Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 1, 2010

Jakarta/Bandung- Part 4

Mehla aku sambung sikit pasal Jakarta ni walauuu cite ni dah basi.
After dah tinggal selama 2 malam di bandung.
keesokkan harinya we all decide untuk pulang ke Jakarta..padahal hati memang taknak ke sana..ceh ceh ceh.


we all bukan ape..sebab macam dah mudah sangat pergerakan kat bandung tu kan?
semua tempat dh explore so, macam dah rasa tinggal kat rumah suami pulak..teett..
salah tulis..haha..
rumah sendiri..




bergambar kenangan di hotel kenangan..hehe.
masa ni after dah packing all the stuff,
we all jalan kaki je kedepan sikit sebab decide nak ambil keretapi sahaja ke Jakarta.
we all nak naik Argogede Executive seat.
Eko cadangkan kami ambil Parahyangan sebab murah.
tapi kami nak yang selesa..bukan mahal pun executive class dalam Rp 50000 sahaja.



memandangkan tak berapa nak larat angkat and usung luggage yang dah penuh dengan hasil rembatan.so mintak tolong beca angkotkan barang-barang kami.
rasa nye hari tu kene charge Rp 10000 je..
gasaklah, aku bukan jenis berkira dengan duit ni..ade aku kesahhh??
bayar jelah murah ke mahal sekali pon kan?
kalau kau rajin, kau tarik la beg ko tu smpai tayar tu pecah..ahahakkksss



so after tak sampai min.sampailah kami ke stesen Bandung.
Masa ni jam menujukan jarum 10.25am ye.
tak silap Argogede ke Jakarta stasiun gambir pukul 10.30.
ha kauuuuuu, masa ni lah nak buat gaya amazing race kan??

excuse me..excuse me...
tepi sikit, lalu pakkkk, lalu pak...

semua orang tengok kami tarik beg tu.sebab memang train berlepas pukul 10.30am pun..
next train will be on 2pm.. motipp?? kau nak duduk lama-lama kat stesen ni??
takde keje hakuuu..






abang steward yang ganteng..auwww..






our ticket



ada stewardes kauuu, very the kelasssssss...




memandangkan duduk dalam train adalah selama 3 jam untuk ke jakarta.
so perut memang akan lapar kan?
aku sorang je makan..sebabnye cik mast tak lalu and sakit perut gara-gara makan nasi sunda tu lebih dos..ahaha.
dalam banyak2 menu yang stewardess tu bacakan..yang aku rasa semua bunyi macam nak sama je dengan list makanan kedai mamak spt: nasi goreng, mee goreng segala.
hanya satu je yang buat aku menarik nak cuba iaitu : NASI BALI ( nasi, sambal pedas, empel/daging,telur rebus dan sayur kangkung goreng)
not too bad.okeylah kene lah dengan tekak.







sangat selesa okeyyy naik argogede-jakarta bandung-jakarta ni.
tak ramai orang so, aku duduk sorang-sorang,
baca magazine pasal keretapi ni, patutlah dah lain.
dulu aku naik macam harammmmm, tapi yg heaven sebab dapat roti free.
tapi kali ni takde la pulokkk.
rupanya sudah di naiktaraf sejak july2009.
ouhhhh gitu..baru ku tahu..
sepanjang perjalanan ada sebuah terowong terpanjang di blablabla( aku tak ingat info)
sape naik keretapi ni sure dengar penerangan stewardess pompuan dok bercerita salasilah pasal terowong tu.
hihih..hah kau dapat free info..sape nak bagi???






pemandangan sekitar perjalanan bandung ke jakarta.
very the tenang kan? muahahaha.



cantik kan tempat penanaman sawah padi dorang.
sawah padi bukit katanyaa..


after 3 hours..sampailah kami ke kota jakarta.
boleh beza kan? kesesakan bandung dengan jakarta.
uisshhh masa ni, bile dia umum je akan berhenti di stesen gambir, stesen terakhir di jakarta.
hati terus dup, dap dup dap...sebab terus tak suka dengan kota ni.
sebukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk gila tau !!



train berhenti je, laju je mamat ni angkot beg kami.
so kene bayar jugak ye dalam RP20,000.
takpelah..sedekah dari dia mencuri kan?kan?






odw dalam taksi ke hotel kami di jakarta.
kami stay di Hotel N1 jakarta,
tak pernah tengok macam mana rupanya.
kawan angga yang tolong booking kan.
terima kasih daun keladi yo..



bajaj : teksi murah di jakarta.
rupa seakan motor je aku tengok..nak naik?
ouhh tidakk..mana mungkin..hihi





sekitar bahu jalan di kawasan jakarta.





akhirnya kami selamat sampai di Hotel N1.
aku check in terus, dah tak sabar nak baring atas katil tau.
harga reasonable untuk hotel yang baru beroperasi ni free breakfast for 2 person each room.
rate: Rp 269,000
facilities: cafe,meeting room,
berdekatan Tanah Abang,dan pusat shoping yang lain.




sampai sampai je terus bergambar kauu.
mana boleh tidak kan?
harussss lah.




pintu masuk hotel dan kawasan sekitar bilik.





dari bilik kami dah boleh nampak Tanah Abang tau.
kelasss kan?
nampak macam jauh..dekat je sebenarnya,
jalan kaki dalam 10 min.
sepanjang bahu jalan tu banyak orang berniaga, so macam tak bosan sangat lah.
gerai buah berlambak gile.
so borong lah buah-buahan yo.





akhirnya dapat jugak i makan jagung manis ni.
sedap tau..
manis gileeee.





sekitar kawasan Tanah Abang.







Tanah Abang :
lebih kurang je dengan pasar baru bandung,
tapi sangat sesak, siyes aku jadi sesak napas jalan-jalan dalam ni.
rasa macam tak nak masuk je.
jual secara pukal..lebih banyak di borong harga lebih murah..
sape yang berniaga, kompemmm beli ber-pukal-pukal.
kalau setakat nak beli sehelai dua untuk mak mertua segala..
lupakan lah nak mintak kurang..haha..
tapi still boleh negotiate lagi lah.
dun worry.
kat sini aku memang cari kebaya siap je.
siyes lawa nak mampos.
dah siap berangan segala nak kawin konsep jawa kan?
tetibe je..
ada gak aku pinang si angga ramano ni kang, paling tidak si eko sigit tu..
muahahahahaha ~
willy takleh, dia bakal suami kepada doktor ..uisshhhh tak layak aku..




hasil rembatan di tanah abang.
lace lagikkkk !!!! muahahahaha.
























6 comments:

missgee said...

Syaleen..
Info menarik...
Akan ke bandung bulan 6 nnt..
Seronok nengok gambar dan baca
blog ko yg tak best ini.. hahaha..

P/s: Sekadar membaca (^__^)

LindaF said...

blog tak best??
cisssss kauu..

wakaka..
okehh..gud luck di sana..hihi.
i pergi lagi maybe after raya cina.

Ms. Omey said...

linda nnti trip ke bandung omey pun ingat nak try naik ketapi untk gi jakarta. lagi murah kos dr sewa kete eh..

LindaF said...

omey sangap murah..sbb RP50,000 je..3jam..luas, air-cond..boleh oder makanan lg..

Aini Amir said...

PSL hotel 269k per day ker?

LindaF said...

yup aini: sehari 269,000..lebih kurang RM97 lah