Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 13, 2018

Review : Royal Chulan Cherating




Holla !

Nak cerita tentang ROYAL CHULAN CHERATING. Simpan sini untuk kenangan. Selagi blog ni masih bernyawa. hewhew. Act tak ingat bila tau pasal resort ni. perasan kat dalam booking.com 2016 tapi masa tu rasa apehal seram. haha. dan harga masa tu amboiii RM 1500. nite. so tak koser lah nak spent mahal2 gitu bercuti dalam malaysia je. 

lepas nampak kawan IG stay, Eh lawa la plak tempat ni. Kebetulan end year 2017 hubs ada keje kat terengganu. TING ! kemain idea dapat nak masuk Cherating. sebab kalau takde tujuan memang takkan pergi or singgah punya. Alang2 dari terengganu tu boleh laa kan?

Start laaa mencari. Mula- mula nampak THE KASTURI. baca review superb. Tapi macam dalam hutan pulak. So balik semula ke RCC. disebabkan dat new year adalah MAHAL. Tapi waktu tu je yg nak singgah cheratig. so pejam mata je lah.





Sekarang ni RCC promo tau sampai Jun 2018 tak silap. Sorry lupa dah. masa kami pergi pon dapat harga PROMO. Rajin-rajinlah call ok? Untuk dapatkan harga yg best. Kalau check booking.com dapat je RM 470/ nite tapi weekdays lah. Harga dia bila dipikir, berbaloi rupanya. Korang memang tak akan keluar dari resort langsung. sebab makanan dinner + brekfast di beri. ( 1/2 board for two) which is Fodd dia pon not bad !


Kami dapat Suite Villa dengan harga RM 600/nite siap breakfast  + dinner. ada banyak jenis bilik termasuk beach villa yg mmg dengar bunyi pantai. ehh korang cek lah website RCC


dari sini nampak bilik kami

Masa sampai2 resort. Guard akan tanya nama ; ada booking ke tak. Bila ada baru boleh naik. Kene park kereta kat satu tempat yg disediakan. Buggy akan datang ambil korang kat situ. Masa tu keluarkan lah bag baju2 korang.. Masa ni kelam kabut sikit. kami tunggu dekat 30min baru buggy datang. sigh. ( takpe bagi chance. masih abru operasi)

Sbb ada toddler + baby. Dengan bag, haha. naik bukit weh. sebab Lobi kat atas bukit. Fuhhhhh. Kesilapan kami sbb bawak stroller, padahal tak bole guna pon. -__- sebab turun naik tangga kat sana

Lobi dan restoran

Proses check-in slow. Tapi sbb dapat keropok leko + air as refreshment. Sejukkk sikit hati ahkak.
so kene tunggu lagi buggy untuk ke bilik. slow weh .. slow. Tapi dah kalau konseo resort yg naik buggy memang slow gini kan? haha. Redhooooo/ Tapi saat masuk bilik. eh eh eh eh.. LAWA WEYHHHHH. Plus suite kami menghadap pool dan beach. PERFECT !


lAYAN LAH GAMBAR . aku pnat nak taip







Ok bab dinner. ms kat lobi dorng dah tanya jam berapa nak dinner. kene specific waktu. so kami ambil jam 8mlm. Dah tau dah kenapa kene pilih waktu. sebab Cafe/ Restoran dia takleh ramai sangat sebab kecil. Yg paling best nya bilik kami sebelah je dengan resto nak dinner. Tapi untuk breakfast jauh atas bukit. so win-win lah. Sapa yg duduk villa atas bukit nak ke restoran waktu malam kene naik buggy. Kami naik buggy masa nak breakfast sebab 2nd cafe kat atas.



Menu ala-carte. Boleh pilih. Dari main course, dessert smua dia bagi. appetizer dapat roti n sup.
makanan dia sedap ! tapi as usual bila beruti ramsi orang. waktu kami makan lari sikit sebab kene tunggu orang lain keluar . Take turn y. sbb meja full.. Maybe kalau pergi waktu BUKAN peak hour ok lah kot. Kau je dalam tu ;p




view


view

area cafe atas
Cantik sangat kan? Overall puas hati. 10/10





InsyaAllah kami akan datang lagi sebelum naik HARGA . kahkahkah.
kalau dah naik harga nanti. Mampu tengok je. sebab kami sejenis takkan bazir semata hotel ribu2 .. ;p


dari staff situ cakap RCC akan extend. sekarang tengah PROMO. stay lah sekarang. nanti akan dibina chaket n hotel 170 bilik fasa ke 2/3. start harga dari RM 200+ maka VILLA SUITE semua ni akan jadi EXCLUSIVE dan kembali ke harga asal ( ribu's)

baik bercuti tahun ni.. sebelum fasa hotel chalet tu siap. hewhew




So nahhh !

ROYAL CHULAN CHERATING 
Balok, Cherating Pahang
09-584 7333

Website : RCC 







No comments: