Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 28, 2015

Scan 4D di NR Diagnostic Seksyen 13 Shah Alam



Holla,


Dari tajuk pon dah boleh tau apa yg aku nak cerita. Sebenarnya ku dah masuk 32 weeks pon. 
Mesti pelik kan? boleh lagi ke Scan 4d? Actually..... TAK ! HAHA. Tak digalakkan pon rupanya. Mesti buat before 28weeks. Ohhhh baru iols tau. Kenapa dan mengapa malas nak tulis sini. Tapi kalau nak best shot datang la sebelum 28mgu okey?


Ini kali ke 2 aku scan 4d. 1st tu of course la kat DEMC, memang dah ada appoinment pon untuk DETAIL SCAN + 4D. Nurse dah arrange cantik punya at 24weeks. Detail scan semua ok. Alhamdulillah. bab nak masuk 4d. T____T ku tak tau mana silap. Sebab aku makan nasi lemak berminumkan air milo kah? yang menyebabkan baby nyenyak dibuai mimpi sehingga dikejut2 pon tak respon dan hanya menonggeng kan diri. Sobsss.

Doc tanya : awak bfast apa? HAHAHA. dengan bangga jawab nasi lemak. Doc cakap. Patutlaa sedap tido. So best of the best pic yg ada hanyalah waktu baby bersujud.*sejukperutemak* haha. Tapi masa tu aku memang nekad. Lepas ni or bebila buatlah kali ke-2. Terfikir Umra je masa tu. Tapi as usual... tak buat appoinment pon. 

Sampai dah masuk 30weeks n terbaca review pasal NR Diagnostic ni dalam group SARBAN ( Shah Alam resident) Ehemmm walaupon ku tak stay shah alam for now. Tapi iols asal shah alam and ade rumah pon kat situ. so okeylah kot. Dalam group tu bagitahu appoinment boleh buat by call, Charge untuk 4d scan RM150 + cd + pic print. So ku rasa murah la..dari charge demc. yang paling best selagi Sono tak dapat best photo untuk baby & selagi tu tak charge. So okeylah mari cuba, Ku call Rabu. Buat appoinment Sabtu. 1 lagi kesilapan. Ku dah tau baby aktif lunch hour ke atas,. sebab pagi memang dia tido. Maka scan 4d kali ni pon agak. Hmmmm.....





area Homst sec 13. deret belakang2 sikit. pusing je lah kat situ

Appoinment 4d scan jam 11am. Masa nak register tu memang dah bgitahu siap2 ku dah 32weeks. kehkeh. Nak jugekkk 4d scan katanya. So dorang kata boleh cuba lah dulu. Tapi memang susah sebab baby dah besar. huhu. Masuk tepat2 jam 11am. 1st scan tu memang sono dah bagitahu susah nak dpt best scan. Tapi dia cuba sampai dapat. huhu. Baby mengiring ke kiri ( tido memang style bapak dia) so dengan uri yg terletak atas muka, hanya sebahagian je Muka baby nampak, tu pon tak jelas sangat.  Tangan dia siap pegang talipusat.Puas pujuk2. Kali ni no more Bfast terus. aku telan air suam je. Ponnn tak jalan. HAHA.


Tapi Sono - Dr Dashini tu sabar sangat. dah la lembut, baik. Dia cuba jugak pujuk2 baby.. tak berjaya. Boleh kata takdelah tak puashati sangat . Silap sendiri kan? datang 32 weeks. dah kenapa? ade lah dalam 14-15 pic yg ok, walaupon muka sipi. Bila baby terlentang. dah elok2 nak snap. dia letak tangan kat nuka lah pulak. Sabauuu je lah baby oi.


Simple je klinik ni. boleh buat ultrasound dan ade few khidmat lagi.


Senarai harga selepas GST. LOL

Dalam Jam 12 macam tu. Doc suruh aku jalan2 dulu kat luar. hewhew. bagi can baby aktif sikit. about 5-10mins. dia kata selalu dia akan suruh datang balik lg 1 weeks untuk try. Tapi kes aku dah 32 weeks. Takkan nak datang 33weeks. lagi lah tak nampak. So dia cuba jugaklaa. Start dari jam 11am. aku keluar bilik dalam jam 12,40 lama tu.. hihi demi baby, doc cuba jugak katanya


Ada few pic yg nampak muka baby yang pipinya chubby (bak kata Sono) aku terus tunding jari kat bapaknya. kuikui. Alasan sebab muka aku runcing. phuiii... So aku dah pilih pic terbaik untuk di scan and print and frame kan. Bukan best pic. Tapi okeylah dia tengah menguap tu. Malas letak sini. sebab anything related to pregnancy memang aku simpan je untuk diri sendiri. =) . Nak tayang muka sendiri pon aku segan sebenarnya. Tapi  bosan pulak tengok Instagram tu pic makanan. so selit2 la jugak 2/3 pic muka berangan kurus tu. LOL



Siapa2 nak cuba scan kat sini, ni alamat :


NR Medical Imaging Sdn Bhd
NO 12A-1F
Jalan Boling Padang E13/E
Setion 13, 40100 Shah Alam
Appoinment : 03 5518 4930









4 comments:

Jari Manis said...

Lindaa...lamanya menyepi..rupanya dah pegi scan BABY...alhamdulilhah...tahniah

Suria said...

i pergi scan 4D masa 33weeks. hehe
mencabar ok! tp gigih nasib baik ada jugak muka sipi² hehehee

me said...

ahahahahhaa seb baik ade gak pci. i dlu siap merayu mase 32wks nk amik 4d tp demc kate susah sbb bebay dah besa kg nnt frust jek kalo xde gambo.. so i is redho jela nak oi, ko tggu jela gambo lps lahir ahahahhaa

Aini Amir said...

dulu ms anka sulong mmg excited kemain nak scan 4d. lepas tu doktor cakap takyah la. nnt baby dh keluar awak tangkap gmbr baby byk2 ok T__T