Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 22, 2011

Krabi 1.1

Sebelum nak mulakan entry ini , ada sedikit info yang aku ambil dr blogger bbf yang pernah ke Krabi.
Blog refer to : Lisa & Ayuni., dan ada beberapa blog lagi.

Sebelum memilih ke Krabi sebagai destinasi pertama ( atas pilihan suami * ko dengar cakap laki kan bagus? )
Aku dah selamat survey few blog yang cerita secara detail tentang Krabi. so far tak susah mana pon, macam mana korang pergi Bandung? mcam tu jugaklah yg korang boleh buat or refer. cuma faktor bahasa yang menjadi masalah sikit !


Ok benda pertama yang terlintas di kepala bila sebut tentang Krabi ?


  •  Pancake Banana Choc ( mesti mauuu)
  • Tomyam ( harus !)
  • Phiphi Island ( bergambar adalah perlu if ko tak reti snorkeling) 
  • Berdua bersama suami ( ceccecey)
  • Massage ( Nikmat sebenar)
  • Elephant trekking ( untuk orang tak suka aktiviti laut mcm aku? sgt recommended ini aktiviti) comel ok
  • ? ( kau pilih la sendiri =p)


So far, semua tu aku dapat. Ni dah kenapa mukaddimah panjang sangat haaaa? ko cite je boleh? =p

Detail lagi : ( aku tak fedulikkkk)


Flight : Air Asia to Krabi International Airport.( rasanya sehari 3x je flight ke Krabi)
Time : 1.30pm to 2.24 pm ( Krabi Time)
Hotel : Ananta Burin Resort
Budget : 4D3N = RM 550. ( lebih kurang halal)
Currency : tolong tukar duit secukupnya, since kat area Aonang ni mahal lah tukar. for 100bhat = rm10.80, sedangkan tukar kat Midvalley RM10.30.


Ananta rajin buat promo, sila usha FB mereka ye =D

Duit yg kami tukar : RM900. tanpa tinggal sesen pon .. sobbss sobsss.( duit RM banyak balance) =p
( duit memang habis utk pakej2 yang di beli, transport, makan, makan,makan dan makan)
Satu tentang Krabi, a small town. sangat kecil, Nothing !
sunyi, jauh dari kesibukan yang teruk. Tapi aku suka. gila jauh beza kot dari bandung. cuaca pon ok.
yang penting tak berhabuk !sekian.







Ko posing je pompuan. Pandailah korang pikir nak kene bawak apa dalam bag sebesar tuh. haha.
oh pasport jangan di lupa =p





after 1.30min hour perjalanan yang menyesakkan telinga =p
Berpijaklah di bumi Krabi. Horeayyyy


btw, 2,3 hari sebelum ke Krabi tu, aku dgn fezal sikit pon takde perasaan nak ke krabi, masing2 bt bodoh je. haha.dah lah baru lepas wedding, yelah sibuk nak kemas rumah lagi, nak pulangkan barang vendor lagi etc etc, sampai malam nak fly baru betul2 packing. Tapi bila dah betul2 jejak Krabi.

*sendiri rasakan kenikmatan dunia baru* haha






Kalau dapat dasar pemalas or malas nak pikir? kau email je Tuan tanah Hotel kat Krabi tu. Pandailah diorang sediakan driver nak pick up korang kat airport Krabi yg maha kecik? jalan 2 pun tak puas nak feeling pramugari sambil tarik bag! hado?


Ini driver dari Hotel Ananta Burin
Rate : 600 Bhat per transfer ( airport to hotel) or (hotel to airport)
600 bhat tu = RM60 ok.


Bapak mahal for 30min perjalanan semata ke hotel RM60 ( dah kau dasar pemalas?tak nak explore or google cara-cara nak ke hotel dgn bus? mendapat la bayar rm60. *panggg*


Tapiiiiiiiiiiiiii? ada tapi, if korang datang in a group, mesti lah murah kan? sebab dia kira per-transfer ye adik2.
so kalau agak2 van tu muat 10 orang? ko sumbat la 10 orang =p
pastu bahagi sama-rata ye.



