Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 22, 2013

Vietnam - Day 2 dan Hotel



Sambunga dari Entry INI.

Day-2.

Kami bangun awal sebab nak ke Ben Than. Malam tadi dah ke Pasar Malam sekitar ben than kan? Jangan risau pasar malam tu memang tiap2 malam ade. Takat 2 baris je pon. keliling arae ben than. So pagi ni kami nak masuk ben than, nak tengok apa boleh beli. Oh lupa nak bagitahu, walaupon banyak kedai makan HALAL kat sana, but still masakan diorang tak kene kat tekak aku. So aku bawak bekalan- maggi dan biskut. In case lapar malam2 buta. mana nak mencari char kuey teow? HOHO.


So benda pertama kami  buat adalah bersiap2 dah pergi sarapan. Oh Bfast kat Mifuki Hotel tak halal. Tapiii aku terbaca review dr foursquare, kita boleh request HALAL food dr pihak hotel. nevermind dah lepas pon. Sami kami opt for bread and butter.










Bekala kami. Tahan oii 1minggu. Dasyat.



Yang membuatkan kami terjaga adalah bising HON MOTOR. Well kat sana kan rata-rata penduduk pakai motor sebab katanya kereta mahal? ke sebab rakyat sana miskin. ialah dorang kan nesgara dunia ketiga. Sesuai lah dengan sikap dorang. Serius aku tak berkenan dengan orang sana. kecuali yg boleh berbahasa melayu (champa) , sebab rakyat sana macam garang dan biadap, cara cakap pon kasar. Masa dalam ben than boleh pula paksa2 orang beli? siap tarik2 tangan aku laki bini. KES?




Kami ambil roti, buah dan telur sahaja. Buah tu aku basuh 2x. haha. Sebelum makan. Telur tu aku makan camtu atau aku buat scramble egg. Tu je lah menu kami hari2, Nak makan nasi or pho bo kami ke Basiroh je. Senang! sebab dah dekat sangat ke Ben Than. Dalam 20 langkah kaki. Gitewww


Suka hotel Mifuki sebab dia ala-ala Butik Hotel. So hiasan agak mewah lah. Nka kata kedudukan Mifuki ni berdekatan dengan mall. aku lupa nama mall, tapi kalau nak ke Ben than kene lah lintas jalan 2x sebelum masuk lorong popular rakyat Msia. bahahaha. So entry ni takde apa sangat, aku akan letak hotel-hotel sekitar kawasan Ben Than, Beza hotel ni adalah jalan sahaja. Macam Mifuki berada di District 4. Kalau lorong yg popular dengan rakyat Msia tu District 1, So hotel2 yg aku letak ni berada didalam lingkungan district tersebut. Alaaaaa jalan kaki sikit. 



Hotel Kami : Mifuki Hotel




Hong Thien Loc 2


The Luxe Hotel


The White Hotel. Ini hotel baru.


Ini lah lorong popular rakyat Msia. HAHA. Kalau korang stay Distrcit 1 ni, memang muka2 rakyat kita je kat sini. Takde apa nak risau. Oh lupa, ben than ni macam area Jl Tar lah. Kalau nak stay hotel best2 betul2 town mcm area KLCC bagai tu. Itu kat area Rex Hotel, Intercontinental tu. Ahhh toksahla stay situ. Bukan korang nak usha bag2 dalam butik pon. Dok je area Ben Than, Shopping kain. bahahha. JARAK? tahlaaa, macam aku cakap sebelum ni, aku cuma ambil khidmat taxi masa datang dan balik? So lain2 ke mana2? memang aku jalan kaki. Aku and faizal memang suka explore. So jalan kaki je. act dekat je semua2 ni. Sambil Jalan sambil snap pic, siap jumpa lah mall, kedai kopi popular and all (ini aku akan cerita next etry).


Saigon Pink 2 tu patutnya Hotel Kami, dah bayar semua boleh bilik full ! tahikkk tol. Mujo dia upgrade bilik dan hantar ke Mifuki tu. kalau korag stay sini dekat gila-gila nak ke ben than. Tapi aku nak tanya korang? tak bosan ke hari2 hadap kain? Rimas okkkk! Kat sana makanan dah la takleh nak makan sangat! Takat Pho Bo tu je lah yg boleh dibanggakan kesedapannya. Lain2 pd aku memang OUT. aaa aku prefer Bandung lagi. Sebab Bandung kalau ko tak nak shopping, boleh makan sedap2, boleh pergi wisata. boleh petik stoberi. EH?




Hotel Hoang Hai Long 2


Gia Huy Hotel.


Hotel An Tam.

Ok senarai hotel-2 aku bagi yg berada di District 1 ni, Boleh la korang booking thru Agoda atau Booking.com ke, mana yg memudahkan. Booking kene awal lah kot. sebab bilik dorang ni terhad. kalau tengok lot kedai dia kecil2 kan? Sebab kat sana building memang kecil2 sebab harga tanah mahal. LOl. So tiap bangunan tu ade berapa level je pon? sempit pulak tu. macam kat Mifuki kan? satu level ade 2 bilik je pon. Oh lupaaa sebab Basiroh tu berdepan dengan saigon, agak2 aku panas aku lepak situ je. HAHA. suka akulahhhh, kalau dorang nak marah? aku marah balik. tapi so far okey je. Kalau panas sangat memang aku masuk hotel dorang. HAHA.



Ben Than.

Apa yang menarik ben Than ni? Hmmm pada aku biasa-biasa je. Yg peniaga2 jangan marah eh. Ni pendapat aku. Pd mereka maybe seronok, pd aku biasa. Kecil je pon setingkat. Macam pasar Basah pon ade, sebab dia bercampur, cuma berlainan pintu masuk je. Dalam tu ade jual kain-kain. Ade jual keropok/serbuk kopi/ Bunga -bungaan/ ade satu bahagian jual barang basah. So kalau masuk kat area dr pintu area Lorong Msia tu (suka aku bg nama). Memang dh berada di tempat betul ! HAHA. Besar lagi Pasar Baru aku rasa. Dalam ni yg poluar adalah? KAIN COTTON ! Heaven lah, harga pon boleh tahan, pandai cari kedai murah oklah, Harga kain 3mtr 1/2 dalam usd12-15 sepasang bergantung corak dan jenis kain. kalau beli banyak dapatlah usd10 kot? au takat beli buat pakai adik beradik je. hewhew.

Selain Ben than ramai lagi  suka pergi China Town, Saigon Square, Russian Market. (ini based on kenalan yg bgatau dr msia, dia kerja petronas kat sana). nanti aku cerita bab Saigon Square.







Tudung tu aku beli kat Basiroh je. Pasar malam pon ada. tapi aku tengok corak dia tak lawa ! HAHA. basiroh punya corak dan manik lawa jugak. Ni shawl halfmoon tu. Lepas tu aku borong kain Cotton tu kat Ben Than. Tu je lah, dah itu je yg menarik kat sana. Oh btw kali ni aku tak pergi pon Mekong ke? Or Chu Chi Tunnel ke. Koserrrr aku. kali ni dok rehat2 sambil kirai duit. Sampai bilik, aku baring tengok tv dan tido.
Sampi petang laki bini tido. HAHAHA. Kelakar, pergi bercuti macam main2. Ahhhhh sebab masa tu dah rasa hcm membosankan ! tapi petang tu kami sambung jalan2 kaki lahhh. nanti aku update lagi. Kat pasar malam dia pon aku tak beli apa. Even baju manik aku beli kat Burik Hong Ann sebab kualiti kain dan kekemasan jahitan manik (baju raya tahun ni oiii) HAHA.













Sambung : Vietnam day 3



2 comments:

Nini Mohd said...

pasar malam tu sebenarnya ada kat 2 jalan. besar jugak la kot. jalan sebelah ada lg pasar malam.
mula2 pegi i ingat ada 1 jalan (2 baris tu jer).
bila malam ke-2 pegi sana, baru la tahu ada lg gerai2 kat jalan lain rupanya. hukhukk~

http://ninimohd.blogspot.com

Linda Yusoff said...

Ya nini. mmg ade 2jalan. keliling ben than tu je. Pd i tak menarik pon. 1st day i dah cover all. Takde bnda pon yg i berkenan. haha