Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Tuesday, September 20, 2016

Review Felda Residence K. Terengganu






Holla !

Baru balik bercuti Pantai Timur ( Kelantan - Terengganu- Kuantan) sempena Hari Raya Aidiladha. 
( padahal ade Trip Krabi seminggu sebelum tu, nanti nak share hotel Krabi yg awesome)
Bila roadtrip banyak la tempat boleh singgah sebelum balik KL. dan kebetulan pula tiket balik KB mahal sangat ! Mahal gila -___- sebab tak prepare pon nak beraya sana mula2. kalau tak? tahun lepas lagi ahkak dah beli tiket. Lulz.


Hokey Kelantan tu takyah cite la. kalau update IG pon banyak makanan je. So lepas Kelantan kami masuk ke Terengganu. 16 Sept Hari Malaysia. Weh booking hotel nak sebulan awal pon dah fully booked. Tak pernah aku dapat stay Primula tu ( memang  nak stay town). Hotel yang haritu pergi dengan Luth masa baby tu pon dah full. So tanya2 dalam IG. rata2 yg komen Sumai Apartment. Tibe- tiba teringat Felda Residence . Pernah stay sini 2012 follow hubs bekerja masa tu hotel ni baru lagi.

Cek Agoda - Fully Booked
Cek Airasiago & Expedia - Fully Booked juga
Harapan yang tinggal hanya booking.com - pap ada la 2 bilik lagi. So booking la kita wak. Yg best rate dia murah laaa RM 150 je, oklah kan? Untuk 3 Star. Tapi kan kenapa masa aku pergi 2012 tu RM 250? ( cheapskate)



Felda Residence dr luar area waterfront

Dari kelantan kami lalu Tok Bali. Best sebab lalu tepi pantai, sampai laa lalu Pantai Penarik, K Terengganu tu.. Lawanyaa biru je air. tetibe ternampak Sutera Beach Resort depan sikit dari situ. Waaa best rupanya. Nyesal tak booking ( walau jauh dr town). Takpelah sila redho dengan pilihan hotel yang kau buat. Basically trip Terengganu ni nak makan je pon. Takde buat apa. sebelum teruskan ke Kuantan dan balik KL



Reception

Ok Lokasi Hotel ni betul2 area waterfront, dekat juga ke Pasar Payang. Malam2 kawasan Waterfront tu happening la sebab ada kedai makan.Proses chek-in ok ja. Smooth. Macam biasa. sebab orang dah masuk lebih awal la kot? Infact masa kami check-out tu baru full area lobby ni dengan manusia yang baru nak bercuti lagi. Lobby level 2 ya. naik lift yang boleh nampak Sungai Terengganu. ( eh? yeke sungai?) Bantaiiii



Lobby Area
Kami tak ambil Buffet breakfast di Felda. sebab dah pernah makan dulu, Nasi Dagang dia memang sedap and food selection pon biasa je. Lagipon nak try makan Nasi Dagang Kak Pah, Batu Buruk foodcourt ! Tapi sedikit infor pasal Cafe dia. makan sambil tengok view Bot2 sebab menghadap sungai tu. Per pax untuk Buffet breakfast RM25.


Bilik dari depan

Dapat keycard laju-laju masuk bilik, penat weh walau 2 jam je dari Kb tu. Bilik masih ok. Bersih. Toilet pon cantik lagi. Tapi TV masik Kotak ! wehhh dah 2016 kot. TV lcd/led dah murahhhh. Pliss tukarr -__- zaman aku pergi kotak, dah 2016 ada anak pon kotak lagi. Apekah?

hall area


room n such

Bilik dah disediakan mini bar,sterika, iron board siap2. Mudah sangat. Lain2 basic things la.  WIFi oklah, taklah laju. Nak search youtube pon maha lembap -__- Cumanya kan? Dengan harga dibayar tu takde la nak Komplen lebih. Semua ok. Kecuali TV ! haha ,  dorang boleh tukar dah kot.  Tau tak TV dia tu gambar macam semut2 tu punya lah buruk channel dia. Pastu kang tetibe hilang- pastu ada balik... Nahhhh tengok kat bawah ni -___-

sakitnyaaaaa mata ! haha


Masuk toilet pon masih sama, takdelah perubahan. Semua ok Bersih tu yang penting. Tilam Katil Bantal semua empuk dan selesa =)


