Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 28, 2014

Bandung : Floating Market Lembang dan Makan




Seperti biasa entry basi. Terbang october, nak masuk december baru update. Itu BIASA .. hewhew. Dah muak nak tulis pasal bandung. kihkih, Tapi tak boleh tahan ! asal aku datang mesti aku nak update kan? Sepatutnya yang pergi Bandung ni Pejal sorang, sebab dia nak buat aktiviti spa. Lepas dah dapat kebenaran doc untuk fly, barulah aku berani. hihi. Maklumla aku pon masa tu tengah pakej mabuk muntah T___T


Nak bagitahu ni kalau ke Bandung kan? meh la singgah :

FLOATING MARKET LEMBANG.

Basically tempat ni untuk kita rasa makanan/ kulinari Bandung je. Nak kata WAJIB pergi tu tidaklah, tapi kalau saja nak buang masa lepas balik dari Tangkuban boleh la singgah. -__-. So kalau nak rasa pancake, pisang cheese sangkurian, nak minum es jelly, nak rasa tauhu batagor etc. Boleh la suruh Supir bawa sini. kalau ikotkan dia bawah sikit dari Tangkuban Perahu. nak masuk kene bayar tix (lupa lah berapa) dan charge untuk Kereta. Masa dah bayar tix dia akan bagi Kupon minuman FREE. leh la redeem sebelum masuk tu/ selepas korang dah melantak makan.

Pintu masuk Floating Market

Kawasan dia cantik. leh la nak feeling selfie ke kan? 

Peniaga2 semua tu berniaga di atas perahu/sampan. Masa aku haplod pic ni kat IG, semua cakap dah nampak perut. huhu padahal tu lelemak je uols ;p


Okey lepas dah masuk tu dan jalan2 sambil menghayati keindahan alam. Akan jumpa 1 kawasan yang banyak perahu. Boleh la beli TOKEN bulat2 tu. Pembelian kat situ semua kene pakai token dan kene habiskan token, Kalau tak cukup tambah, kalau terlebih still kene habiskan beli makanan. hehe. NI antara makanan yang sempat aku try and rasa kat situ. Not Bad ! Makan sambil hadap tasik. hehe cool !

Jagung pedas manis, Pisang cheese sangkurian, Es jelly Hijo


Ok sekarang nak update lagi Kedai Makan wajib pergi  bila ada kat bandung .



1) D/COST SEAFOOD - Mutu 5 Bintang Harga Kaki 5.


Giteww slogan =p act ni kedai FAV aku  bila kat JAKARTA ! Sedap sangat masakan dia. sepanjang aku makan tak pernah failed makanan dia. Kalau tekak2 korang yang tak berapa suka makanan sunda / padang. Leh la makan kat Dcost ni. Masa aku bercuti dengan Fam aku last year, Abah takleh telan makanan kat bandung, puas aku tukar2 kedai. Last2 teringat Dcost . Suh supir bawak.. Abah makan bertambah kauuuu.. dia kata sedap.


area mana eh? lupa sukajadi kot?


Tiap tahun bertukar tau dcost ni. masa kat jakarta aku makan beli pakai mesin. Macam vending machine air tu, dapat total then bayar kat mesin, akan dapat resit, and tungu sampai no dipanggil amik food ! wuuu canggih kan? Tapi kat Bandung last year, dorang amik oder standard pakai ipad je. Tapi baru ni pergi lain pulak. Kene ambil kad-kad kecik macam kat tangan aku tu. Pilih la nak makan apa. Ada macam2 gambar dan harga. Lepas tu bagi je dekat Cashier nanti dia key-in untuk korang, Then leh cari Meja dan tunggu Food sampai. Teh tawar Free je boleh ambil sendiri and refill sendiri. Kat Bandung ni style makan memang akan dapat teh tawar for FREE. Kau dah mencekik nasi, minum la air yg healthy kan? ;p




Kami ambik Siakap bakar Kicap , Kangkung Belacan, Tomyam Seafood, Sotong Telur Asin, Mango Fish Fillet.


