Hatten Place Melaka.
Tak sama dengan hotel Hatten Melaka ( dataran Pahlawan)
tetapi di bawah 1 management. rasanya dah 2 tahun juga hotel ni dibuka, baru sekarang rasa nak cuba. Masa datang proses check-in agak lambat. sebab kami nak bilik yang besar sedikit. Tapi bilik hanya ready 4 petang. amboii tunggu sejam dah. lepas tu tanya balik kene tunggu lagi ready jam 5. So malas nak tunggu ( sebab dah buang masa kat situ) Kami ambil je bilik apa yang ada.
awal awal dah rasa hmmm.. |
Lobi hotel agak mewah, cantik. Tak berapa besar.Tapi ramainya umat. Masa kami datang ada group mainland pakat tido kat sofa. Jadi kene berdiri nak tunggu turn.
apat2lobi |
Kalau sesiapa nak tahu, Hatten Place dan Double Tree bersebelahan. Share parking yang sama, cuma kau belah sana, aku belah sini. Nak ke Jonker kene lah driver kereta, tak sure hotel ada sediakan shuttle free atau tidak? sebab kalau di Dataran ( Hatten melaka) ada shuttle. nak kemana2 jalan kaki, mahkota parade sebelah je lintas jalan. Jadi Hatten Melaka & Hatten Place lain kawasan ya
dari bawah |
Dapat key-card terus menuju ke bilik. Jalan ke bilik pon ok cantik. berkarpet. Bila buka pintu. Bilik lawa, cuma sempit sangat2. rasanya muat2 solat je. lepas tu dah sila kemas, kalau tak orang tak boleh jalan. Konsep wainscotting memang lawa. Cukup lah bilik untuk tido. Berdua je dgn anak malam tu.
kemas wangi |
Sisi ke sisi katil pon sempit. Budak2 nak berlari pon aku rasa takde ruang. jadi yang boleh buat hanya melompat2 atas katil.
aku ada baca review kata dalam bilik takde iron, upon request. tapi masa stay sini smua ada. |
Complete !
Thank You |
Breakfast adalah saat yang ditunggu. Tapi hmmm... biasa biasa je. Selection pon tak sebanyak hatten Melaka, Sedap lagi Hatten Melaka. tapi berbaloilah dengan harga bilik + breakfast yg dibayar.
dekorasi cafe |
Pool cantik. menghadap Selat Melaka, cuma banyak ditambak. Jadi air laut tu tak nampak sangat dah.
The view |
ada jakuzi, tapi 1 rosak. dan berebut2 |
Bawah hatten ni ada mall sendu. The Element. takde apa kecuali wayang. SSF, few kedai kasut. 7 eleven.Kalau menginap di sini dapat FREE access ke skyDeck Level 42 ada restaurant di atas. Stay Hilton pon dapat FREE access.
Klau ikot lokasi, aku tak berkenan sangat. sebab 5 min by car kalau nak ke area dataran mahkota melaka. Taopi dari segi kebersihan bilik. Pool view semua ok.
detail :
No comments:
Post a Comment