Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Travel for TWO. Show all posts
Showing posts with label Travel for TWO. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Vietnam : Hong Ann Butik & HCM Town




Kita abaikan seketika entry Stroller tu. Nanti dah tiba masa aku cerita lah. Bulan Puasa ke ? ;p
So harini nak sambung entry vietnam balik. 3rd day as usual aku bangun pagi-sarapan-lalu depan Basiroh - masuk Ben Than. wakaka Hari2 buat benda sama . kejung kaki. Sampai aku jado bosan sangap asik menghadap kain je. Pergi plk berdua. so kalau nak buat apa2 aktiviti cam tak best kottt. haihlaaa geng2 travel semua single lagi. So kalau ajak pon dorang busy manjang.kalau dorang ON pon trip europe nanti. eh melalut dah ni. Ok layan gambo ;p

Ni pandangan dari cafe hotel. Pagi2 hadap building. Makan kat dalam. Luar dia cam tempat lepak2 la

Me ready. asik ulang tayang baju sama je. Atee aku tak bawak banyak baju.

our cafe, at Mifuki Hotel

Hoihh Jalan ni penting sangat ok. dari jalan ni lah yg akan menghubungkan korang dengan Town HCM. nak ke area Continental Hotel utk ke HRC. dah la sepanjang jalan sama je. Pitam. padahal dah jalan hampir 10km ni



 Pagi2 lepas makan, aktiviti kat atas tadilah. so bila nak kemana2 aku suka jalan2 lalu depan basiroh padahal tak berkaitan pon. wakaka. Sebab nya kot2 la jumpa msia yg aku kenal. So tengah lalu2 jumpa balik kak Ann dan kawan dia. kebetulan dia nak ke Hong Ann, siap bagtau kami, toksahla beli kat Pasar, bak kata dia meriah manik warna lari tema. Kehkeh. Kalau beli kat Hong Ann kualiti sikit. So pejal kata jomla join. Jalan kaki je. tak jauh pon uols. Janji ade map kat tangan je. abour 15min jalan sampai la. Pic kat bawah ni area yg aku lalu sebelum sampai Butik.








Saje aku besarkan pic, senang biji mata nak tengok! ini lah butiknya. FYI, dalam ni semua ada, baju kurung? Jubah? tudung 3layer ala-ala faridah? termasukla shawl halfmoon. N YES, owner kata dorglah pengedar utk butik2 tu. lalala.




suka tengok je.pastu snap. naik level atas untuk tgk baju kurung siap




Tadaaa//dalam Butik Hong Ann ni banyak pilihan sikit. Takdelah baju kurung pahang je semedang! atleast dlm ni ade gak kurung modern , empire cut ke apa. Nak kata mahal? tak sangat lah sehelai dlm USD30. ada yg USD25. depend pada material dan jahitan manik. Tapi dalam ni aku puas hati, senang boleh try, pastu size pon banyak ! cuba tengok baju Mint Green tu? tu dlm RM90. Percayalah cakap aku. Ko takkan jumpa kat Pasar malam Ben Than tu. hewhew. 1 kanan tu kurung pahang kain paisley. aku beli dalam RM70 tak silap. dalam Butik boleh jugak pakai duit VND USD RM. Credit card pon voleyyy!

Balik lahhhh lepas rembat 5 helai.

Balik lalu sini. aku cakap. B amiklah pic. dah iras Rebung TM opis u. wakaka



satu aku tak paham dengan negara dorang ni. berselirat wayar elektrik merata2 tinggal nak hempuk kepala orang je aku rasa. gila BERBAHAYA .


Balik kami makan di Basiroh -again. sebab nya Murah. Tapi murah2 dia pon RM15 gak makan nasi putih + kopi ais. Kat Vietnam food tak murah ya. Mahal lah pada aku. 





Menu kali ni. Haihlaaaa nasi. masa ni tak sabar nak balik msia makan nasi banyak2.

Lepas makan hujanturun tiba-tiba okkkk! Hujan panas pulak tu. Kak Ann dah nak balik petang tu. Kami masih berbaki hari lagi. Blerghhh rasa nak ikot je dorang balik. hahaha. So nak buang masa masuk la Ben Than (lagikkkkk). Aku habiskan je duit VND. sebab kami bawak agak banyak gak duit. HAHA. Rembat la kain untuk kawan2 yg tempah dr msia.




Corak paisley uolsss ! GILA LAWA. kalau orang tanya aku BEST ke Vietnam ? Honestly lah. tolak lah sesi makan? rakyat dorang yg biadap/kasar, Shooping aku bagi 7/10 la. Oklahhh takat nak beli pakai raya, Kalau meniaga mungkin heaven. Aku g sana? takkan nak beli FAKE shirt Ed-hardy? mmg tak lahhh !
So balik dari shopping tu, kami balik hotel, and lunch buat alas perut, sebab asal malam aku mesti makan kat basiroh gak. makan Pho-Bo. haha. Kami balik mandi dan tukar baju, nak petang sikit baryu keluar balik. kali ni kami jalan2 ke Rex Hotel dan nak pergi beli Hard Rock shirt hubby. Dia memang pengumpul. Aku tak koserrrrrrrrrr.


siap tukar baju okk! sbb sana panas! berpeluh aku and busuk ! euuw

1st pit stop : Ape eh? building ni -____- aku lupaaa !  oh err POST OFFICE, bangunan tertua
senibina kat sana cantik. sebab banyak bangunan zaman  dulu

City hall? -___- aku lupa wehhhhhh !

tengah jalan2 nampak bride ni nak buat post wedd, glamour uolss

Kat sana kalau nak jalan kaki, tak jadi masalah pon, Korang perlu ada Map cukup! selebihnya agak tersesat? rajin2 bertanya mat saleh minah saleh kat sana. Dorang sangat baik dan ramah tamah! sbb kebanyakkan rakyat Vietnam tak berapa fasih english. So aku n hubs banyak tahan orang luar! Masa nak cari jalan ke Continental sbb nak g HRC, mat saleh ni siap jalan kaki sama2 and tunjuk jalan. kelesssss kan?




sampaiii ! pastu aku yg kene belanja laki shirt. Cissss



Kami ke Vincom center, mall sebenarnya.

Masa dah balik dari HRC jalan je merata2 sebab semua dah area sama. ko jalan depan sikit kang jumpa building itu ini. So snap pic je. Takyah susah2. Memang dah berada kat tengah town HCM. area Rex hotel and menempatkan smeua Butik fofular. Butik designer dorang sebijik2 kat luar jalan tu. Bukan dalam mall. Aku masuk mall ni sebab nak g usha Furla untuk kawan yg suruh belikan. hewhehwhew.






lepak depan Rex Hotel. tengok oarng kaya masuk Hotel mahal. wakakaka.


KEDAI KOPI TRUNG NGU YEN

picture : mykeledek.com (source). Aku ade snap tapi lupa mana letak, lupa dan malas CARI. bahaha. so google pon voley

balik tu KEHAUSAN amat. So teringat nak minum kopi. kali ni bukan minum kat kedai2 cikai ni. Kami decide nak minum kat trung Nguyen. kedai kopi popular di Vietnam. kalau nak tahu kopi Vietnam tersenarai antara Kopi terbaik dunia ! Mampu? Harga secawan kami minum tu dalam RM15. bahahaha. Sesuailah kan? kedai ade aircond okkk! Alat yg digunakan untuk tapis kopi tu hanya ade di Vietnam je. Tapi mdap gila kopi dia. aku siap bawa balik tapi sampai la ni tak bancuh2. HAHAHA.







Info yang lagi best : BERITA HARIAN




Monday, July 1, 2013

Vietnam : Kedai Makan Halal & Saigon Square




Ok sambungan dari entry ini : Hotel Vietnam


Petang tu lepas balik dari ben than waktu pagi, kami balik TIDO! wakaka. TIDO sampai jam 3 camtu. Bangun2 sedar perut dah lapar sangat2! masa tu terbayang dah Pho-Bo je lah boleh makan. Sedih betul.
So kami bersiap semula, tengok dr bilik, cuaca panas berdentum. HOHO. So kami ubah haluan dan jalan. Kali ni kami decide nak jalan2 merata area situ je. sudahnya kemana2  tah. Jalan Kaki je hokehh! So tujuan Utama just nak snap2 picture dan cari kedai makan. Lepas tu kami cadang nak shopping kat Saigon Square!

Panas2 pon TEHTAPP akak captured. laki je tak berapa nak layan






Act kami tak kemana-mana pon just lalu mall belakang area Hotel kami : Mifuki tu. So jalan kaki sampai jumpa balik bulatan besar yg popular kat tepi Ben Than. Laaaa sini je? HAHAHA. masa tu terus husb cakap nak pergi tengok Deuter Bag kat satu kedai luar Ben Than. (ada info cakap : KEDAI BAG NI PALING POPULAR among malaysian. So kalau mintak kurang ke apa dia tak layann uols). dan dan kalau beli better beli kat kedai luar ni dr Pasar malam/ dlm ben than sebab kualiti bag dia sangat bagus. katanyaaaa...



Masa husb saja tanya satu backpack Deuter bag, Orang kedai tu mmg tak bagi kurang walau 1dollar pon, siap cakap : Helo, sir i everyday ship to Msia 1Kargo bag. Gituhhh so maknanya bag2 deuter yg berlambak kat Uptown, downtown bagai tu dari Vietnam ya uols.

Oh dalam tu ade : Deuter, Kipling, Samsonite dll. Kedai di besar tau. Sudahnya kami tak beli satu pon, bak kata hubs : FAKE ! hohoh. No komen.


Nampak tak? tu Ben Than dr tepi, Kedai bag ni act tepi ben than. Lot kedai sebelah ben than,  kedai dia hujung sebelah saloon tak silap. depan2 dia ade orang niaga makanan as per pic

Hubs muka tensi je keluar kedai ni, tapi kan, msian ramai dlm ni. HOHO. shopping tak agak2

Kami teruskan perjalanan lagi, dari arah kedai bag tadi terus ke kiri jalan kaki. Lintas jalan then terus akan jumpa satu MALL besar. jalan kat situ pon agak sibuk sebenarnya! Oh kalau terus je dr jalan sama terus masuk area TOWN HCM ! area Rex Hotel semua tu. yg ade a lot of designer boutique include LV, Gucci, Chanel, Burberry & Laboutin sume tu lah.. tapi kami decide perhi sana esok je. So kali ni jalan2 untuk melihat sisi-sisi kehidupan warga Ho Chin Minh ( perghh ayat sebijik Majalah 3) LOL.






SAIGON SQUARE.
Lepas penat merewang berjalan tanpa hala tuju,dlm 5-15min kami jumpa lah Saigon Square. melalui apa yg kami baca, kalau nak beli shirt/blouse yg murah even bag boleh datang sini sebab boleh tawar. Tapi bila kami pergi takde yg menarik jugak.hahah. Ada satu aunt tu org kita lah, cuba mintak tawar baju Polo kat satu kedai ni. Harga dia buka pon tak boleh blah ! USD 20? baju Polo yg tah belum tentu ORI, pegi bandung pon lg heaven kot. (eh? bandung lagi) . tau tak? orang kedai tu terus rampas baju tu dr aunt tu and marah2 siap cakap - U go GO ! sambil halau pakai tangan ok ! Perghhhhh rakyat dorang ni anoyying !


Nampak tak ade aunt duduk depan shirt kuning tu, aku beli Blouse bawah ni kat dia.

Ni dalam Saigon Square. Naik tangga tu kedai paling awal jual bag tu katanya jual bag ori jugak dengan harga yg reasonable.



Masuk Saigon pn just buang masa. Isteri dapat 2 helai blouse ni. lawa ! Suka gila each dalam USD15, Mintak kurang banyak kali. last dia bagi USD 12. Suami? dapat apa? HAHA. Sian tau. laki aku ni jenis memilih sikit, dia tak suka pakai bj=aju main taram je. tu payahnya. Sudahnya trip vietnam ni mmg barang aku je semedang ! HAHAHA.


KEDAI MAKAN HALAL.


VN HALAL. Tak sempat cuba makan, baca dr blog kata food dia sedap ! takpe maybe next time. Eh? Next time datang Vietnam lagi ke? -___-





SERAI


CHAMPA HJ HALIM


Kami lunch kat hj halim sbb dr yg kami baca kedai ni murah, nak kata murah? errr apa yg aku makan tu termasuk air teh ais + tembikai RM68 lepas convert. Murah jadahnya? -__-

Bawah Hj Halim jual baju2/ jubah kain manik2, standard lah semua kedai camtu, bawah jual kain, atas kedai makan.

BASIROH. Tepi basiroh tu KAMPUNG MELAYU. dr blog yg aku baca sebelum2 ni kata, Jangan Makan kat kg Melayu u, sbb owner dia dah bertukar pon.


Lauk pauk dalam basiroh. Ni waktu Lunch. tu je yg ade, opt lain makan Pho Bho lah. T___T masakan dia biasa2 je. Boleh la buat lapik perut.

WARUNG SAIGON sebelah/sederet dengan Basiroh. Time lunch hour, ramai jugak yg makan. tapi kami tak cuba, sbb setia dengan kedai Basiroh je. 

Malam tu kami jalan sekitar Pasar malam je. Dah itu je yg aku boleh buat. Silap lah, pergi Vietnam sampai 5hari. wakaka. Patutnya pergi 3/2mlm pon dah cukup. sebab kali ni aku memang tak buat aktiviti Mekong semua tu.






Nampak tak? Ini lah baju2 yg very-the-glamour di kalangan rakyat kita kat sana. Harga sepasang tu dalam RM50-70 sahaja. Tawarlah klau korang nak, beli boleh guna RM uolss cakap je nak apaki duit apa? RM? VND? USD? Boleh je semua. janji bayo ! HAHA. Aku tak beli satu benda pon dari pasar malam utnuk aku. kecuali sehelai Jubah manik utk mak. Lain2 aku beli kat butik. Sebab? Nanti aku cerita. dr apa yg aku tengok pegang dan lihat lah ! kain2 yg dia buat baju tu hmm biasa je, so aku cam tak berkenan lah. Bukan sebab kat pasar malam. NO-NO- Tapi aku rasa kalau korang boleh bezakan jahitan mani? kesedapan material kain? dan corak serta design. way better kat Butik. tambah Rm20 je lagi. So aku beli kat Butik je. Tu pon sebab aku kenal dgn kakak yg selalu pergi Viet ni. Dia yg tunjukkan kat mana Butik Hong Ann. So kalau nak tahu. Kat Butik tu lah, salah sebuah butik tudung terkenal ambil stok. jeng-jeng-jeng.(owner dia cakap eh)


Kedai 24 hours, aku datang sini beli Mineral Water je. Tapi dalam ni ade ATM HSBC

See HALAL LOGO.


Malam tu kami dinner Buah je. Tiap malam pulak tu. 




Esok sambung lagi.(kalau rajin)