Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 18, 2012

Mabul Island : 1 #

Hai korangg. selamat berhujung minggu..
Lama tunggu next entry? Ngahahahaha.
Sorry, I memang banyak kerja di opis, sebab ade Expo yang nak di uruskan di KLCC next march.


Today cuti baru dapat masa sikit nak update. walhal kepala otak ni dok pikir kerja atas meja. T_T


So sambungan haritu....



Masa sampai area Pulau Mabul. Ini pandangan pertama, Rumah atas air yang di jadikan homestay. Berderet sepanjang pulau tu. Ade beberapa yang betul2 berhadapan dengan Air. macam i punye Seahorse Sipadan, memang kalau reti berenang. ko terjun je lah. nak tunggu ape??
Kaaannnnnnnnnn??



Masa dalam bot, i suka tengok penduduk mabul ni. gigih cari ikan, hasil laut. dari beberapa blog yg i baca before datang, Majoriti adalah penduduk bajau. kehidupan mereka biasa-biasa je. 
Tengok tu, tengah tunggu ikan kot? *pandai je haku  nih*





Ini home stay yg pertama UNCLE CHANG !


Starting rate pon RM70-140 per person per night. Mahal kan?
*untuk orang yg pergi 4 hari mcm aku mahal la kot*

tahu tak, Selain dari korang stay sini. korang boleh buat a day trip ke Mabul, semata snorkle and diving. Korang stay lah kat mana2 resort kat area Semporna mcm kawan aku buat. Pastu baru cari bot ke Mabul n tido semalam. so rate dia murah kan? sebab stay semalam je?

Ni aku? Stay gila 3 malam jadah nyeee???
Ok sila bersyukur linda, untung laki kau nak bawak kau okkkkk !





Ini yang paling Fofularrrrr kat Mabul.
Scuba Jeff. semua orang yg backpack memang akan stay Scuba jeff. Tapi dengar cerita toilet kat luar kan?
ke dah renovate baru? aku pon tak sure. hehe.



Scuba Jeff ada package. boleh pergi ramai2 or pergi berdua.
Harga pandaila korang kawtim.

Rate Scuba Jeff murah rm10 dari Seahorse yang kami stay.






Ini pulak Billabong.
Cantik kan? masa sampai baru perasan tempat ni. If tak dapat stay SWV ( Sipadan Water Village) boleh la consider tempat ni ape?? dah la mmg berdepan dengan air je.
alaaaa bukan best sgt pon stay SWV tu. dah la ceruk mana tah? jauh plak tu dari segala benda. hehehe.
*nada dengki*


Harga ??

:: LIVING-DIVERS
Basic Room : RM70 Pax

Attached Bathroom : RM90 Pax

Air Conditioned Room : RM120 Pax


:: LIVING-NON-DIVERS
Basic Room (1st Night) : RM170 Pax

Basic Room (Additional Nights) : RM70 Pax

Attached Bathroom (1st Night) : RM190 Pax

Attached Bathroom (Additional Nights): RM90 Pax

Air Conditioned Room (1st Night) : RM220 Pax

Air Conditioned Room (Additional Nights) : RM120 Pax


Macam mahal jugak kan? cuba tengok Non-Divers, kos mmg mahal dr Divers ye adik-adik.
Attached bathroom RM190 per pax-per night? kalau ko pergi laki bini?

190X2 orang = RM 380.

RM380 kalau stay kat area KL, aku rasa Suite kat Grand BlueWave dah boleh dah.

Mahal kan? tapi percayalah ini lah budget kos untuk orang macam kita-kita ajeeee.
Eh kalau ko kaya, ko duduk la SWV, aku pon tak heran. sbb yang aku stay pon Mahal jugak apeeee? Muahahahahahaha.....

 * Please take note that any equipment pon rental tau ! Mahal mahal.

Tapi up to korang lah nak stay mana, kat sana banyak je homestay. boleh lah pilih. Tapi serius di ulangi :

MABUL MAHAL !!! hehe.



Our : Seahorse Sipada. dah cerita kan masa entry sini
Ini lah dia rupanya Seahorse Sipadan. ade 5 bilik. 2 dorm.
Dorm ade 4 katil. kalau single room ade katil queen size macam tu la.

Ingat tak kiraan kat sini?

Ye kami bayar RM699 promo di MATTA fair last year.
RM699X2 = RM1398 / 3malam.

Semalam adalah RM 466. (complete)
*Equipment pon dah include

Kau mampuuuuuuuuuuuuu??? haha.

* kat sana semua benda di kira per person ye. so kau datang laki bini rugi. ngahaha.
datang dengan kawan-kawan baru best sebab bayar sendiri sendiri. hehe.

Next year fezal akan ke Mabul again, dia nak amik Open Water License.
Siap cakap : U TAK PAYAH IKOT ! RUGI !!


huk alohhhh, ade aku kesahhhh?? CAK CAK CAK?





Pandangan dari depan. Not that bad ha? dah la mmg berdepan dengan air yg jernih hijau2.. aahahhh aku tak fedulikssss. tak kisah la bayar berapa pon.








Kat mana2 tempat homestay pon mmg akan ada buffet. makan 3 kali. Pagi mcm biasa. Lunch hour selalu dia hidang lepas semua balik dari menghitam kan diri,=D tak kira la snorkle or diving. makanan ada ayam, seafood, sayur.Minum tea/nescafe (unlimited) bancuh la sendiri ye . hehe.

Oh best makan kat Seahorse. Masakan dia sedap. mmg kene dengan tekak ini. hehe
Ini pengalaman sendiri, I memang puji Staff Seahorse.
Diorang semua sangat Peramah and memang mcm family. Untung dok tempat budget mcm ni. sebab boleh kenal each other. and diorang sgt helpfull.
Staff bukan amai pon. ade la beberapa Instructor. Tukang masak, tukang kemas. BOS.
hahahaha.








Ini bilik saya, bilik saya ade 1 queen dan 1 single. hehe. Toilet attached ye.
So senang takde la malu nak berkemban budget macam kan Ikan Duyung =p







Dari Kejauhan. =D





Oh kan masa sampai Kami takde bilik, tak malaun mana tah yang extend stay.
So kami di tempatkan sementara di Nurhayati INN. uishh kaya dia ni. Ni ketua kampung punya rumah ni. Kau hadeeee???

Sebelah dia ade Kedai makan, dan Kedai runcit.
Penat aku borong biskut tiger buat cecah air teh waktu petang tengok matahari..

Malam tu tetibe teringin makan Maggi Kari, so suruh aje Kedai Makan Nuryati tu masak. bayar. makan. dapat tengok TV. kat bilik takde TV. SWV ade lah !
Sobbss Sobbbss *lap hingus*



Ini biik dapat DORM. ade 4 katil, tapi i tido berdua je dengan Faizal.

Tingkap tu boleh terjun terus. haha. Malam malam tido dengar Deruan Ombak.

BESTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT GILA !!!

so sila jeles* sebab rumah korang ade ke? deru deru ombak tu? hahaha.
*pangggggg


RUMAH AKU PON TAKDE.



Ade hall. tapi mcm takde fungsi pon. haha.
semua datang tido je. siang semua hilang masuk dalam laut. Macam aku cakap, masa mula-mula 1 hari amik masa nak sesuaikan diri dengan suasana baru. masuk 2nd day dah biasa dah.

NO TV, No music. tapi handphone ada. hhhaha.
3G kat sini full bar. gila lah.
so memang aku rajin la borak dengan kawan layan internet. Tapi bile batery weak?

T_________________________________T

* Elektrik di cati, pakai generator *betul ke aku eja?*
So lampu, kipas,nak charge hp segala hanya boleh ON pukul 6pm hingga 6am.

Sanggupppppppppp tak???
Kalau tak sanggup, g stay SWV. huh




Kat Hayati INN, ade dek ni. tak tahu nak panggil ape tempt ni. rajin aku julur kaki ke laut tu. best wooa.. 
pastu boleh tgk ikan live, tapak sulaiman. demmm gorjes.
Ada warna biru, merah, cokelet, hitam. aaaaaaaaaaaa best nya.
pastu boleh tengok Ikan pari selamber je main2 kat bawah tu. 
Aaaaaaaaaaaa best best best.








Petang tu lepas dh masuk bilik,
kami TIDO.


hehehe. dalam jam 6 baru bangun. sebab Seahorse kejut suruh minum2. tapi malas nak berjalan ke sana. kami berjalan ke area SWV, tak jauh la. sebab Mabul ni kecikkkkkkkkkkkkk sangat.


Lalu kampung kecil. lepas tu sampai. haha

Tapi sebelum samapai Sipadan Water Village (SWV) korang akan lalu lagi satu kampung kecil tepi laut. macam penduduk bajau laut.




Pasir putih tepi pantai..

Ombak saling berkejaran.

kau lari aku mengejar di antara deru rindu.

KITA BERDUAAAA...

Basah-basah nya rambut muuuuu *okeh libas bang libas rambut tu =p*


asyik asyik asyikk....

Eh bajet diri Amalina pulakssss =p





Apa perasaan korang tengok mereka????

Me????

TT_____________________________TT


Itu rumah, Itu tempat bermain. Itu tempat cari Rezki?
Sebab tu i takde sebarang komplen pon masa berada kat sana.


Kalau KAU, KAU, KAU atau KAU

jenis yg fussy geli sana sini. ko tak payah datang.
pergi balik n main jauh2

Shhuhhhhh shhuhhhh.. *emo*

Tapi KALAU korang antara yang KAYA.
please la help them. Pleaseeeeeee.........................





Haaaaaaaaaaaaaa sampai pon. eleh ini je pintu masuk???
*mood dengki*





Nahhhh sape yang teringin nak stay sini. "Lihat lah, lihat lah dunia *azean irdawaty*

I ade risik dengan Staff Seahorse. If Local. nak stay sini.
range dia RM490 semalam per-pax. kalau pergi laki bini??
*tak abis2 laki bini kau ni pompuan*


alaaaaaa nak aku calculate jugak? ceittt

Rm490X2 = RM980.

Kalu hari tu aku stay sini dengan 3mlm feeling bajet kaya sangat.
Enchik Fezal akan dengan selamber nye jugak bayar RM 2940??

Arghhhh Tidakkkkkkkkkkkkk Nehiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

Nanti takde budget nak pergi Hong Kong uolssss =p


So kami Redhaa.... Redhaaa ye anak-anak dengan stay budget homestay yang masih boleh dengar deruan ombak. sayup sayup, dan sesekali terasa Rumah di pukul ombak *seram*

*agak-agak stay ramai2 buat group backpack? nak ke korang? muahahahahah.
baiklah Korang datang mabul ni Honeymoon je. Dok bilik main sep sep tom tom dengan laki.*nada jeles lagik*
Ade Astro, Ade aircond. Makan pon sodap
Elektrik 24 hours.


For me? Takpelah i prefer yg budget. Small homestay. boleh borak2 dengan staff. Infact, i bukan seorang perenang Negara ye. sebab tu rugi bawak aku *bak kata hubs*
Tapiiiiii our Instructor tu paksa aku turun air, and terjun, and float kan badan and snorkle.


And atleast i merasa ok, jadi penduduk bajau. a part of them. hhehe.
takde elektrik. makan bile perlu. Insaf. serius.
sampai i menghargai tiap nasi tu tau.
Habis I makan. padahal kau tu tombolok besor.

and makan bile perlu, nak makan biskut depan budak2 tu pon serba salah.
then terus bagi diorang. happy sangat diorang bile dapat Biskut Oreo. Biskut Tiger.
Sobsss T___T

Kan ke kelainan tu.
Adik aku Biskut Oreo pandang sebelah mata pon tak.
Hampehhh betol !







Me and Sunset
Indahnyeee Ciptaan Tuhan.








Haaaaaaaaaaaaaaa ini baru best. cantik betul minah ni =p









To be Cont..............
*bajet Drama sangat haku ni* alahhhh korang layan Vanila Cekelet tu boleh tunngu kan?
Fedulikssss


















6 comments:

jooleata said...

PSL!! hahaha.. terbaeekkk..

LittleSunshine said...

Thumbs upp.lawok la entry u.sambil ckp dlm hati aku jeles.cantikkkkk wooo

Nur Dalila Jamaludin said...

hahah suka la baca u punya cerita..interesting!

n.A.d.i.R.a said...

huhu... terbaik.. cantik sangat place nyer...boleh jadikan guideline kalau nak gi sana.,....

LisaLisut said...

apsal tah si faizal makin kurus.hahaha.

kalau air dia yg jernih tu setinggi paras pinggang je aku sanggup.sbb xpandai berenang.so bole main dlm air yg paras pinggang yg jernih tu mmg la syok. gila la air dia.knp la kau jauh sgt wahai Mabul..huhu

Repunzal said...

Lisa : apekahh kau tidak nampak di ScubaJeff tu, org main air paras pinggang? hehehe