Toilet 

Lokasi tengah bandar tu pon dah ok. Tapi kalau nak ke Pok Nong Celup Tepung tu berabad jugaklah nak sampai. Nak ke ICT pon sama. Tapi ok je lah kan ? naik kereta . So semua ok. rate? 3/5, nak selit bab makan kejap. hewhew



Pantai Penarik Terengganu

Celup Tepung ICT murahhhh


Nasi Dagang sedap
Kalau nak makan Nasi Dagang Kak Pah ni datang la awakl. Dia punya beraturrrr -__- Kami sampai situ jam 8am tau. Tu pon nasi dah nak habis. Bila turn pejal je selepas 40min beratur. Terus belakang tu tak dapat nasi dah, Mujur ada Rezki rasa. For me ok sedapp ! Tapi pernah makan nasi dagang lagi sedap. hehe. Next time nak food hunting Kak Nor Nasi dagang pula. Nak makan Kedai lempeng. and air buah pior ( tak sempat)




Nasi untuk 3 orang makan _ Milo Ais + teh O panas 2 = RM 18






If korang nak stay Felda Residence Terengganu ni boleh lah google kot2 ada review lain
nah aku bagi alamat siap untuk korang



Felda Residence
Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Kuala Terengganu, TE, Malaysia






Saturday, August 1, 2015

Luth ke Terengganu



Holla !

Nak cerita pasal bercuti kat terengganu raya ke 4. Sebenarnya tahun Raya ni turn aku. Tapi Mil ade buat kenduri tumbang sekor lembu sempena akikah Nayli ( anak sil yg lahir 2 bulan awal dr luth). Menjadi Isteri yang baik. Aku ajak pejal balik 1st raya lepas sembahyang jumaat. Menjadi suami yg baik jugak, pejal offer nak rehat bercuti di terengganu & kuantan . So tugas booking hotel pada aku. hewhew. Cite raya skip. Tema tahun ni Kuning soft. ok dah. sambung cerita. Gerak dari rumah mil pagi sebab nak check-in by 3pm kat Hotel Tanjong Vista, Ini kali ke 2 aku pergi Tganu dengan pejal. sebelum ni stay kat Felda-Residence ( masa tu pejal outstation). Kali ni aku amik la Tanjong Vista ni sebab Primula FULL ! Raya kan? sebab memang nak dekat town dan Tganu mcm tak banyak hotel best and baca review blogger ramai suggest hotel ni sebab food dia sedap (katanya). 


Luth memang bahagia klu dalam carseat. Sebelum bertolak ktorang pekena Original JJ Nasi Kak Wok . wajib !
Lalu besut etc dalam 1jam 1/2 perjalanan sampai. Luth tido je. Bagus ! HAHA, Jalan pon tak jem. Sampai2 boleh check-in. Angin kuat gila maybe sebab tepi je pantai ( tak tepi sangat pon). Kitorang takdelah nak pusing Tganu pon kali ni, sebab ada luth dah kan? dia kecik lagi. Tapi memang tujuan bercuti ni nak biasakan Luth jalan jauh. Ms dalam perut dah bawak pegi Penang ( aci tak?) Kali ni Kelantan, Terengganu, Kuantan. hah bape jam lama dalam kereta, so far Luth ok. Senanglah nak bawak berjalan lepas ni. Naik flight je belum, mintak-mintak dia ok je. Sebab nak bawak pergi uk. tapi flight ingat nak cuba tempat dekat dulu. Kita pusing dalam malaysia dulu okey luth?


