Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

Tuesday, September 11, 2018

WEIL HOTEL IPOH



Papppp ! entry ke2 hari ini. dan mungkin lagi 1-3 bulan baru ada entry baru . Eh tulis blog ni ada orang baca ke sis? lulz
tak kisah laa janji simpan untuk diri sendiri. haha 

ok Hotel Weil Ipoh ! The most fav hotel in ipoh. Easy access to the mall, senang makan. Hotel kategori baru, mewah, cantik, bersih kemas eh perlu ke tulis semua tu? for me selagi nama hotel walau hanya 2/3 star memang semua bersih kan? hehe. Lain lah nama rumah tumpangan ah mat ke apa ke. So Nah layan pic je boleh...









free, makan je lah 


cafe untuk welcome drinks

Aku tak pernah heran pon hotel ada pool ke tak ke. sebab tak bawak pon anak mandi. aku datang nak tido - berehat - breakfast . Tu je.. Pool tu bonus point lah. Tapi tak pernah heran pon nak bawa anak2 mandi....


infinity pool


bath tub

room

Toilet



room


Ok bab breakfast ! breakfast dia BEST ! SEMUA SEDAP  di tekak ku...
n paling senang dorang ada lunch buffet juga. murah RM 40/pax camtu je. ok lah kan. alang2 dgn anak2 g je makan... kalau taknak masuk mall je turun lift melangkah terus ke mall. Ipoh Parade tu...senang gila... Overall experience stay hotel ni 2 malam. Superb ! bias kan .. haha so mak bagi 5/5







Weil Hotel Ipoh
Alamat :292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Tel : 05-208 2228













Palm Hotel Ipoh



IPOH : Bandar yg selalu aku singgah sebab hubs mmg ada kerja kat situ tiap masa. ;p
setakat ni dah stay 3/4 hotel berlainan. Sume pon last minute. Seemson, Cititel, The Weil , and latest Palm Hotel ni ( and semua pon selalu last min deal). Last minute sebab ada kerja, sebab cuti panjang sempena Cuti agung dan Maal Hijrah. Jadi call Weil Hotel dah fully booked sampai ahad. Takde room. Terpaksa bukak booking.com and baca review 1-1 sebab takot terkena hotel yg kece kacau macam haritu . haha


So jumpa ! sebab hotel ni baru dan berdepan Aeon Falim. ( tak tau pon area mana sebenarnya)
haha



Tak harapkan lebih pon dari hotel ni, cuma harap tak seram kalau hubs g kerja. So far semua ok je. haha. sebab bawah n kiri tu resto chinese. So bising and ramai orang sampai midnight.




Lobi dia lawa. Budget hotel camni kalau kat IPoh  banyak sangat ! seronok tengok decoration dorang. Boleh tiru untuk next house nanti


nice




dalam bilik


BERSIH ! KEMAS ! CANTIK ! untuk basic amenities semua ada. dotn worry, Iron ada, sejadah pon disediakan . and paling best, walaupon hotel ni milik cina, arah kiblat elok je atas kepala. Suka !


fAMILY rOOM

Last minute deal. Kami dapat RM 151 + untuk Family room yg super duper selesa dan besar gila bilik ! Ohmaiii Puas hati sangat2. Since memang nak bilik untuk tido 1 night je. sebab lepas siap kerja memang terus chow. takmo dok lama2 nanti bertembung dengan orang holiday. Peninggg sesak2. huhu


Tapi yg best nya area ni, selain depan kawasan hotel ada AEON ( in case nak beli barang) nak ke town Ipoh tak jauh pon 5-10min je. so ok sangat lah kan. Kawasan sunyi tak sesak pon.

Luas nyaa hallway tu siap kami main kejar2 =p


area luar bilik. mesti ada kerusi camni. SSF sangatttt =p

Simple deco dengan wainscotting

Ok picture bawah ni dari IG Palm Hotel

Family Room

Superior Room

LAWA GILA kannn ! Lawa laaa untuk hotel budget tapi boleh bagi bilik serupa 4 star. Puas hati ;lah dgn Palm. WALAUPON tiada breakfast , No Pool, No Tub. Its ok.. sesuai harga lah. Kat Ipoh takleh nak expect hotel best2 sangat sebab tak banyak choice yg ok pon. kecuali hotel yg lama2.. so far aku puas hati dengan WEIL hotel je ( next entry)





Till then.


PALM HOTEL IPOH 

Address3, Jalan Menglembu, Pusat Perniagaan Menglembu Suria, 30200 Ipoh, Perak








Wednesday, January 27, 2016

Hello IPOH !





