Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 1, 2012

Bandung - 1.1



Percutian ni adalah percutian TIDAK terancang. Mula hanya dengan suka-suka check web AA sebelum puasa. Dapat pulak flight return rm120+ per pax ke Jakarta. Cheap hah? So saje bagitahu Amy, and ajak pergi bersama. sebab dari haritu pernah rancang nak vacay ke bandung lagi.Ok ini kali ke 6 aku ke Bandung -___- so aku boleh tahu kalau harga barang naik, FO berubah tempat etc. LOL.

Err tak percaya tanya Amy. Ibu Peniaga di pasar Baru pon kenal aku. HAHA. 
Selain Amy, kami pergi dengan Uya. Iyeeeee Uya Rayza tuuuu. di tambah tahun ni semua dah kahwin kan?so lagi lah excited kalau pergi dengan suami. Gitewww. Al-kisah lepas beli flight tu.kan puasa/raya etc.
Macam-macam dugaan lah sebelum nak fly ni. Uya ingat kes kauuuu. bahahaha.

kami ambil Uyarayza jam 3am.Dari Putrajaya pergi lepak mamak berdekatan. laki memasing nak tengok bola. T_____T So kami bantai makan Roti canai terus.dalam flight TIDO plissssss.

Oh nak cakap.Alhamdulillah percutian ni berjaya.Serius Seronok! kalau lagi ramai lagi KIAH lagi best.
EHHHHHHHHH????




Our flight jam 7am. kenapa? lagi subuh takde ke?Kalau dengan aku time bercuti, Masa itu adalah EMAS ye anak-anak. Tiada isu pembaziran masa dilakukan! kecuali AA yg terkenal dengan ke-delay-an nya. telah membuat Onar *gitew* di pagi itu. Kau dah tahu orang yg nak fly tu takde. kenapa kauuuuu tunggu? -__-
Delay about 30min.Tapi memberi impak besar kepada perjalanan aku okeh!
Demmmm you AA. err btw suci kan muka aku. KAHHHH !




Say hello to JAKARTA. Selamat tiba di airport Jakarta, Terminal 3. Jam 8.30 waktu Jakarta.
Terkejar-kejar, sebab nak ambil Bas Primajasa ke Bandung. 3 jam lagi T__T
Ampun kawan-kawan ku. Semoga perjalanan bersama ku itu Indah untuk di kenang. huehuehue.




Ini Bas nya. kenapa calar tu?
Ade aku kesah? cepatttttt Jalan! udah Telat nih. Our Bas tix jam 9.30
Ticket price?Rp75,000 seorang. kat bawah nanti aku bg tips.


Kalau nampak TOL ni, memang dah nak masuk bandung lah tu.
Bawak bersabar ye ;p




After 3jam dalam Bas. Selamat tiba di BANDUNG! wohoooooo! 
*gitew aku seksaited mcm 1st time pergi*
So station Bas berada di Stasiun Primajasa Batununggal. another 30 min ke Hotel sebab Jem!
Tak mengapa. saje bagi Uya dan Rayza tengok pemandangan dan biasakan diri. Ewahhhh ;)





Our driver, Bayu dr DOM Rental Car dah jemput dari rumah Willy.
Willy bos, mana boleh bawak kami. hewhew.harus lah staff keeeeen?
Masa di Bas station willy ambil. Rindu willy *tibe* lepas tu willy bawak dtg rumah untuk Bayu sambung drive ke Hotel. kami menginap di mana lagi kalau bukan Hotel Kenangan . 10min Jalan kaki ke Pasar Baru. Tapi atas arahan willy, Bayu kene bawak kami ke sana. Perghh jem. lol

Sampai hotel,check in. Basuh muka, berus gigi ape patut. So terus ke Pasar baru sebab jam dah Pukul 1.30pm.Pasar Baru tutup jam 5.sebab Malam kat sana awal kan? Perlu ke aku explain semua tu? *emo*
BAHAHA.







Sampai terus makan. tawaf 50x sebab cari Pa Chi met Ikan bakar. Nan hado.rupanya dah ditutup.
why oh why. So kami stop makan kat sini. Food memang sedap. Tapi er err uyarayza dan laki aku kene tipu bhaiiiii! makan Gurame bakar rp70,000? almost rm24? seekor!!!! Sape ajar nih? hoihhhhhh ! Makan kat kedai cantik luar daerah lemabang pon baru rp60,000.  *emo* lagik.

*Eko *myfren* pesan jangan sesekali makan di pasar Baru foodcourt lepas ni. sebab mereka suka markup harga. Minum boleh kot. Oh tapi-tapi jangan sesekali beli air dengan org yg tarik2 bekas air tu.Better tanya harga dulu sebelum beli. and tolongg lah alert dgn currency. bahaha. sekali org sebut ko dh boleh tukar ke RM> so pantas gitew

Tak sempat snap makan ape. Lafarinaaaaa


Es Teller. Heaven !



