canteen Food  sayur,ayam, telur, ikan = +- RM 50
Err senang cerita, food mahal sikit di HK. Tak senang nak cari halal food yg betul2 kene tekak, tapi kita masih punya pilihan untuk bawa dari rumah kan? Roti?Serunding? Choc, etc. Halal Food ada, tapi tak banyak pilihan, balik2 makan fillet o fish, balik2 makan kebab. what do u expect. LOL

Itu je kot?


Jujur, budget yg ai bagi nih, korang masih boleh cut here & there. bergantung lah korang nak kemana kan? So far aku habis kat HK ni termasuk shopping  +- dalam RM 7,000 (kasar) untuk kami laki bini, include lah shopping utk fam, souvenir etc. termasuk tiket disney & Ocean park yg dah dibeli lebih awal.


Sebenarnya korang boleh buat lagi sikit dari amount aku. Percayalah. RM3000 dah cukup kot untuk 2org include ticket & hotel. (tp tengokla pulak tahap shopping tu macam mana) lol. Barang dalam Disneyland je sangat mahal. Itu pon ade hati aku n pejal borong Pencil Case je yg harga RM50 each. nak beli untuk anak buah bukan sorang dua, FM satu dalam tu dalam rm20, kalau beli 5 dah berapa?.Tiket admission kalau kali 2 org pon dah berapa? masuk Disney sesaje dah rm4rat? tu belom masuk ocean park? so again n agin berbalik pada cara korang shopping ye. Kami backpack jugak. tapi tu lah. backpack yg tak berapa nak backpackers. KAHHHHH !

kalau setakat nak fly ke HK, jalan2 makan je angin hari2 pon voley. tengok Disney dr luar je? pon voley. Kira lagi murah lah. so semuanya terserah anda kan? tak gitu?



Okey ini je lah kot perbelanjaan asas di Hong Kong. kalau nak tahu lagi boleh tanya/email kat sini ok.
linda.yusoff1212@gmail.com



Moh lah kita cerita pasal Raya dan Vietnam pulak ye. Ampunnnnn !















Monday, August 6, 2012

Hong Kong - Ocean Park





Ocean Park Hong Kong
Taman Tema
Tiket : RM139 (per pax) promo at MATTA Fair


Malas betul lah nak cerita. HAHA. aku nak tepek gambo je. aci kan?
Tapi kalau nak info. boleh refer sini :


Sis tu cerita full siap picture, best!! for me Ocean Park ni sesuai utk orang yg suka extreme game. macam laki aku. Orang-orang macam aku sesuai dok diam2 tengok snow white and cinderella kat Disneyland sajork. 
*PITAMS*

Ehhh memang tujuan aku ke HK, aku nak g Disney je pon. lol


Nak beli at Dolphin ni mula-mula, pastu pikir-pikir. Jadahnyee aku nak beli patung ni n spent rm150?
Goshhh nak bagi anak? aku belum ade baby.
"Takpe baby, mak janji mak bawak ko dtg sini seumur  kau 3 tahun. *gitew* 
pastu kita bayar bergambo dengan yg real one punya. Promise! lol

Sambil pandang muka laki ..hewhew








Tempat ni sinonim dengan PANDA. tak tahu kenapa? lol
Aku ni makin lama makin pelupa. korang bacalah entry yg aku bg link kat atas tu.lengkap!




Naik cabel car nak ke Summit.
Dalam ni banyak park. ade Akuarium, ade zoo, ade Extreme park.
Ehhhh tempat ni besar gila ok. siap cakap kat laki. aku malu ade Genting je. 

Bile lah Legoland nak bukak? *Tibee*









Laut China Selatan. Weeeee









Seluas nya. yg biru tu LAUT. hehe yg hijaju? harus lah bukit uolsss


Tengok Dolphin menari2 . HAHA.






Nahhhh ini namanya game tarik nyawa. *koma*




menempatkan Akuarium terbesar di Asia.

Laki aku je excited. aku tak minat. HAHA.




Kepenatan. Sambil usha laki je main game. haku duduk je kat bawah .
Balik tu terus pergi shopping. ehhh shopping lagik?



