Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 2, 2016

Hai Kundasang - Kos Percutian




Hi uolss.


Memandangkan ramai yang bertanya di Instagram kos percutian Kundasang mak. Maka mak rajinkan diri share disini. Percutian ni nak kata last min, tak juga,masa keluar lepak kat SCM dengan Uya ( kauu lagi kan uya. haha) , dia yg suggest pergu Kundasang on Jan. Masa tu bulan Nov 2015 tak silap. So masih ada masa nak survey dan google. haha.

So orang pertama booking flight Uya, then iols. baru Amy. Nasib tak baik, sebab kami bukan beli tix time 0 sen. Tapi kebetulan MAS ade sale pulak. So iols dapat tix MAS lebih murah dari harga AirAsia, cumanyaaa... bila tix murah.. paham2 la waktu fly tu camne kan? Tapi iols ok je pon. sebab dah biasa. kahkah

So now nak share beberapa pembayaran yang dibuat sebelum kami bercuti di KK- Kundasang. Nanti bawah2 iols strory lah sikit pasal percutian ni. Maybe Kundasang ade 2-3 entry ( kalau mak rajin) sekarang ni super duper malas nak menulis. Tepek IG je senang. kroohh krohhh


Kos percutian meliputi :

Ticket Flight - Kuala Lumpur to Kota Kinabalu

MAS - 2 adult + 1 infant = RM 697
Kereta Sewa ( Innova) = 4 hari RM 800 ( kami share 3 fam)
Hotel Tune 1 Borneo ( Full pakej aircond, tv, toiletries) / 1 night = RM 73.00
Hotel Kundasang - KInabalu Pine Resort / 1 night = RM 250 ( Bfast + Dinner included)
Hotel The Klagan Kota Kinabalu / 2 night = RM 400


Di Sabah ni masuk semua tempat pon berbayar ! Jangan ingat FREE ok? 

Rumah Terbalik = RM 10.60/ pax
Kinabalu Park / Mount Kinabalu = RM 3.00/pax
DESA Dairy Farm = RM 5.00/pax
Ikan Kelah Kg Luanti = RM 3.00/pax

ada banyak lagi tempat best ! tapi macam kekangan masa pulak. haha. Ke sebab kitorang tak leh move-on Kundasang. Jadi stay dalam bilik tengok Gunung Kinabalu lagi best kot? Lepas tu travel dengan baby kan? baby kuat tido. kakaka. 



Flight jam 7.30 am. Luth sangat baik. dia yg kejutkan kami jam 3am. haha



Kami sampai Airport KK jam 10.30 pagi

Memandangkan dalam ramai2 , kami yang sapai dulu. So kami lah yang kene ambil kereta sewa dari owner. Nak share sangat2 contact KERETA SEWA DI SABAH ni 
nahh page : KLIK sini  
ada Facebook juga : facebook An Naqlu

Rate kami dapat untuk kereta Exora = RM 800/ 4 hari. Tapi last minute kereta ditukar kepada Innova. Okey je. Best juga


Adik tu baik sangat ! Servis bagus!

Kereta sewa ni benda yang malas aku nak survey. Pejal selalu outstation KK, so dia dah biasa dengan jalan KK. Kundasang pon dia dah pergi. Habis aku dengan luth je lah yang eksited? kakaka. Bila tugas survey dan google pada iols. Maka apa yang keluar itu yang di contact. Untuk Sewa Kereta ni iols bagi 10/10 ( padahal ray yg deal) wakaka. Tapi sebab iols yang ambil kereta. So okey la. Kami tunggu di airport dalam 15min. sementara tunggu kereta sewa sampai. Full Payment needed masa ambil kunci. Depo RM 100 dah bayar dari KL. Kiranya masa hantar kereta tu dah takde apa2 la. Mudah kan? Kene bagi ic copy + lesen . Then jaga lah harta orang macam harta sendiri =)

Recommended ! Sila contact dorang untuk sewa kereta di Sabah.