My all time peberet. FRUIT TEA






Kami habiskan masa di pasar Baru sangat sekejap.sebab tujuan utama bukan nak cari kai pasang ke hape.Bukan nak tengok lace bagai. Aku dah kawen nak masuk setahun uolsss. Tujuan adalah Business jer. Eh? just say Hi-Hi to Ibu Seroja Jaya. Pusing2 tengok harga. nak tawaf n check satu persatu kedai memang tak lah! ape aku boleh cakap trip kali ni?

MAHAL ! dorang selamberr je bg harga dalam RM.
Kene sound lah dengan pejal. datang sini bukan mahu bayar RM. nak bayar Rupiah.
hameeekkkk kauuuuuuuu !!

Arghhh MAHAL MAHAL MAHAL ! but still murah kalau compare Msia. Maksud aku mahal tu bile bezakan dengan harga tahun sebelum ni aku pergi.dan peniaga sikit pon tak mahu kurang. Muka Malaysia diorang kenal OK!

Kami setel kat satu kedai je.since semua harga takmo kurang.lepas tu aku ambil stok pixy aku 
*serlahkan kejelitaanku* dan membeli kerepek.kekacang untuk bawa pulang.sebab dah takde sesi pasar baru. Esok2 ke FO pulak. Lepas tu ke jakarta.



Dinner Malam di Kampung daun *ala-ala kayangan*





Kami. Weeeee. sian laki ai. dia tukang amik gambo. hewhew

Tak paham -____-


menuju ke P17 di atas.


Camwhore -____-

So, ape kami makan? as usual. tempat ni mahal sikit tau compare makan kat bawah.sebab ni dah atas ke lembang. Atas bukit. Sejuk !! Servis tiptop.laju. Tempat cantik.
Nah klik sini 





Pancake banana wt cheese. drooling. Sedap gila !

Mine : Ns goreng Seafood *Moteeeeeeffffff*
Perut belum start engine nak makan Sundanese food. LOL

Husband : Ns Timbel bakar ayam kampung sayur terung berlado tahu dan tempe goreng sesajork.
*kau nampak kalau aku bagi nama??? sah nama ni tipu. *pitam*

Maaf tak ingat ! Resit dah buang.

Oh baby ! mummy datang sini just to meet YOU !
Pisang goreng Cheese. Woihhhhhhhhh



Jejak kali ke 3 di Kampung Daun. Suasana je best.food dia biasa-biasa je.kalau pandai pilih dari puluhan menu yg ada, kene pulak dengan tekak. memang heaven, malam tu kami semua minum air panas je.sebab sejuk oih. lepas tu kan buat sesi bergambo. Itu je lah.


Di bayar dulu dong!



hah sape nak tips tadi? ahhh bosan pulak aku buat entry bandung ni.Letih oih. tapi sebab ni tahun 2012- pergi bandung as wife *tibe* so aku bagi jugak lah tips and cara-cara :