Kitorang tempah melalui booking.com. siap Bfast, bilik yg ade twin sharing. bantaiii. Mintak baby cot takde plak. Hmm

Check-in smooth je. Staff sangat membantu. Waalaupon slow sikit sebab masa tu yg handle staff baru (sebab nampak staff lain ajar dia cara2 isi form etc). Nvmnd okey je. Bukan rush pon. Masuk bilik. Bersih ! Ok lah untuk 3 star hotel. Bilik agak besar. lagi besar dari Royal Chulan Penang. HAHA. Harga okey jugak RM 180/nite. Ade swimming-pool ( tak pergi). Hotel ni macam tinggi. sebab aku dapat level 10 kot. betul2 kat town batu burok. depan ade secret receip etc seang sangat cari makan. nak senang drive je, tak gigih aku nak jalan kaki.

Complimentary. Toilet Bersih. Shower pon ok.

Lepas dah meraban snap pic hotel. KAHKAH. Get ready nak mencari Celup tepung. Tu je sebenarnya misi kitorang. Luth sangatttttt baik kat Tganu ni. Tido je keje. Kitorang makan dengan tenang. Bagosss ! Maybe sebab sejuk berangin kot?



Ktorang makan kat kak Siti. nak pergi warung Pok Nong yg orang kata best tu. TUTUP ! raya kan? hmmm

Rasa cam murah pulak makan celup tepung kat sini ( Pantai Batu Rakit) dari makan kat Pantai Cahaya Bulan Kelantan. kalau kat sana amik fishball je pon dengan lekor tetibe je puluh2. Motif tah? Yang ni siap sotong sepiring, Udang, air bagai RM 22.00. Murahhhhh ! Kalau ikot aku masih berpantang lagi. hewhew. So seafood tu makan buat rasa-rasa je. tabahlah hatiiii. lepas dah makan lepak laaa kat pantai tu kejap sebelum maghrib kitorang balik Hotel. Konon malam nak la cari sefaood tepi jambatan tu. Tutup jugak. Sedih ! HAHA. Mujo ade kedai2 tomyam yang buka. tapi ramainyaaa umat manusia. huhu. Bercuti time Raya sebenarnya tak best weh ! Full- house.

L.O.V.E




nak nasi dagang sedappppppppp !


Masa yang ditunggu ! Breakfast . hahaha. Okey ni pendapat aku tau ! Serius betul apa yg aku baca. NASI DAGANG hotel ni sedapppp gilaaa ! Nangis makan. 2 x aku tambah,. Bukan pulut takleh makan ke? huhu. Tapi sebab dah teringin lama sangat! tambahhhh. hewhew. Buffet Bfast dia boleh tahan banyak. Ade Nasi dagang, nasi goreng, mee goreng, mee/bihun sup, bubur, Roti etc, Pancake. eh lupa dah ! haha. Nasi Dagang kat hotel felda-R tu pon sedapp wehh sedap. T__T Tapi yg ni super duper sedap.



sebelum balik melantak lagi celup twpung. HAHA.


Lepas breakfast, kitorang pergi cari Batik. Aku nak pakai kaftan je Raya tahun depan ( moteff dah pikir raya tahun depan?) HAHA. Tapi tak jumpa yang berkenan and warna aku nak takde. So kene beli kat kelantan je lah nanti, Setel semua naik bilik lepak2, check-out , nak pergi Kuantan pulak. Buat syarat jejak Teregganu, kitorang singgahlah Masjid Kristal. Cantiknyaaa.. 10x aku datang 10x aku puji2 masjid ni. Nak masuk Taman Islam tu, Pejal taknak layan. sebab dia risau anak dia berpanas. -___- . Kitorang makan lagi Celup Tepung. sebab tak tau bila lagi datang Tganu kan? Misi nak cari Sata gagal. So beli Keropok leko je. tu pon kedai tah pape. sebab semua pon tutup. Sigh. balik lalu LPT2 direct Kuantan. Cari seafood kat Kuantan pulak.


Yeay Luth dah jejak Terengganu. nanti kita datang lagi okeh?