Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2015

Babymoon Penang !



Macam biasa. Entry Basi ! hihi



Tak rancang pon nak babymoon bagai ni. Cuma terkilan sebab patutnya bercuti ke luar on feb tu,  Tapi cancel last minute terus ajak hubs bercuti dalam Malaysia. 2 tempat dalam kepala - Cameron / Penang sebabnya dah sejalan. Tapi hubs tak suka cameron. Dia kata nanti bosan tak tau nak buat apa. Okeylah so kita pergi Penang. Punyalah lama nak decide pergi ke tak? sebab ku ada customer, dengan appoinment doc. Tapi hubs memang dah ambil cuti siap2 1 minggu. sebab CNY tak berjalan mana-mana. 26/2 - Khamis kami gerak.


25/2 tu tengah malam baru booking hotel. Kami decide stay kat The Royale Bintang, Penang. Bestnyaaa hotel ni ! HAHA. sebab tengah bandar and senang sangat nak cari makan. Cuma jem sikitlah. Memula nak stay area pantai. Tapi bila kenang tujuan utama berehat dan MAKAN. so kami stay sini je lah. lagipon cadang bercuti 3/2malam je.




Ku memang recommend siapa pergi Penang stay sini. Sebab bilik dia cantik sangatt ! Murah je pon RM 260+ siap buffet Breakfast + FREE Parking lagi. kuikui.   Nora bagi 5***** untuk The Royale Bintang ni. Cosy sangat. Memang sampai2 check in tu terus tido. haha. 



Disebabkan trip ni santai2 je. Kami gerak dari S2 dalam jam 10am. Dah decide nak lunch kat Ikan Bawal Juru. Tawakkal je lah. sebab banyak kali stop. Ibu mengandung nak pergi toilet.. haha. Hubs bawak kereta pon slow gila. Dia kata nak kejar apa? Lagipon checkin hotel Jam 2pm. Masa sampai tu lauk dah banyak habis. Tapi sempatlah hilangkan rasa mengidam nak makan BAWAL GORENG PANAS + Kuah kari and nasi panas. sedapp ! MURAH je rM 17/2 orang makan.


Lepas makan kami checkin. hubs bawak kasut sukan sebab ade gym. then tido, sampai asar.


Petang siit, kami cadang lepak di Padang Kota Lama, Aktiviti Makan ! Ade 1 gerai nama LAKSA POWER kot? errrrr lupa.. tu memang favorite sangat2 kalau aku datang makan kat sini. Rasa Laksa tu tak pernah berubah. So oder 1 pinggan + ABC, Oder la Pasembuq. Aku time preggy ni perut cepat penuh. so makan apa-apa menag share je dengan hubs. Kalau tak mesti tak habis.

Kawan2 IG cadangkan makan Mee Sotong ! Puas cari..rupanya dekat foodcourt tengah padang tu. So jumpalah gerai : MEE SOTONG HAMEED. Mula-mula ingat nak cuba esok je. Tapi bila kenang dah alang2 kat situ. Try je lah. padahal nak pecah perut >__< tapi mee tu sedap, sambal sotong dia manis pedas2.






Malam tu balik tido. Tapi Jam 10 lapar balik. KAHKAH. So ajak hubs lepak Kapitan. makan nan cheese dia yg SUPER DUPER SEDAP tu. Nak nangissss T__T. Ayam tandori dia tu memang sedappp gila ! as usual makan share. tu pon kenyang sangat2. malam tu takde buat apa, balik Zzzz.


Tiap pagi kami Bfast kat hotel je. Nasi lemak dia super sedap + ade udang besar2 masak sambal. Kaunter mee udang pon ada. tp tak try. sbb lunch perut penuh pulak.

2nd day macam biasa aktiviti selfie. haha. well tak sah la kalau pergi penang tak singgah Armenian street kan? Ambil pic kat lukisan2 mural yg fofular tu. Tapi menyampah sebab 1-1 lukisan tu jauh2 kene jalan kaki, dah la Penang panas ya amat. Mana yg sempat je aku singgah. Takde lah kemaruk sangat nak bergambar. Dah alang2 kan? hehe, BIla lapar petang tu kami decide naik Feri ke Sg Dua. Nak makan MEE UDANG + CHARKUEYTEOW SG DUA.  Dah alan2 kat area sana, kami jalan2 mall Sunway festival. bahaha. Takleh blah .Malam bila lapar lagi, kami makan di Kapitan, tapi kali ni makan Nasi Beriyani Claypot tu. Sedap jugak


Nasi kandar, Kami makan di LINE CLEAR. Terkilan la jugak sebab rasanya dah tak sedap ! serius lain sangat dgn 2/3 tahun lepas.

Fav ! sebab roti tu tak berminyak dan ayam kari tu sedapnya


3rd day tak buat apa sangat sebab dah nak checout. Kami bfast light2 je kat hotel, lepas tu terus cari ROTI CANAI ARGYLL. sampai hampir kene saman polis sebab hubs lalu jalan 1 way. haha. bukan salah kitorang, salah kan waze ! Mujo memang ikot waze, so bagi alasan tu je kat abam polis.

Lunch kat LINE CLEAR, sebelum kami decide nak naik feri semula untuk balik ke KL. Singgah SG2 lagi sebab aku teringin pulut udang. T__T tapi gerai dia bukak petang. So terus je decide balik KL. odw nak balik hubs ajak singgah IPOH untuk makan2. Nak sangat makan kat hollywood. Tapi dah tutup. So makan dimsum sedap & Mee KIcap Mat Jasak ni je. balik beli Limau Tambun untuk fam and diri sendiri. 




Kalau ikotkan tak puas sangat trip penang ni. Sbab banyak kedai nak makan tak dapat. Lagipon perut full. Maybe next time. InsyaAllah. TQ hubs sebab layan bawak bercuti dah nak sarat2 tu. HAHA. I love Penang !
















3 comments:

cik enul said...

waa..best gler sesekali g trip makan2 macam ni...btw,260+ tuh per night ke pakej 3d2n?

LindaF said...

eh per/nite you. hehe.
tp i rs worth it sgt. sebab bfast buffet dia pon sedap.


FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Dah lama kot tak gi penang. wuwuwuw. last gi ms zaman sekolah2 dulu :p hahahaha. kena cuti2 malaysia dah ni, gi jenjalan dlm malaysia pulak.

Best, banyak mknn.

take good care of yourself and the baby inside the tummy k.