Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 27, 2016

Hello IPOH !





Plan asal waktu Krismas adalah duduk rumah - mereput -_-
Tapi Uya buat cadangan ke Ipoh untuk makan dan masuk pangkor, aku tak sure pon sebenarnya nak join ke tak. memang last min, sebab cuti panjang.. Nak jadikan cerita pulak dapat beli tix balik KB ( Rayani Air) yg murah tuu kan? So req kat hubs alang2 dah cuti panjang, please bawa i makan kat Ipoh dulu, then balik kelantan haha ( pernah jejak sekali ipoh lepas balik penang masa preggy Luth at 7mths tu)


Pejal kata Ipoh takde apa. Tapi kalau nak pergi juga, silakan. Menjadi seorang yg degil, harusla mak nak juga pergi cari makan. hewhew. So macam biasa, nama pon perayaan hotel pon fully booked. Esp Hotel M Butik yang fofular itu ( next time maybe) kahkah. Aku cari review pasal Impiana Ipoh... Nan hado yg best2. Tapi ada satu blog cakap, Ipoh banyak hotel baru2 3 star.. so carilah hotel2 baru je. Salah satu yg aku nak booking : casuarina meru, ipoh ( new town), Tapi ding-dong-ding-dong. Tak booking jugak .KAHKAH


GIGIH kauuu !

AKTIVITI MAKAN !


Perjalanan dari seremban - ipoh okey je. Takde pon kitorang berhenti sebab memang nak lunch kat Nasi Ganja @ Restoran Yong Suan, Ipoh.

Sebab dah tau dari awal , kalau nak makan sini masuk je dan cari meja, masa sampai susah cari parking. Tapi semua okeh je. Rezeki Luth ! So dapatla merasa NASI GANJA AYAM MERAH katanya. Total makan berdua, + 2 kopi ais & Puding caramel tu RM 16.00

Nasi ganja + Puding Caramel

Lepas makan terus check-in hotel last min yg dibuat by call. haha. ade 2 bilik terakhir, rezki kot. memang nak stay sini, sebab hotel baru juga, tengah town, ade parking lot sendiri, dekat dengan semua kedai makan yang aku nak makan & murah ! kahkah, Kami stay di Seemsoon Hotel, Ipoh, untuk last minute deal, Ok sangat2 hotel ni. Lagipon 1st time nak stay Ipoh kan? aku memang keluar bilik je. So macam rugi pulak tinggalkan bilik. -__-

Website : SEEMSOON HOTEL

3 star Hotel di Ipoh

Basically hotel ni kategori OK. Tapi dengan harga tu berbaloi sangat untuk 1 night stay, 1 day trip to Ipoh.. Cuma failed bab lif , sebab ade 1 lif je dan in-room WIFI yg slow gils -__-, lain2 semua ok sangat !


Mak bagi 4 bintang, bilik tiwn sharing lah sebab tu je yg hado

Lepas check-in , hubs buat kerja sikit, lepas tu terus kami keluar cari makan. Aku nak try Mee Kicap Manora & Mee Kari dia. sebab baca sini lah yg sedap. Jauh jugak dari area hotel. ( sila waze) dalam supermarket, foodcourt. Nama tempat tu MEGOPLEX


MEE KICAP dia memang sedap. Kalau compare dgn Mat Jasak ( pernah makan ms singgah balik dr penang) , Tapiii sedihlaaaa Mee Kari dia cair sangat2, takde rasa kari pon. tapi aku syak sebenarnya dah habis kot? masa kitorang datang dah jam 5, ramai pulak tu yg masih nak oder. dari cara dia cedok kuah pon tau , kuah dah takde. haha. Takpelah Janji Mee Kicap sodapp ! Total Makan RM 9.00 sahaja ! Nyumss


Balik tu pergi laa amik picture kat area Ipoh town tu. Art Of Oldtown tu ade 7 picture, tapi takde satu pon berjaya aku jumpa ! kahkah. So mana yg ade picture jumpa tu snap sajork . lulz

Makan - 1
Balik hotel, solat.. lepak, layan luth menjerit. haha Budak kecik ni kuat menjerit sekarang. Malam kami decide nak keluar makan Satay Endut. Tapi tibe2 aku check bag, pejal lupa bawak baju yg aku dah letak kat sofa. Maigaddd ! Stress tauuuu ! Terus la terpikir nak pergi Parkson cari baju. Jusco ke? ehh entah ! bengang betul masa tu. haha. Last2 google - ada Gerbang Malam ( uptown) area berdekatan hotel, dalam 5min drive je pon. So nekad lah, ape je baju yg ada tu rembat. haha. yang penting MAKANNNNNNN ! ;P


makan makan 2

Kami makan di TKK, Ipoh ( foodcourt taman kanak-kanak) , eh semua waze je. Tapi nak bagitau. LINE CELCOM macam haremmm kat IPoh ! sekian. SATAY Endut ni murah  70sen je. Aku pernah makan satay lagi sedap dari Satay Endut ni. Tapi Rasa Satay Endut ni pon kategori sedap dan lain! Rasa rempah dia biasa light2 je, manis, kuah sedap ! Sebaris dengan Satay Endut ade POPIAH SS ALI. Pejal oder 3, makan panas2 baru goreng. sambal dia mabelesss oii.