  1. Bas Primajasa : http://pemadumoda-primajasa.blogspot.com/
  • Tiket berharga rp75,000 = rm26 seorang
  • Ambil bas di luar Terminal 3. (Terminal baru untuk AirAsia).kelaur dr Imigrasi cari Jco Donut. Keluar akan jumpa satu kaunter kecil. tulis PRIMAJASA. beli tiket kat situ.setiap 1 jam ada bas. lagi awal dapat bas lagi bagus.sebab nak layan 3 jam dalam bas adalah Zzzzzzz.
  • kenapa perlu Primajasa? suka hati kau lah nak naik ape pon asal sampai ke Bandung.kalau rasa nak bayar tiket murah dan pergi bandung inilah caranya.sebab kalau direct bandung AA punya tiket cam naharommmmmm harganya. paham?  Naik dr jakarta murah oi. HAHA. dasar
  • Nak naik van/supir pon boleh.tu korang arrange sendiri. LOL. oh btw sebelah kaunter Primajasa ade van yg bawa ke bandung rp90,000 tapi atleast pergi 1 group lah. and turun di Cihampelas.
  • Bas ambil disitu jugak. dan akan turun di Jl Batununggal (stesen bas primajasa) pandailah korang inform supir.taxi/orang hotel untuk pickup. ada charge lah.bukan FREE.
  • Kalau dr Msia 7am (1st flight tanpa delay) korang boleh sampai jakarta dlm jam 8am. so boleh ambil bas pertama 8.30am.lagi awal lagi bagus.Jimat masa kat bandung. HAHA
  1. Restoran : Kampung Daun
  • Nasihat saya kalau nak pergi ke Kampung Daun, biar seawal boleh. hari weekdays. bertolak jam 6 pon takpe.sebab sana malam nya awal. Surau ade kat sana sangat SELESA! Jangan risau nak sembahyang kat mana.bawak telekung je.ade satu kes, budak yg sama hotel dengan aku cerita, dia kene amik NO semata nak makan kat situ hari sabtu. FULL house okk.ada 2bus rombongna cik kiah kekdahnya? Kesian datang jauh sampai Lembang.kene amik no? NO 16 pulak tu ! *pitam*
  • Weekend semua orang dari Jakarta turun Bandung.sebab ada yg balik kampung, liburan, majlis itu ini. blablabla, so JEM !
  • Makanan kat ini mahal sikit.mahal maksud aku untuk benda yg sama kalau bukan naik atas lembang ni boleh dapat dengan harag murah lah. Tapi kalau nak suasana Kayangan. Main unggun api. boleh lah datang. Alahhhh sekali sekala keeeeeen???
  1. FoodCourt pasar Baru
  • Kalau boleh tahan lapar?jangan lah makan kat situ.Ade kes jugak.kes nya depan mata. Makan Ikan sungai rm24.00? KAHKAHKAH. Nasib aku tak makan ikan sungai oih. Gurame punya pasal. 
  • Ade satu fam ni siap kene tipu jugak. diorang ni peniaga macam desperado lah nak tourist makan gerai diorang.so bertahan lah perut tu.and makan di kedai luar. *nanti aku bg senarai kedai amkan*. ke aku dah bagi? kat entry INI
  • Kes orang beli Aqua (mineral water) sampai IDR120,000 pon ada. Astaga. Sebelum bayar tu, tolong lah convert pakai akal dulu. I mean for sebotol Aqua tu, logik ke kalau rm5? Goshhhhh. bleh pikir kan? Serius harga paling mahal untuk sebotol aqua adalah Rp4000 =rm1.40. INGAT !! LEBIH JANGAN BAYAR !!! kalau kurang dari tu? BAGUS!
  1. Luggage.
  • kalau backpacker untung.takyah bayar sesen. tapi kalau barang banyak? sindiri mau ingat. Orang kat airport rajin ok suruh timbang -___-
  • Pergi tak payah beli bag. balik kau beli lah 100kg sekalipon.Jimat
  • Errr takde dah. takkan ini pon aku nak ajar.LOL
  1. Pasar Baru
  • Inilah syurga kat bandung tu pon selain factory Outlet yg berlambak tu.Siapa kata Murah?diorang dah boleh kenal kita kita orang Msia ni.Aku terpikir nasib adik-adik aku yg kahwin tahun 2/3 tahun akan datang. Berapalah harga kain semeter? LOL
  • kalau korang berjaya mintak kurang?aku salute. kalau beli kain pasang Kebaya tu mungkin boleh kurang.dengan syarat belinay sekodi eh. paham? kalau setakat beli untuk Nenek, makcik, kak ngah ipar duit. Zzzzzzzzz sendiri mahu ingat.
  • Setel satu kedai senang.sebab setiap kedai barangnay sama je. Even kalau nak beli bundle aku cadangkan tanah Abang jakarta. serius.
  1. Hotel : Hotel Kenangan  http://www.kenanganhotel.com/home.php
  • Dekat ke Pasar Baru. Booking senang.email je. bayar mas akat sana.
  • Ade Aircond ye.untuk deluxe room. Bilik ada minibar. Bfast. Kawasan Sunyi. dan harga nya jauh murah sedikit. start dr Rp260,000. kalau ada yg lagi murah inform aku. LOL

Last nasihat aku. buat sesiapa 1st time nak ke jakarta/bandung. Tolong lah jangan pergi 3 hari. dapat ape? perjalanan tu Jem ok.Even kau direct bandung sekalipon.Dengan banyak tempat kau nak pergi. At least lah eh 5hari/4malam. Itupon aku ade skip skip. sebba tak lalu nak pergi banyak kali. LOL




See u next entry.



















7 comments:

Nurul said...

nasib lah ko delay 30 minit..time aku pg delay dekat 3 jam..dah naik flight kne trn balik..skt hat..thanks for the tips!

LindaF said...

Nasib? uih tu pon dah lari masa kat bdg weh. haha. aku bc entry ko tu.. adehhhh 3jm klu aku mintak gantirugi

Nurul said...

buang ms kan 3 jam..penat weh tgu. actly blh dpt ganti rugi ke? dh blk bru nk tnye kan haha

ilya&fahmy said...

Hai! Nice entry & tips. Teringin nak ke sana. Hehe.

LindaF said...

AA takde ganti rugi.tp klu flight lain siap provide hotel uols

LindaF said...

Hi Yaya,

one day u meati pergi sana ok ;)

Nurhayati said...

kalau nak bercuti mmg best pegi pagi2.. dpt sblom subuh lagi cantik. hmm kat sana trafik mmg teruk giler nak nak jakarta tu.. aduyaiii menyampah tgk. bila tgk pic uolss gi bandung rs nak pegi lagi.. last pegi thn 2006. mesti skang dh ada mcm2kan...