Hi,
Ok sebab ada yg tanya berapa budget ke London, Mari lah kita share kan serba sedikit. Ni tolong baca santai-santai aja ya? takpayah nak mengeluarkan ayat2 riak bagai. tak koser mek ! lainlah mek naik 1st class bagai nak riak2 kenn? Duduk sana stay 5star hotel ke apa. So tarik nafas, baca dengan tenang. Ok?! Sesape yg pernah pergi, i rasa taulah cost berapa habis. Sama je kos tu lebih kurang. Santai !
Benda pertama bila nak melancong ke London ni kene lah beli tix. I cuba ingat balik sedikit pembayaran yg dah dibuat sebelum fly tempoh hari. Jadi bila sampai sana aku tau dah ready je. lol. Selebihnya bawak duit belanja.
Currency rate Pound = RM5.55
Euro = Rm 4.55
Flight -
I beli dengan agent Sedunia Travel (google). I call and suruh diorang booking je. RM2980/seorang include all. kalau 2? kalau bertiga? sila darab sendiri. Pandai2 la cari tix murah. nak travel ni kene pandai and selalu usha web kot. Oh btw I pilih upper deck. suka sbb tak crowded sangat ! =)
Big Bus Tour - GBP 22 = RM 121 seorang
Disneyland Paris - 2 park - GBP 60 = RM 330 seorang
Flight to Paris - GBP 98 = RM 543.90/pax
Hotel Paris -
3hr 2 mlm. Deluxe room ( No bfast, bukan Halal pon) = RM 491.
Sewa kereta Paris -
3 hr 2 mlm = gbp 40 = RM 440 ( Kereta kangoo/ Kami share bayar so seorang dalam RM 88.
Tix Train York - King Cross - Gbp15 = RM 82.50 seorang
Ok setel eh? Ni tak termasuk Duit belanja untuk Makan / Shopping dll.
2nd day, Tuan Rumah nak makan Nasi lemak. so aku lah tukang masak. |
Sebelum Kami keluar 2nd day. Isi perut siap-siap. takut kelaparan. Kami masih lagi guna tix yg sama Big Bus tu. Eh aku suka lah Big Bus. bahaha. Takyah jalan kaki, asal tau pit-stop ko naik je bus merah tu. and pandai2 la baca Map. Best uiii. Nanti bus akan stop dekat area - Ripleys believe it or not / Madame Tussaud and sila lah beli tix kalau nak masuk ! Ku tak masuk. Koser sbb kat HK dah masuk. LOL.
Aku cuma berhenti di Tower Bridge dan area lain (malas aku nak senaraikan) . Jalan la kaki area tu. Kawan bawa monopod. Jadi perhatian uolss. Orang sana dok tunjuk2 siap dtg tnya ape-kejadah-kah menatang tu.
-__- Vangga sekejap. bahaha.
Tengok jelah |
Green park ! |
sepanjang green-park |
Kami turun kat green-park ni sebab nak ke Buckingham Palace. antara attraction lain yg korang kene turun and bergambar :
1) Big Ben and parliament
2) St Paul Chatedral
3) Trafalgar Square
4) Tower Bridge
5) Buckingham Palace
6) Picadilly Circus
7) Westminster abey
8) Downing street
9) The London Eye
10) The Tower of London
11) Horse Guard
Hah hamikk ! aku senaraikan.
Masa ni depan Buckingham Palace, shop kat Hard Rock London, Jalan2 kat green park yg tak berapa nak green -__- |
Actually pergi Buckingham ni bukan lah boleh tengok Queen Elizabeth bagai pon. Saja lah nak tengok Istana and then boleh tengok Askar berarak ! Alaaa Askar yg pakai baju kaler merah tu. Sinonim kan dgn London. Tapi sebab aku pergi ni masih Winter. diorang semua pakai Trench Coat uolss ! warna brown. Zzzzz. Lepas tu aku dah malas nak tunggu sempat tengok kejap je dorang jalan naik kuda, pastu aku blah. kuikui, sebab masa ni umat punyalah ramai. pusing kepala aku kat situ. So kami pergi green-park menghayati keindahan.
Balik dari tu kami ambil Big Bus balik ke Line Biru. ( Big Bus ni warna Merah tau- ade 2 laluan merah & biru) jalan yg berlainan. Biru ni aku nak ke Harrods ! So kami pergi Harrods pusing2 jalan2 cari wifi free. lol
2 hari pertama aku kat london. Takde deria pon nak shopping. 3rd day ke Paris baru mahsyuk ;p |
Kedai jual FM murah ! |
Lepas dah lepak harrods makan cake bagai, kami naik tube ke Queensway ! aku suka tempat ni sebab ramai Msian ! bahaha. Student ramai kot. and then kat sini lah ade msian hall. Keluar dr station Quensway tu sederet tu kedai2 makan hampir semua Halal ! Very easy , Jangan lupa makan KEBAB TAZA. Sedap gila ! gbp3.50 je. Tapi masa tu misi nak beli terus FM, keychain bagai. So akan nampak banyak gila kedai yg jual benda alah ni. Tapi 1 kedai ni je aku suka. berdepan dengan Halal Resto. Hampir kehujung jalan. selepas dari Starbucks, Kedai sederet. FM dia nak kata murah , tahlah ! tapi boleh tawar. Suka ! untuk 10gbp aku tawar dr 12unit. Dapat 20 unit ! Keychain pulak gbp10 dari 7unit, ku tawar dapat 12. Okeylaa nak bagi orang !
Kata Kunci kat sini : Queensway (sila ingat area ni kalau nak makan kebab sedap atau nak ke Msian hall)
Msian Hall canteen. |
Ok food halal tak susah pon nak cari. Senang je. Nak senang bawak bekalan makanan dari Msia. Tak kisah la sardin ke apa ke? Ko stay hotel ke apa ke? Bawakla small rice cooker. Nak makan selalu pon kepala dok darab gak ni rm5.50. Bahaha ! So baik takyah ko makan kalau berkira sangat kan?. Jadinya kalau takat2 tekak mengada2 nak makan luar boleh singgah sini dan makan. Dr stesen Queensway tu korang ke kanan ke arah jalan besar then ke kiri susur je jalan tu sampai nampak Shell, sebelum shell ade satu lorong ke kiri, ade building macam warna putih/brown cair (aku lupa) ada 1 bendera Malaysia. Tu laaahhh dia uols Malaysian Hall Canteen ! nanti nak dekat siap terbau2 tumis bawang dr dapur diorang. ;p lol
Selain dari ni : Korang zabihah je.
Halal food bersepah kat sana.Tapi nak spesific untuk : Malaysian Food
Nah antara kedai yg kami makan :
1) Cafe Bonda
2) Pak Awie
3) Tok Din
4) Jom Makan
5) Rasa sayang
Aku suka cafe Bonda. Food dia sedap ! Murah la, kalau Nasi putih + 2 lauk dalam 5pound. yang penting sedap.
4 comments:
JM suka dressing yg berseluar biru tu..siapa ek..OOTD sgt...suker..suke...ehh..komen tak ada kaintan ngan entry..santai katanya..Oh London..naper lah exchange rate tinggi melangit..sah2 perlu menabung lagi ni :-)
mmg taza kebab tu superb sdap, dhla daging slambak die bg. lg2 kalo lamb kebab.. huwaaaaa bile la nk pi uk nih sobssss
Linda harga tiket melalui agent tu kan, yang almost 3k tu, return from KL-London and by MAS eh?
JM : alaahh saje je tau. Kita berkenan trecnh coat JM haritu. bahaha.
Ieza : Mek ngada kan? Jom kita g sesama. Nak repeat sbb ade bnda tak sempat buat =p
Ayuni : Yes dear, return direct heathrow =)
Post a Comment