Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 3, 2016

Kinabalu Pines Resort - review



Hi,

Berkepam entry ni dalam draft. Susahnya nak tulis blog sekarang ni waima 1 entry -__-. sebab malas menaip. kakaka. Kalau Instagram tu senang je tepek 1 pic, caption panjang, ade je orang tanya. so jawab situ. Mudah. kroohh.

Nama resort kami masa di Kundasang is KINABALU PINE RESORT. aku asik sebut Kundasang Pine Resort je  ( ikot suka kau je)

Nah website link : KLIK SINI PLEASEE ! 



banyak pokok pine

Tak banyak photo di KPR yg aku nak share. sebab bila ada baby di tangan, camera tah kemana2. HP apetah lagi, Hari terakhir baru teringat nak snap keliling resort. Resort ni BESTTTT GILEERRRR !
Takde idea lain tentang hotel/resort lain sekitar Kundasang. tapi ada baca pasal J residence & Kiram Village ( google la sendiri)

Try booked Kinabalu Pine Resort thru agoda tapi asik la fully booked. Benda pertama aku google pasan KPR semua kata hotel ni sentiasa full. So booking lah awal. Aku booking ni 2 bulan awal dari date kot. Tu pon thru website KPR. Mujur email dibalas laju. amik pakej Breakfast + Dinner untuk Standard Superior Room, BLOK P ! Kenapa blok P? sebab Blok ni palingggg best sebab nampak view cantik melalui veranda bilik seperti kawasan di bawah !


area paling popular kat KPR

Okey nampak picture di atas? Ni tempat paling popular dalam KPR dan sebelah je dengan blok P. Haa best kan? 

dari segi resort, kawasan dia memang cantik, macam area tinggi sikit la, masuk bilik pon naik tangga. Bilik cantik, okey je. Tak tau nak komen apa tapi memang SUPERB ! Harga per-night kami dapat per room/ RM 250 sahaja.


Blok P, the best view of Mount Kinabalu

Blok P ade 4 bilik. sebab kami booking 3 bilik. so iols biik bawah, Amy & Uya atas. Kalau pergi ramai2 2/3 family senang sangat amik je satu blok ni. berkampung lah kauuu kat situ makan SAYAP AYAM. sambil hadap view ... 

Beli dekat Kedai Intan.


room and such


toilet

Bila check-in terus masuk bilik dan buka pintu luas-luas. Sebab view memang sangat2 cantik. dan sejuk berangin. Kami tak kemana2 pon memang duduk bilik masing2 dan berehat. Sebab nak pergi dinner di cafe KPR by 7pm. Ramai juga masa kami bercuti ni. Full oiiii,,, 

hari-hari tengok pon takpe,


Dinner by KPR

Food by KPR sangat sedap! sebab malam dah start sejuk sikit..Lauk kat at atas tu kami share ber-6. Mula2 dia bagi Sup Ayam untuk starter. lepastu 1-1 lauk keluar. Ayam Kari, Sayur 2 jenis. Sotong masak apetah ;p & Daging blackpepper. Nasi + Air Teh Cina semua menu pon macam untuk pemanas badan kan? haha. Tapi serius sedap. Sayur tu fresh sangat ! yelah area kundasang kan macam cameron so banyak gerai jual sayur tepi jalan.


Morning from KPR

Simple Breakfast

Breakfast dia pulak simple. Ade bubur, roti, nasi kuning ( mcm ns lemak) Jus &  Buah. Tapi kenyang je. For us yang ada anak kecil ni rasa macam berbaloi sangat ambil pakej breakfast & dinner. sebab malam kat Kundasang tu Mati oii. dah la jalan gelap. Kedai makan perasan ade 3-4 je warung2 tepi jalan kat pekan kecil tu ( Nabalu Lodge Cafe, Restoran Intan, Restoran Hidayah, Warung Ikan Bakar) ada lah KFC kat pekan tu dan 1-1 nya bank Alliance. So amik dinner ni macam memudahkan kitorang tak payah pikir nak makan mana.

KPR ada juga pakej Steambot. RM  23/pax



our activities


hari terakhir 



KPR area


Nice pic !

Kesimpulannya BEST GILA stay kat Kinabalu Pine Resort . sekian

The view. 




Good Bye Kundasang. Jumpa lagi










1 comment:

Nanie said...

Nanti i nk dtg dgn family la. Klu utk wheel chair ok ke?