Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 17, 2013

Vietnam : Budget




Di sebabkan aku masih lagi tahap pemalas nak update entry vietnam, aku mulakan dengan entry -Budget.
Kalau cakap pasal Vietnam semua orang tahu shopping je meriah kat sana. Tapi pada aku taklahhh meriah mana pon. SERIUS !


Ok aku mulakan dengan Budget ya :


  1. Flight
  2. Transportation
  3. Duit Belanja
  4. Makan
  5. Shopping.
  6. Hotel

Flight

Setahu aku tak pernah aku terfikir nak pergi saigon aka HCM- Ho Chin Minh. Kalau aku terfikir pon hanya sebab aku nak merasa jejak kaki je. So pembelian tiket pon sepanjang aku survey tak pernah nya murah. Mungkin Air Asia tahu, sikap rakyat malaysia yg suka shopping kat luar ni. Samalah macam Bandung pon. dulu aku pergi direct bandung rm50- return pon dapat. Sekarang? jangan harap ya. So Selain dari AirAsia, MAS, Tiger Airways, Vietnam Airline dll. Aku pilih AA lah, Return tiket yg aku beli ni untuk 2 orang adalah RM 600.00 include lugagge 30kg. Mahal kan?


Transportation : Taxi, Beca, Motor sewa.

Ok bila dah jejak bumi HCM tu, mesti lah kita nak ke hotel kan? Nak ke hotel pulak, kalau Hotel ade sediakan pickup servis, senanglah hidup, macam kami, ambil taxi. Keluar dari arrival hall, ada few counter taxi/ money changer kat luar tu. Aku rasa kalau nak ambil taxi Vinasun terus je keluar dr aiport banyak berderet, Charge harus pakai meter. tapi kes aku silap lah, taklah silap mana, Cuma aku ambil taxi berkupon - Saigon Travel, so kadaryang dikenakan adalah 250k vnd untuk sampai ke Hotel di District 1. 
Orang kata kalau naik Vinasun / Mah linh taxi charge yg dikenakan ikot meter adalah sekitar 150-170k vnd.

Beca : Ini aku nasihat satu je. JANGAN JANGAN JANGAN !!! Sesekali ambil beca yg sibuk nak bawak kkorang jalan2 pusing tengok tempat ke apa. Kalau rasa nak sangat jalan-jalan, JALAN KAKI ! Bukan jauh mana pon, Percaya tak? sepanjang aku kat sana taxi hanya digunakan sewaktu datang dan pulang ke airport. lain-lain jalan kaki. Tapi kalau nak senang dr beca baik ambil taxi bermeter. Beca kaki tipu. Ade sorang kakak ni kene bayar almost RM180.00 semata2 puasing2 dan ambil gambar.  Choooiiii

Motor Sewa : servis ni ada, aku cuba cari sekitar hotel tapi tiada pula. So Jalan kaki je lah.


Duit belanja 

dari awal aku dah google/baca blog2 orang. sebab kami pergi backpack (lahhh sangat). Semua orang kata tukar je USD kalau nak senang kira. sebab orang kat Vietnam ni memang kebanyakkan nya yg berniaga pon memang pandai berbahasa melayu (slang). Diorang akan bagi harga dalam 3 matawang. USD, RM dan VND. Macam aku duit yg kami tukar semua ada. VND sekitar 6 juta. USD sekitar 200. RM kami bawa RM600. CC aku open incase.

Tapi bila sampai sana orang sana suka USD dan RM. Tapi untuk aku sorryyy. Aku tetap akan habiskan VND, even bila ade USD pon aku pergi tukar semula kepada VND kat sana. RM je aku guna kat pasar malam, dah dia kata harga baju rm50. aku bagi je duit RM. Koserrr. Aku siap buat copy VND-RM, so tiap kali aku tanya harga aku akan refer kertas, sbb amount dia banyak. lama-lama dah boleh hafal dah.


Makan.

Percaya tak, makanan kat sana tak menarik. So tak payah lah expect nak makan sedap2  ke apa macam kau travel Indo, atau Thailand. Kat sana nak jumpa Kedai Halal tu ada, tapi setakaat masak masakan ala-thai. baik aku pergi thailand. So satu je benda yg aku nampak menarik kat sana adalah Pho-Bo ( Soup daging dengan mee putih seakan kueyteow).

Makanan adalah mahal ya. So sebab tekak aku pon tak selera mana nak makan nasi kat sana. bekalan Maggi, Biskut, Coklat dll adalah perlu semasa ke Vietnam.


Shopping.

Bergantung lah apa yg korang nak shopping? Sepanjang aku kat sana yg betul2 menarik perhatian hanya Kai Cotton, Baju kurung Manik, Bag deuter (fake), Tudung.Itu sahaja. Lagipon kebanyakkan yg datang Vietnam pon semuanya peniaga. So aklau kau travel takat nak beli untuk adik beradik family. Taklahhhh murah mana pon barang. sama je. Kain Chiffon 3mtr 1/2 rm45. Aku rasa bandung lagi best. So boleh bajetkan duit masing2 nak beli apa? Aku rasa awak RM500 pon dah cukup kot utnuk shopping sahaja.


Hotel.

Bajet Hotel kat sana untuk Hotel biasa-biasa ni dalam USD25. atau Rm 100 semalam. Kalau nak stay area Ben-Than lah. kalau nak mahal lagi sila stay area Rex Hotel, Intercotinental Hotel semua tu. Tu TOWN habis. Butik Designer besepah2 kiri kanan. So Aku stay area Ben-Than, area yg dah rupa kampung orang Melayu aku tengok, sebab Terlampauuuu ramai Rakyat Malaysia.


So total tadi dalam RM 2000 dah cukup sangat. Terlebih cukup aku rasa. Duit yg kami bawa FINISH! wakaka. Tak tahu beli apa.




Kota Ho Chin Minh dari flight.


Nanti aku sambung pulak entry day by day. kalauuuu rajin. LOL


















2 comments:

me said...

Eeeeee agreed! I dlu pnah kne tipu gak mase naik beca tuh pusing2 town, dhla mhal gle die ktuk..pastu ble xnak baya die mnjerit2 marah kitorg. Ampesss mmg jahat gle mnipu tau

Nini Mohd said...

share la lagi ur experience kat sana.
i hujung bulan depan pegi ho chi minh.
tp ikut office trip jerla.

http://ninimohd.blogspot.com