Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 17, 2010

Bandung Oh Bandung- (1)

Since terlampau ramai yang email aku regarding hotel and transport at Bandung,Jakarta. so here it is, aku blog kan terus. sepanjang berkali-kali aku pergi ni, ni lah yang aku share.so sape-sape yang nak ke Bandung or ke Jakarta , ni ade sikit info :



okeh we start from here :


1) APE YANG PERLU ADA.


Sebelum nak fly ke bandung, of coz Pasport mesti ada kan?? kalau takde. sila jangan berangan.



-Beg/ Luggage

haruslah Besar.
as for me, aku lebih suka bawak satu beg, and kat sana shopping tak hengat dohnia, so that boleh beli lagi luggage. beli lah berapa banyak kau nak, Bandung memang syurga shopping. so memang tak kan pulang dengan tangan kosong.

AA charge Rp90,ooo ye for extra 10kg luggage gila mahal.so better korang beli awal2 thru web

* jangan lupa sediakan Rp150,000 each person as AA indonesia akan chrage as AirportTax.

so before shopping, jangan lupa simpan sikit duit ye.








2) TRANSPORT



For transport, for sure kene fly, bile fly kene lah naik flight.
so aku suggest naik AirAsia compare to MAS, coz return ticket dia masih lagi reasonable.

MAS ok jugak cuma kene tunguu promo segala same as AA.

selalunye return ticket ke Jakarta lebih murah, dari korang directly ke bandung ( sape dpt tiket murah ke bandung cukup bagus)

macam aku, aku prefer turun Jakarta, Tido semalam, shop sana sini. then baru ke Bandung or depend, mana-mana lah yang terlintas on that time.

Paling murah tiket aku pernah dapat to Jakarta bile AA promo is RM80.
and paling mahal pun bile decide tibe-tibe nak ke sana is about rm280.






3)TRAIN -

okeh bagi sape-sape yang nak ke bandung dari Jakarta, aku suggest naik Bas. yang tu aku cite kemudian.


macam aku, abes semua public transport kat Bandung/Jakarta aku sesak. naik..feduliks.
so masa 1st time ke Jakarta, aku amik teksi ke Stasiun Gambir-
beli tiket about Rp50,000 for executive class, Argogede. Jakarta to Bandung ( direct)

Perjalanan memakan masa 3jam, or mungkin lebih bergantung keadaan cuaca,
aku pernah naik train ni dekat 5jam hanya sebab hujan, so aktiviti kat Bandung di pendek kan..too bad.




Ni rupa dalam Argogede Jakarta-Bandung, dia akan direct turun ke Stasiun Bandung (pic atas)

Jangan Risau, semua ok, tandas ok, boleh makan lagi.sebab akan ada steward yang jual makanan.




3) Bas


- Perkhidmatan Bas Primajasa.
bile korang turun je and sampai kat Jakarta Airport keluar sebelum Teksi kaunter, sebelah kanan, akan nampak kaunter PRIMAJASA.

beli tiket macam biasa nak ke Bandung Rp75,000

agak mahal dari naik train, tapi perjalanan lalu highway and amik masa dalam 2jam je.




Ni ade contact for Primajasa ( sorry no pic bus taken since aku naik bas, terus tido)

from Jakarta to Bandung - bas ni akan stop di shopping complex terbesar di Bandung. iaitu Bandung Supermall. memang stesen bas dia dari situ.

so if korang nak ke hotel, boleh naik teksi yang banyak betul2 kat area shopping complex tu ( jangan sampai kene tipu rate pulak)

from bandung to Jakarta - naik di stesen yang sama, di Kaunter PRIMAJASA, and bas akan berhenti betul-betul di pintu masuk Terminal Airport for AA. sila bagtau driver bas yang korang naik AA sebab airport Jakarta ada 2 terminal untuk penerbangan berlainan.




