Salam semua. SELAMAT HARI RAYA ;)
Pejam celik dah masuk hari ke-4 kita Beraya! Aaaa kejap sangat rasa. Maybe sebab 3hari pertama aku beraya kat belah suami. Hewhew. Raya kat kelantan ok jer. Hari2 makan, sampai nak pecah perut.. Nak cite ni... Sejujurnya aku takde baju raya.Syahduuu kan? Baju last min ni je aku anggap baju raya. Padahal? ...
Baju melayu hubs je yg mmg nampak RAYA! Haha. Baju aku? Act tu kain aku beli utk baju basahan kenduri. T_T sian kan? Tak sempat la nak pk Raya .. Nak beli baju tak konfiden.. Lagipon few days sebelum puasa kan aku operate so duduk rumah je berehat. Sudahnya sarung je mana baju yg baru siap. Claim tu baju raya . ZZzzzz..
Day 1- Raya banyak spent time kat rumah je tunggu orang datang. Tema kami Turquoise. Shawl Jade tu dari sugarscarf. Mujo kain ni hampir sama dgn baju melayu laki.so boleh lah nak feeling pakai sama tema. Aku mmg tiap tahun tempahkan baju melayu utk hubs. Sebab dr dulu dia tak banyak koleksi baju melayu. Pergi sembahyang pon pakai shirt. Motif? Jadi selama kawin ni dah ade 5 helai warna berlainan. Haha
2nd day- aktiviti banyak pergi open house rumah aunt hubs. Aku konsep santai je sarung apa ada. Dress beli online - Poplook! Clutch tu dr Dorothy Perkins 5thn lps punya. Haha.
Lepas tu feeling amik gambar kat stesen keretapi.. rumah hubs blkg dia ade stesen. Haha. Ok dh ade spot wajib nak ber-selfie. LOL
Day-3. Konsep mix & match kekdahnya. Top tu - Zara. Clutch - Guess zaman sekolah -___- Skirt tu adalah kain baju raya aku 2thn lps. Nampak tak? Betapa cheapskate nya aku? Konsep Raya sederhana gamaknya. Tapi tak kiraaaa! Open house nanti dah berkira2 nak cari baju RAYA! So dh start browsing
Cadang nak beli online je. Sebab tak gigih aku nak pergi kedai. Will see.
Now nak senaraikan menu! Kbai
1 comment:
Sama lah kita pakai je baju mana yg ada janji baju baru hiksss
Cantik je baju nye
Post a Comment