anak anak mak bahagia di Tune, lulz


Aku pon tak tahu kenapa Tune ada dalam list hotel. hewhew. Tapi sebab nak mudahkan perjalanan kot? sebab jalan nak menghala ke Kundasang kan lalu dari arah Tune. Nak2 kami gerak Kundasang seawal jam 7am.. Kalau duduk KK, mau hadap jem dengan orang nak pergi kerja. Its ok. Tune ok je. sebab dapat harga yang ok sangat2 full pakej lagi. dah laa dalam mall 1 borneo. Gilaaa kauu duduk dalam mall 2/3 kali teman Uya shopping H&M. hahaha. Terperasan hotel lain area tu.Selain Tune Hotel, ada Courtyard Hotel 1 Borneo, The Klagan Regency, Grand Borneo Hotel


Seafood di Tg Aru

Aktiviti di KK, sebenarnya banyak , antaranya masuk mall dan mall dan mall . kakaka. Banyak gila mall kat KK ni, merata. Tapi entah kami macam santai2 ja. kalau ikot plan asal petang tu lepas check-in dan lunch, nak jalan2 Tg Aru makan coconut shake, Sayap  Ayam Bakar, and tengok sunset. Sudahnya semua KELAUTTTT ,,, -___- 

Kami cari makan dalam mall je, lepastu duduk la menyembang hu-ha-hu-ha sedar2 dah maghrib. Dengan masing2 sibuk keluar masuk butik. lulz. So malam je lah keluar cari makan. Aku memang aim Kepak Ayam. so itu jelah yg aku makan. pejal & lain2 cari seafood. motifff? awal sangat tuuu..

p/s : Aktiviti di KK - 

Korang pegi lah SIGNALL HILL Observation Tower ( boleh tengok Kota Kinabalu) dari aras bangunan tinggi)

Pasar Kraftangan - checked !
Pasar Malam Sinsuran - checked !
Pasar Ikan Masin - Checked !
Menara jam Atkinson - tak pegi
Anjung Senja - tak pegi 
Pasar Tamu Gaya Street ( Ahad pagi sahaja ) - tak sempat wehh
Jesselton Point  ( Naik bot ke Pulau Manukan, Sapi, Gaya, Mamutik ) - Manukan checked!
Segama Waterfront - tak pegi

again... ade beberapa tak sempat singgah sebab kekangan masa dan anak nak tido. kahkah


tix masuk rumah terbalik ade GST. mampu?

1st day santai2 tu dah habis. Thank god! kakaka. Eh tapi macam menyesal sangat! kenapa kami tak terus naik Kundasang hari yang sama? Pelik kan? Oh tak pelik sangat lah kot. sebab aku malas google. so anggap je 2 jam nak ke Kundasang tu jauh..wakaka. Macam Plan yang aku buat tu dah ok. gasaklah. haha. Kalau tau lah KK sepanas itew, harus aku stay Kundasang dari awal sampai tamat bercuti. haha

Rumah Terbalik dan Gadis cantik. Gitew


kat luar boleh selfie banyak2

Sebab pagi2 dah berambus dari Tune. So kami tuju ke Kundasang. Odw nak ke Kundsang akan jumpa RUMAH TERBALIK. dan Jambatan Gantung Tamparuli ( tak singgah ponn -____-)

Ramaii orang kata takyah masuk la Rumah Terbalik ni. Tapi hallooo iolss terbang sejauh ini. Singgah je lah kan? nak bagi berbaloi bayar tu .. ko duduk lama2 dalam rumah tu kaji perabot dia. HAHAHA Lepas tu tanya soalan macam2 kan uya kan? ehh uya lagi haha. 



KINABALU PARK 

bayar rm3. untuk tengok gunung kinabalu. best juga. sebab sejukkkk ! lagi sejukkk dari Kundasang. 