Plan asal waktu Krismas adalah duduk rumah - mereput -_-
Tapi Uya buat cadangan ke Ipoh untuk makan dan masuk pangkor, aku tak sure pon sebenarnya nak join ke tak. memang last min, sebab cuti panjang.. Nak jadikan cerita pulak dapat beli tix balik KB ( Rayani Air) yg murah tuu kan? So req kat hubs alang2 dah cuti panjang, please bawa i makan kat Ipoh dulu, then balik kelantan haha ( pernah jejak sekali ipoh lepas balik penang masa preggy Luth at 7mths tu)


Pejal kata Ipoh takde apa. Tapi kalau nak pergi juga, silakan. Menjadi seorang yg degil, harusla mak nak juga pergi cari makan. hewhew. So macam biasa, nama pon perayaan hotel pon fully booked. Esp Hotel M Butik yang fofular itu ( next time maybe) kahkah. Aku cari review pasal Impiana Ipoh... Nan hado yg best2. Tapi ada satu blog cakap, Ipoh banyak hotel baru2 3 star.. so carilah hotel2 baru je. Salah satu yg aku nak booking : casuarina meru, ipoh ( new town), Tapi ding-dong-ding-dong. Tak booking jugak .KAHKAH


GIGIH kauuu !

AKTIVITI MAKAN !


Perjalanan dari seremban - ipoh okey je. Takde pon kitorang berhenti sebab memang nak lunch kat Nasi Ganja @ Restoran Yong Suan, Ipoh.

Sebab dah tau dari awal , kalau nak makan sini masuk je dan cari meja, masa sampai susah cari parking. Tapi semua okeh je. Rezeki Luth ! So dapatla merasa NASI GANJA AYAM MERAH katanya. Total makan berdua, + 2 kopi ais & Puding caramel tu RM 16.00

Nasi ganja + Puding Caramel

Lepas makan terus check-in hotel last min yg dibuat by call. haha. ade 2 bilik terakhir, rezki kot. memang nak stay sini, sebab hotel baru juga, tengah town, ade parking lot sendiri, dekat dengan semua kedai makan yang aku nak makan & murah ! kahkah, Kami stay di Seemsoon Hotel, Ipoh, untuk last minute deal, Ok sangat2 hotel ni. Lagipon 1st time nak stay Ipoh kan? aku memang keluar bilik je. So macam rugi pulak tinggalkan bilik. -__-

Website : SEEMSOON HOTEL

3 star Hotel di Ipoh

Basically hotel ni kategori OK. Tapi dengan harga tu berbaloi sangat untuk 1 night stay, 1 day trip to Ipoh.. Cuma failed bab lif , sebab ade 1 lif je dan in-room WIFI yg slow gils -__-, lain2 semua ok sangat !


Mak bagi 4 bintang, bilik tiwn sharing lah sebab tu je yg hado

Lepas check-in , hubs buat kerja sikit, lepas tu terus kami keluar cari makan. Aku nak try Mee Kicap Manora & Mee Kari dia. sebab baca sini lah yg sedap. Jauh jugak dari area hotel. ( sila waze) dalam supermarket, foodcourt. Nama tempat tu MEGOPLEX


MEE KICAP dia memang sedap. Kalau compare dgn Mat Jasak ( pernah makan ms singgah balik dr penang) , Tapiii sedihlaaaa Mee Kari dia cair sangat2, takde rasa kari pon. tapi aku syak sebenarnya dah habis kot? masa kitorang datang dah jam 5, ramai pulak tu yg masih nak oder. dari cara dia cedok kuah pon tau , kuah dah takde. haha. Takpelah Janji Mee Kicap sodapp ! Total Makan RM 9.00 sahaja ! Nyumss


Balik tu pergi laa amik picture kat area Ipoh town tu. Art Of Oldtown tu ade 7 picture, tapi takde satu pon berjaya aku jumpa ! kahkah. So mana yg ade picture jumpa tu snap sajork . lulz

