Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 11, 2014

Bas dari Airport Jakarta - Bandung - Jakarta ( PRIMAJASA)


Hai,


Atas permintaan, aku share cara nak pergi ke bandung dari jakarta . Sebelum ni dah ada entry yg sama TAHUN 2011/2012, tapi mungkin orang tak perasan kot?


Selalu kita tau kan? Tix flight Kul - Jkt lebih murah dr Kul- Bdg. Jadi ramai yg ambil option untuk ke bandung melalui Jakarta. Selalunya ramai orang prefer NAIK TRAIN, yg berada di stasiun Gambir > Stasiun Bandung. Ambil masa 4jam. Pemandangan memang cantik. Kalau nak cuba naik boleh la. Tapi ! dr airport ( Terminal 3 etc) kene ambil taxi dulu nak ke stasiun gambir, ambil masa +- 30 min to 1 jam ( kalau JEM) So dah buang masa kat situ, nak tunggu Train lagi. and bukan setiap waktu ade Train ya. ( so cara naik train ni letak tepi dulu)

Kalau : Nak suruh Supir dari bandung dtg ambil? KOS nya lebih tinggi lah ya, sebab? Supir ambil masa 2/3 jam ke bandung lalu highway, sampai JKT ambil then patah balik ke Bandung? Hmmmm tak penat ke?Masa terbuang atas jalan. NO-NO-NO .. jadi jalan lain :


KITA NAIK BAS.


Bas Primajasa > Bandung
Bandung > Airport Jakarta  ( Terminal 2D / Terminal 3 bagi International flight)


Cara naik Bas, keluar dari aiport jakarta akan ade kaunter bas di luar. Cari kaunter Bas Primajasa.
Direct Bandung RP90,000 ( kalau harga masih sama dan belum naik) Bas dr JKT > BDO setiap 1 jam. Nanti akan turun di Stesen Batununggal, Bandung. ( dulu stesen Bas Primajasa di area BSM atau dikenali sbg Trans Mall / Trans Studio (nama dah tukar ya). So sejak end 2012 dorang bertukar ke area BATUNUNGGAL. Jadi boleh lah suruh Supir ambil di situ. Jimat masa. and tak payah penatkan diri. Perjalanan ambil masa 2jam kalau tak Jem. SELALUNYA Bila ambil Bas dari jakarta > bandung sampai ke bandung tepat je waktu, melainkan ada eksiden ke apa. Tapi selalu smooth je perjalanan. ( ada 1 nasihat aku, if flight pagi dr KL, ok lah naik bas ni, IF malam. err err tukar sila plan eh?




Ni di Kompleks area Batununggal. Cara nya sama je :  isi Form,Beli tiket, thru Kaunter. Bayar ! Bezanya Bas dari Bandung ni ke Jakarta ada setiap 30 minit. So senang. Cumaaaa korang kene budget masa tu lebihkan 4/5 jam sebab perjalanan Bandung > Jakarta selalunya JEM disebabkan semua orang balik JKT nak pergi kerja lagi2 on Monday -___-. Budget masa betul2. sbg contoh : Flight dr CGK - KUL Jam 1.30 pm. Beli Tix Bas Primajasa > JKT dalam Jam 6am. InsyaAllah sampai tepat waktu. (sepatutnya 2 jam je) tapi biasalah macet kat sana bukan boleh agak. Nanti Bas akan berhenti di setiap Terminal di Bandara. So takde masalah dah truun mana. Masa naik Bas TIDO. Kalau kita naik AIR ASIA - Mesti TURUN di TERMINAL 3






Check in bagasi, Tidak lebih 20kg seorang ya ! kalau lebih setiap Kg dia charge rp3000 (+- RM 1.70)
Waktu Check-in akan diberi 2botol Mineral water. Nak bawa makanan ke apa suka koranglah. Dalam bas ade bantal lecil disediakan. Aku lupa snap pic Bas bhgn dalam. Tapi, okeylah untuk perjalanan murah cepat pantas.


Kalau :

FLIGHT JAKARTA (RETURN) 
Pada aku naik Bas ni jimat dari segi DUIT lah. kalau nak jalan2 jakarta, aku cadang pergi naik bandung dulu. Beli lah tix bas primajasa atau atur lah dengan SUPIR suruh pickup kat AIRPORT JAKARTA.. Then baru ambil 1/2 hari untuk pusing jakarta. sbb klu dari bandung opt Naik Train adalah sangat membantu dia stop di tengah2 kota dan sangat dekat dah dengan Tanah Abang. Nama Stasiun Gambir. Booking Hotel mana2 korang suka dari Hotel naik Taxi ke airport.



FLIGHT JAKARTA (PEGI)  -  PULANG/BALIK DARI BANDUNG.
Jalan - Jalan Jakarta dulu, then ambil train ke Bandung. Pulang dari bandung.



FLIGHT BANDUNG (PERGI) - PULANG/ BALIK DARI  JAKARTA.
Mudah sangat ! jalan- jalan bandung then balik ke airport naik Bas. TAPI kalau nak jalan JAKARTA DULU, 1/2 hari sebelum date pulang KL, korang pergilah JKT naik Train.

or mana-manalah yg memudahkan. Sebab ade orang tak tau. Sampai kene tipu tiket train bagai. Anything beli THRU KAUNTER ya. jangan tanya-tanya orang tepi2 tu. ( takot kene tipu). Kos Supir pulak mahal untuk ambil dan jemput di jakarta. Ingat tu. Jadi cara lain naiklah BAS. Indonesia dah naik minyak since tahun lepas, jadi parkir . and charge Supir semua dah lain. (info)








Sekian.





4 comments:

Unknown said...

Terima kasih info.. Sangat membantu

Unknown said...

JkT - BDO.. Bila last bus?

LindaF said...

ada jadual tu. tgk ps list ke Batunumggal

Unknown said...

jadual tu ke soekarno hatta atau dari soekarno hatta??