Cantik - Sejuk



nahh jamu mata

kembar tak seiras. haha  Luth & Arrian


lepas tu kami terus pergi ke Kinabalu pines resort nak check-in ! ( next entry). Bestnyaaa resort ni. haha. sebab cantikkkkk sangat2. iols request untuk check-in awal. sebab dah blur nak pegi mana. Padahal lapar kann ! Kami makan di Nabalu Cafe . eh lupa nama. makan nasi lemak RM 15.00 . Food kat sabah ni boleh kata mahal. Jangan kan cafe macam Nabalu. gerai tepi jalan pon nasi goreng mahal. Dari segi rasa? biasa-biasa sangat ! tapi cukuplaa nak kenyangkan perut. aku siap beli maggi oii kat kedai area town koboi kundasang tu. Gigih la konon sejuk2 makan maggi tengok Gunung. hado?

cantiknya view dari bilik/ blok kami

Mount Kinabalu at 6.15 am







DESA DAIRY FARM - little new zealand of sabah 

Tempat ni camtikkk sangat ! Feeling macam new zealand katanya. HAHA. actually kan? sekarang kan el-nino. so musim panas. Takde lah sejuk mana Kundasang waktu kami pergi ni. Aku google tengok orang pakai sweater. Waktu kami pergi ni just nice la kot. pakai shirt pon selamber, 23 deg paling sejuk area Kundasang. Berangin.. Mood Luth pon baik je.

Masuk RM 5
Waktu memerah susu - Jam 2 hingga 4 ( daily)
Waktu Proses Susu - Jam 10am - 3pm ( selasa, khamis, ahad)

Tutup jam 5 ptg!


ni ke yg dikatakan NZ msia tu?

desa dairy farm

mak suka desa dairy farm


TAGAL SUNGAI MOROLI 

Masuk rm5/ pax
amik pic kene bayar rm3 / group


Kat sini, ada waktu tau. lepas beli tiket. kene tunggu sampai no dipanggil. so dalam 15-20min lah kita boleh masuk kawasan sungai yang penuh ikan jinak untuk bagi mahan adn natural fish spa. nanti no korang akan dipanggik untuk keluar. so sila manfaatkan betul2 masa yang ada. sebab orang ramaii sangat beratur nak masuk kawasan ni.. iols jejak kaki di kaki air je. takot wehh tengok ikan besar2 ni. Ni aktiviti last kami sebelum balik KK semula. Kami tak singgah pon Hot Poring ( bawa baby kan? anak aku takleh panas) hewhew


geli. terkenang2

Dah balik KK, kami check-in di The Klagan, warisan square. Hotel ni best ! 4/5 bintang. Breakfast biffet sedap. Bilik besar, cantik, servis tip-top. Kami siap tinggalkan luggage kat hotel ni sebelum chcek-in sebab nak naik kundasang malas bawak bag besar2 kan. Mostly hotel aku booking by email je. Boleh request macam2 . Sampai2 check-in ada welcom drink kat cafe hotel. Kami dapat bilik semua sama level. senang maik ketuk2 pintu. eh?


A ++
Sejadah tu dah ade siap2. bagus betul


buffet breakfast best!

view dari The Klagan Hotel Rooftop cafe





PULAU MANUKAN.

jadiklaa 1 pulau dari tak hade T__T, actually aku ni penakut tau. serius takot naik bot laju2 ni. Luth naik bot diam terus tido. kakaka. Nampak nau penakutnya..  nak pergi Pulau beli je kat kaunter, Orang kata kalau dekat KK, tak singgah Pulau adalah rugi sebab cantik. seriuss memang cantik pon. nanagiss terbayang air hijau dia. tapi mak dan luth menang gaya je. haha. Jejak air pon tak. ermm

1 pulau RM 23, 2 pulau rm40 kot? ehh lupaa
ada jeti punya fee - rm7
Pulau Fee - rm3

Sewa alatan snorkle rm10



Pulau Manukan - yeay

Hai Manukan


ok dah tamat. letih aku type ni. Blog benda penting je lah sekarang ni. Mohon info ni dapat bantu sapa2 yang suka google. giteww. Suka Kundasang. kalau ada rezeki lagi pergi sabah, nak pergi Kundasang je ,haha.

2012  masa belum ada baby .. 2016 anak sorang . Alhamdulillah ....next trip .......







next entry - Kinabalu Pines Resort ( kalau rajin) HAHA
picture aku dah banyak letak kat IG. so malas tepek sini. -__-



Entry lain :
Klik sini









2 comments:

puteriraifana said...

Hai Kundasang. Semoga sy juga sampai ke sana, hehe. Cantik gambar korang

LindaF said...

Pegi la Put.. Cantik Kundasang. Besttt . Hehe