Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 24, 2013

Vietnam - Day 1



Aku malas nak review Vietnam sebenarnya. Tapiiiiii sebab ada yang nak baca. Ku gagahi juga. HEWHEW.
Untuk entry sebelum ni, Aku just nyatakan Budget kan? Nanti aku buat senarai kedai makan - HALAL. Basically memang takde masalah, sebabnya kat sana ada golongan melayu Champa- Islam. So kedai makan halal tu ada, cumanyaaaa MAHAL gila. Makan Mee Pho Bo + Kopi ais untuk 2 orang dalam RM17.

Okey Mari kita teruskan hari pertama. day 1 aku ke LCCT naik KTM. ngahaha. sebab hubs malas nak drive park kereta kat lcct. So naik KTM, sampai Kl sentral lepas tu naik la pulak Train ERL direct ke stesen err Salak tinggi. Dan ambil bas ke LCCT dalam 15min. Sampai. Makan kat Mcd, dan terus lah boarding.

(aku sambung nanti) HAHAHA. Esok ada road trip ke JB.



Sambung entry : 20/6/13 :Flight masa tu jam 2pm. sampai sana dalam jam 4 pm. More or less aku pon dah lupa. Tapi masa sampai tu lepas imegrasi dan sebagainya, terus laju2 kami keluar arival hall, nak mencari taxi. Sebelum keluar pintu kaca, memang akan ade kaunter taxi kat area tu. Boleh pilih. 



Kesilapan kami masa keluar adalah tak keluar habis. LOL. kami ingat Vinasun ade kaunter kat dlm airport. Rupanya TIDAK ! ( ke aku yg tak perasan?), Yang ada Saigon Tourist ni dan Mah Linh. Perlu diingatkan *wah ayat aku* Kalau nak Vinasun kene keluar terus dr arrival hall. Memang ade taxi vinasun lalu lalang. sila tahan dan deal harga. kalau memang stay area Ben Than tu rate biasa adalah sekitar VND 120,000 hingga 150,000. Kami ni manalah nak tauuu kan? So amik je pakai tiket taxi dr Saigon Tourist. VND 250,000. MAHAL !!! Tapi positif aja, sebab tak payah tahan taxi, memang semua org kaunter yg buat. sampai taxi datang. hoho.


Pakcik ni bawak taxi cam HAROM! Tah ape yg dia kejar pon aku tak tau. bawak macam pelesit. macam kene kejar hantu. nak je aku tunjal kepala dia dr belakang. Kau kenapa? nampak hantu ke?Dah la mencilok skit punya berani dalam banyak2 jutaan motor. Oh kat HNM ni memang terkenal dgn Motor yg beribu lemon. FYI takyah susah2 korang nak tahan motor sebab nak lintas, KUASA TANGAN jerrrr. HAHA. ATAU Korang jalan je. motor yg akan elak korang. Tak percaya sila cuba ! Dalam taxi dia pasang meter tau. Dr meter dia aku nampak rate kami ke ben than hanya VND 115,000 je pon. ek elehhh dah kenapa mahal sangat Saigon Tourist ni hamik? ggrrrr. Ok sampai2 depan hotel ada msalah pulak. Aku buat booking under agoda, so payment dah bayarlah kan? Masa sampai hotel, boleh pulak dia cakap bilik takde?
-_________- siap drama aku kat situ, nada pon dah tinggi sikit, aku stay Hotel Saigon Pink 2, memang berdepan je dengan kedai makan Basiroh. dan jalan kaki ke Ben than about 2-5min. Tapiiiii?

Dorang kata takde bilik. FINE ! so dorang upgrade bilik aku ke Mifuki Hotel (1 comp). Kira jalan kaki 5min dr area Basiroh tu. Act aku pon tak kisah mana. sebab tujuan aku g vietnam saja2 nak tengok apa yg best sangat?  Memang sudahnya aku banyak dok hotel je pon. bahahaha. So sampai bilik kat Mifuki, aku buat inspection *kemain* aku setuju utk stay situ, sbb kalau ngamok pon bukan dapat bilik kat Saigon tu.
Masa tu dah malam pon, so rehat , mandi2, aku keluar ke arah ben than balik, perut lapar kan? So makan kat basiroh je. I do survey, Kedai makan yg murah memang basiroh untuk HALAL. Kalau takat ngade2 cam aku nak makan Thai food boleh je. Harga mahal. blerghhh. nanti aku buat entry!



Pho-Bo,sedap ! sumpah sedap! hari2 aku makan ini je pon, nak makan nasi tak berapa lalu sangat. lepas tu oder Kopi Ais. Total makan berdua dlm rm17-20 tak lari. Lepas tu depan basiroh tu jalan2 tu pon merata2 orang jual kain, relekung, baju manik, tudung. Berlambakkkk! takyah nak g pasar Malam dia sangatlah!.

1st day aku nampak jagung ni, sumpah nak makan sangat! tp sebab ramai orang oder keledek tu, plus lembap dia boleh tahan, aku blah je. Sobss. terus kami jalan kaki ke arah Pasar Malam keliling ben than area tu. Banyaknya orang jual Buah-buahan je. Pastu Shirt i love vietnam tu, pastu cam biasa banyak jual barang2 hiasan, CANTIK ! Kenapalahhhh aku tak beli terus. haihlaa. sbb kenang rumah lambat lagi siap, aku tak beli


Ni kad merata2 orang jual, satu tu dalam 1usd. about rm3. bila bukak kad tu jadilah mcm dlm pic.
Yg ni pon aku kenan Eiffel Tower je. Tapi harommmm tak beli. Malas. baik aku beli buah potong. wakakaka.

1st day terus beli FM, sebab aku takot lupa. hahaha. dasar kan? Aku ni benda melibatkan orang aku kene belikan awal-awal, kalau tak sampai kesudah aku tak ingat, dah balik kang nyesal. So itu yg aku cari dulu.

Nampak tak piring merah/kuning2 tu, tu diperbuat dr kulit telur.LAWA gila sumaphhhh tak tipu. Harga sekeping dlm rm22. Puas mintak kurang tak dapat. sudahnya memang aku tak beli. ah terbayang lawanyaaaa letak kat dining hall *tibee*

Cantik kan baju2 manik? ber-lace2 ni. Tapi aku tak beli satu pon. HAHAHA. Tahhh takde deria lah.
For me lah, Vietnam ni best untuk orang berniaga.Kalau takat ko nak beli pakai sendiri, buat utk mak-adik beradik? hmmm belilah kat kl, takyah nak beli sangat fly vietnam. sbb yg ade kat KL tu lah yg dorang bawak dr vietnam ! HHAHA. baju-baju camni aku kalau nak beli kene try, sebab dijual kat pasar malam tu,tang mana nak try nye? Harga sepasang dalam rm60-70 sepasang bergantung corak? design? jenis kain?
Kalau yg jenis2 kain cotton bunga kecil tu siap manik dlm rm50 je sepasang, tp kain dia aku tak suka. So tak beli jugak. Lagi satu, tudung2 ala-ala berkerongsang2 bertingkat2 kat sini rm30 je sehelai. Act kan Pasar malam area ben than tu, itu je pon yg ade, Tah kalau nak suh aku repeat vietnam? TAK KOT. Aku rela pergi Bandung lagi. (ni aku lahhh, orang lain aku tak tau) sebab aku bukan peniaga. hehehe. Lagipon area ben than tu dah macam pasar malam Jalan Tar dah aku tengok. kiri kana  depan belakang semua muka orang Msia. Orang kitaaaa oiii. takde apa nak risau.


sudahnya balik hotel, bawak ni je.



sambung nanti.







No comments: