Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 1, 2013

Vietnam : Kedai Makan Halal & Saigon Square




Ok sambungan dari entry ini : Hotel Vietnam


Petang tu lepas balik dari ben than waktu pagi, kami balik TIDO! wakaka. TIDO sampai jam 3 camtu. Bangun2 sedar perut dah lapar sangat2! masa tu terbayang dah Pho-Bo je lah boleh makan. Sedih betul.
So kami bersiap semula, tengok dr bilik, cuaca panas berdentum. HOHO. So kami ubah haluan dan jalan. Kali ni kami decide nak jalan2 merata area situ je. sudahnya kemana2  tah. Jalan Kaki je hokehh! So tujuan Utama just nak snap2 picture dan cari kedai makan. Lepas tu kami cadang nak shopping kat Saigon Square!

Panas2 pon TEHTAPP akak captured. laki je tak berapa nak layan






Act kami tak kemana-mana pon just lalu mall belakang area Hotel kami : Mifuki tu. So jalan kaki sampai jumpa balik bulatan besar yg popular kat tepi Ben Than. Laaaa sini je? HAHAHA. masa tu terus husb cakap nak pergi tengok Deuter Bag kat satu kedai luar Ben Than. (ada info cakap : KEDAI BAG NI PALING POPULAR among malaysian. So kalau mintak kurang ke apa dia tak layann uols). dan dan kalau beli better beli kat kedai luar ni dr Pasar malam/ dlm ben than sebab kualiti bag dia sangat bagus. katanyaaaa...



Masa husb saja tanya satu backpack Deuter bag, Orang kedai tu mmg tak bagi kurang walau 1dollar pon, siap cakap : Helo, sir i everyday ship to Msia 1Kargo bag. Gituhhh so maknanya bag2 deuter yg berlambak kat Uptown, downtown bagai tu dari Vietnam ya uols.

Oh dalam tu ade : Deuter, Kipling, Samsonite dll. Kedai di besar tau. Sudahnya kami tak beli satu pon, bak kata hubs : FAKE ! hohoh. No komen.


Nampak tak? tu Ben Than dr tepi, Kedai bag ni act tepi ben than. Lot kedai sebelah ben than,  kedai dia hujung sebelah saloon tak silap. depan2 dia ade orang niaga makanan as per pic

Hubs muka tensi je keluar kedai ni, tapi kan, msian ramai dlm ni. HOHO. shopping tak agak2

Kami teruskan perjalanan lagi, dari arah kedai bag tadi terus ke kiri jalan kaki. Lintas jalan then terus akan jumpa satu MALL besar. jalan kat situ pon agak sibuk sebenarnya! Oh kalau terus je dr jalan sama terus masuk area TOWN HCM ! area Rex Hotel semua tu. yg ade a lot of designer boutique include LV, Gucci, Chanel, Burberry & Laboutin sume tu lah.. tapi kami decide perhi sana esok je. So kali ni jalan2 untuk melihat sisi-sisi kehidupan warga Ho Chin Minh ( perghh ayat sebijik Majalah 3) LOL.






SAIGON SQUARE.
Lepas penat merewang berjalan tanpa hala tuju,dlm 5-15min kami jumpa lah Saigon Square. melalui apa yg kami baca, kalau nak beli shirt/blouse yg murah even bag boleh datang sini sebab boleh tawar. Tapi bila kami pergi takde yg menarik jugak.hahah. Ada satu aunt tu org kita lah, cuba mintak tawar baju Polo kat satu kedai ni. Harga dia buka pon tak boleh blah ! USD 20? baju Polo yg tah belum tentu ORI, pegi bandung pon lg heaven kot. (eh? bandung lagi) . tau tak? orang kedai tu terus rampas baju tu dr aunt tu and marah2 siap cakap - U go GO ! sambil halau pakai tangan ok ! Perghhhhh rakyat dorang ni anoyying !


Nampak tak ade aunt duduk depan shirt kuning tu, aku beli Blouse bawah ni kat dia.

