Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 12, 2014

Langkawi.2014



Okeyla nak sambung cerita Langkawi. rasanya dalam blog ni ade 3 entry sama. KAHKAH. Ade aku kesah? year 2010, 2012 now 2014. Yg lama2 zmn kanak2 harusla tak hapdet. Honestly memang aku suka Langkawi kalau nak bercuti dalam semenanjung. Padahal asik2 repeat benda sama, Naik cable car tu aku rasa sampai nak muntah dah. Tapi bukan sebab tu aku suka Langkawi, sebab tenang ! Feeling tu ada kat sana je. haha poyo naw statement ni. Aku sampai cakap kat pejal, If dah tua kita jual rumah sini, jom laaa settle down kat Langkawi. Motifff sangat kan?


Benda pertama masuk mulut bila sampai langkawi. Haruslaa laksa pulau.

Kitorang park kereta kat Putrajaya. padahal dr rumah dah dekat sangat ke KLIA2 tapi tak ke membazir mcm patah balik. HAHA. Sebabnya Parking KLIA2 mahal. Yg park RM16 kat luar tu pon tak berbumbung. Tak koser. Kami pernah try park kat Salak Tinggi - masa tu pegi Bali. tak leh blahh eh kete ade cubaan nak kene sumpik. Choiii. Sejak2 tu terus park Putrajaya, selain mudah ! park dia Rm4 je sehari. parking berbumbung lagi kauuu. Direct je ERL ke KLIA2 Rm6.30 tak silap. Aku memang sejak KLIA2 ni ada, lepak lama kat airport pon tadek hal. haha Sebabnya banyak kedai ade mall. sekian. Kitorang sampai langkawi dalam jam 2pm. Dah inform kwn aku yg stay sana - business kereta sewa awal2.. so sesiapa nak contact :

1) SEWA KERETA DI LANGKAWI.

Kalau nak senang jalan, sewa je kereta, kalau rajin nak naik van langkawi dia bayar rm2 per pax tu pon bleh. Tapi aku tak suka. Ade kawan kat sana, sewa je lah kereta, ape susah. Kawan zaman belaja sama2 dulu 1 kolej lain course. HAHA. cakap je nak kereta apa, Kompem ada. Nanti bagitahu korang kawan aku. Sure dapat kurang harga *amponkan aku rizal* =p

RizaL : 017.2808735

Paling aku suka ! 100% aku bagi. HAHA, Tak taulah korang. Untuk aku yg berjiwa halus ni. tempat2 sunyi ni mmg kawan
aku . LOL

Sebabkan percutian ni konsep Santai dan nak berehat. Dengan takde masa aku nak survey sangat ! Aku nak stay Malibest je. Tp date aku fullybooked. Motif sangat. Selama ni kalau ke sini aku akan stay KUAH. Mudah sebab dtg dengan family kan dulu2 stay Istana Condo. Bila dtg dengan hubs pon aku stay Kuah, tah hapesal tah, Kalini nak stay Chenang, So aku punyalah cari2 kat booking.com/ agoda. Jumpa 1 tempat ni : T STAR COTTAGE. at first aku macam tak yakin dengan tempat ni. Lepas baca review oklah naik 50% HAHA. Sudahnya tak booking gak. Aku decide gamble je pegi sana walk-in lah mana2 yg berkenan. Nak jadi cerita lepas amik kereta kat airport terus je waze Cottage  ni. Jumpa! kat area Pantai Tengah. sebelah je dengan kedai sewa motor/convenient shop, Takde lah teruja lagi. sebab nampak la tempat dia macam biasa je. SEKALI KAUUUUUU *capslock* aku terkesima. KAHKAH gituhhh. cantik gila tempat ni. Tenang, Sunyi, Sejuk, Ade bunyi unggas/ burung. Ade monyet ! arghhh takleh bayang la. sampai skrg aku rasa cam nak duduk situ lama2 ! HAHA.

T STAR COTTAGE 

aku simpulkan lah kenapa aku suka tempat ni :

2 pax each room - just nice je untuk aku laki bini, ade ruang 2 kaki untuk solat. selesa je.
No kids/ baby allowed - tak sure kenapa ! policy tempat tu.
No Tv - aku tak heran sbb tv kat rumah pon tak pernah bukak -__-
No Bfast - aku lagi prefer makan luar ! gerai2 warung tepi sawah. Best woiii
In room Wifi - laju gilakk ! haha Tv takde takpe wifi tu penting
5min walk to the beach - Pantai Tengah -  aku suka sini lagi dari chenang
Sangat HIJAU, belakang tu bukit. banyak mat saleh. aku cuma jumpa 2/3 couple melayu je
3 type of room : Rumah Kampung, Rumah Spa, Rumah Moden

Aku yg walk-in selamber ni tanya lah ade available room ke tidok? Fuhh selamat ! Ada. pilihan 2 je. Aircond / Kipas? Tu je. HAHA. Oh dan pilihan atas / bawah. aku memang taknak naik tangga. So ambik bilik bawah. Sebab amik rumah kampung walaupon bawah. ade jugeekk kan? tangga2 ni. LOL Yg lain tu berbeza dr dekorasi aku rasa.sebab aku tengok rumah moden pintu dia sliding. So aku pilih rumah kampung ! Gilaaa lawaa ko. Hiasan semua berkonsepkan Kayu, Kain pelikat, kain Batik. Pintu bilik selak pakai kayu, kunci ats bawah. Nostalgia betul Terus teringat rumah arwah atok. huhu.Tingkap bilik cam kat kampung2 tu. Sukaaaa gilakk ! Lawaaaa hoiii. So aku suggest korang stay la sini IF berdua. =)

Sukaaa ! Ade telaga kecik, kat lantai tu batu2 sungai. Bersih sangat toilet ni. Cuma takde water heater. halloo kampung style lah !

Pintu Masuk T Cottage



#followmeto

Lepas dapat bilik kitorang check-in. Toilet dia lawa gila. eh? tak habis2 lagi kan pasal ni? BAHAHA. So kami pergi makan tepi airport la , mana lagi. Makan kat LAKSA PULAU. nak pergi LAKSA POWER ramai sangat ! lagipon aku baca review laksa dia biasa2 je. lepas makan balik bilik rehar2 petang sikit pejal ajak lepak pantai. depan T Cottage ni - Holiday Villa tau. tapi aku tengok building bapakkkk seram. HAHA. Jalan2 pantai lepak2 sambil makan cokelat ! Sempattt pulak kan beli cekelet kat kedai sebelah.


3) CADANGAN MAKAN

Kami nama je sewa kereta. Tapi jalan2 dok dalam kereta je. singgah area cable car untuk bergambar, naik turun bukit jalan sana sini. HAHA. Takde tujuan betul. Bukak tingkap enjoy udara segar. Memang rilekx habis. sambil tu aku ada la google kedai makan sekitar langkawi. Then tanya gak kat kawan aku. kedai apa best semua. Malam tu jumpa Sya kat :

1) EE Burger (lupa snap pic) basically kedai ni jual western. Harga ok je. standard kita kat sini. malam tu kami oder Chic chop, Lamb Chop, laici & sirap bandung , kene dalam rm26 je. 1 lagi kedai jual western kat Kuah. Baron Bistro - yg ni tak sempat pon try. next time lah. ;p

Gerai nasi lemak bungkus daun pisang ni depan FAVE HOTEL CHENANG

Tak tau apa nama gerai. tapi depan FAVE HOTEL. waze je kompem jumpa. tapi kalau dah stay kat chenang tu pusing2 lalu tempat sama je pon. Gerai ni ada jual hampir semua nasi, Rm 1.20 je sebungkus. Dah la pagi tu hujan rintik2, ya hamponn feeling gila makan ! aku siap makan 3 bungkus nasi. Apekah? Kuih dia semua sedap2 Rm1/3 biji. Nasi berlauk ada, nasi lemak ayam/udang/daging/. eh semua adelah ! best best aku suka gerai ni.



JOM IKAN BAKAR.

Makan sini dah selalu. hehe. Murah ! Ikan bakar dia sedap. pilihan ;lauk yg banyak. Ayah aku klu dtg langkawi memang dia akan suh repeat makan sini hari2. Tapi sebab pergi dengan pejal, makan sini sekali je lunch, sebab lepas esok2 tu kami lunch kedai lain jugak ! Air dia FREE , haha , haritu aku amik, udang samba, ikan bakar keli, daging kicap, 2 ikan bakar kembong, sayur. Rm18.00. Murohh bak anggg. Pernah sekali kene 1 fam 14org tu makan macam2 lauk pauk  kene RM56 je. Kau ghasee? tak ke gembira makan kat sini? So sila cuba, Masakan dia sedap, mcm makan kat rumah,


Suka makan kat sini. Sedapppp !

NASI DAGANG PAK MALAU

Sya cakap kene cuba makan kat sini. Dia kata Nasi dagang Pak Malau ni sedap ! RM6 sepinggan. Ade ayam/ daging/ ikan. Pejal kan suka Nasi dagang, Aku pon ! so pilihan memang IKAN. Aku req kat pakcik yg peramah ni. Nak lauk asing. so dia letak dlm  mangkuk. Teh O panas. Makan ni dalam jam 8.30am, awal gila kan? aku keluar berjalan. Makan menghadap sawah padi.. Ya Allah best nyaaa hoii. Dah la nasi sedap. Pakcik ni orang KL, Wife orang Tganu. Settle down kat langkawi ( oh how i wish) leh tiru pakcik. HAHA. ni pon spot wajib cuba ! waze je kedai ni. atau pon nak senang, ikot je jalan ke Makam Mahsuri.InsyaAllah memang akan jumpa.



Ni paling best jugak. dan sedappp T_T

Sampai la ni aku teringat kesedapan nasi tu dan ikan gulai

RESTORAN IKAN BAWAL GORENG


Ikan dia fresh, sedap ! besar la jugak. Cuma kari dia biasa2 je.

Tau pasal kedai MANGGA ni dari kawan IG yg suggest ! Dia kata sedap orang cable car recommend. So aku pon cubacari. sekali sebaris je dengan T Cottage. Dalam 5 min je Jalan kaki. haha. Food dia ok lah. Harga dia harga tepi pantai. hewhew ( utk kedai yg biasa camni)

Ni Mangga lama.Mangga 2 area chenang



TITI PAPAN

RESTAURANT TITI PAPAN

Nak suggest 1 kedai ni. Tak sure lokasi dia.. SEBAB  kitaorang ni bawak je kereta nampak menarik? benti ! tapi kalau dari pantai tengah tu? Terus je. Kedai ni belah kiri. yg ni aku boleh anggap proper dinner. Sedapppppnyaaa TOMYAM dia. T___T  nama kedai TITI PAPAN.  Sedap sangat. Servis ok. Laju. Harga? Harga tourist. Biasaklaa dah dekat2 dgn pantai kan? Kami oder Tomyam Seafood, Siakap 3 rasa. Daging Blackpaper. Kailan ikan masin. Jus Oren. LICIN ! Serius sedap nak matikk. Tomyam dia ade susu. memang original thai habis. Aku skg pn masak letak susu. so rasa la lemak3 tomyam. hehe. Kedai ni kalau waze tak sure jumpa je tidok sebab aku cuba create location/ google pon tak jumpa. HAHA. Pandai2 la kalau lalu malam2. Decorasi macam dlm picture ade kain2 keliling tu. rasa cam kat VILA pulak. LOL.


Restaurant TITI PAPAN - Original Thai cuisine

SHOPPING :

1) HIG ; Haji Ismail Group
2) Idaman Suri

Kalau pergi langkawi kan? tak sah la tak beli Corelle, Vision, Pyrex etc. sebab Murah ! Masa memula aku pergi tengok, takde deria langsung. HAHA. Aku macam : perlu ke beli? guna ke? tefal aku beli kat Uk pon sudahnya dalam lemari. hewhew. So aku amik masa lah pikir. balik main dgn monyet dulu EH? haha. tenang2kan otak, tapi pejal kata beli je. Nanti2 guna la tu. Sooooo aku pon beli lah ! HAHA. Nak mengankot satu keje. Mmg tak lah masuk kargo (thanks Shura sbb bagi idea). Tangan tak berapa cukup. So aku dapat beli vision, senduk cantik, dan pyrex set untuk raya nanti.

Beli Vision ! TQ hubs. HAHA

Cekelet pon tak beli sangat ! Malas lah. tapi dalam tak beli2 tu. habis rm300. tah hape2 tah ! bukan aku yang beli. tapi pejal. bagi budak opis dia kata. layannnnn. then beli sikit untuk emak aku. 


Sunset ! SubhanaAllah.


Boleh kata tiap2 petang aku akan lepak pantai tengah. Tengok orang main Parasailing, then dapat tengok sunset ! best gilaaa. Kat bali pon tak dapat tengok sebab terlindung dgn awah. Kat sini depan mata je. Tak samapi 5 min laju betul turun. Masa tu ramai gila mat salleh berebut amik pic. ni yg sempat aku snap. Lawaaaaaaa. esoknya santai2 kat bilik je. Bfast kat luar cari gerai lain pulak. Then kemas2 barang, check out. Flight jam 6pm. Kami makan di Kuah. sempat lagi jalan2 Jetty. Dalam banyak2 yg aku suka bercuti kali ni adalah MAKAN dan T Cottage. HAHA. Lepas2 ni nak berjalan aku tak boleh beli tix awal2. Kene beli last minute macam Krabi / langkawi ni. AirAsia still murah ! Kene pandai cari,sebab sekarang Doc tengah monitor diri ku ini. HAHA. Asal doc nak jumpa je aku fly. sampai dia cakap ; kemana lagi awak ni ? HAHA. So lepas2  ni kene slow2 lah sikit. InsyaAllah berjalan tu anytime boleh kan?






Till then,

















5 comments:

OmmaHussein said...

bestnya gi langkawi..i suka gi langkawi..pegi sendiri dah bnyk kali, dengan husband xsampai2 lagi, dah nak dekat 3 tahun kahwin, langkawi je pon, tu pon susah nak sampai, haisyh..

LindaF said...

samalah Nida.. i mmg sukaaa gilaaaaa Langkawi ! haha

Nanie said...

linda. i rasa kalu u dekat dgn i , i nak culik u g travel dgn i. i da bosan gile da lama x g jln2 yg jauh2 naik kapal terbang.. uwaaaaa :(

LindaF said...

Jomlaa nani. Tp lps ni i dh takde kerap travel dah..

Fazlina Zainudin said...

Lindaa..keep updating your blog..your travellog..best..senang nak refer bila nk g travel..sumaa cdgn makan you tiptop👍👍👍