Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label My Wedding Day. Show all posts
Showing posts with label My Wedding Day. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Wedding review : Doorgift, Mini Pelamin & Hantaran

2nd review for today. Selepas review Baju nikah semalam.
Harini nak sekali harung cerita bab Pelamin , Hantaran dan Doorgift yg DIY !.

Pesanan penaja : entry ini banyak gambar. sekian.



Kita mulakan dengan


Doorgift.

Dulu selalu google sana sini, timbul idea nak jadikan paperbag brwon ni as Main doorgit. so tinggal cari isi dalam je kan? end up tak jadi. knp tak jadi? sebab aku malas nak DIY. bagus kan?


Tapi memandangkan malam selepas Nikah, ada Kenduri di rumah, s mak guna pakai semua brown paper bag ni, dalam tu Kami letakkan Yasin dan bunga Telur. untuk Orang masjid dan tetamu yg datang malam kenduri.



Total damage : Brown paperbag 100=rm9.90
Stiker tu tempah dengan takeout box : 1000 = rm180
Yassin : beli kat Mydin : 10=rm6.00


Kira sendiri bolehh??? ok bai =p





Doorgift Majlis Sanding di Tasik.

Ada satu petang, masa tu pergi Nilai3, biasalah kalau dah nama Nilai3, sibuk cari benda lain benda lain yang aku jumpa. Found this cute Jar (Ikea) ni kat Kedai Vstar. Harga sebiji dalam rm1.20 masa tu. Sibuk mintak kurang sebab nak beli 800pcs, masa ni main taram je, nak beli, padahal at 1st mmg nak bg brown paper.

Pujuk2 fezal, last2 dia setuju, dgn syarat lepas ni jgn merepek2 lagi nak tukar2.! hek eleyyy,
bukan nak tukar tapi nak mudahkan kerja.I know a bit membazir sbb isi dalam Brown paper bag tu dah beli lebih awal. nanti i share. so nasihat pada semua B2B..listkan betul2 benda yng melibat kan Number ni. cth : Katering, doorgift, sbb banyak la jadi kelam kelibut. percayalah.

pastu mana yg kau tengok murah, masa tu lah nak tukar =p

Ok Beli 800pc je, so dia  bagi rm1.00 per pc, murah la kot, since kat Ikea pon dah berapa kan?
4=rm7.50? betul tak?





So, decide letak Biskut warna warni tu kat dalam. Biskut beli kat kedai borong
1 Tin rm35, area Pasar besar Klang. I beli 8 Tin untuk cukupkan 1000Jar.

Oh a week after dah beli Jar, i dtg lagi sekali dan harga nya dah jadi 80sen. ppffftttt.
takdep bukan rezki.. Redha ye.

Jar tu i beli 1200pc

1000 = letak biskut comel
200 = letak choc eclairs



Songket Box dalam Clear Glass.

actually this one i mmg nak bagi pada Kawan perempuan je. I tak sure korang dapat ke tak? sbb bukan i yg kawal benda benda ni, kalau lah boleh, dah lama i letak sebelah pelamin, time korang salam haku, time tu haku hulur =p

BTW,Korang dapat tak??? jawab ??

Ok Songket Box tu beli di Pasar Baru, Bandung.

Harga per pc : rm35 sen.
Clear Glass from Ikea : Per box ada 6 pc = rm4.90

so total lah sendiri cost nye berapa? haha



Kisah Pelamin Mini : Nikah.


rupa sebelum.
Gilaaa buruk T__T



Saya seorang yang kedekut lagi pesimis. sekian.
Itu moto, itu visi, itulah Misi. tah hape hape... kalau ikot penat? memang sangattttt penat, ape kau ingat best DIY? oh best bila dah menjadi and siap dan puas hati. Kalau tak siap, sampai tido pon pikir masa cukup ke tak? cukup ke tak? baik kumpul duit and bayar lah orang buat ye kawan-kawan.

I bukan nak patah kan semangat korang, tapi itu realiti (tetibe bagi nasihat & kata semangat) haha.
Ok nak DIY tak susah, Janji ada barang. uolsss paham tak maksud mak?

Ada barang = Jalan. Takde barang?
sila contact Vendor yang buat. done.

Macam i, i beli semua barang. tapi tu dari dulu lah, so i beli sikit2. actually i ade full complete set Mini pelamin untuk nikah wt stage. dan I beli jugak jack set.Pastu i pergi beli chandelier stand black color tu.  Serius i cakap benda tu makan Ribu.( semua barang dalam tu, milik sendiri ye)

Lepas tu i beli pulak bantal ottoman tu. Kenapa i beli? Ok Insyaallah i akan sewa kan pada semua B2B yang teringin nak DIY. I sewa dengan harga mampu milik. I tak amik untung pon. (kita bincang kemudian) =p
aku sibuk nak review ko sibuk nak niaga. kekdah nyeee?


Rupa dua belum.




Tahu tak penuh drama airmata ok, nak buat pelamin ni. I sorang2? bayangkan, adik yang boleh diharap pulak study uitm kat Jengka, a week before wedding, i menangis sbb nak tunggu budak tu balik, mana nak beli bunga lagi? nak siapkan rangka pelamin ni lagi. Haru kau tahuu?

Tapi takpe, orang kata benda tu pengalaman paling best kan?

Rangka siap pasang guna jack set tu, i dirikan sorang2 on monday,minggu nak nikah, masa tu 2/3 kali jugak la tukar warna kain. haha ( adik  balik hari rabu) so mana yg boleh buat dulu, i buat dulu.
Kain jersey je i pakai, bapak i punye, (bapak saya tauke kanopi.sekian)
so i ade banyak choice kain. last2 i pilih warna earth tu.

I beli bunga kat Floristika hari Rabu, I nikah Jumaat Pagi kan?
Ngam sangat dah tu, kalau dia nak layu ke hape, aku pedulik ape? janji aku dah buat.
Tapi semua went well. Alhamdulillah.

Drama airmata tu, sekejap je, mungkin terlalu banyak fikir, and stress buat sorang-sorang.



Rupa Tiga belum.

Pagi Nikah. Ini lah Final sebenanrnya.








FINAL !!!



If i sewa semua ni ada yang nak sewa??? teeettttttttttttttt.

NAK SEWA TAK? KLIK SINI


aku di Pelaminan. pppffttt... berbaloi lah kot. dengan hasil nak expect lebih? tak boleh la kot.
Ini je yang hakakk mampu dek non



Kisah Hantaran


One of the reason kenapa aku stress melampau, adalah sebab masa.Aku rasa sbb buat sendiri ni lah, aku takde masa yg cukup. jangan tak tahu, SPA2 ni pon takde ok. aku tenyeh badan pakai berus sabut je. kau hadeeee? sadissss gila.

Bab hantaran ni, dari zaman bertunang, memang i buatkan untuk tunang sekali, sbab family dia jauh dari kelantan. kang elokk sampai shah alam kang, dulang tah kemana, hantaran tah kemana. =p

So si fezal ni dgn suka suki nye telah mengarahkan i sekali lagi untuk menunjukkan bakat terpendam di dalam jiwa raga ahkak ni untuk menjadi tatapan umum =p



Bunga beli kat Floristika dan Petaling Street ye adik-adik.



Foe me : Champagne roses, Baby breath dan Carnation 






7 balas 5 dulang saja. 

takde bnda yng hebat pon, tu semua buat syarat je, Ikut kan haku? malas gila nak berhantaran ni, sekarang nak bagi pon boleh kan? j=hantaran tu macam hadiah betul tak? ke salah?
watever lah...





Buat kamu Faizal.



Ros purple, pink carnation dan sweet william.

Total damage untuk bunga : semua tau include pelamin,hantaran dan hiasan di tasik rm500


Done semua dulang a day before nikah. Puas hati haku. thank you buat adik ku di jengka yg sanggup ponteng kelas dan menolong kakak mu ini. * tsskk tssskkk. sebak pula rasa di dada. =p




Ok bai.



nanti review Majlis di tasik =)








Saturday, January 7, 2012

Wedding review : Baju Nikah & Bertandang

Hai peep,

Lately,Mood kahwin mencanak-canak naik  balik, bile fira sibuk buat review bab wedding dia, sedang kan aku? errr errr..

Ok fine teruja sangat bab honeymoon  ber-part2 yg tak sudah2 tu. haha.tapi dah tamat pon. So now, masa untuk review Baju nikah dan tandang, I start with this 1st , later on baru i review hantaran dan pelamin DIY tu ye.

So far, dari dulu, walau ape pon, (ayat tokleh blah dah kuar), I memang decide nak yg terbaik masa Nikah, I tak tahu kenapa, and i sanggup spent a lot on it.

I nak baju baru, takmo sewa, I nak buat Pelamin sendiri takmo tempah. semua I nak buat sendiri untuk Nikah, since I rasa NIKAH tu moment paling indah sebenarnya, Resepsi, sanding etc tu dah kebelakang dah ( for me lah).so i memang nak Nikah i perfect !!!


So masa decide nak buat/sewa/beli baju, I amik masa jugak mcm orang lain. of course Budget jadi perkara utama, Im not looking for designer, since i know. mcm tak mampu jer. agagagaga. yet, i memang ade kenalan yang dari dulu memang pandai bab jahit baju kahwin/dress etc. Kawan lama. Baju tunang i pon dia buat.

So i sms tanya budget. after dapat budget, I tanya enchik fezal, is it ok?
Dia kata ON, aku pon ON, haha.

Masa tu, I tak kerja, yes I resign dari bank.stress nak kawen punye pasal, voleyyy???. so segala perbelanjaan adalah dari duit simpanan sendiri ye.takde loan-loan ni. (motip ko nak cite? sajeee nak riak )  teeettt.

I jumpa tailor kat rumah, since dia punya butik kat rumah.

After dia draw itu ini, explain itu ini. so i agreed. I memang mintak Kurung modern.
Material, semua dari tailor, as dia bagi harga kat i RM***, dan itu meliputi semua. Semua i serah pada dia.

Sesiapa nak contact? do PM me kat FB ok?
Nama dia Rozie Khan.

I tempah on April if tak silap. by Jun i dah boleh 1st fitting. I bukan jenis cerewet ye, yg sesuak hati asik nak contact tailor ke vendor mana2. so kalau ada yg kata i cerewet ke ape? Silap ok.
i tak pernah kacau orang buat kerja, malah i bagi masa lagi ada ( eh tetibe EMO) haha.

1st fitting ok. cuma nak confirm ukuran. Rozie mintak i maintain badan.
2nd fitting masa tu baju dah fully beaded. tak muat ko tahuuu? I nak pengsan dah masa tu. dah la lagi 2 bulan masa tu, but i manage kuruskan sikit badan kot. which is i rasa normal laa mana-mana pengantin kan? Stress tak cukup tido etc, mesti turun berat punya.


Ok dah, mari kita lihat hasil nye?



Pagi Nikah.



Rozie ilhamkan veil i berdasarkan veil Marion Counter, masa tu berkali-kali i kata, 
Ko jangan buat tebiat hokeh. aku kawen kat rumah.celah mana nak libas2 veil panjang berjela tu?

Jawab dia : Ade aku kesah?? Ini design aku yg nak buat?


Bolehhh? ? gasak kau la Rozieee.. Indeed i sangat berpuas hati pon. sebab Impian i nak cantik pada masa nikah tercapai, masa tu i yakin, sbb i memang rasa baju ni cantik. hohohohoh.

oh lupa, masa nak dekat kahwin, i rajin sikit, I jahit pearl kat veil. semua kelopak bulat tu i jahitkan pearl peach dan off white.



Warna pilihan pon rozie yg decide, dia suggest i buat Champagne. since itu warna 2011 katanyaaaa. layan kan hajeee.. Tapi i memang suka dgn warna ni. Rozie jahitkan i sehelai Baji nikah yg super duper cantik ni ( di mata i ) sehelai selendang, Veil.. Manakala Baju untuk fezal dan sampin pon rozie yg sediakan. bersesuaian dgn Baju dan material yg i pakai.

ada setengan org kata ianya peach? ooppsss tak ye, mungkin warna dalam gambar lain dari yg real one =p
Ape i boleh kata warna nye hampir ke coklat cair. tapi tak coklat tak peach *apekahhhh??


baju i cuma Chiffon  patch lace sajorrkk. and ada batu penuh? ( nak panggil ape? diamante?)
watever lahhh.

Dan baju dan veil ini sangattttttttttttttt berat. ok tipu tak berat man. tapi berat. serius berat.



I love this pic



Hasilnya. dari si pemakai dan Baju semasa di rumah Rozie.




dengan Blogger Bride.




Sewaktu cincin di sarungkan. Hoyeahh berjaya





Saya yakin saya Cantik. =p



Gambar penuh dari OP.


Ok? sudahhh, mari kita lihat Baju bertandang. yang juga di jahit oleh Rozie. again i req and turut di cadangkan oleh kawan sendiri juju, supaya pakai sahaja Baju kurung moden since Majlis di kelantan tu Majlis sambut menantu yg biasa saja, I pon tak nak pakai beria-ia. sebab Dec kan banjir, so abit risau kalau pakai baju berjela-jela meleret2 pulak kan?

 Dan disebabkan sudah ada material dari Jakarta, kain shantung? eh ( macamne eja?) untuk fezal, dan warna nye adalah purple, nak tak nak baju di sebelah kelantan adelah Purple. sekian.

I tak nak purple okeh, serius (takpelah majlis dah lepas)
Rozie jahit dan sediakan semua utk material i. dan harga nya termasuk cost jahit baju faizal adelah RM*** lebih murah dari Baju nikah sehelai i tuh. haha

I taknak purple (again) macam warna kel kel. erghhhhhhh watever.
benda dah lepas.


Presentinggggggg.....




Kurung moden biasa saje.



Me in purple. eh tapi masa bertandang, sebab jadi pengantin semula kan? after balik dari Krabi. tetibe i rasa super cantik jugak. KAHKAHKAH.


WATEVER LAH LINDA OIIIII.......





1 pic dari OP, outdoot session. by Rizal Ismail.





Walau apepun, Isnin ni nak genap sebulan i berkahwin, barang lama jangan di kenang. I sangat berpuas hati sebenanrnya dengan Baju Nikah dan tandang i.Bab warna tu belakang kiralah, dah selamat pon.Ralat cuma i teringin nak pakai songket je. tapi tak dapat. sobsssss. Sebab berpuas hati dengan Baju Nikah i, and Even now pon i asik tengok je baju nikah tu, sbb teringin nak pakai lagi sekali. HAHAHA.



Ok done bab baju nikah. Tunggu review Pelamin Nikah dan hantaran.













xoxo.