Masuk-masuk kereta, kau feeling lah Tuan Puan ! sambil tengok pemandangan sambil makan asam. oh asam import dari KL, 
please jgn gosip, i bukan mengidam ye. sekian.




Sawadikap .......

Faizal, bila kene tegur dengan staff dia cakap sawadikap,dia pergi balas : OK !

ape yang OK bang? kahkahkah (ish tabaik ketawakan suami tau) =P

cer tengok bila staff dia cakap kat aku?

Sawadikap ......



Diam * bunyi cengkerik*


hahahahahahahah.





Ini resort saya ! resort awak bagaimana???



Datang honeymoon ke datang bulan ke? datang bintang ke?
Binatang ni memang akan ada atras katil ! so beri tepukan gemuruh !!


*teruja* sebenarnya.
kau takyah nak req deco honeymoon sangat lah (padahal takmo bayar) haha
dia charge dohhh, malasssss benda charge2 nih. mak percutian bajet je =p
dah lah percutian bajet, pastu bukan tido sangat pon, eh? eh?




Masuk bilik pon dah dekat pukul 3.30,letak bag, tengok sikit2 dan perut minta di isi,
bak kata Lisa, agak jauh la jalan kaki, dengan kaki pulak tu? blom dengan tangan *apekah*??
Tapi takpa, sekali sekala merasa berjalan kaki, aku tengok rilex je ma tsaleh tu tanpa baju lagi jalan kaki separa laju ke hulu kehilir, ok je

so ape ada hal???





keluar lorong hotel terus ke kiri ye anak-anak.




hah ini yang buat aku tiba-tiba jatuh chenta dengan Pekan Aonang.Masa ni asik cakap denkat fezal betapa teruja sangat2 datang Krabi. takyah g pantai pon takpe. Aku memang dah suka. Explore dunia baru. kan?
Best gila. sebab dia macam pekan kecil, so takde jem, takde habuk?dah la jalan kaki. so feeling dia tu macam lain sangat. cuaca pon tak panas mana.of course takde jenayah pon aku rasa. balai polis pon jauh gila dari sini. so sepanjang jalan tu akan ada food stall tau.
banyak jugak. semua yng berniaga bertudung dan Muslim. (penting tu)
yang penting : bandar dia BERSIH gila.






Ambil masa berjalan sekitar kawasan deretan kedai di depan Pantai.Saja nak cuba sesuaikan diri dengan keadaan di sana.banyak jugak kedai, and yang penting area ni lagi meriah dari Pekan Krabi. haha.
Krabi sunyi sangat. tak meriah mana pon, tapi Aonang ni pon takla bising macam phuket aku rasa.
Phuket macam lebih happening kan?
Aonang more to relax. serius. best !






* amik pic muka biar senget, supaya ade unsur kurus kat situ =p


Dah nak petang sikit sambil jalan sambil explore kedai makan yang halal.
so terjumpa lah few kedai yang blogger lain dok cerita, antaranya :


  • Chaba Thai
  • Wangsai Seafood
  • Bamboo Restaurant
  • La Casa 
  • Aonang Seafood
  • Sarah Tomyam ( gerai )


semua ni ada di area deretan kedai2 tu. Sila lah mencuba.







Ini antara deretan gerai-gerai makanan Muslin yang berniaga di sepanjang jalan nak ke Pantai Aonang tu.
I option for gerai instead of Restaurant.
Saje mencuba makan di gerai dulu, and ternyata 
TERSANGAT lah sedap esp gerai yang hujung ni.
takde nama *THAI FOOD* je yang aku perasan.


Murah sikit compare to Gerai yang lain.
harga makanan pon lebih kurang KL, takdelah murah mana.


ada hari ke 2 tu, aku siap lunch makanan yang dia masak, memang aku yakin dengan makanan kat sini.
jangan was-was ok. makan ikan goreng+ nasi putih+ chicken green curry ( sedap wooooo)
lagipon belakang Pantai aonang ni memang perkampungan orang Islam di situ.
(siap aku explore naik motor dgn fezal) dah macam kampung sendiro aku buat. haha



Tapi oklah untuk makan berdua kan?
dapat pulak perut aku yang ape masalah tah asik makan je lepas kawin haritu?
*sila jangan buat gosip andaian yg terlalu awal* 


btw, aku naik almost 4kg bila samapi Krabi ni. bayangkan menu utama memang makan Nasi je.
punyalah risau if tak dtg sini lagi, habis semua benda aku nak cuba makan.
Semua sedap, sampai Kuih tempatan orang sana pon aku beli tau.

Ade braniiiiiiiiiiii???




fezal beli frozen food yang dh di goreng and di letakkn sos thai.
sedap gilaaaaaaa !!





Ini Makanan pertama masuk mulut petang tu.
Sedap sedap sangat esp Tomyam !

Fezal ambil Ns goreng Nenas, and aku pulak ambil Ns goreng seafood.





Lepas dah having our late lunch, baru lah cari dessert.
Of course lah yang di beli is Banana choc pancake.
Sedap gila............ tak sia-sia datang jauh2 semata benda ni. haha


Macam dah mahal je dr aku baca blog bbf yang lain.
mine was starting wt plain pancake at 20bhat.
untuk yang ade isi start 30bhat, rm3 untuk pancake senipis itu?
Hmmmmm.... Hmmmmm
mana yang murah nye tah? haha

Oi dah makan jangan berkira, mak marah !!






Akhirnya,Kami patah balik ke hotel, sebab dah decide dengan faizal untuk rent motor.
200bhat sehari, amik je dengan hotel sendiri! senang.
Kami ambil scooter. blue color. Nice ! Comel.
SEBAB musabab ambil skuter ni? dah tak larat nak jalan kaki, plus kami sibuk nak mencari pakej island hopping, elephant trekking etc.
so dengan motor senang sikit kot, parking, turun, usha, BLAH !

dengan scooter jugak

habis lah aku meronggeng dengan fezal merata-rata.
yang penting. takde sesat langsung. siap discover 
NIGHT MARKET kat Krabi town.
and ade satu pasar malam berdekatan area kampung mana tah. haha,

DAHSYAT !



Abang, kenapa muka abang dah macam penduduk sana ni?
*kurang hajo punya bini* panggggggggggggggggg



info tentang NIGHT MARKET !

Setiap Jumaat - Ahad.
Jam 6 ptg hingga 12 malam
ala-ala Uptown kat KL
Jual dari makanan hinggalah pakaian.
berada berdekatan Pekan Krabi.


Punca fezal nak sangat pergi night market ni?masa jalan-jalan hunting for island pakej, dia ternampak satu brochure ttg pasar ni. sbb kami sampai pon dah ahad, alang-alang, dia ajak pergi, saje cr makanan.
if korang suruh driver/taxi bawak?
mendapat lah korang bayar 500bhat ke sana. 
RM50??? agak2 sikit bangggg.
if kat KL, nak ke korang bayar segitu??? jujur? jujur sekarang !!!!

duit tu macam2 boleh buat kot.so apakata korang guna duit tu rent skooter/motor then cari jalan sendiri ke Krabi town and pergi pasar tu sendiri.(map kan ade) cost nye tak sampai pon lah rm50 tu.
ade 3 pasar tau yang lebih kurang. so korang pergi je tiga-tiga.

tak ke best tu???


So apelagik? rent je scooter, boleh peluk laki lagi kauuuu. haha
Kami mmg buat ala-ala backpack Sewa motor dari petang tu, sampai lah hari nak balik. lapar sikit, bawak motor g pekan, bosan je, bawak motor g jalan2 area aonang. gila tak gila lah, tkde satu pon aktiviti yang aku and fezal pergi naik taxi?or tut tut? melainkan nak ke phiphi island sbb pakej mmg ade trasfer dr hotel to pantai.
Kene berani je, nothing to be worried lah.
semua orang baik-baik. if sesat? rajin bertanya ok?


Mudah kan?



so antara cadangan aku : please sewa motor/scooter. memang memudahkan perjalanan and senang sangat nak kemana mana.