Sebelah Satay Endut ade gerai Sup mamak, aku tegok ramai oder Sup Kambing & Ayam dia. tapi perut dah full .. next time maybe? hihi.. Dr TKK, boleh jalan kaki je pergi Gerbang Malam. Aku just beli Singlet je sbb ade cardigan. so Setel.


makan makan 3
Dekat IPOH kan, banyakk sangat cafe hipster ! Terlalu banyak aku rasa. sebab dalam kawasan yang sama akan jumpa 3-5 kedai / cafe2 hipsterrr gitew! Tapi tak try. haha. sebab cafe2 camtu makan kat Shah Alam pon melambak ;p . Lepas balik dari gerbang malam, Aku ajak makan kat Nasi Lemak Ayam Kampung. ( 5 min dr area hotel)  Kedai ni ade jual masakan thai juga. Tapi yg popular Ns Lemak ni.. Not bad, sedap juga cuma portion nya kecik gila . -__- RM 8.90 camtu lah harga. Lupa dah.



Morning from Seemson Hotel

Breakfast kat hotel adalah kategori biasa-biasa juga ( harga dia pon murah kan?) Jangan expect buffet bfast sedap2. hehe. Tapi alhamdulillah boleh buat lapik perut. Makan jangan memilih. Syukur sbb masih ada ramai kat luar tu yg tak dapat makan macam kita okeh? =) Kami decide nak Bfast luar, so tempat dituju adalah SUHAIMI. Mana tau pasal suhaimi? aku add Ipohcityawesome kat IG. mudah sangat2 sebab banyak kedai makan yg ada dalam tu. hihi. dari hotel agak jauh juga dalam 30min,.



terasa 60'an sangat masuk kedai ni. hewhew

Tak tau pon apa yang menarik kat Suhaimi ni, tapi FULLHOUSE weh ! Kene tunggu jugakla nak makan dan dapatkan table. So bila dah dapat meja, oder je ikot suka. hehe Ipoh kan terkenal dengan Roti Goyang, so tu wajib la dalam menu kami. ( aku tak makan telur cair) hehe. Aku oder Bun Bakar, sedappp ! mula2 oder 1, lepas tu tambah lagi satu. hewhew. Air oder Green Tea, Hubs odeer white coffee kot. Lupa .. total makan RM 12.90.. murah wehhh

The best bfast in IPOH !

Sedapnyaa ! Teringat2. hehe. nahh zoom sikit roti goyang. hubs kata sedap sangat. errr over kan? padahal roti je dgn half-boil egg


zoom dekat sikit -__-

Sebab  ni percutian singkat. balik dari Suhaimi, kami terus balik hotel dan bersiap2 nak check-out. Tempat seterusnya New Hollywood.


Dah try ! not bad

Menu kat situ ada banyak stall  Melayu jual nasi lemak, mamak jual nasi kandaq - cina jual macam2. Mostly kedai/kopitiam kat Ipoh ni aku tengok dalam 1 kedai ramai yg meniaga. hehe. So oder white coffee- chee cheong fun udang - pudding custard ( again) Roti Goyang. hubs kata sedap lagi suhaimi punya. hewhew. Total cost dalam RM 15 kot. +-


jauh makan nasi ayam + ais jagung


Lepas dah makan , kami cari limau bali tambun. sementara tunggu Uya yg stuck dalam jem. hehe. Kami menuju ke Iskandar UTP, nak makan Nasi Ayam Fav si uya ni haaa. Jauh betol kan dia punya mengidam tu. hehe. Makan Ais jagung. Then Uya balik Ipoh untyuk check-in, kami terus ke Lumut cari Sotong Gula. Alang2 kan? masuk lumut terus. 


Tamat laa percutia 2d1n ke Ipoh, dari Lumut balik ke seremban, sebab pagi2 esok tu flight balik KB.




Jumpa lagi IPOH ! awesome city =)
















2 comments:

Ida Puanstoberi said...

semua tak pernah pergi. Sbb balik kg, makan kat rumah je.
Hihik

nurul harnani kasmari said...

Nee hollywood tu mmg dalam list nk jjcm. Tgh tggu masa je nk terjah. Adoiyaiii.