Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 12, 2015

Disposable Nursing Pad paling Best!




Cerita lain lagi. kahkah. Disebabkan takde pergi travel mana2 lagi dalam masa terdekat. so cerita tu teralih arah sikit. But ok je kan? Info gak ni. kehkeh.

nak cerita pasal Disposable Nursing pad/ Breast Pad. Masa preggy tak pernah pikir pon pasal benda ni. tapi start beli masa pergi Pureen Sale tu. Nampak orang berebut beli. So aku pon gigihla amik (motip sangatkan). So 1st trial aku untuk Nursing Pad adalah dari PUREEN





Murah dan banyak pcs


PUREEN DISOSABLE NURSING PAD


Hmmm, beli dengan harga warehouse. RM 24 sekotak. Tak sure harga luar. bantai je beli. amik pon sekotak je. EH? jap 2 kotak rasanya, sebab 2 x pergi warehouse pureen ni. masa nak masuk 7bln preggy tu memang selalu malam2 baju aku basah. So masa tu happy lah sebab tau Miss B leh produce susu, gitew. Alhamdulillah. Start pakai Pureen ni masa 1st day Pantanglah. Tapi masa tu luth kat hosp lagi kan? Aku rajin la pam untuk hantar susu kat Nursery DEMC tu. Masa mandi pon kadang meleleh. Uii feeling banyak sangat kan susu. Lulz. Ok ko nak cerita susu ke? Nursing pad ni? Zzzzz. Nursing Pad Pureen ni pada aku. Hmm tak best ! Kecik je, dan senang bocor. Mujolah beli time warehouse takdelah ralat sangat. Pastu selalu sgt gam dia tu tak melekat pon kat bra. Masa tu pikir cepatlah habis benda alah ni. hahaha. sebab nak beli yg lain. (masa tu google2 gak apa yg best)








DAPAT FREE 

AVENT Nursing Pads. 


Ok yang ni aku tak beli. Mahal ! kahkah. Dapat FREE je sepanjang check-up dekat DEMC, dalam bag tu mesti ada . Banyak pulak tu. boleh lah guna dekat 1 minggu. Honestly aku suka Avent ni. Besar. Melekat elok je. dia individual pack. So boleh koyak 1-1. Senang sangat. Masa tu google gak kot2 boleh beli online. tapi nan-hado. maybe kene lah cari kat Parkson etc kan? Harga pon +- RM 30-40




Idaman Hati, tibeeee


AUTUMZ BREAST PADS

Haaa Penyelamat ! Bahahaha. sebab masa pantang mak adalah sangat strict, keluar ruamh sikit pon tak boleh. Nak beli online macam slow pulak nak tgu org post bagai. Aku paksa pejal pegi OBW ( one baby world) , Seksyen 13. Klik sini : Nursing Pads Autumz


Yang ni aku sukaaa ! Murah lah OBW jual. 2 pek RM 27.50. Aku bagi gambo je kat pejal. kang jenuh plak mamat tu nak tau mende alah ni. Yang best Autumz ni Penuh satu bra. pelekat gam dia tu anoyying sikit je. sebab selalu lari2 gam dia. haha. tapi overall puas hati. sebab harga and material kot? Menyokong penuh Miss B dan takde bocor2 ni. Best best best. tapi aku nak tukar lagi. HAHA. Yg ni aku pakai sampai sekarang. sebab senang nak dapat. hehe





Mujo dapat FREE. haha

TOMMEE TIPPEE Disposable Breast Pads

Ok hat yang ni kan. Mujor laaa aku dapat FREE. sebab beli set sterilizer TT. Aku tak perasan benda ni. Pejal yg nampak dia suh aku guna. Baru guna 3 kali. Review aku? Tak best langsung. Boleh? Hamponnn asik bocor je. Dia penuh satu Miss B, melekat elok. Tapi boleh pulak bocor dr bawah pad tu. err paham tak? Kira bila pad penuh ( selalu aku pakai bukan penuh sgt pon) tetibe memeleh plak sebab berat kot? blerghhh tak best !Terus malas pakai. kahkahkah.




last Trial : NUK Ultra Dry katanya

NUK Breast Pad ( Ultra Dry)

Hmmm pon voleyyy ! Tapi aku dah cuba 1 x.. review aku best sangat! memang ultra dry la kot? kahkahkah. Kering je aku rasa. padahal berat je pad tu. So boleh beli lagi. Yg ni aku beli murah gila RM12/box dekat Marissa Shoppe ( masa tu promo sebelum RAYA). Beli sekotak sebab autumz masih ade 2 kotak. Rugiiiiii.... 




So dari semua aku suka Avent & Aumtumz. NUK ni pon okey sangat. Haritu try cari jenama pigeon kat Parkson. Tak jumpa pulak. Nanti lah cari..

Sekian review saya. Luth dah melalak. HAHAH.




KBAI.









7 comments:

Aini Amir said...

beli la yg boleh basuh. tapi takder pelekat.

yg pureen tu, aku buang. br pakai berapa kali kot. stress sbb gam dia manja2 sgt

LindaF said...

Tak rajin nak basuh2.. Lol

Nurhayati said...

kakyati pakai avent, pureen & pigeon. bagi kakyati semua ok je.. ada juga la kekadang melekat tak melekat sgt, tp kena la ngan harga dia tu kan. pastu plak kakyati jenis tak leh pakai lama2. walaupun tak penuh lagi dah tukar. tiap kali anak menyusu, salin. hygiene kononnya hehe

Aimi Muhamad said...

pigeon best! kite pakai pigeon je sampai lanie...

LindaF said...

Kak Yat : kita cari pigeon tak jumpaa.


Aimi : ni yg tak sabar nak try pigeon

Ayuni Hj Rosli said...

I pakai Pigeon. Memang selesa sangat. Alhamdulillah rezeki susu melimpah untuk Luth

Nurul said...

aku pakai lansinoh tp aku jrg basah..sudahnya aku xpakai sgt hahaha..so aku x beli brand lain sbb yg ada ni pun x hbs lagi.suka yang paket 1 1 tu sbb senang nk bawak or selit kat mana2 saje incase nak guna kan