4) ANGKOTAN

- aku suka naik ni bile nak merayau sekitar bandung sebab harga murah dalam Rp2000 je, bergantung tempat, tapi buat sape-sape yang 1st time, better amik supir, and supir boleh bawak kan kemana-mana tempat yang korang nak pergi. and Supir( pemandu) juga akan tunggu sampai korang habis shopping.

memandangkan aku dah selalu sangat ke Bandung, so naik Angkotan, sebab nama jalan and tempat pun aku dah boleh hafal.haha.

selain tu korang boleh jugak naik teksi, mahal sikit, tapi mungkin lebih Selamat.




HOTEL

aku
cadangkan a few hotel yang pernah aku stay.


- to be honest, dalam memilih hotel aku ade satu je syarat iaitu TIDAK MENYERAMKAN. haha
yess, sila jangan bagi hotel yang bapak seram, sebab aku tak akan tido, malah akan berjaga je sepanjang malam. ( nanti aku cerita bile masuk bab Jakarta hotel)

selain itu, aku bukan datang nak bercinta, honeymoon bagai, so hotel dengan rate yang murah menjadi pilihan, jadahhh nak amik hotel mahal, pastu merayau sepanjang hari, berada di Bandung 5 hari pun belom tentu cukup ok, trust me !!






1) HOTEL CEMERLANG

- sila bukak web di : http://www.hotelcemerlang.com/

rate, kemudahan, semua dia dah tulis, so pergi check sendiri.

hotel ni berdekatan dengan Stasiun Bandung, berada di tengah kesibukan kota..macet gile
tapi best sebab hotel ni ade semua, saloon,cafe,karaoke, club ( eh eh)
so tak payah nak kemana-mana. cuma tunggu depan hotel, adelah pak supir yang akan offer diri nak bawak berjalan dengan bayaran ( blajar main harga dengan supir) jangan bayar mahal sudahh.


aku gamble je, naik angkotan, fedulikssss.
tahan-tahan, then bagitahu nak kemana, senang.




cafe hotel cemerlang.
masa aku stay date dia dalam Rp325,000 bersamaan RM 110 je masa tu. hotel ni 3 star.



2) HOTEL KENANGAN

- check website at : http://www.kenanganhotel.com/home.php




Hotel ni lagi dekat dengan Stasiun Bandung. gila vavi dekat.
dan dekat juga dengan Pasar Baru, boleh jalan kaki je ok..lalu jalan belakang and naik jambatan kecil menuju ke Pasar Baru.


lebih murah dari Cemerlang hotel.
siap ada mini bar and bilik dia sangat homely type. comel.
macam tido di bilik sendiri

standard room dalam RM85.

jauh dari kesibukan kota, sebab dekat dengan opis gabenor, katanya..tak sure.
tapi berada di kawasan rumah-rumah oarng la.





3) PROGO HOTEL


-Hotel ni takde web, tapi still boleh di search under google.
hotel kali ni, yang aku stay murah juga about Rp 230,000 dalam RM90

ape yang menarik pasal hotel ni is, betul2 berdekatan dengan FACTORY OUTLET.
yess, berjuta-juta factory outlet disitu, jalan kaki saje okeh..
betul2 belakang dengan CASCADE AND HERITAGE.


antara FO yang best gile is STAMP, CASCADE, HERITAGE,RUMAH TAS and so on. banyak gila.

if korang nak cari branded shirt, imitation AAA+++ class handbag, here the place, tapi agak jauh sangat2 dari Pasar Baru - syurga wanita....




okeh, ni je yang boleh aku share.
nanti aku share pulak tempat shopping, and restoran yang patut korang jejak bile berada kat Bandung ni..sure korang takkan menyesal.


oh ye, lupa nak cakap :



p/s : masuk club kat Bandung ni Rp50,000 je..bapak murah..haha


* sorry, kawan-kawan ku tak pasal-pasal muka korang bertepek dalam blog haku..hehe

No comments: