Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 16, 2016

Makan Seafood best di KK



KEDAI MAKAN BEST DI KK

Cakkk ! Lupa nak selit pasal Makan di entry 1st KK- Kundasang tu. So takpelah buat je lah entry baru. Pasal Makan kat Sabah ni. Semua tau kan SEAFOOD paling bestt ! dari awal memang nak makan seafood je kat sini. So temoat dituju - PASAR FILIPIN tu. along the way akan nampak Pasar Sinsuran, Pasar Kraftangan etc. Sejalan sebaris lah tu,


Freshhh Ikan2 


1st day kitorang belum pegi lagi area town KK, tapi sempat lepak di Tanjung Aru, actually Tg Aru tu best lepak petang2 sebab nak tengok sunset. dan ade gerai buah yang jual air buah/ abc buah2 jeruk bagai. ( foodcourt dia ade kedai Sugarbun tu) masalahnyaaa Tak pergiiiii ! sebab anak anak kami tido. haha So malam keluar tu lepak Tg Aru ( area foodcourt lama) dorang bantai seafood kat situ. Tapi mahal amat! aku makan SAYAP AYAM je.. siap tapau bawak balik hotel.  

sedapnyaaa ! RM 1.50/ pc

seafood di Tg Aru


PASAR FILIPINO

So now nak share 1 gerai best yang jual seafood fresh dan bersih dan MURAH !!


GERAI SINAR DELIMA, MASAKAN JAWA SPECIAL. 

Nak pergi sini senang je. Selalu pasar filipin gerai2 seafood yang popular berdepan hotel Le Meridian tu kan? Boleh la kalau korang nak jalan2 situ dan cuba, Tapi aku taknak. sebab SESAK sangat! panas berkepam, berasap -___-, Pejal ajak jalan lagi kedepan melintasi Pasar Kraftangan, Pasar Basah terus je. nanti ade kawasan terbuka berpayung lagi satu yg jual seafood macam Pasar Filipin tu. 


Ni banner Gerai



Situ pon banyakk gerai! Tapi kawasan bersih, luas sikit. heh boleh la makan dengan tenang sikit. Mula2 kami just survey harga. Aku takdelah kemaruk nak makan Lobster sbb dah makan masa kat Mabul dulu. Tapi nak makan seafood biasa dan meratah. So jalan punya jalan. sampai jumpa gerai atas ni. Korang boleh je try gerai lain, tapi percaya tak untuk malam seterusnya pon kami masakn disitu. HAHA. Nampak tak sedap dia tu camne T___T

pilihan seafood
Oklah kalau biasa masak, sure tau kan berat seekor ikan sure lebih kurang 500-600grm je. Takde nya orang nak makan ikan besar berkilo. Harga Ikan siap masak kat Gerai Jawa ni RM30, Ketam RM30, Sotong RM 40, Lobster dia jual RM150/kilo. sebelum makan memang kami tanya harga dulu. sebab malas laa kan bayar mahal tak sedap mcm kat tg aru tu. hoihhh emo ! Lagipon nak elak pembaziran.


Sooo Kami ambil Kerapu Bakar ( serius sedap lagi bakar bercili oii) RM 15 je tau ! siap masak. Semua oder 500grm je. ITu pon sampai nak senak perut makan. Masing2 oder banyak juga. Lauk pilihan ikot tekak masing.


Lupa dah apa nama. Ray & Uya yg makan. RM 5 sepiring

Pilihan kami malam pertama. Ikan Bakar tu fresh ! Sedap nyaaaa. Udang tu palinggggg champion. Aku & Uya berpendapat setaraf dengan masakan Chakri palace. ha kauuuu ! wakaka tp versi murah ! haha. Udang tu sebesar penumbuk tau dapat 4 ekor/ 500grm, so dalam rm30 je. Sotong tu 500grm rm20 je. sedapp hoii , tapi kureng sebab takde sos perncicah. memang kene makan dengan nasi, jadi pilihan kitorang malam tu kering.. errrr



SINAR DELIMA MASAKAN JAWA SPECIAL

Kalau takut salah gerai. Cari je Banner merah ni. dan dia ade jual AYAM PENYET ! dan biasalah sikap peramah aku kan suka tanya macam2. haha. Owner dia asal SURABAYA. Patutla nama gerai dia ade tulis JAWA. Tapi jangan risau , masakan dorang SEDAP SEDAP SEDAP !


2nd day kami tukar pulak menu. Tapi masih ade Udang Butter. Nyumss !

Kerapu 3 rasa

Kerapu tetap RM 15 je. Masaklaaaaa apepon. haha

Ketam masak butter

Steam Kerapu

Udang Sambal

KEMENANGAN UDANG ! lulz

Udang Butter Kering

Total kami makan seafood berdua. Untuk menu2 tu. siap air buah + nasi dalam RM 60-70 je. Murah la kan. Ada Ikan., Sotong Udang Ketam. nanti kalau pejal ada nak pegi KK, nak follow semata makan seafood. heeeeeee

If rasa nak makan kedai proper sikit. Kat sabah boleh je. ada banyakk kedai ber-aircond.

Cuba 3 ni :

Salut Seafood Restaurant
Sabah Keratang Seafood. 
Gayang seafood

2 kedai ni kawan pejal orang sabah yang suggest. Pakai waze je ok kalau nak pergi ok?


Nasi Ayam  Kak Nong RM 9

Soto dan Rojak Ayam, restoran rezki Total RM 15

Okey  untuk LUNCH ! hmmm masa 1 sampai tu sebelum tunggu dorang sampai kami lunch di  area MetroTown, KK

Situ ade few restaurant, yg kami cuba makan

Restoran Sri Rezki, Metrotown KK
The Salt Pepper
Kak Nong Restaurant, harbour City

Korang waze je lokasi, InsyaAllah sampai kedai, oder dan boleh makan.


Ayam Penyet. The Salt Pepper  RM 7

Pada tekak aku lunch kat KK ni biasa je. hewhew. Serius masakan diorang tak kene tekak. Tak tau kenapa. Apa yang kurang tah. haha. Tapi janji dapat lapik perut dan kenyang. hehe. Korang try la , mana tau food tu kene dengan korang, lain orang lain citerasa.Pejal kata masa dia selalu kene os kk, dia makan fastfood je. -___-


Ni lunch masa kat Kundasang,

Nabalu Cafe.


Nasi Lemak Nabalu Cafe RM 15


Kat Kundasang tak sempat lunch banyak kali pon, sebab terikat dengan macam2 program gitew. So sekali ni je lah dapat lunch, sebab esoknya balik KK tu kami lunch di The Salt Pepper. Tragedi Pejal oder tak dapat food. blerghh mengamok mamat tu. camne amik oder pon tak tau laa. dah la lapar dari Kundasang bawa ke KK, sudahnya tak dapat food. kau ghase? haha


Rindunyaaa seafood KK,


ok bai.







4 comments:

jazzeyra aj said...

hihi.. marah org sabah bah.. tp mmg setuju.. sanggup p goreng nasi sndiri dari makan kt kedai tau.. dah lapar rasa biasa aje.. haha

nurul harnani kasmari said...

Wahhh u lg dasat explore kedai mkn kt sabah. Hehe

muztika said...

Nasi ayam kak nong tu dah naik jadi rm11.50 sepinggan. Harga 29.Dec 2016. Rasanya bolehlah, ayam tu masak special blackpepper tapi kalau tak kuat makan beli nasi ayam satu set tambah nasi kosong satu. Ayam dia banyak 1/4

syncrhonoise said...

Benda hijau yg kau lupa namanya tu rumpai laut & latok ( yg berbiji tu ).
Masakan Sabah tidak ekstrim dlm rasa ( flavour ) sbb durang nda tahan pedas/masam/rempah terlampau mcm kita di semenanjung mangkali.