Makan - 1
Balik hotel, solat.. lepak, layan luth menjerit. haha Budak kecik ni kuat menjerit sekarang. Malam kami decide nak keluar makan Satay Endut. Tapi tibe2 aku check bag, pejal lupa bawak baju yg aku dah letak kat sofa. Maigaddd ! Stress tauuuu ! Terus la terpikir nak pergi Parkson cari baju. Jusco ke? ehh entah ! bengang betul masa tu. haha. Last2 google - ada Gerbang Malam ( uptown) area berdekatan hotel, dalam 5min drive je pon. So nekad lah, ape je baju yg ada tu rembat. haha. yang penting MAKANNNNNNN ! ;P


makan makan 2

Kami makan di TKK, Ipoh ( foodcourt taman kanak-kanak) , eh semua waze je. Tapi nak bagitau. LINE CELCOM macam haremmm kat IPoh ! sekian. SATAY Endut ni murah  70sen je. Aku pernah makan satay lagi sedap dari Satay Endut ni. Tapi Rasa Satay Endut ni pon kategori sedap dan lain! Rasa rempah dia biasa light2 je, manis, kuah sedap ! Sebaris dengan Satay Endut ade POPIAH SS ALI. Pejal oder 3, makan panas2 baru goreng. sambal dia mabelesss oii.

Sebelah Satay Endut ade gerai Sup mamak, aku tegok ramai oder Sup Kambing & Ayam dia. tapi perut dah full .. next time maybe? hihi.. Dr TKK, boleh jalan kaki je pergi Gerbang Malam. Aku just beli Singlet je sbb ade cardigan. so Setel.


makan makan 3
Dekat IPOH kan, banyakk sangat cafe hipster ! Terlalu banyak aku rasa. sebab dalam kawasan yang sama akan jumpa 3-5 kedai / cafe2 hipsterrr gitew! Tapi tak try. haha. sebab cafe2 camtu makan kat Shah Alam pon melambak ;p . Lepas balik dari gerbang malam, Aku ajak makan kat Nasi Lemak Ayam Kampung. ( 5 min dr area hotel)  Kedai ni ade jual masakan thai juga. Tapi yg popular Ns Lemak ni.. Not bad, sedap juga cuma portion nya kecik gila . -__- RM 8.90 camtu lah harga. Lupa dah.



Morning from Seemson Hotel

Breakfast kat hotel adalah kategori biasa-biasa juga ( harga dia pon murah kan?) Jangan expect buffet bfast sedap2. hehe. Tapi alhamdulillah boleh buat lapik perut. Makan jangan memilih. Syukur sbb masih ada ramai kat luar tu yg tak dapat makan macam kita okeh? =) Kami decide nak Bfast luar, so tempat dituju adalah SUHAIMI. Mana tau pasal suhaimi? aku add Ipohcityawesome kat IG. mudah sangat2 sebab banyak kedai makan yg ada dalam tu. hihi. dari hotel agak jauh juga dalam 30min,.



terasa 60'an sangat masuk kedai ni. hewhew

Tak tau pon apa yang menarik kat Suhaimi ni, tapi FULLHOUSE weh ! Kene tunggu jugakla nak makan dan dapatkan table. So bila dah dapat meja, oder je ikot suka. hehe Ipoh kan terkenal dengan Roti Goyang, so tu wajib la dalam menu kami. ( aku tak makan telur cair) hehe. Aku oder Bun Bakar, sedappp ! mula2 oder 1, lepas tu tambah lagi satu. hewhew. Air oder Green Tea, Hubs odeer white coffee kot. Lupa .. total makan RM 12.90.. murah wehhh

The best bfast in IPOH !

Sedapnyaa ! Teringat2. hehe. nahh zoom sikit roti goyang. hubs kata sedap sangat. errr over kan? padahal roti je dgn half-boil egg


zoom dekat sikit -__-

Sebab  ni percutian singkat. balik dari Suhaimi, kami terus balik hotel dan bersiap2 nak check-out. Tempat seterusnya New Hollywood.


Dah try ! not bad

Menu kat situ ada banyak stall  Melayu jual nasi lemak, mamak jual nasi kandaq - cina jual macam2. Mostly kedai/kopitiam kat Ipoh ni aku tengok dalam 1 kedai ramai yg meniaga. hehe. So oder white coffee- chee cheong fun udang - pudding custard ( again) Roti Goyang. hubs kata sedap lagi suhaimi punya. hewhew. Total cost dalam RM 15 kot. +-


jauh makan nasi ayam + ais jagung


Lepas dah makan , kami cari limau bali tambun. sementara tunggu Uya yg stuck dalam jem. hehe. Kami menuju ke Iskandar UTP, nak makan Nasi Ayam Fav si uya ni haaa. Jauh betol kan dia punya mengidam tu. hehe. Makan Ais jagung. Then Uya balik Ipoh untyuk check-in, kami terus ke Lumut cari Sotong Gula. Alang2 kan? masuk lumut terus. 


Tamat laa percutia 2d1n ke Ipoh, dari Lumut balik ke seremban, sebab pagi2 esok tu flight balik KB.




Jumpa lagi IPOH ! awesome city =)