  • minimum isi minyak? 50bhat. ( kadar yg telah di tetapkan)
  • stesen minyak terdekat dengan pekan Aonang tu? cuba cari deretan kedai yang ade Mcdonald?(hujung dan ketas sikit ) lepas tu korang jalan terus je sampai terjumpa satu masjid yang belum siap. sebelah tu adalah stesen minyak. =D
  • if dari stesen minyak nak teruskan ke Krabi town boleh ! tapi agak jauh sikit and akan lalu hutan, bukit, gunung ganang (celah mana pompuan gunung kauuu)  so cadangan aku? korang patah balik ke arah pekan aonang and ikut jalan masuk dari pantai tu, and pandai2lah cari KRABI signboard. haha. 
  • Perjalanan adalah selama 20minit, and akan lebih terasa cepat kalau kau ikut cara aku nyanyi lagu hindustan sepanjang perjalanan sambil tangan kau lambai2 kat orang (sumpah gila!!)
  • Ada satu jalan shortcut ni tau, tapi tak retilah nak explain. haha, meh la jumpa aku lukis map =p
  • Kat pasar banyak makanan best2, cuma halal atau tak je. so far yang aku nak fezal beli pon kuih je, and yang jual yg pakai tudung. yakin, yakin, yakin !!! huh semangat *tetibe*. then rajin-rajin lah tanya : MUSLIM? sambil angguk geleng geleng tunduk tunduk ikut tunjuk  eh eh
  • Ada orang kata, beli kat area Pekan Krabi tu lagi murah dari area Aonang yang kita stay tu. hmm agaknye lah, sbb so far aku g Krabi waktu malam, takde pon aku g time siang. haha. Gila berani.



Ok done. balik tu kompem lah tido. hehe.
eh tapi sempat pergi booking pakej phiphi..ada satu kedai aku nak suggest. serius tolong lah bargain dr 1st harga yg korang dapat tu ok.

Mine : Pakej phiphi 180bhat 7 tempat, tranfer hotel, makan, fruit, mineral water and all alatan snorkling. dia diskaun jadi 130bhat. aku dapat 120bhat. (murah or tak? aku fedulik ape?? dah bayar pon) hahahahahaha.



Ok bai, sambung bila aku free, esok nak berinai untuk Majlis Bertandang kat kelantan.
I nak pergi Kelantan you =p























10 comments:

aurikelsan said...

macam best. serius!

cik enul said...

best nyer honeymun kat sana...
tgok pic pun dah jeles niyh..hehehe

Unknown said...

serius jeles.syok laaa plak baca review krabi nie. detailsss betul. btw nice review. :)

Renee Meow said...

waaaaa beshnyeeeee... :D panjang giler bace entry ni..sgt2 detail n informative...

Unknown said...

ok linda..mood i makin membuak tengok u pnye review nie hahahaha..pancake2 pancake pancake

LisaLisut said...

homaigodddd panjang gileeeeeeeee.

1.kalau faizal mcm org sane,kr kata muka aku mcm org sane hahahah

2. faizal bwk ko naik scooter kau peluk dia.aku ? aku bawak kr naik scoot dia peluk aku.hado?hahahahahahha

3. 20baht=rm2 utk pancake tu ok aa.tp kalau dia jd rm10 or 100baht lg bagus.muahahahahahahahha.

4. aku dpt 120baht gak island tour yg sama.ananta cool.

ok bye hahahaha kau buat aku rindu krabi.eh silap.aonang.krabi tak best.sepi.sndri aku benci.k bye ;p

LisaLisut said...

lg satu aku mcm tau bilik kau celah mana.hahaha.bilik aku ke tengah sedikit.kau punya tepi skit kan.tapi tak aci kau dpt angsa ats katil.aku dpt kipas je.apakah?hjahahaha

LindaF said...

auri : best sgt

enul : best gila. =p

ctzainal : haha, i mmg suka bt detail and complete

renee : tak tahu nak pendekkan camno? hhahaha

Uya : pancake sangat best ! sila cuba semua flavor

Lisa : untung lah dpt kipas and i dpt angsa..kalau tak lagi sadis bilik ni. kahkahakah

Fiza Zainol said...

bestnya......nk pegi jugak.....

Something Borrowed byNawal said...

OMG ur blog sgt membantu! Thanks a lot! :)