Ni dalam Saigon Square. Naik tangga tu kedai paling awal jual bag tu katanya jual bag ori jugak dengan harga yg reasonable.



Masuk Saigon pn just buang masa. Isteri dapat 2 helai blouse ni. lawa ! Suka gila each dalam USD15, Mintak kurang banyak kali. last dia bagi USD 12. Suami? dapat apa? HAHA. Sian tau. laki aku ni jenis memilih sikit, dia tak suka pakai bj=aju main taram je. tu payahnya. Sudahnya trip vietnam ni mmg barang aku je semedang ! HAHAHA.


KEDAI MAKAN HALAL.


VN HALAL. Tak sempat cuba makan, baca dr blog kata food dia sedap ! takpe maybe next time. Eh? Next time datang Vietnam lagi ke? -___-





SERAI


CHAMPA HJ HALIM


Kami lunch kat hj halim sbb dr yg kami baca kedai ni murah, nak kata murah? errr apa yg aku makan tu termasuk air teh ais + tembikai RM68 lepas convert. Murah jadahnya? -__-

Bawah Hj Halim jual baju2/ jubah kain manik2, standard lah semua kedai camtu, bawah jual kain, atas kedai makan.

BASIROH. Tepi basiroh tu KAMPUNG MELAYU. dr blog yg aku baca sebelum2 ni kata, Jangan Makan kat kg Melayu u, sbb owner dia dah bertukar pon.


Lauk pauk dalam basiroh. Ni waktu Lunch. tu je yg ade, opt lain makan Pho Bho lah. T___T masakan dia biasa2 je. Boleh la buat lapik perut.

WARUNG SAIGON sebelah/sederet dengan Basiroh. Time lunch hour, ramai jugak yg makan. tapi kami tak cuba, sbb setia dengan kedai Basiroh je. 

Malam tu kami jalan sekitar Pasar malam je. Dah itu je yg aku boleh buat. Silap lah, pergi Vietnam sampai 5hari. wakaka. Patutnya pergi 3/2mlm pon dah cukup. sebab kali ni aku memang tak buat aktiviti Mekong semua tu.






Nampak tak? Ini lah baju2 yg very-the-glamour di kalangan rakyat kita kat sana. Harga sepasang tu dalam RM50-70 sahaja. Tawarlah klau korang nak, beli boleh guna RM uolss cakap je nak apaki duit apa? RM? VND? USD? Boleh je semua. janji bayo ! HAHA. Aku tak beli satu benda pon dari pasar malam utnuk aku. kecuali sehelai Jubah manik utk mak. Lain2 aku beli kat butik. Sebab? Nanti aku cerita. dr apa yg aku tengok pegang dan lihat lah ! kain2 yg dia buat baju tu hmm biasa je, so aku cam tak berkenan lah. Bukan sebab kat pasar malam. NO-NO- Tapi aku rasa kalau korang boleh bezakan jahitan mani? kesedapan material kain? dan corak serta design. way better kat Butik. tambah Rm20 je lagi. So aku beli kat Butik je. Tu pon sebab aku kenal dgn kakak yg selalu pergi Viet ni. Dia yg tunjukkan kat mana Butik Hong Ann. So kalau nak tahu. Kat Butik tu lah, salah sebuah butik tudung terkenal ambil stok. jeng-jeng-jeng.(owner dia cakap eh)


Kedai 24 hours, aku datang sini beli Mineral Water je. Tapi dalam ni ade ATM HSBC

See HALAL LOGO.


Malam tu kami dinner Buah je. Tiap malam pulak tu. 




Esok sambung lagi.(kalau rajin)










2 comments:

nurul harnani said...

BEST GILEEEEE!!1 adoiyaaii kena cari partner nak g travel ni.

Linda Yusoff said...

haha TAK LA BEST MANA nanie. Lain org lain exp. tp for me i tak suka vitnam. shopp je lah yg ok.lain out lah