Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 23, 2019

Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands





SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCE (WINDMILL)



Haritu kami pergi staycation di Genting. Dalam banyak2 hotel kat atas tu, kami decide nak cuba Hotel Baru. Swiss Garden Hotel. Baru 5 bulan beroperasi. Kalau ikot Lokasi hotel ni bawah lagi dari GPO. Tapi dah dekat jugak lah. Nak ke GPO dalam 9min.



breathtaking view

Sebab baru nak cuba, kami ambil dengan breakfast. kalau di Agoda siap breakfast dalam RM250+
oklah tu. sebab kami tak surE lagi kawasan macam mana. Kang satu keje nak mencari makan.


dari depan

Lokasi hotel ni berdekatan dengan Stesen Minyak Petron, ada Starbucks. dan kawasan ni boleh kata meriah juga lah dengan kedai makan cina. tapi terselit mamak sebiji. dan 1 kedai makan Siam/Thai. Nama kedai : Nok Sokmo Masakan Thai. ( plus point disitu)

lobi

Proses check-in lancar. Senang, cuma kami agak Confuse di awal2. sebab building ni sekali dgn residence. Jadi kalau buat booking. makesure korang booking hotel? atau residence? Pool Cantik tu atas residence. nanti kita cerita lanjut.

Bilik

Dalam bilik macam biasa kemas, cantik dan Baru, Aku perasan konsep bilik Swis ni MINIMALIS. tak sarat macam hotel mewah. Simple . Semua ada kecuali iron. Kene request ya. dapat katil twin sebab dia kata tiada queen, tapi nanti encik boleh lah rapatkan katil. lol.





macam biasa

complete

Kalau ikot cuaca kat bawah ni tidaklah sesejuk kat atas tu. Tapi just nice. Hotel ada sediakan FREE Shuttle ke GPO ( PLus point) so jimat lah duit parking mahal kat GPO tu. Atau kalau nak ke Genting Theme Park. Naik lah shuttle turun di GPO. Lintas naik bridge ke Ske avenue cable car tu. Senang kan? naik kereta ke atas pon boleh tapi +- lagi 20min perjalanan.


Rumah Kaca. port ootd. Intagramable sangat



bahagian dalam


POOL dia memang superb. ada banyak. dan boleh la pilih nak mandi yg warm ke yg sejuk. Ada jakuzi juga.



semua pool ni air dia warm. jadi mandi tu seronok

Yang tak seronoknya nak ke pool ni hazab. Kami stay hotel. Nak ke pool. kene naik level paling atas 32 tak silap. dari situ masuk guna jalan ke Building sebelah ( residence) dan cari lift untuk ke level 42. dari situ pulak naik tangga nak ke leven 43. semputttt ! dan paling takleh blah. Towel sila bawa dari bilik. sebab situ takde kaunter pon. kalau nak ambil di lobi. which is kene turun pusingh ke building hotel dah ke LOBI. tak kuasa.




Breakfast. Hmm taknak komen. yg pasti RASA dia pon hmmm.
Kalau datang balik. Aku tak nak amik dah breakfast. Baik jalan kaki keluar dr hotel, lepak mamak makan roti canai/ makan nasi kerabu kat kedai nok sokmo tu. Dekat je. Boleh Jalan kaki sejuk2 dingin.




dari bilik nampak mamak

Lokasi Swiss Garden ni dekat je dengan Hotel baru GEO hotel tu. Nampak bawah tu lot kedai? bersepah2 kedai makan 7eleven. Gerai2 tepi jalan. OKlah kalau takmo pening kepala duduk kat themepark yg ramai umat tu. Kawasan ni tenang. Naik kereta ke atas tu kejap je parking dalam 1st world Hotel sehari RM12. Setel.

baru nampak

Masa dalam shuttle berborak dgn staff. dia bagitahu, keluar lobi ke kanan ada 1 gerai ni. Zul Corner bukak jam 6petang. Jadi tak payah jauh2 nak makan. Senang kan? Makan kat atas pon mahal berdentum. Baik ko makan je kat sini atau Nok Sokmo tu. Harga masih ok.. Nasi goreng dalam rm7-8 oklah kan. Kira nya lokasi hotel ni mudah juga cari makaan selain mamak.




Kami malam tu bosan, naik juga lah ke atas. Saja buang masa. Cari makan.

Kali ke 2 disini. fav



Info :

SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCE
Located in: Windmill Upon Hills
AddressWindmill Upon Hills, Jalan Permai, 69000 Genting Highlands, Pahang
Phone03-9213 0777













2 comments:

puanstoberi said...

akk pun baru pegi masa cuti deepavali tu ari. booking kt web dia bilik hotel tp dia upgrade ke residence. best giler sbb besau..hehe. 2 bilik siap fully furnished.
Tapinya...pergi hari cuti bertindih kan..u know lah kan.. nak check in pun sejam beratur.. (T___T).
Serik!

LindaF said...

yaa not bad kan. takyah dah berebut tido hotel kat atas yg ramai umat tu. bole lah kalau nak repeat