2)   SUGA RUSH


Sebab aku stay Fave Hotel Braga, maka jalan kaki je kesini. sederet Wendys je. Aku memang suka makan kat Suga Rush sebab cake dia sedap-sedap T___T ! Hari tu oder Rainbow cake, cheese cake, Nasi Bumbu Bali. =)






3)  BATAGOR SIOMEY KINGSLEY.
     Jl Veteran Bandung



Ini pon kesukaan bila ke Bandung. ahh kau sume kau suka. Tahu dan isi ikan serta saus kacang. Minum pulak Fruit Tea. Sedapnyaaa ! Kedai ni berdepan je dengan MODE KIDS Outlet dan dekat dengan Vio Hotel. Aku pergi sini suruh supir bawak je. hewhew. lepas tu kat luar tu ade stall jual ES TELLER, ES DOGER, ES KELAPA. Sila oder jugak. Sedapp tau !



Batagor Sup/Kuah



3 sekawan. aku paling suka Es teler & Es kelapa





4)  KOPAKA cafe - Jl Yusof Maulana

Okey. Kopaka ni adalah pembuat LAPIS LEGIT terbesar d bandung. Kopaka Lapis Legit - Cake lapis tu. Harga dia boleh tahan mahal. sebab serius sedap dan tak sama tau dengan Cake lapis sarawak tu. 1 loyang tu dalam RM 120. kalau nak beli yang dah siap potong pon ada. Tapi yang bestnya cafe yang cantik ni ade jugak jual makanan lain. hewhew. Selain dari cake & pastri dan roti2, Jual jugak aiskrim, cookies, dan minuman. Tak silap aku December ni lagi banyak menu akan ditambah. dan masa aku datang tu sempat la jugak buat food tasting dengan Eko. Aku dapat rasa few menu. sedap gilo ! Harga pada aku berpatutan je. standard la macam makan kat Secret Receipe.


Kedai macam Istana, terasa macam masuk butik handbag. HAHA

Lapis Legit enak  sebandung, aku try Gree Tea 


Few menu food tasting haritu. Sedap. Both spageti sedap T__T


Masa tu agak lapar, so aku oder Soto Bayunmas . Soto sana hidang dengan nasi and isi ayam


5) SATAY MAULANA YUSOFF

Kedai satay ni bersebelahan je dengan Kopaka Cafe tadi. Saja nak try satay sana. Full House tepat ni. Tapi kalau ikot rasa, aku prefer Satay Msia lagi. hihi. Tapi kalau rasa nak cuba satay kat bandung ni boleh la. Kita punya satay rasa rempah serai kan? Kat sini satay ni macam bakar buta2 je. So apa yang sedap adalah saus kacang dia ( kuah kacang) lepas tu diorang ni makan satay dengan cili padi. Pitamss aku tengok.



aku siap letak alamat lagi. Kedai ni memang sebelah je dengan Kopaka Lapis Legit




Actullay masa aku datang ni, kitorang sambut birthday Welee. Tiap tahun asal aku datang mesti celeb birthday dia. LOL. So malam tu kami decide makan kat  :

Maxi's Resto.
Jl Gunung Agung, Ciumbuleuit.

Selalu kami ke Sierra Cafe, The Valley, Stone Cafe etc. Tapi kali ni daerah lain. Hehe.



Kami oder macam 2 tapi dah lupa nama. Aku oder grilled chicken ( tak abis) padahal aku tau sedap, cuma T____T biasaklaaa masa datang ni kan tekak tak sedap. Sobsss.


Lupa dah nama 1 -1. haha. tapi diorang kata SEDAP.



Kedai -kedai kat atas ni aku pergi sepanjang 5/4 malam masa kat sana. tapi sedih tak semua pon aku makan. hewhew. Masa pergi ni tekak tak sedap. oder je lebih. tak pernah aku pergi bandung tak makan.. HAHA. Tapi sempat la aku cuit2 rasa, walauponnnnnn kelaut .. -____- 
Nanti ade kedai best aku akan update lagi. Enjoy Kulinari Bandung



Nanti nak kedai makan lain  leh review Entry INI dan INI  dan INI juga






kbai -







3 comments:

Jari Manis said...

tulis je Linda, samalah cam JM pegi SEoul on oktober baru habis update utk hari pertama..masih ada 10 hari belum di update..ntah lah malas betul

Pernah ke Bandung tapi belum sampai ke FLoating market nih..haruskah ada misi meripit ye

Chekgu Azrine said...

Tahniah sis on ur pregnancy ye

LindaF said...

JM : haha. tulaa pasal... tak pernah boring tulis psl bandung. sbb tiap tahun ade je benda baru.

Chekgu : Terima Kasih. Alhamdulillah