Sorry
Entry Malas. hehe.
Cara nak pergi sini? Naik bas. err dari Central station (MTR)
Turun ke Admiralty. dan keluar station ikot signboard dan naik bas khas ke Ocean Park.
Perjalanan dalam 45min. sebab belum ade direct MTR ke Ocean Park.
Masa kami datang tu, tengah under construction. Dasyat HK.











Monday, July 16, 2012

Hong Kong - Halal food




Sambung HK update.Halal food

MCDONALD, BURGER KING,SUBWAY

Makanan Halal di Hong Kong susah nak dapat kecuali memang stated HALAL !
1 minggu kat sana, memang dari awal dah prepare bekal. sambal bilis, roti, biskut.
Antara makanan yg kerap masuk mulut adelah 2 benda ni. termasuk fries.
Selain tu boleh option for Subway. Amik la yg based ikan or vege.



Hari-hari makan benda ni. letih ok. Makanan halal yg ade kat HK, adelah dari restoran Pakistan, India etc. sbb diorang ade served NASI,and vegetarian food. Pakistan pulak asik dengan Kebab. No choice. Itu je makanan yg ade. Tapi ade satu Islamic Kantin di Wan Chai station di Masjid Ammar.
Ye aku tahu Popeye halal. tapi tak jumpa pon kat area Sogo etc. yg banyak McD and Pizza Hut je.

Selain tu kalau nampak  EBENEEZER'S KEBAB & PIZZARIA. pon boleh makan kat situ. tak silap ada di 360 ngong ping. dan mana2 lah yg korang jumpa ok?



WAN CHAI area





                                     

Cara nak ke sini?

Dari Stasiun TST turun ke Central. dan cari aliran menuju ke Wan Chai.
Ini version aku tau.


Tak ingat dari mana copy (google). TQ for the info. Dr stesen Wan Chai tu keluar dan cari arah menuju ke Wan Chai road. Kalau tak silap menuju ke Kedai Outlet Triumph. Jalan je sepanjang jalan tu sampai jumpa satu kedai Vegetarian di seberang Jalan (tu dah dekat dah tu). dan cari 7 eleven di junction. Masuk lorong tu dan akan jumpa satu building putih. Itulah Masjid Ammar dan Pusat Islam, naik tingkat 5. dan akan jumpa Kantin Islamic. Pernah masuk Astro Oasis. makanan dalam tu Chinese Cooking. memang sedap. Ayam panggang dia best. Itu memang stated HALAL ye.

Act ai tak hari2 pergi sini pon, sekali tu je. sebab nak dtg pon agak jauh dr TST area.



DISNEYLAND hong kong.


Tahitian Terrace. memang serve Asian food dan halal. the only restaurant ok.


Set ini berharga HKD79. Tapi sedap. U dont play play ah with Chinese ,they cooked curry better than us. HAHA.



Pancake. hkd 40. Kat Disney, ai bedal je makan popcorn sedap. jangan tanya kenapa sedap. mestilah sebab harga dia. HAHA. pastu i makan aiskrim, cotton candy.





TSIM SHA TSUI area. 
Our guesthouse area

Maidah Restaurant. I selalu makan sini sebab dekat dgn guesthouse. area ni banyak jugak kedai india. cuma berani tak berani je . sebab kebanyakkan nye kene naik lift, tangga? menyeramkan hokeh. Ini je yg i rasa tak payah lalu tempat seram. HAHA. berdepan dengan Holiday inn hotel. cari je lorong antara kedai2 yg ade Maidah ni. and i do survey. Their food murah sikit dari yg lain.

Set Nasi dan Ikan ni sedap. hehe. hkd 45 free air tin.


plis try this. Roti Canai and curry chicken. sedap nak matikk! oh btw kalau jalan kat area TST, ai rajin beli air buah tepi jalan, Its really Fresh, blend buah depan mata, potong pon depan mata. so ai berani lah nak beli. RM7 secawan kecil. odw back dr Harbour City tu boleh nampak kedai auntie tu tepi jalan je.




Hari-hari memang inilah yg ai makan. Oh peringatan : Makanan di hong kong tak MURAH. TQ
Ini je kot yg ai boleh bantu. happy reading, and enjoy ur trip to HK.